Rabu, Disember 27, 2006

Weewong weewonnngg!!

Berita terkini...

Leli dah bersalin!


Dapat anak perempuan kalau tak silap.

Eheh... [lupa lak nak tanya jantina xD].

Semalam dapat berita [26 dec].

Cucu pertama buat mak abah ^_^


Tu pun daripada anak kedua ekekeke...

Papehal pun, tahniah buat Lelidin berdua~! ^O^

Selasa, Disember 26, 2006

royalty-ness!!

Sambungan dari entry sebelum nih...

Anywayz, abah mak and otouto balik dulu ke hotel. Pah dan saya jer tinggal untuk merayau lagi. Huhuhu... niat nak carik cincin kat situ tapi tak kesampaian. Jumpa cincin idaman hati! Namun dilanda kehampaan. Saiz untuk jari langsung tak ada! T^T Bukan rezeki kot kat sini.

24 December 2006

Bangun awal untuk makan buffet breakfast. Antara mereka yang terawal haha. Banyak gak makanan. Cuba rasa daging salai. Sedap gak. Otouto amek banyak giler O_o Tapi sarapan pagi tak lengkap tanpa koko krunch! xD Setelah makan sumer tu, abah mak kata bertolak ke kenduri kawen pukul doblas nanti. Sempat lak main One Piece Pirate Carnival masa bersiap tuh xD

Bila sampai kat tempat kawen tu, tengok orang ramai berkumpul kat luar. Pastu ada banyak giler polis. Pelik aaa. Bila dilihat betul-betul, ternampak satu kain rentangan di entrance dewan. DAULAT TUANKU. Oro? O_o Rupanya ada tetamu VVVVVVVVVIP xD Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Menteri Besar Pahang. Uwaaahhh grand nyer majlis nih O_O Yang adakan majlis nih kawan kepada abah dan abah Ryu-kun. Pengantin laki [tak sure menantu ke anak ekekeke] member Ryu-kun ^_^ Bebaru nih ada pergi majlis kawen pihak err... tak sure pihak mana tapi kat Shah Alam laa xD Diaorang punya jugak. Terer tuuu... Pergi dedua pihak punya majlis xD

Kitaorang makan kat khemah jer. Lagipun takkan nak main redah masuk dalam dewan dengan staff royalty dalam tuh ^_^ Okay gak lauk dia. Dapat ayam bahagian dada. Tak sker bahagian lain. Ikut taste abah hehe... Sempatlah tengok Sultan and da geng berangkat pulang. First time tengok kerabat diraja up close. Secara live gitu. Memasing naik kereta sorang sebijik.

Lepas kenduri, singgah hotel tukar baju and amek otouto. Dia tak ikut gi kenduri so dia terlepaslah tengok Sultan xD Pastu kitaorang gerak ke Teluk Cempedak. Masa nih, terserempak dengan Ryu-kun dan abah dia. Siap bawak driver abah dia skali. Ohh Numlock pun ikut berjalan ke Teluk Cempedak xD Otouto sempat buli dia ... U_U Bagi Numlock berjalan atas pasir pastu curah lagi pasir atas dia. Iskkk... mentang-mentang tetel dia menghilangkan diri.

Lepas tu pergi Pekan. Tengok-tengok kilang kereta dari jauh. Abah tunjuk lokasi istana Sultan Pahang kat Pekan tuh. Siap dengan pejabat diraja sekali. Ingat nak singgah muzium tapi dah masuk waktu tutup. Eheh. Bila dah berjalan, for sure lapar, so singgah makan kat satu restoran tepi jalan nama Phuket nih.

Pesan aa memacam. Sup daging pesan satu mangkuk jer. Tapi last-last cam tak cukup. Abah pesan tambah lagi dua mangkuk. Si waitress cakap okee. Tapi bila nasik dan lauk lelain dah nak habis, sup tambahan tak kunjung tiba. Pah kata mungkin diaorang terlupa pasal sup tambahan tu. Tunggu punya tunggu, memang sah diaorang lupa. Otouto dah malas nak tunggu. Dia panggil waitress mintak bil.

Dapat jer bil, mak terus meneliti isi kandungannya. Terus mak kata, "Ehhh!! Ni dia ada caj sup 3 mangkuk nih!". Abah dan otouto pun tengok. Yup. Diaorang memandai je caj T___T Abah pun kata, "ni yang nak jadi cam orang India semalam tu," sambil capai cawan dan hentak secara gurauan. Tak bunyi pun hehehe...

Mak terus panggil waitress tuh and persoalkan pasal kehadiran 2 mangkuk sup misteri yang perlu dibayar sedangkan kitaorang tak dapat pun sup tuh. Waitress tuh cam kekwat jer. Cam malas nak layan aduan. Dengan malasnyer, dia pergi jumpa tauke dia untuk tukar bil. Dan dengan malasnyer, dia kembali semula ke meja menyerahkan baki sebenar. Belum sempat mak cek bil baru tu, dia blah cecepat. Abah kata waitress camtuh cam nak perdajal tauke jer. Dengan layanan camtuh, sure punyer pelanggan akan lari. Tak pepasal perniagaan tauke lingkup. Dan abah pun ulang lagi sekali gaya orang India semalam menghentak cawan ke atas meja hihihi... Tapi tak bunyik pun xP

Masa sampai hotel, tengok ada orang buat christmas carolling. Ada Santa Claus kurus kat tepi diaorang gegoyangkan loceng. Santa Claus paling hudus eheh... muka dahla topeng. Badan lak kurus. Iskkk... Anyway, Pah dan saya sekali lagi gi megamall malam tu. Nak gak carik cincin! Tapi lain pulak yang dijumpai hehe... MY BOSS MY HERO!!! Wahahaha~!! Akhirnya dapat jugak cerita Tomoya Nagase tuh! Uhuhu... jauhnya cari sampai ke Kuantan!! T^T

Kuantan mariii~!! xD

Malam 22 Dec 2006

Balik keje dengan penatnyer. Huuu... rasa cam malas nak makan, mandi sumer tuh haha xD Otouto balik awal. Dia suh cepat bersiap. Malam ni gak nak ke Nilai. Waaahhh!! Pulun packing habis-habisan. Nasib ada baju sedia ada kat Nilai so takdelah bawak banyak pun. Tapi beg baju takde. Iskkk... jenguk bilik mak abah carik beg. Jumpa yang jenis ble tarik tuh. Gabak T^T tapi bantai jerlah xD Sumbat sumer sekali termasuk Numlock. Hmm hmm ^_^ Ehh... nanti jap. Cecepat selongkar balik and keluarkan Numlock. Ahahaha... ada ker letak tetel sekali dalam beg. Kejam sungguh xDDDD Sampai Nilai dedekat nak pukul 11 malam. Pah ada kat ruang tamu tengok NBA kat Starsports. Masuk tido awal sebab letih (_ _)zZz

23 Dec 2006

Bangun awal. Semangat nak gi Kuantan hoho. Sekali dedekat nak pukul 11 pagi baru bertolak daa T^T Itu pun sebab Pah ngan otouto siap lambat giler. Mak bebel habis-habisan. Bawak skali Numlock. Side info : yang lelain dah hilang!!! Uhuhuhu... Diaorang merayau tah ke mana tak bebalik. Cuma Numlock jer yang setia bersamaku. Iskkk... Anywayz, bertolak ke Kuantan dengan jayanya. Abah bawak keta sampai ke Temerloh. Pastu otouto take over. Sepanjang perjalanan, berhenti dua kali untuk makan xD

Sampai MS Garden. Nama hotel. Tak tau bape bintang tapi cam mewah jer O_o Cek in. Memula otouto kena share dengan mak abah. Skali ada bilik kosong. Gumbira la dia dapat konker sengsorang satu bilik ^_^ Masuk-masuk jer bilik, terus ternganga. Besau giler!! Luas yang amat!! Pastu cek toilet. Ada shower dengan bath tub. Letak Numlock dalam bath tub hehe... Pastu mula punggah keluar ps2. Ngeee xD

Otouto datang main ProEvo dan Fifa. Bila dah merangkak petang, abah mak datang bilik ajak pergi megamall kat sebelah. Kitaorang kata nak follow tapi lewat sket. Otouto dan Pah habiskan seround lagi ProEvo dengan Pah seperti biasa, kalah teruk xD Sebelum keluar, amek Numlock, letak dia dalam laci. Cover sket dengan stoking kasi dia hangat. Duduk dalam bath tub tadi rupanyer sejuk tak hingat!! Siannyer dia T^T Shhh... dalam hotel tak dibenarkan bawak pet ^_^ Tapi biasanyer pet tuh merujuk pada kucing dan anjing kan? Hehe...

Pergi merayau kat megamall. AKHIRNYER!! Berjaya mencari Battle Royale 1 yang sekian lama cuba dicari. Uhuhuhu... gumbiranyer. Bolehlah tengok kat Bangi nanti. Pah beli selipar otromen. Kira cam selipar rumahla xD Dan Pah pun jumpa mende idaman dia. MOONCHILD. Citer jepun yang membariskan GACKT, HYDE dan... LEEHOM??? Ohhh... Leehom jadi orang jahat ^_^ Apa-apa pun, tajuk yang sepatutnya MC dijadikan WATERBOYS O_o Err... Tu tajuk citer lakonan Tsumabuki Satoshi [Queen of Lunch Hour, Orange Days, Lorelai, Tokyo Drift]. Tapi takperla. Walaupun cover tak lawa and tajuk pun salah, Pah tetap beli sebab citer tuh memang susah nak dapat iskkk...

Sempat jugak beli beberapa game PS2 sebelum berpecah dengan otouto untuk merayau memasing. Last-last skali berkumpul semula dengan mak abah. Abah ajak makan Kenny Rogers O_o Wahsaiii~!... tak penah makan KR dengan famili xD Mak follow jer sebab nak merasa mende baru. Bebalik McD KFC PHut je kan? Skali skala layan KR bes gak nih. Tapi papehal pun, makanan KR memang mahal giler T___T Tengok mak abah order cam iskkk... rasa cam dah nak sampai seratus ringgit ^_^ Tapi abah cam tak kisah sebab mungkin first and last kot hehehe...

Masa tengah tunggu hidangan sampai, terdengar bunyi cawan dihempas kuat tak hingat! Secara auto, sumer toleh ke belakang. Nampak satu famili India kat belakang. Si suami cam marah giler. Oooo dia ker yang hempaskan gelas tuh? Nasib tak pecah. Tak berapa dengar tapi adalah cam, "Ini servis hape ni?!" dan, "Saya tarak order makanan ni! Siapa suruh awak masuk ini dalam bill saya? Awak mau tipu saya ka?" dan, "Apa? Ingat saya takder duit ka nak bayar?".

Sumer tuh dinyatakan secara menengking dengan kuat. Si waitress terkial-kial nak defend-kan diri. Yelah. Orang yang amek order, tak sama dengan orang yang hidangkan makanan dan juga tak sama dengan orang yang kirakan bill. Lainlah kalau setiap waitress dikhaskan untuk jaga satu meja cam biasa caterer kat kenduri kawen T___T Hapalaaa... Kebetulan, waitress tu cuma bagi baki dan resit. Tak tau pun pasal order si India tuh sebab yang amek order dia waitress lain. Dia pulak yang kena fire. Siannyer. Dahler depan orang ramai. Sure dia malu tak hingat. Isteri dan anak si India tu tunduk semacam. Mungkin takut dengan si suami. Mungkin juga malu dipandang oleh orang ramai yang kurang senang dek diganggu ketenteraman dengan pekikan si India.

Setelah sumpah seranah berjela, dia pun bangun meninggalkan KR bersama familinyer. Staff KR sempat cakap, "thank you and come again to KR!". Entah perli atau memang protocol sebab diaorang takde pulak cakap camtu masa kitaorang nak balik ekekekeke... Apa-apa hal pun, abah ngan otouto dok ajuk-ajuk si India tuh bila dia dah blah. Eheh... ^_^ Satu insiden yang kitaorang satu famili akan hingat sampai bebila xD

Yang lelain bersambung dalam entry seterusnyer. Penat menaip wooo xD

Jumaat, Disember 22, 2006

bloggieventure~! xD

Walalala~ xD Yesterday, merupakan hari untuk melakukan aktiviti melompat dari blog ke blog. Usagi-chan desu~! xP Macam-macam cara orang mempersembahkan bloggie memasing. Ada yang jiwang. Ada yang ilmiah. Ada yang bersastera. Ada yang rojak. Ada yang bertema. Pendek kata, memacam gayalah. Dan yang paling menarik untuk dibaca adalah bloggies yang memaparkan kehidupan seharian diaorang dalam bahasa yang mudah ^_^

Interframe sket... Jelesnyer dengan Aegis85 yang terer jepuuuuunnnn... T^T
Tu pun baru tengok kat blogspot. Lum lagi kat xfresh. Iskkk...
Sorry dah lama tak jenguk Krekotaku ekekeke...
Tapi akan try atasi posting Treff yang beribu-ribu tak hingat tuh!!
Okay. Dah habis interframe... xD

Sila sambung semula. Sila. Sila... Tumpang lalu yer...

Ahem. So err... what caught my interest, usually bloggies yang fun, bersahaja dan kengkadang mampu membuatkan saya tergelak. Yang berat-berat, yang skema, umm... tengok mood ekeke. Mungkin sebab saya tak suka perasaan duka-lara. Hidup mesti ceria walaupun problem berlambak. Motto hidup ahaha xD Sebab tu kot interest saya lebih kepada mende-mende yang bagi orang lain, tak matang langsung xP Sker hatilah nak kata apa. Be-daaaaaaaaa!! xPPPPP

Anywayz, pape hal pun, semua orang ada citarasa tersendiri. Kan? Kan? Kan?

Khamis, Disember 21, 2006

hiyahhh!!

Semalam balik naik komuter. Tren ke Seremban delay 20 minit lagi. Ramai orang makin berkumpul kat stesen Serdang untuk ke Seremban. Kena berasaklah nampaknya. Sebab memang sedia maklum. Tren mesti punyer penuh! Biasa naik dedekat nak 6.30 punya. Tapi sebab delay semalam, dah dekat nak pukul 7 baru nampak muncung kepala tren huhuhu...

Seperti diramalkan, ramai nak serbu masuk tapi sket jer nak keluar. Terdetik perasaan hangin di hati tengok orang-orang nak masuk tuh, main terjah masuk tanpa bagi peluang orang nak keluar tu keluar. Iskkk... Biasa ada satu kaum tuh wat cam tuh. Umm pepandailah teka ekk... xD Tapi tulaaa... orang nak keluar lak cam terseksa nak keluar. Hampes punya orang-orang yang terjah masuk tuh. Taula nak dapat tempat tapi bertimbang rasalah sket. Dahulukan orang nak keluar dulu. Haparaaaa...

Teringat masa naik tren ke MidV. Pemandu dia siap bagi announcement kat setiap stesen, "sila dahulukan penumpang yang ingin keluar!". Ulang sampai dua tiga kali. Bagusnyer pemandu tuh ^_^ Siap dengan nada suara ala-ala geram ekekeke... mungkin dia pun tensen tengok orang-orang berebut masuk.

Berbalik kat citer tadi, akhirnya saya pun dapatla gak tempat. Tapi peliknyer. Ada satu ruang kat dalam tu lapang. Tapi semua yang masuk, menempek jer kat tepi pintu. Sesak semacam. Sanggup tuuuu! Takmo gerak ke dalam. Yang sedia ada kat dalam, tak nak berganjak daripada tempat asal. Saya jugak yang gi kat ruang tengah tuh. Selesaaaaa... xD Dan ohhhh... patutlah takde sape sudi ke situ. Takde tempat nak pegang rupanya xD Tak kisahlah. Yang penting, saya tak dihimpit sesapa. Ohohoho~... xD

Masa tren bergerak, memula slow pastu laju. Mujurlah saya jenis tak sker high heels. So saya dengan selamba dapat berdiri tanpa terjatuh. Kira menten aaa posisi dengan penuh machos.
Yang pegang tiang pun terhuyung hayang o_O Pelik. Patutnya saya yang camtuh sebab langsung tak pegang pape sebaliknyer bergantung pada kekuatan graviti badan sendiri xD Terer tuuuu...!! xD Tapi yang hampesnyer bila yang pegang-pegang tiang and kerusi mula menghimpit ruangan tengah tadi. Ohhhh maaaaaaaaanyyyyakkk cantik!! Tadi jual mahal... T_____T

Ohhh satu lagi perkara saya cukup anti masa naik tren ialah orang-orang yang sker konker tiang. Bolot sengsorang. Camler tiang tuh dia punyer T__T Selalu nampak orang [biasanyer pompuan iskkk especially yang ber-couple-couple-an termasuk minah indon] yang menyandar belakang diaorang kat tiang tuh. Kan susah orang lain nak pegang! T___T

Lagi hangin kalau dah ada orang yang memang sedia pegang dari awal. Pastu 'kumpulan penyandar tak makan saman nih' masuk. Then selamba derk gi nyandar. Tak pepasal orang tuh terpaksa lepaskan pegangan. Siannyer!! T^T Tapi ada jugak tak nak lepas [cam saya ekeke...]. Kalo laki tak lepaskan, nanti dituduh oleh diaorang menggatal sebab pegang belakang diaorang. Especially kat bontot. Tak ker hampes tuh? Sian laki-laki pemegang tiang yang innocent ekeke xD Kalau pompuan, diaorang lagi berani nak nyandar habis-habisan. Sampaila pompuan tu lepaskan. Kira victoryla T___T

Mende ni terjadi masa saya gi MidV harituh. Saya, Pah dan beberapa orang penumpang dari UKM, dah lama memegang tiang tuh sampaila ke Bandar Tasik Selatan. Sepanjang setiap stesen, akan ada pemegang baru yang join xD Bila tiba kat BTS, ada sekumpulan remaja laki dan pompuan masuk. Terus menuju ke tiang. Salah sorang pompuan selamba derk gi sandar kat tiang tuh!! Tak pepasal sumer yang pegang cam terpaksa lepaskan tangan sebab tak selesa tangan diaorang dihimpit badan minah bangang tuh.

Saya dan only a few tak. A few tu mencari posisi pegangan yang lain tapi saya kekal kat posisi asal. Selambanyer dia himpit tangan saya. Iskkk... Tren mula bergerak. Slow kendian laju sket. Saya mengira masa sambil merasai pergerakan tren. Tetiba dengan sengaja, saya memusingkan badan secara tetiba membuatkan beg Garfield terus menampar badan dia. Mwahahahaha~!!! Masa tuh plak tren dalam posisi membelok xD Dia cam terkejut and nampak marah tapi saya buat-buat bodo tak perasan beg terkena dia. Dia pun terus menyandar lagi. Bila belok lagi, sekali lagi saya buat mende yang sama tapi dalam arah berlawanan. Dan lagi untuk kali ketiga! xD

Akhirnya dia menjauhi tiang!! Mwahahaha~!! Rasa cam nak gelek gumbira xD Dan orang-orang lain yang sebelum ni memegang tiang, mula beransur untuk pegang kembali. Victory!! (^V^)v Pah siap tanya, "along, tadi beg along terkena dialaa...". Hua hua...!! xD Saya pun jawab, "ohh? ye ker? tak prasan pulak.." xDDDDD Tapi dari kerlingan mata, nampak penumpang lain cam tersenyum sinis tengok pompuan tadi makin menjauhi tiang xDDDD Ohhh saya telah berkhidmat untuk masyarakat pemegang tiang~!! ^O^

Moralnyer kat sini... berhati-hatilah dengan beg Garfield saya. Rowr...!

xO

Rabu, Disember 20, 2006

Kaomoji mania~!

Excerpt from maestrosync.com :

"Japanese-style emoticons (also known as anime emoticons, verticons, or kaomaji) differ from conventional emoticons because they are viewed vertically. These emoticons borrow heavily from the anime drawing style, with a lot of expression shown using the eyes. These emoticons are often abbreviated by leaving off the parentheses, so (^_^) will become ^_^. They can be further abbreviated by leaving out the mouth, so ^_^ becomes ^^. The longer the mouth, the stronger the emoticon's meaning."

o(^_^)o .... 'yes!' (hands at sides)

(*_*) / (O_O) .... amazed

m(_ _)m ... apologising (bowing)

(-_-)zzz / (z_z) ... asleep


Excerpt from writerresponsetheory.org :

"Kaomoji, (literally, "face mark") are a japanese lexicon of emoticons. Unlike emoticons however, kaomoji are primarily vertical rather than horizontal, and based on a rich component grammar, and this richness brings them much closer to ASCII art depictions of faces than the iconic shorthand of a smiley. The variety of kaomoji is staggering, and many make use of mixed western characters, hiragana, katakana, dingbats and more."

Some samples from harapan.co.jp :

Smiling

(^o^) ... ^-^; ... (^-^)

(^^; ... (^o^)/~~ ... (^.^)

(^o^; ... (^_^) ... (^-^;

(^O^) ... (^.^; ... (^0^)/~~

(^o^)/ ... (^_^; ...(^^)/

Kaoanis dari Ragnarok Online xD :
wtf?! ye..? ye..? ...umm... scissors! ???

Click for more kaomoji samples from tokai.or.jp~!

Papehal pun... idup kaomoji~!! Mwahahaha~!!! xD

~ s p r e a d i n g / / d a / / k a o m o j i n e s s ~


Sebenarnyer entry nih untuk wawarkan saya dah tukarkan smilies biasa dalam cbox tu kepada animated kaomoji ekekeke... tu jer... xP

Selasa, Disember 19, 2006

Spamz

Suka berforum? Saya suka. Especially kalau forum tu berkaitan dengan manganime. Tapi saya cukup anti dengan forum yang mempunyai tahap spamming melampau... T^T ... iskkk. Rasa cam nak baham sekor-sekor spammers tuh. Kanibal pun kanibal lah asalkan forum tuh bersih daripada spam.

Apa itu spam? Mende-mende ngarut yang tak berkaitan dengan topik perbincangan. Selain daripada spam mail, juga ada spam postings. Kalau dah lama jadi forumer, dah tentu biasa jumpa dengan spammers yang cukup hampes nih.

Identiti diaorang senang jer. Dalam sebarang thread perbincangan, tetiba terselit kekata cam "hello" ke "wazzup!!" ke. Tak pun pape ayat yang memang lari giler dari topik. Biasanya n00bs dipersalahkan. Tapi rasanya bukan semua newbie buat camtu. Poster veteran pun tumpang sekaki.

Ada juga spammers yang sekadar post smileys jer manjang dalam setiap posting. Takde ayat. Cuma smiley. Spammers cam nih yang hangin nih. Memberatkan thread dengan grafik yang tak perlu [sebab kengkadang spammers nih pun sker guna siggy besar gabak]. Urghhh... kalau takde mende nak cakap, tak perlulah post pape. Kan senang? T________T

Satu lagi jenis spammers adalah yang sker buat double, triple, dan seterusnya sampai ke sejuta ke kalau boleh, posting. Hangin gak nih. Lelebih lagi kalau dah sedia ada butang EDIT POST. Apa guna butang tuh kalau bukan untuk digunakan??? Posting bebanyak rajin pulak. Klik edit seciput tu malas. Grrr...

Spammers cam nih biasa muncul kalau forum tu ada sistem ganjaran. Cam setiap kali post dapat duit ker [gold, copper, kupang, zeny, blablabla...]. Dan mende tu boleh ditukarkan untuk keistimewaan seperti penambahan quota private message inbox ke, penukaran title nama ke, 'bayaran' untuk download manga 'sensasi' ke...

Gaiaonline punya forum pun bersepah dengan spammers. Sebab setiap kali post, akan dapat gold. Gold tu pulak boleh digunakan untuk beli kelengkapan avatar memasing. Cukup anti baca post-post yang ditulis spammers... T_______T

Mungkin sebab aura bekas supermod masih terasa maka muncul la perasaan hangin tuh hahaha xD Uhhh dah lama meninggalkan animechains sejak mula apprenticeship dulu. Pastu berjinak-jinak dengan Krekotaku tapi tu pun dah lama tak menjenguk muka. Dua tu jelah forum yang pada saya, bebas spam. Sayang forum-forum tuh xD

Animechains merupakan forum antarabangsa. Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa. Adalah merupakan satu penghormatan dapat kepercayaan menjadi supermod kat situ ^_^ Sebenarnya dapat tawaran jadi mod jer. Tah camne tetiba naik pangkatlah pulak xP Dengan kuasa saya masa tu, banyak thread spam berjaya dibungkus. Mwahahaha~!! Kijam! Kijam! Spammers yang berjaya dikenalpasti di-ip-ban-kan. Setiap satu subforum ada sampai 5 atau lebih mod. Semuanya untuk memastikan Animechains bersih sebersih bersihnya. Siap ada subforum khas untuk spammers kalau diaorang gatal sangat nak mengganaz.

Tapi last-last kena ucap bye-bye sebab masa untuk melayari net makin terhad. Tugas diserahkan pada orang lain. Untuk Krekotaku, takde pegang pape jawatan. Tapi tak kisahlah sebab semua forumers kat situ tau jaga etika dan jugak benci spamming cam saya ^___^ Sebagai bekas mod, saya cukup suka dengan keadaan aman damai camtu xP

***NT SPAMZ***

Isnin, Disember 18, 2006

cak-cak-cak

Walalala~ xD Nampaknyer percubaan untuk menyelitkan lagu dalam blog berhasil dengan jayanya! Itupun nasib baik ada lagu tu hosting kat radio-blog. Tapi still tengah cari cara lain untuk uploadkan player yang mana lelagunya adalah pilihan sendiri. Dah dapat dah site tuh. Masalahnya nak ejas saiz player tu dengan column blog nih yang kecik teramat haha xD So, buat sementara waktu nih, kena berpuas hati dengan player kecik sumbangan radio-blog ^_^

Hari tu tinjau-tinjau J-Bleach dan dapat link ke promo movie terbaru Bleach. Cam menarik jer sebab Zaraki-sama dan Byakuya serta Renji-kun ada xD Memories of Nobody tajuknya. Tak sabar nak sambar xD Dahla dah lama tak tengok Bleach uhuhu... baca manga jer kat net ^_^ Tu pun belum sampai lagi part Arrancar tuh ke apatah nama puak tuh.

Minggu lepas sempat tengok Cicakman. Hmm memang kagum aa teknik CGI especially masa wat keadaan bandar Metrofulus tu. Overall, citer tuh okay. Karektor Aznil spoil sket sebab banyak sangat "haha-haha" nya... T^T ... Suka tengok Adlin Aman Ramli dan AC Mizal sebagai Ginger brothers. Spin off daripada The Matrix xD

Jalaluddin Hassan sebagai presiden Metrofulus memang tepat xD Comel tengok dia kena 'cabul' dengan Cicakman hahaha xD Yang si Fasha tu ehh... watak dia cam tak best. Tak tau motif apa dia perlu muncul. Mungkin sebagai penyumbang all access card tu? Ohh masa part tuh kelakar xD Nama Fasha dalam citer tu Tania Ashraf. Dia setiausaha Dr. Klon [Aznil] so diberi pas all access.

Kebetulan, Hairi [apek] dan Danny [Yusry] tengah cari jalan nak masuk opis Dr. Klon untuk menyiasat apa rancangan Dr. Klon sebenarnya. Hairi terlanggar dengan Tania kat stesen LRT dan amek kesempatan tu untuk mencilok card Tania. Bila sampai kat tempat pengesahan, Tania terpaksa ditahan sebab takde access card. Hairi kat belakang lak selamba derk lalukan access Tania kat komputer.

Pastu bila kedengaran suara komputer kata, "Tania Ashraf. All Access.", si Hairi sengaja batuk-batuk dengan kuat sambil berkata, "Tahniah! Tahniah ke atas saya sendiri kerana sampai opis!" ke camne tah dialognya tapi memang kelakarlah xD Nak cover nama Tania dengan tahniah xDDD

Sabtu, Disember 16, 2006

Karaoke bersama! xD



Tanaka Rie - Fields of Hope
Insert Song : Gundam Seed Destiny


konna ni tsumetai
tobari no fukaku de
anata wa hitori de nemutteru

inori no utagoe
sabishii nohara wo
chiisa na hikari ga terashiteta

anata no yume wo miteta
kodomo no you ni waratteta
natsukashiku mada tooku
sore wa mirai no yakusoku

itsuka midori no asa ni
itsuka tadoritsukeru to
fuyugareta kono sora wo
shinjiteiru kara
Fields of hope

umarete kita hi ni
dakishimete kureta
yasashii ano te wo sagashiteru

inori no utagoe
hitotsu kiete mata hajimaru
tayorinaku setsunaku tsuzuku

itsuka midori no asa e
subete no yoru wo koete
sore wa tada hitori zutsu
mitsukete yuku basho dakara

ima wa tada kono mune de
anata wo atatametai
natsukashiku mada tooi
yasuragi no tame ni
Fields of hope

natsukashiku mada tooi
yakusoku no nohara
Fields of hope
Fields of hope


Translation :

Beneath a veil so cold,
You deeply sleep, all alone
The melody of prayer; on the lonely fields,

a little light shinedI watched as you dreamed
You laughed like a child
So dear, and yet so far -

That is the promise of our futureThat one day, on a green morning,
One day, we will make it there
Because in this wintered sky
We still believe
Fields of Hope

On the day we were born, we were embraced
And now we search for those gentle hands again
The melody of prayer; one vanishes,

And all begins again; a powerless, painful continuation
One day, to that green morning,
We'll cross through all these nights

Because that is the place each one of us searches for
Now, within my own heart,
I want to keep you warm
So dear, and yet so far -
In the name of peace
Fields of Hope

So dear, and yet so far -
The fields of promise
Fields of Hope
Fields of Hope

Jumaat, Disember 15, 2006

oro?

Hmm... bebaru ni Ryu-kun ada forward link ke Youtube. Bukan amv anime cam biasa tapi video pasal real life issues. Couple couple kat Taman Cempaka Bangi. Bangi tuuuu...! Sumber dikatakan diperolehi daripada mykakis. Err... search aa sendiri kat google sebab saya malas nak bagi link ke site tuh xP

Anyway, perlu diingatkan, mykakis tuh site yang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Banyak pasal paparan skodeng menyekodeng. Site tuh pun rasanya ada link dengan site yang umm... pepahamlah xD Tapi saya tak sure sebab tak explore mykakis. Saya cuma tengok kat apa yang dihidangkan dalam Youtube.

Tag untuk mencari, senang jer. Tulis la tudung, melayu, couple. Akan keluarla senarai video pasangan melayu yang kebanyakan perempuannya bertudung, bercanda-candaan di taman Cempaka tuh. Memacam gaya O_o Ohhh... Bangiku dah tercemar... T^T ... ni yang rasa cam nak jadi budak Nilai terus ekekeke...

Anyway, pas tengok sedikit sebanyak, saya pun jadik bosan. So cari tag lain. AMV anime dan lelagu j-rock hahaha xD Sker tengok band Psycho Le Cemu yang comel. Padahal diaorang J-rockers xP Layan rock band jepun lagi best daripada tengok mende alah tuh uhuhuhu...

arah jam dari kiri : lida, yura-sama, aya || depan diri : daishi || duduk : seek

Khamis, Disember 14, 2006

Dilema tul... T^T

Semalam tidur lambat. Habislah. Mesti ngantuk tahap cipan kerja nanti xD Tu pun, nak nak jer tengok Champions League alang-alang masih lagi berjaga. Tapi Liverpool tak lawan. Arsenal dan Man U jer. So tak jadi nak tengok.

Semalam gak, abah and mak balik Bangi amek Pah untuk ke Nilai. Saya dan otouto masih remain kat Bangi. Abah sempat tanya, nak gi Kuantan tak nanti. Best nya. Outing satu family ke Kuantan. Tapi kaaaaannnn... kalau pergi Kuantan, bermakna tak pergi majlis perkahwinan kawan 25 Disember nanti...

Jadi, persoalannya di sini, mana satu lebih penting? Bersama keluarga or pergi menghadiri majlis kawan? Siapa yang perlu dikorbankan untuk memuaskan perasaan pihak lain? Kalau ikutkan, memang nak gi Kuantan huhuhu... bukan senang dapat gi sana.

Tah camne, terjawab kat abah, tak dapat kot sebab kawan kahwin. Iskkk... abah terdiam jap pastu angguk jelah. Iskkk... kalau masa boleh diputarkan semula, nak jer erase ayat tuh huhuhu... Dahlah tak ikut abah mak gi Kedah Jumaat ni lawat Lelidin. Iskkk...

Tu pun abah ada tanya tapi saya terpaksa decline sebab tak sempat dah nak mintak cuti. Abah mak rancang nak gi Jumaat pagi. Otouto pun terpaksa menolak gak untuk ikut disebabkan isu yang sama. Dia tengah praktikal sekarang.

Uhhh... tak ikut gi Kedah. Pastu tak ikut gi Kuantan... cam mengelakkan sebarang aktiviti bersama family jer... Iskkk... bukan camtu! Bukan! Huhuhu... nak sangat ikut... sedeynyer...

T^T

Rabu, Disember 13, 2006

Cuti jap xP

Entry kali nih pendek jer [agaknyalah haha...].
Setakat nak melaporkan :

Saya akan sibuk sikit mencari duit di Gaia jadinyer, blog nih akan terabai sikit ekekeke... tapi blog tetap akan di-update seiring dengan jurnal harian saya di Gaia.

Akses ke Gaia tak dapat dilakukan dari opis so memalam saya akan full dengan aktiviti mencari duit di Gaia. Ohhh dunia onlineku kembali hangat! xDDD

Target utama mencari duit adalah untuk membeli pancing lebih berkualiti untuk menangkap ikan-ikan lebih besar. Semalam telah membazirkan sebanyak 1k untuk baju dan seluar jer. HAMPES!!

Setelah pancing diperolehi, duit akan dikumpulkan lagi untuk menukar stylo rambut daripada hitam ke glossy rainbow. Ekekeke... masa tuh jugak, penetapan imej akan mula difikirkan. Semua ni perlu untuk penyediaan memasuki arena show off your avvy.

Di samping penetapan imej dan stylo, juga akan menjalankan editing pada layout profile untuk menarik commenters ^_^ Aktiviti merayau mencari sampah juga diteruskan.

Sekian laporan dari Gaia.

Hehe...

Sabtu, Disember 09, 2006

Gaia Online

New addiction!!

koro-chan!! Hehehe...Pah punyer... xD

Sekarang berhempas pulas mengumpul gold dalam dunia virtual GaiaOnline wahahaha xD Mende alah ni bukan online game yang biasa. Lebih kepada komuniti online. Ada forum, ada blog/jurnal... pendek kata memang site yang punya kelainan ^_^

Bila kita masuk jer GaiaOnline, sesape yang belum berdaftar akan kena regis dulula tapi mende ni percuma so don't worry bebeh! Pas dah regis, kita dikehendaki pilih avatar kita sendiri. Menariknyer tentang avvy ni, bukan sekadar gambar tempelan seperti forum-forum biasa. Tapi kita cam reka watak online kita sendiri! Wahaha~ best best! xD

Maksudnya, kita boleh pilih samade nak jadi lelaki atau perempuan. Bapuk mahupun tomboy tiada dalam pilihan yeee... Pastu ada fesyen rambut gegaya anime hehe... Pastu ada pilihan bentuk mata. Nak mata comel ke, mata blur ke, mata dingin semacam ke, terpulangla xD Last sekali warna kulit pelbagai pilihan.

Dah habis reka watak kita tu, activate account sumer tu, kita akan menjalani satu quest ala tutorial. Setiap kali complete sesatu quest, dapat reward berpatutan. Senang jer. Jangan bimbang. Mende alah tu untuk membiasakan kita dengan persekitaran GaiaOnline tu.

Bila dah complete quest tu, maka bebasla kita untuk merayau site tuh. Menariknyer tentang site tu, setiap kali merayau dari satu segmen ke segmen yang lain, kita akan dapat duit [gold]!! Pos dalam forum pun dapat gold. And kalau guna function pm dan jurnal entry untuk kali pertama, pun dapat gold! Gold-gold yang terkumpul, membolehkan kita pergi bershopping! Yay! Baju baru! Seluar baru! Cam shopping biasa. Cuma avvy kitala yang pakai baju sumer tuh xD

tukar style dan bebaju yang ada dalam inventori... sket jer baru huhuhu...

GaianOnline juga menggunakan konsep online gaming cam RO tapi takdelah seccanggih RO xP Maksudnya, kalau kita online and kawan kita pun online, kita boleh sesama masuk town-town dalam Gaia untuk menggoyangkan pokok, batu dan semak untuk mencari duit bersama hahah xD Tak lupa juga menangkap serangga dan pergi memancing ^_^

Kebetulan rumah saya memang ada LAN sebab kitaorang guna hub yang disambungkan pada router ADSL untuk connect 3 pc talian streamyx. So, saya dan Pah pun online sesama and had great fun merayau sesama dalam dunia Gaia tuh ^_^

Di samping goyang-goyangkan benda untuk keluarkan duit, mancing untuk dapatkan ikan yang boleh dijual serta serangga yang boleh ditukarkan dengan item lain, kita juga kena bersihkan bandar-bandar dalam Gaia tu daripada sampah-sarap ^_^ Sampah-sampah tu pulak boleh recycle jadi item lain cam topi ke apa ke. Promote alam sekitar tuuuu xD

Bonusnyer, kita boleh juga kutip bunga-bunga liar. Sekadar nak penuhkan inventori atau untuk diberi pada kengkawan sebagai cenderahati ^_^ Boleh juga ditukarkan dengan item lain. Best giler! xD

Memang addicted... @_@

Khamis, Disember 07, 2006

Tetel pauwaaa...!! - Da Return...

Dah lama tak cerita pasal kekura hehe ^_^ Numlock dah 5 bulan bersama saya. Masih sihat bertenaga dan yang paling jinak O_o Dulu dia bukan main agresif. Agaknya dah biasa kot dengan kehangatan tangan saya cewah xD Dia yang paling tak banyak karenah. Dengan sayalah. Dengan orang lain terutamanya otouto-chan, dia takkan sejinak itu xD

Keyboard yang pernah merantau dan hilang selama 4 hari, masih tak biasa dengan tuannya uhuk... Delete yang sebenarnya dibelikan untuk otouto-chan, makin jinak. Tapi bebaru ni dia dua kali pergi merayau masuk bawah katil T___T Habis berhabuk satu badan. Bila berjaya dikeluarkan, rupa dah macam cotton candy daa...

Sekarang terrarium diaorang saya dah ubah sikit. Letak kain towel tak dipakai sebagai daratan untuk diaorang. Time makan jer baru bagi diaorang berendam dalam air. Dan nampaknya, diaorang memang suka cara hidup camtu O_o

Minggu lepas ada pergi pet shop kat MidV tu. Saje tengok-tengok kalau ada aksesori kekura. Ada memang ada tapi terrarium jelah. Tu pun mahal nak mampus xD Pastu tengok kot-kot ada kekura yang menarik untuk dibeli haha.

Dapatlah nampak spesies Star Tortoise yang shell dia kembung semacam cam mangkuk terbalik tu xD Rasa cam nak beli tapi setakat niat jela tanpa keinginan yang padu xD Lebih prefer spesies red-eared sliders. Terrapin comel berwarna hijau ^_^ Star Tortoise warna hitam kuning. Cam kumbang. Yaks... Lagipun mahal giler.

Pet shop tu pun ada jual terrapin gak. Kecik giler!! Comel sangat!! Mata bersinar-sinar nak tambah koleksi tetel di rumah hahaha... tapi sekali harga RM18 sekor. UIKS!!! Numlock and the geng pun saya beli dengan harga RM8 jer... T______T

Rabu, Disember 06, 2006

Meh kita bercerita sket

Dah lama tak update. Busy sikit eheh... Tapi rajin pulak tengok blog orang lain xD Anyway, kerja makin bertambah sebab dapat projek baru. Usahasama dengan sebuah bank terkemuka. Eceh~ceh... Tapi tak naklah cerita pasal kerja.

Bebaru ni citer korea kat AEC dah tamat. Tapi tak pernah tengok ahahaha xD Niat nak tengok tapi asyik tangguh jer. Last-last dah habis daa... Tapi takperla. Mungkin ada ulang tayang kot. Kalau takde pun, kena sambar cd jelah xD Actually, nape ekk lebih prefer cerita oriental berbanding melayu? Nape? Why? Naze???

Salah satu sebab mungkin tema kot. Korea jepun pelbagai. Takdenyer pasal bisnes-bisnes hartanah ker, engineer ker, arkitek ke... cite bisnes pasal barangan kosmetik pun jadi. Cam citer Jang Hyuk dan Jang Nara berlakon tuh [A Successful Story of a Bright Girl]. Ada gak citer pasal bisnes taman tema yang Jang Nara [lagi!], Kim Rae Won dan Kim Jae Won berlkon tuh [My Love Patzzi]. Kan lain daripada lain tuh xD

Tapi tak dinafikan, citer korea banyak klise pasal cinta tiga segi. Sebab tulah saya lebih prefer Jepun wahahaha xD Citer Jepun lebih menarik. Jangan marah aaa para peminat citer korea xP Mungkin sebab utamanya ada banyak cerita yang disadurkan daripada manga. KUROSAGI cerita pasal penipu. GTO citer pasal cikgu samseng tapi best giler. BATTLE ROYALE citer kontroversi pasal killing to survive. SHINOBI citer pasal ninja. NANA citer pasal persahabatan dua gadis nama sama tapi perwatakan berbeza. ICE WORLD citer thriller. POWER OFFICE GIRLS ragam pekerja pejabat kelas bawahan. NOBUTA WO PRODUCE citer pasal kita tak semestinya jadi orang lain untuk popular. ORANGE DAYS percintaan gadis bisu dan lelaki biasa. Banyak lagilah. Tak larat nak senaraikan semua!

Pendek kata, memasing ada minat sendiri dan sebab kenapa diaorang suka. Saya lebih suka cerita bergenre komedi with a little action. Nak jiwang boleh, tapi takmo meleret sangat. Dalam erti kata lain... tak berapa gemor citer cinta tiga segi. Tapi what to do kalau terpaksa ada adegan camtuh. Hmm... But then again, citer Melayu yang saya sker tengok adalah Inikah Cinta lakonan Fahrin Ahmad, Nasha Aziz dan Ako Mustapha. Cambest lak walaupun cinta tiga segi hahaha xD

Isnin, Disember 04, 2006

Deathnote Quotes

Some interesting convies I found at Deathgod.org.
Disclaimer : Everything belongs to them. I'm just copy-pasting. If you wanna credit, go credit them ^_^

"Light: What was it?
L: Nothing. Just another of Matsuda's unimportant idiocies
Light: Well Matsuda does have that natual ignorance.
Matsuda: Those two know that we can hear them right?" (38)

Near: "Thank you for your useful information. You two may go back now.
Aizawa: You heard that much and just say 'go back'"
Near (pouting): And so I thanked you for your useful information..." (80)

Near: "Rester could you come back one more time to command the center in New York?" (he's currently in Japan)
Rester: One more time?"
Near: I'm also going to Japan"
Rester: So during that time you want me to come to New York and stay watch?"
Near: No"
Rester: Then why do you want me in New York?"
Near: I've never experienced the first class procedures of riding a plane alone, so I want you to come back so we can go together." (89)

Near: "What is it L?
Light: Misa Amane and Mogi are missing"
Near: Yes. We have abducted them.
Light: Near...Nan no tame ni? (for what?)
Near: Nen no tame ni. (Insurance)" (95)

"Giovanni: if there is shinigami, I might die, right?
Near: Yes.
Giovanni:.....
Near: if you are scared, I'll ask Lester to go.
Lester: ............."

"Misa: Who touched my butt?
L: *sneaks hand behind back* How imprudent! That's unforgivable! I shall catch the culprit!"

Khamis, November 30, 2006

HEROES

montaj permulaan siri ni

HEROES. Satu siri cukup unik. Idea segar. Sama seperti Supernatural, siri ni mampu mencabar serials yang sedia ada. Pengikut makin bertambah. Fansites mula membuah. Sasaran audien bukan jer westerners tetapi juga Asians. Sarat dengan interracial. Pasangan Caucasian tak semestinya dengan Caucasian.

HEROES berkisarkan individu biasa yang terpilih. Kuasa terpendam mula bangkit. The calling of nature. Si geneticist tua mencari jawapan namun terkorban apabila mula mendekati kebenaran. Si geneticist muda rela dalam paksa memikul tanggung jawab menyelesaikan apa yang dimulakan. Si adik mencari siapakah dia dan apakah kurniaannya. Si abang menolak kebenaran yang sedia terbukti. Si ayah cuba menyatukan semula keluarga. Si anak paling memahami ibunya. Si ibu terdesak dalam identiti bercelaru. Si suami yang keliru dengan kematian yang sering mengiringinya.

Si pelukis mampu meramal bencana. Si pekerja biasa berusaha menjadi wira seperti namanya. Si gadis pelayan genius dalam diam. Si ahli sorak tidak mampu tercedera. Si polis mengejar pangkat tertinggi mampu berkomunikasi secara maya tetapi terseksa dengan kehidupannya. Si wanita yang menjadi penenang antara mereka. Si lelaki pendiam pengubah minda. Si kejam meratah mangsa tanpa belas. Si lelaki misteri yang mempunyai kaitan dengan segala-galanya.

Watak yang ramai mula-mula terasing tetapi beransur saling berkaitan. Si adik mula memahami siapakan dirinya yang sebenar. Wira harapan semua...

Para pelakon dalam HEROES

Uhhh... skema giler ayat xD Tapi memang disyorkan tengok citer HEROES nih. Belum ditayangkan di Malaysia tapi rasanya Astro akan amek ^_^ Sker tengok kuasa watak yang ada. Contohnya Peter Petrelli, adik kepada Nathan Petrelli. Dia ingat kuasa dia boleh terbang. Rupanya cuma abang dia je ada kuasa camtu. Bila bersama dengan Isaac si pelukis, tetiba jer dia ada kebolehan melukis. Dia pun boleh regenerate tisu badan and pulihkan kecederaan. Tu pun bila dia hampir dengan cheerleader yang mempunyai kuasa macam tu. Kesimpulannya, kuasa dia yang paling cambest antara sumer!! Kuasa mimicking atau meniru kuasa orang lain. Absorb their powers. Save the cheerleader. Save the world.

Tula motto citer tuh hingga episode 9 [homecoming]. Cheerleader yang dimaksudkan tu Claire Bennett yang mempunyai kuasa memulih. Dia diburu Sylar, lelaki kejam yang sker bunuh mangsa dengan brutal nya. Kepala cam digergaji and otak dikorek keluar, setiap sendi badan ditikam dengan objek tajam, mayat dibakar hangus... pendek kata, memang kejam giler. Tak tau motif sebenar tapi sasaran utamanya mungkin diaorang yang ada power just to absorb their powers for his own ke atau untuk pastikan cuma dia jer satu-satunya yang ada power . Yang mangsa-mangsa dia sebelum tuh cuma untuk keseronokan.

Peter Petrelli dibawakan oleh Milo yang pernah melakonkan watak Jesse dalam Gilmore Girls. Memula tengok HEROES cam familiar je muka dia. Bila tengok senarai cast. ARGHHHH!!! Memang dia!!! xD Bestnya!! Jared, Jensen and Milo sumer dalam siri hit ^____^ Tak sabarnya nak tengok Supernatural season 2 uhuhuhu... Kalau Astro tak tayang lagi, kena mintak Ryu-kun tolong download dari bittorrent la iskkk...

Direkomenkan tengok HEROES!! Siri ni cam mengajar, walaupun kita tak jelas dengan matlamat hidup kenapa kita lahir ke dunia, but someday we will know that we're meant for something big. Cuma masalah the right timing jer ^_^

Selasa, November 28, 2006

kuak lentang hoh hoh...!!

Sambungan sikit lagi pasal a walk on memory lane xP Setiap kali ada perayaan kat Malaysia, semua student Malaysia dengan family masing-masing akan berkumpul di Malaysia Hall untuk meraikan sama-sama walaupun kitaorang nun jauh di England ^_^ Masa tu untuk bebudak ada acara sukaneka. Selalu gak masuk join bersama Ryu-kun dan adik beradik dia ekeke... Termasuk jugak Far. Masa tu rapat dengan Far tapi skang dah tak berapa. DIa dah kahwin dah pun. Tak tau bila ahaha... Tapi setelah sekian lama tak bersua muka, dia ada datang menziarah. Muka memang dah matured gila. Bini oranglah katakan xD

Masa sekolah kat Anderton Park dulu, setiap pelajar diwajibkan masuk kelas renang. Kolam renang tu pulak luar daripada bangunan sekolah so kalau ada swimming lessons, maka ada rombongan berjalan kaki ke swimming complex kat area Birmingham tu. Biasa saya pakai pelampung kat lengan tu and berenang kat kawasan cetek xD Tak suka berenang sebenarnya uhuhuhu... Biasanya setelah dua tiga lessons, akan ada ujian untuk tentukan tahap renang memasing. Kena berenang tanpa pelampung. Dekat kawasan dalam pulak tuh. Iskkk... selalunya saya akan gagal haha tapi Leli-imouto pernah dapat certificate kecemerlangan berenang.

Bila dia dapat macam tu, mula la jeles sket. Lalu minggu seterusnya, terus transform jadi orang yang terer giler berenang xD Cikgu pun ternganga besar. Eheh... rupanya saya boleh berenang cuma selama ni malas kot. Ahaha saya sendiri pun terkejut dengan keupayaan yang dijana semangat cemburu kat adik sendiri heeeeeeee... Dan seperti yang dijangka, saya pun dapat certificate yang sama tapi lebih up sketla daripada Leli-imouto punya. Puasnyer ati ohohoho... Tapi tula. Sebab masih kecik, so tak tau kepentingan sijil tu. Buat macam kertas biasa. Iskkk... kalau tak, dah lama ada dalam simpanan saya sekarang. Sedihnyaaaa...

Tapi sekarang dah tak reti berenang. Tak pernah praktikkan sejak kembali ke Malaysia so dah lupa teknik apungan badan semua tu. Leli pun sama. Lagipun, geli ahh nak berenang dengan umur camnih hahaha... Result nya? Pernah lemas kat Port Dickson masa darjah enam hahahaha... tu pun sebab nak selamatkan Leli-imouto. Podah cit betul. Dia yang berenang kat kawasan dalam. Saya kat kawasan cetek cuba tarik dia. Tapi mungkin sebab dia panik kot, dia tarik saya masuk kawasan dalam tu and seterusnya jadikan saya medium loncatan ke camne tah untuk berusaha kuar ke kawasan cetek. Caranyer dengan menolak saya ke dalam air untuk dapatkan momentum keluar air. Iskkk...

Bila dah rasa cam nak out jer, nak kata babai, world... ada satu tangan kaut saya ke atas. Rupanya si lifesaver yang cam Baywatch tu cuma dia takdelah pakai spender je ekekeke... Leli-imouto dah pun selamat berada kat tebing sebelum saya. Hmm... Tula pengalaman near death yang pernah dialami xD Uhhh... itulah rasanya kot. Nak tolong orang tapi diri sendiri tetiba tak pepasal dijadikan korban. Mungkin sebab tulah sedikit sebanyak, saya bengkek sket dengan Leli. Ahhhh well...

Isnin, November 27, 2006

Memory lane

Ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, rajin berlari ke kedai beli mainan dalam telur tu ^_^ Konsep yang sama macam mainan figura mini jepun tapi untuk barat punya, diaorang guna Mickey Mouse and the gang. Biasanya saya kumpul Donald Duck sebab tak minat Mickey. Tapi tu dulula. Sekarang mainan yang pernah dikumpul tu entah ke mana. Tercicir kot masa sibuk-sibuk packing barang untuk balik ke Malaysia. Dahla banyak ahahaha xD

Pastu kalau nak pergi sekolah, kena lintas jalan besar. Bahaya sikit untuk kanak-kanak. Tapi orang British memang fikirkan keselamatan kanak-kanak. Akan ada seorang lelaki tak kisahlah tua ke muda ke yang akan bertindak sebagai 'lolipop man' hehe... Lolipop sebab dia pegang Stop sign. Kan macam pegang lolipop besar tu kan? ^_^ Dia biasanya akan pergi ke tengah jalan sambil pegang sign tu and then gesa bebudak lalu cepat sementara kereta-kereta berhenti memberi laluan. Orang British memang mengutamakan pejalan kaki. Tak macam kat Malaysia... hmmm...

Sempat sekolah sampai tahap junior jer [7 tahun]. Start pulak dari tahap Infant. Tak sempat masuk tahap Nursery sebab terlebih umur haha xD Gaya pembelajaran diaorang tak formal macam kat Malaysia. Lebih kepada eksperimentasi. Ke sekolah tu jer buat gaya belajar camtu kot? Eheh... Anyway, eksperimentasi maksud saya cam kalau kita nak belajar pasal bayang-bayang, kita akan dibawa meronda pekan Birmingham untuk kaji kepelbagaian bayang yang ada. Giler ahhh!! xD Tu yang seronok belajar tu sebab kita cam tak belajar tapi sebenarnya belajar O_O

Field trip pun banyak. Yang paling best masa gi lawat farm. Busuk giler ahahaha tapi seronokla tetengok binatang kat ladang orang British. Cuma masa gi kandang babi tu, saya dan Ryu-kun tengok dari jauh jela. Mujur mak abah memasing sempat beri pesanan, papehal pun, jangan gi dekat menatang bernama pigs xP Pernah juga buat lawatan ke Stamford. Ingat nama tempat jer tapi tak ingat lak buat apa kat situ. Eheh... Pastu gi lagi. Dengan mak abah pulak ^_^

Sekolah tu ada gimnasium gak. Perghhh... gym untuk bebudak. Terer tuuuu!! Cuma takdelah alatan canggih untuk workout. Cukupla sekadar beberapa barangan untuk gymnast, tali untuk memanjat dan mende-mende khas untuk aktiviti ala militari tapi sesuai untuk bebudak. Saya paling suka panjat tali tu. Bila dah sampai atas, boleh nampak semua kat bawah. Tapi tali tu memang tinggi. Ryu-kun gayat xP

Kitaorang pun ada take part in several stage dramas. Pernah jadi bunga xD Takde dialog and sekadar menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan. Kelakar tul xD Tapi bebudakla katakan. Dah ada atas pentas pun dah cukup excited walaupun watak tak penting langsung and sekadar penghias pentas xD Tapi sekali lagi abah mak bagi warning. Untuk pementasan waktu dedekat Christmas, jangan masuk. Tak paham apsal dulu tapi dah besar nih barula paham ^_^ Sebab pementasan tu biasanya dan selalunya akan berkisarkan tentang bagaiman Jesus lahir semua tu. Ohhhh...

And then ada gak prom night!! Giler ahhh... kekecik dah ada prom. Bezanya, cikgu dan mak bapak pun ada sekali xD Tapi mak abah saya tak pergi. Ryu-kun punya pun. Ingat lagi ada sorang budak laki ajak nari ehehehe... tapi Ryu-kun mencelah tak lama lepas tu. Jeles la kot xP Tapi tak nari pun. Sekadar tengok dia yang nari xD Malas arrr... Lagipun lagi berminat pergi lawat booth and main mainan kat setiap booth. Prom night ada booth? Ahahaha... kan untuk kekanak. Takkan nak sama sebijik macam yang high schoolers punya.

Hmm hmm... memang best. Ada banyak lagi tapi yang tu saya sambung lain kali jelah ek.

Sekian dulu buat masa ni ^_^

Jumaat, November 24, 2006

Anda pasti...?

Semalam saya lepak kat ruang tamu tengok GSI. Gerak S... err... apatah Intelek. Citer cam Gerak Khas jer tapi pelakon ada Fauzi Nawawi dengan Sheila Rusly tu. Zul Yahya jadi orang jahat. Geng dengan Jalaluddin Hassan xD First time tengok Zul Yahya jadi watak camtuh. Tak taula sebelum ni ada ke tak sebab tak berapa sangat tengok citer melayu. Yang GSI ni, tetiba jer tengok xD

Anyway, JH jadi ketua segala geng jahat dengan gelaran Tossai. Pelik dengar dia guna kata ganti nama ketiga cam Tossai tak tau pun bila masa korang upah Bidi ke... tak pun Tossai kata diam, diamlah! xD Tapi papehal pun, bila tengok JH, for sure teringat kat abah xD

Tahler. Bagi saya, muka JH cam nak dekat ngan muka abah. Hehe... bila Tanya Pah, dia pun cam setuju. Pernah sekali abah sesaje bergurau kata, "and pasti dengan jawapan anda?". Sebijik siot cam JH!! Siap dengan intonasi, mimik muka semua tuh xD

*sker lakonan Zul Yahya x3*

Rabu, November 22, 2006

tudung blues...

Pernah tak korang [yang perempuanla] berasa tensen ketika memakai tudung? Contohnya kita dah gosok sehabis baik dah. Takde langsung garis kedutan tapi bila nak pakai... iskkk... mencabar anger managament betul. Tak dapat dibentuk betul la itula inila. Tensen gak. Rasa cam nak mengamuk pun ada especially time kita nak cepat. Ahahahaha xD

Tapi sumer tu cuma dugaan kecik jer. Tensen tak tensen, tudung tetap dipakai ^_^ Kengkadang bila dah sampai tahap malas, biarkan jer tudung serabai ekekeke... tapi dek malu dilihat orang lain kot-kot diaorang ingat kita selekeh la plak, terpaksa juga gagahkan diri untuk betulkan.

Bukannyer nak nampak comel untuk ngorat pak cik sebelah ke apa ke. Tapi untuk penampilan. Kita kenalah sentiasa nampak kemas, ye tak? Tapi skang memacam gaya tudung ek? Memangla bagus sebab nak padankan dengan fesyen semasa tapi kengkadang tudung tuh cam bukan tudung O_o Especially gaya Bienda yang tudung gipsi tuh. Pakai tudung tapi cuping telinga terkeluar. Kekonon nak tunjuk subang. Iskkk... Pastu beralasan still tutup aurat sebab pakai turtle neck. Hmm... yang depan tu tak nak cover ke?

Rasanya zaman skang susah nak paham konsep bertudung yang sebenar kot. Kebanyakan ingat sekadar tutup rambut, dah cukup syarat bertudung. Tu yang siap pakai selendang dengan serkup je tuh xD Leher dah terdedah tu. Depan lagila xD Kang banyak cakap kang, diaorang kata yela yela pasni aku pakai purdah, puas ati? Ekekeke... Merajuk ker?

Dulu masa sekolah, pakai gak tudung selempang tuh ^_^ Tapi pakai camtu pun sebab sekolah tuh sumer perempuan. Anyway, seiring dengan tudung yang semakin memendek, pakaian pulak semakin mengetat xD Pelik gak tengok perempuan bertudung tapi berbaju ketat... kengkadang tanpa lengan pulak tuh! Err... bukan pompuan tu tak berlengan tapi baju dia xP

Tapi ada gak yang cam sempurnala jugak. Berbaju lengan panjang tapi adusss... slack la pulak kat suar! Ada yang jeans ketat dan lebih ramai yang sker low cut. So setiap kali tunduk, tayang spender secara free. Pastu pandai la plak tetarik atas balik nak cover. Apa daa... Yang sadisnyer, siap marah sesape yang dok skodeng. Iskkk... dah diaorang yang memandai nak tunjuk. Haizzz...

Kat sini ada artikel menarik untuk dibaca xD
Yayasan Dakwah Islamiah
Kontroversi!

Isnin, November 20, 2006

Star Decor

Untuk sepanjang minggu ni, saya akan berulang dari Nilai. Jauh sketla daripada biasa. Abah kata pepagi abah akan hantar ke komuter Batang Benar. Balik pulak, tepon abah and abah akan jemput, juga dari komuter Batang Benar. Mak kata kalau saya dapat permanent keje kat tempat sekarang, cam kena sewa driver je. Haha xD Itulah untungnya tak reti bawak keta? xDDDD

Bilik kat Nilai memang lebih besar daripada yang kat Bangi. Dahla bilik sendiri. Tak kongsi dengan sape-sape. Bilik kat Bangi dah macam stor hehe... Nak buat camne. Dah bilik tu kongsi dua orang. Barang-barang pun dua orang punyalah. Tu yang nampak sesak semacam tu xD

So dengan bilik sendiri kat Nilai, dapatlah buktikan siapa yang suka sepahkan bilik sebenarnya. Saya atau Pah. Haha xD Dalam bilik saya, banyak letak bebintang glow in the dark tu. Saje hobi ^_^ Tak perlu lampu tido sebab bebintang tu akan jadi lampu tido secara semula jadi. Jimat elektrik. Cantik lak tuh! Bila gi kedai cenderamata, nak beli stok lagi. Memang suka kumpul ^_^

Saya pun ada gantungkan mende alah yang bila ditiup angin, akan berbunyi cam loceng. Tapi mende tu bukan loceng. Yang batang besi bila bersentuhan akan keluarkan bunyi gemerincing ke camne tah nak sebut xD Bentuk bulan dan bintang. Ahaha... obsesi dengan bintang ^_^

Kat meja solek [takdelah menyolek pun hehe] letak burner lilin aromaterapi. Bentuk teko kecik berhiaskan bulan dan bintang [lagi!]. Pastu ada tempat letak hand phone berbentuk tree stump dengan menatang hitam bermata dari anime My Neighbour Totoro. Juga tabung duit berbentuk Shiro Bomberman [Bomberman putih]. Tak lupa juga tempat simpan barang berunsur Doraemon. Hehe tema anime berselang seli dengan bintang ^_^

Kat kepala katil lak letak Hidamari no Tami hijau yang saya beli kat KLCC dulu. Ada juga hiasan bintang glow in the dark ^_^ So bila tutup lampu pada waktu malam, kepala katil akan bersinar xD Hmm hmm memang menarik pemandangan di waktu malam ^_^

Rabu, November 15, 2006

teksi oo teksi

Vrooommm...

Ohh bukan saya yang bawak teksi ekeke... saje efek sebagai pembuka cerita. Saje nak citer pasal teksi. Pengangkutan awam yang kadar tambang patut ikut meter tapi jarang nampak si drebar guna pun. Hurmmm...

Kat Bangi ada macam-macam kaler. Tu belum termasuk keta sapu. Pesal ek panggil keta sapu? Takdelah nampak keta tu sapu apa-apa. Sapu pelanggan teksi kot. Entahlah... Ehh pesal lak melalut pasal keta sapu. Teksi!! Fokus utama entry ni adalah teksi!

Berbalik pada isu kita tadi... teksi ada macam-macam kaler. Ada oren. Ada hijau. Ada kuning. Tapi yang biasa nampak, dah tentulah merah. Ada jugak hitam tapi yang jenis lama la. Penah sekali naik. Huiii... antik giler xD Rasa cam kembali ke zaman dedolu.

Teksi ada gak yang baru. Ada yang lama. Penah gak naik teksi Waja. Best giler. Ekon kuat, radio gempak. Seat pun selesa. Barula katakan. Pak cik Melayu yang bawak. Penah juga naik teksi cam sket lagi nak kojol tengah jalan. Iskkk... seat lunyai, bau hapak... pendek kata, tak bes langsung! Bukannya nak kutuk tapi dah namanyer teksi... memberi perkhidmatan pengangkutan, kenala buat cara perkhidmatan. Lainla nak angkut sedara-mara sendiri. Iskk tak paham betula. No offence tapi yang bawak tu Pak cik India.

Kat Bangi, susah nak cari Pak Cik cina bawak teksi. Cukup susah! Alaaa... lagipun jarang nak nampak orang cina kat sini. Kira cam golongan minoriti la. Mungkin sebab banyak kat Kajang kot. Rasanyerlah. Hmm hmm... tapi yelah. Fokus kita bukan pasal populasi kaum cina. Teksi!! Apsal la sker sangat lari dari topik utama ni? Iskkk...

Anyway, kengkadang kita boleh ternaik teksi yang sama dua tiga kali. Cam ada perasaan ehh.. cam kenal jer pak cik teksi tu? Penah ku lihat muka dia tapi di mana ya? Rupanyer sebab kita penah naik teksi dia sebelum nih. Haha. Dia pun sama. Kata ehh... macam penah hantar minah ni gi memana tapi bila masa ekk?

Samala cam saya. Kat Bangi ada sorang pak cik teksi ni. Err... patut kata abang teksi tapi tak molaa... cam tak berapa selesa nak panggil abang hihihi... Penahla naik teksi dia dua tiga kali masa bulan pose haritu. Pastu untuk sehari dua ni, naik komuter gi keje. Nak balik rumah, kena naik teksi plak. Sebab dah lama tak naik teksi and komuter nih, [adala sebabnyer ekekeke...] so cam poyo jela cari pak cik teksi kat bawah nu haa... [rujuk stesen komuter ukm].

Sekali dari jauh nampak pak cik teksi bulan pose tuh. Haha ada ke bagi gelaran dia cam tuh. Kurang asamboi betul saya kan? xP Masa tu dia pun ternampak saya and muka dia cam berubah. Kira ekspresi cam ehhh aku kenal dia nih! Pastu dia tanyala, "teksi, dik?". Saya pun hanggukla.

Pastu cam biasala kan. Bila dah masuk teksi, mestila beritau destinasi. Saya pun cakap jela, "Jalan 1/***..." [hehe secret secret xP] pastu dia tetiba balas, "taaaaauuuu...". Uiksss... Dia hingat?! O_o Baru dua tiga kali naik teksi dia ahahaha xD Gitula adanya. Dalam tetiga hari straight naik komuter, tetiga hari straight saya naik teksi dia. Macam janjila plak. Ecehhhh... xD

Oh yer. Saya ada persoalan tentang teksi. Sebagai pemandu teksi, patut ke tak patut penumpang yang bagi arah? O_o Kalau kat England, biasanya kita cakap je nak gi mana, pak cik teksi tu dah tau kat mana nak bawak tanpa banya soal. Kira dia dah pro pasal jejalan nih sumer. Siap tau shortcut lagi. Kat Malaysia pelik sket. Kengkadang diaorang tak tau. Kita plak yang kena bagi peta.

Tu pun nasib baik kita tau. Kalau yang tak tau camne? Tak ke haru? Contohnyer cam orang dari kampung nak lawat sedara kat bandar untuk kali pertama. Sure dia tak tau jalan. Harapkan pak cik teksi jela. Tup tup pak cik teksi lak tak biasa dengar alamat yang diberi. Iskkk... Sianla kat si penumpang.

Lagi satu, nape kebanyakan pak cik teksi india sker bawak lelaju? Ke pak cik teksi india kat Bangi je yang bawak camtu? Cam racing formula one! Pastu main hentam jer langgar traffic rules. Saya yang takde lesen ni pun tau mana leh tetiba memecut dari lane straight tetiba masuk kanan sekali gus memotong keta yang memang sedia ada kat lane kanan nak masuk kanan. Biasa berlaku kat traffic light. Ehh... korang paham tak situasi tadi? tak paham takper. Tak penting sangat ekekeke...

Tapi penah berlaku camtu masa saya dan Ryu-kun kat KL. Ada keta BMW selamba badak jer potong keta Kancil camtuh. Depan polis trafik lak tuh! Giler ahhh!! Apa lagi. Nenong nenong... kena tahan. Cesss... mentang-mentang keta gabak yer. Ada hati nak buli Kancil. Tapi keta Ryu-kun Satria ekekeke... EHHHH!! Bila masa lak dah lari jauh giler dari topik teksi nih??? Arghhh!!

Kalo kat forum, nih dah kira spamming giler nih xD Offtopic yang melampau. Aaahh... dah lama tak berforum. Semuanya gara-gara leka blogging ekekeke....

Okay cukup!! Kembali ke isu teksi tadi... heharapla pemandu teksi lebih berhemah. Kalau boleh, hafal jalan. Hafal shortcut. Jangan saje nak caj lebih.Tau ada jalan shortcut tapi saje ikut jalan jauh. Pastu komplen pasal guna minyak banyak and jadi sengkek sebab nak kena beli minyak tapi harga minyak naik. HAMPES GILER. Rasa nak lempang jer orang wat cam tuh. Dah tu, sape suh guna jalan jauh??? Guna shortcut kan dapat jimat minyak. Penumpang pun epi sebab cepat sampai.

Bertemu kembali ... jiwang jiwang~...

Sikat rambut. Lalala... uiks... tersekat lak. Petang nanti nak syampula. Guna Rejoice Rich. Hehe... promo promo...

~ scrashh scrashh ~

Hurmm? Bunyi apa tu? Cam antu Kayako garu lantai papan jer. Aaahhh... sesiang mana ada hantu. Lagipun ni kat Malaysia. Pedulik. Baik teruskan upacara menyikat nih.

~ scrashh duk duk scrashh ~

Haiz. Potong stim betul la. Perasaan ingin tahu mencengkam jiwa la plak. Kejap. Kasi bukak telinga besar-besar cam Sakuragi Hanamichi. Kita try dengar. Mana datang bunyik tuh.

~ scraaaassshhh ~

Haa! Dah dikesan! Belakang kotak! Jeng je jeng...

Uiks!! KEYBOARD!! Uhuhuhu... mai fwen!!

* adegan jiwang tak hingat XOXOXOXOX *

Baru skang ko munculkan diri yer! Ohhh banyaknyer habuk! Ke mana ko merantau hah? Sian giler. Meh sini cuci badan ko. Ko lapar? Dah masuk empat hari ko tak makan kan? Itulaa... dok balik kampung tak mintak izin. Huhuhu...

* basuh basuh cuci basuh lap lap *

Okee... skang ko masuk bekas nih and makan. Jangan ngengada nak kuar. Iskkk...

...............

Rabu, 15 Nov, Bangi - Tetel yang dipercayai diculik telah pun selamat ditemui. Keadaannya agak bertenaga meskipun berpuasa enam di bulan Syawal. Apa pun, yang penting, dia dah kembali daa...

^_^

Selasa, November 14, 2006

End of career? o_O

Skang dah masuk bulan sebelas. Kontrak tamat bulan sebelas. Ohohoho~... pastu nganggur balikla nampaknya. Lainla kalau kontrak extend. Tak pun tetiba dapat permenant xD Tapi cam takde gaya nak perm jer ^_~ Tak kisahla. Keje kat tempat skang memang seronok. Content Writer... aaa... berbeza sket daripada status masa jadi apprentice dulu tapi tak kisahla.

Tapi skang saya jadi storyboarder jap. Setelah portal diserahkan pada subsidiary [sp] yang lain. Kena buat project baru. Memula kekok sket. Takut nak ubah content yang diberi besar-besaran so buat storyboard guna content yang tu jela tanpa sebarang penambahan mahupun kreativiti lay out hahah. Sebab sebelum nih, storyboard guna content sendiri. So bebas nak edit layout sesker ati. Tapi skang kena ikut CW lain plak. Bukan diri sendiri lagi dah. Sekali bila review kena kondem habis-habisan xD Banyak kena rejek. Adusss...

storyboard yang guna content asal ... hurmm...
Skang lantak. CW sker ke tak, pedulik. Saya edit balik storyboard ikut sker ati hohoho~... Pastu baru bagi dia untuk approve. Cuma kekalkan sketla inti pati content dia. Heharap dia sker. Kalau tak, mampus kena wat balik sumer. Hadoiiii...

storyboard yang guna content asal tapi diubah secara besar-besaran ... mwahahaha!!
Tapi saya dah dapat transfer letter masuk portal balik. Patut start 1 Nov yang lalu. Cuma tak dapat nak dilepaskan daripada projek skang. Kena tunggu 17 Nov. Itu pun kalau diaorang tak nego untuk pinjam dengan lebih lama lagi xP

Tapi tulaa... 31 Nov dah tak lama lagi O_o Hurmm... Agak-agak Kreko ada kekosongan lagi dak? Ahahaha... xD

Isnin, November 13, 2006

Splinter Cell

sape berangan jadi spy, blela main game nih uhuhuhu...
Semalam habiskan separuh hari main Splinter Cell. Game berkisahkan double agent. Menarik gak sebab game ni boleh dimainkan secara solo, berdua [coop] ataupun multiplayer [online]. Cuma untuk save, perlukan sekurang-kurangnya 1MB lebih. Nampaknyer kena beli MC baru iskkk...

Anyway, masa tu takdelah teringin nak main game tu sebab tengah syok layan Shadow the Hedgehog. Game keluaran sega yang anti-hero ^_^ Boleh pilih sama ada nak jadikan Shadow musuh manusia ataupun penyelamat humanity. His fate is in our hands. Cewah. Pastu Pah ajak main SC dengan nada bersungguh-sungguh. Kata game tu best giler blablabla. Kamal-otouto yang promote. Pelik sebab dia bukan jenis gamerfan cam kitaorang. Game yang dia main pun biasa jer. WinE, Fifa dan ProEvo.

Ikut jela kehendak Pah. Untuk 1st mission SC tu, kitaorang kena keluar dari satu gudang untuk ceroboh internal base satu sindiket diketuai Raheem Kadir. Sapetah dia tuh tapi cam Arab jer bunyinya. Haizzz... orang Arab gak yang jahat, iyer, omputih sekalian? Bila main coop mode, ada sesetengah action perlu kolaborasi 2 orang. Tapi biasala. Misi dok asyik gagal jer bila dah berjaya keluar gudang tu xD

Semuanyer sebab asyik terjatuh dalam lubang yang dalam giler. Last-last baru tau kena guna "Tomoe Nagae" - satu aksi lontaran partner seakan menerbangkan dia. Khas untuk situasi di mana ada lubang atau curaman yang menghalang perjalanan daripada diteruskan. Memang menarik aksi-aksi militari yang dipaparkan dalam game nih. Daripada memanjat hinggalah melompat, menyerang hendap, menangkap tebusan... sumer cam aksi real. Macam SWAT + Marine + CIA + FBI + MI + aaahhh... banyakla! xD

Cuma yang lecehnyer, saya selalu terlupa kekunci menembak T___T Walaupun kekunci hampir sama dengan Dirge of Cerberus [tembak tekan R1, keluar senjata tekan petak], tapi saya tetap tersilap iskkk... biasanyer Pah yang akan amek posisi kat depan ekeke... secara tak langsung, tercipta karakter untuk watak kitaorang xD Pah sebagai Strife [nama sendiri] yang merupakan penembak pakar dan saya sebagai Fisher [nama asal watak SC] yang merupakan pakar taktikal dan IT xP

Bab-bab taktikal, serah pada saya. Formasi serangan sumer, saya rancang ekekeke... cuma bukan saya yang initiate sebab kes tak reti tembak la nih hahahaha xD Papehal pun, game Splinter Cell memang disaran habis-habisan ^_____^

Jumaat, November 10, 2006

Abducted!

Boo hoo~... dah dua hari mencari tapi tetap tak jumpa. Kehilangan Key dikesan petang dua hari yang lalu. Masa tuh baru balik keje. Seperti biasa, first thing buat masa masuk bilik adalah menjenguk diaorang bertiga. Skali bila jenguk, ada diaorang berdua jer O_o Cuma tinggal Num dan Del. Key langsung tak kelihatan. Panik jap. Mana dia???

Cecepat capai lampu suluh and suluh bawah katil. Cari merata tempat yang ble dijadikan tempat persembunyian tapi hampa uhuhuhu... Bila Pah masuk, soklan pertama dia tanya, "Along, mana lagi sekor?". Rupanyer dia dah hilang sejak tengah hari. Uhuhuhuh... camtu memang payahla nak jumpa dah. Dah jauh dah dia boleh pergi dalam tempoh tuh *monyok*

Sampai arini tak jumpa-jumpa. Redha jelah. Biarlah dia bebas meneruskan pengembaraannya... *efek muzik sedih sebagai latarbelakang* ...semoga dia selamat! Takmola kang kalo tetiba tengah syok-syok bersihkan bilik, tetiba terjumpa bangkai ke apa ke... iskkk... tak molaaa!! Tulaa... sape suh kuar. Kan dah sesat. Dahla sesat, makanan pun payah nak cari. Uhuhuhu...

Rabu, November 08, 2006

beta blogger?

Hmm... saje jer musykil mende alah nih apa. Bila baca kat dashboard blogger tuh, diaorang kata tak lama lagi seumer blog akan ditukarkan kepada betablogger tuh la. Bezanyer, dah tak beta la sebab dah bukan testing phase lagi. Ingat nak try out tapi bila baca sket lagi, ada tulis tak boleh tukar balik pada yang asal, terus kensel niat xD

Kebetulan ada akaun lama yang tak jadi. Saje je try test. Rupanyer akaun blog tuh masih hidup lagi ^_^ So yang tuh saya change pada beta. Saje nak tengok apa bestnyer berbanding blog biasa yang kita tengah pakai skang. Adala sket perbezaan. Biasa kalau nak ejas layout, kena ubah kat coding template tapi yang betablogger, dia guna konsep drag and drop. Mudah sketla. Tapi bagi yang terer html, cam takde cabaran ekekeke...

Jumaat, November 03, 2006

Raika~!! xD... // Ueki no Housoku

Law of Ueki - ''The ability of changing trash into trees...!!''
Huhuh... akhirnyer tamat gak tengok Law of Ueki [Ueki no Housoku]. Itu pun ada gak tengok sket kat cenel Animax tuh xD Memula tak bape paham ending tapi setelah diberi explanation oleh Ryu-kun, baru paham naper Ueki masih ada zai dia [zai = talent / kebolehan]. Ueki sama cam Luffy [watak utama One Piece]. Semangat berkobar-kobar demi persahabatan, bangang sket dan suka bertindak melulu tapi hati baik giler. Seiyuu Ueki : Paku Romi. Seiyuu yang paling glamer di jepun! xD

Ueki Kousuke - main chara

Lagi satu, diaorang ada ayat fave memasing. Ueki dengan "ore wa zutto ni make-nai desu!" ...ke camne tah dia cakap... tak ingat sangat ekeke... tapi kira cam dia kata dia akan tewaskan pihak lawan, takkan kalah dan seterusnya mencari kemenangan untuk 'segi' dia sama seperti Koba-sen. Segi tuh maksudnyer justice la. Luffy lak sker cakap, "ore wa kaizoku-dan ni naru!". Translationnyer : I wanna be the king of the pirates! xD [ekeke... informal english nyer translation... nyehh... xP]

Kobayashi sensei aka Koba-sen, Ueki's idol and umm... Mao... ekekeke... spoiler alert! Spoiler alert! xP

Koba-sen [sebenarnya Kobayashi-sensei tapi sumer orang ada nickname kan untuk memudahkan panggilan? xD] ni kira calon dewa/calon untuk the next kami-sama atau secara formalnyer, back-up deity yang mencari seseorang yang berfikiran demi keadilan. Oh yer... Kami-sama tuh actually bermaksud "god" so bila tengok anime nih, elakkan perasaan prejudis dan skeptikal. Ni cuma fantasi pencipta manganime nih. Anyway, sejak Koba-sen selamatkan Ueki daripada terjatuh dari bumbung sekolah, Ueki berazam untuk pertahankan keadilan sama seperti idolanya, Koba-sen. Tak kira apa saje yang berlaku. Seiyuu Koba-sen : Katsuji Mori.

Mori Ai in Kinokumi Junior High female school uniform

Koba-sen tak berminat sangat jadi kami-sama. Dia lebih tertarik tengok keadilan yang akan dipertahankan Ueki. So dia kurniakan Ueki satu kebolehan. Tapi Ueki tak caya segala kekata ngarut dia so cabar jela Koba-sen untuk bagi dia kebolehan tukar sampah kepada pokok. Koba-sen pun bagila pastu Ueki pun testla power baru dia. Barula dia caya cecakap Koba-sen. Pastu bila Koba-sen tanya power apa dia nak, Ueki balas dengan selamba kebolehan ni pun dah cukup. Koba-sen ternganga jap sebab biasanyer kalo orang nak power, mestila nak power dedahsyat kan, cam tukar air jadi api ke, tanah jadi cannon ball ke... tapi Ueki pilih sampah kepada pokok.

Mori Ai - ''The talent to change...'' ...ekeke... now that would be a spoiler, no? xP

Anyway, watak utama seterusnya adalah Mori Ai, rakan sekelas Ueki yang anggap Ueki tu alien sebab dia pernah ternampak Ueki gunakan kebolehan dia [Seiyuu Mori : Tomoko Kawakami]. Tapi akhirnya setelah diberi penerangan oleh Koba-sen, Mori memutuskan untuk menjaga zai [kebolehan] Ueki yang lelain. Ini kerana bila Ueki menyerang non-ability holder [kira cam manusia biasa], satu zai dia akan hilang. Bila sumer zai dah hilang, Ueki pun hilang skali. Tapi kalau Ueki menyerang ability holder yang lain, dia punyer zai akan bertambah satu. Meh kita terangkan guna ayat matematik xD

Ueki :: attack :: Non-ability holder ==== - 1 zai

Ueki :: attack :: Ability holder ======= + 1 zai

Pastu Koba-sen pun terangkan la yang selain dia, ramai lagi backup deity dah pilih calon ability holder diaorang memasing. Sumer tuh sebab kalo ability holder tuh dapat tumpaskan sumer ability holder yang lain, dia akan dapat Kebolehan Kekosongan [blank talent] manakala backup deity dia dapat jadi kami-sama. Kebolehan kekosongan ni contohnyer cam, si A sker makan tapi tak nak gemuk. So kalau A kekonon dapat kebolehan kekosongan and dia mintak kebolehan makan banyak tanpa jadi gemuk, maka sebanyak mana pun dia makan, dia takkan jadi gemuk. Paham tak? xD Bayangkanler apa akan terjadi kalau blank talent tuh jatuh ke tangan orang berniat jahat. Itula perkara utama yang Koba-sen nak elak. Sebab tuh dia nak cari calon yang sanggup pertahankan keadilan walaupun sampai terpaksa mengorbankan nyawa ... dan Ueki Kousuke la orang tuh!! xD

Sano Seiichirou - ''My dream is to open a hot spring resort and to find the hotsprings a lot more easier, I'll definitely try to win the blank talent. Besides, I don't want it to fall into the wrong hands...''

Anyway, sejak bermulanya pertarungan, Ueki menghadapi pelbagai cabaran daripada ability holders yang lain. Memasing ada ability yang unik. Kita juga diperkenalkan dengan Sano Seiichirou, calon pilihan Inumaru, junior Koba-sen. Seiyuu Sano : Hoshi Soichirou - seiyuu glamer kat nippon nuu haa... xD Inumaru sama cam Koba-sen [cuma Inumaru lagi comel la ekekeke...]. Calon pilihan dia, Sano, seseorang yang sanggup pertahankan keadilan gak ^_^ Kebolehan Sano : tukarkan tuala kepada besi. Limit conditioner, untuk mengekalkan keadaan besi tuh, Sano kena tahan nafas. Ueki pun ada limit conditioner. Dia kena guna sampah untuk hasilkan pokok. Takde sampah, tak boleh la wat pokok.

Robert Haydon - Ueki's most toughest rival, besides Annon - also a Tenkai - ''I want to destroy humanity and restore this world of filth...!''

Best aa citer nih. Siap ada terselit tema hijaukan bumi lagi tuh xD Unsur recycle pun ada. Tapi tema utama semestinyer tentang keadilan. Dan saya memang yakin. Takkan ada orang yang akan pergi sejauh Ueki untuk pertahankan keadilan yang dia believe in... ^________^

P/s : Klik tajuk entry nih untuk pergi ke salah satu fansite on Law of Ueki nih xD

Lelain seiyuu glamer yang amek bahagian :
Hideyoshi = Yamaguchi Kappei
Inumaru = Ishida Akira
Rihou = Koyasu Takehito

Bonus!!
Klik untuk download lelagu opening Law of Ueki ^___^
Klikla untuk dapatkan stok lagu anda xD

Rabu, November 01, 2006

Tetel pauwaaa...!!

Hmm... pelik sungguh. Biasanyer bila balik Nilai, saya akan bawak skali tetel-tetel tu [Key, Num, Del]. Bawak dalam bekas aiskrim jer sebab malas nak bawak bekas tetel yang gabak tuh xD Tapi bila kat Nilai, tetel-tetel tu selalu nak panjat keluar dari bekas tu O_o Berjaya lak tuh. So, tetiap pagi sepanjang seminggu raya tu, operasi menjejak tetel sentiasa terpaksa dilakukan xD

Nasib baik diaorang jenis tak keluar dari bilik T__T Cuma sekadar merayau dalam bilik tidur. Heran sebab bila kat Bangi, tetel-tetel tu tak nak pulak keluar dari bekas tu. Apsal ek bila kat Nilai, diaorang terasa cam nak merdeka sikit? Mungkin ke sebab bilik nampak lebih luas and menarik untuk dijelajah? xD

Kengkadang terpaksa menyusup bawah katil untuk amek diaorang. Masa dah jumpa, badan diaorang dah kering ahahaha xD Kengkadang diaorang masuk tong sampah. Iskkk... O_O Tu pun sebab saya guna tong sampah jenis yang kena tekan guna kaki untuk bukak. Kebetulan, tong sampah saya tuh jenis berbentuk Kappa atau dalam bahasa Malaysianyer, sejenis makhluk air lagenda jepun ekekeke Kat kaki Kappa tu ada lubang so rasanyer Del menyusup masuk ikut situla.

Del dan Key yang paling kerap keluar dari bekas. Num lebih selesa berada dalam air sejak dulu lagi so dia memang tak keluar langsung ^_^ Tapi Key memang manja sket. Bila letak dia atas tangan, dia cepat je tidur O_o Selesa kot dengan 'tangan matahari' saya ahahaha xD Tangan saya memang panas xP

Selasa, Oktober 31, 2006

Random ramblings

Huu~... 1st time beli tv guna credit card. Tu pun main bantai jer flip kat cashier ahahaha xD Maybank Flexicard Cherry Green akhirnyer digunakan buat pertama kalinya! Tu pun beli item yang kurang dari rm200. Saje malas nak gi mesin ATM. Lagipun nak merasa gak guna kad tuh. Beli tv jenama Wegasonic 14 inci berharga rm189. Dulu mak penah kata, kalau nak tv kat ruang atas, belila sebijik kat Billion. Murah sket. Maka saya pun belila xD

Siap beli dvd player lagi. Rm99, jenama Finnese. Tak penah dengar tapi keupayaan melebihi daripada jenama memahal cam Sony ker, JVC ker... xD Boleh main hampir sumer format kecuali 3gp ahahaha xD DVD/VCD ori boleh... DVD-R/CD-R boleh... mp3/audio boleh... pendek kata, dah tak perlu guna komputer nak dengar or tengok cd yang di-burn ^___^ Sepanjang raya, tengok citer yang otouto-chan burn. Citer Nacho Libre, Fun with Dick and Jane dan Just My Luck. Tetiga citer, saya malas nak tengok kat wayang or beli xP

Tapi last-last, tv yang saya beli tuh diletakkan kat dapur ^_~ Mak nak masak sambil tengok tv. Dengar radio jer tak best. Mungkin sebab mak nak tengok citer indon Bawang Putih Bawang Merah tuh. Best ke citer tuh? Tak paham den. Ada fairyla, boleh terbangla... ngarut giler O_o

Jumaat, Oktober 20, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri~!!

Hehe... walaupun lambat lagi [tapi dah nak dekat...] tapi nak wish Selamat Menyambut Aidilfitri 2006! Nanti jangan lupa ganti puasa bagi mereka yang ponteng masa bulan Ramadhan and buat mereka yang ada spesel kes. Heeeee... Raya nanti tak balik kampung. Beraya kat rumah baru kat Nilai. Hmm hmm ^__^ Lelidin pun balik. Kamal dah balik semalam. Rambut dah potong pendek. Baru kemas sket. Rambut panjang menyerabaikan jer T__T Dia tak mungkin jadik cam idolanyer, M.Nasir xD

Tapi nanti kena jugak wat keje masa raya. Content dapat dalam minggu tuh huhuhu... tak sabar rasanyer nak siapkan mende alah tuh pastu join geng portal cecepat. Takmo tetensen dah! Lagipun keje tuh terlalu formal dan kekreativitian rasa terkongkong xD Kena ikut citarasa writer and bukan diri sendiri [padahal saya pun Content Writer ... U__U]

Teringin nak sumbangkan tv sebijik untuk rumah kat Nilai. Tak mahal la. Dalam bajet 3 ratus ke bawah. Tak berjenama pun takper asalkan paparan jelas. Pastu lelama kendian, beli flat tv untuk diri sendiri pulak ohohohoho... xD Tapi buat masa skang, bajet ditumpukan pada nak buat spek baru. Kali nih plastic lense and jenis multicoated with super high index on the anti silau thingy. Siap ada clip on xD

Bukannyer apa, saje nak merasa spek plastic. Dah bertahun pakai kaca jer. Dulu guna duit abah. Kali ni buat spek dengan duit sendiri. Korbankan duit belajar keta hehehehe... tapi yang keta tuh cam abah nak support duit jer xP Tapi takmolah kan. Dah keje, dah ada duit sendiri, baik guna duit sendiri kan? ^_^ Hmm hmm...

Tahun ni tak banyak hantar kad raya. Hantar pun yang abah tempah xD Ada alamat K*** and addy kat Nilai. Bila baca betul-betul, ada satu nama missing. Rupanyer nama Leli ehehehe... Mungkin sebab dia dah kawen so secara autonyer, tak perlula nak masukkan nama dia dalam keluarga err... agaknyerlah kot.

Okaylah yer. Nak stop di sini. Ingat nak beli bunga api tapi takut mak marah. Abah rasanyer tak kisah tapi mak mesti berleter tak hingat xD Ohohoho... diriku mengenali emakku xD Salam raya buat semua!! o(^O^)o

Selasa, Oktober 17, 2006

Tribute to Vincent Valentine

Dah lama tak update blog huhuhu... tambah plak dengan edit mende alah nih. Credit goes out to every site that provided the screencaps. Me wuv you~!! x3 Bawah ni ada sket hasil pic slider dari Rockyou ^_^


Create Your Own!

Jumaat, Oktober 13, 2006

Akhirnyerrr!!

Semalam giler ahh!! Stay up semata-mata nak habiskan DMC3 xD Tak merancang nak habiskan pun tapi tah camne, main punyer main, dah terus masuk misi-misi akhir. Mungkin sebab teruja, terus main tak hingat xD Dapat 2 style baru dalam satu malam - Quicksilver dan Doppelganger. Quicksilver boleh berhentikan jap masa lawan. Doppelganger buat satu klon diri sendiri untuk tolong kita lawan. Tapi kejap jelah.

Paling best adegan Vergil bekerjasama dengan adik kembarnyer, Dante, untuk kalahkan Arkham, bapak Lady/Maria. Kira cam kerjasama atas nama anak-anak Sparda xD Vergil takdenyer bercadang nak tolong Dante pun cuma kali ni dia terpaksa xP Vergil lebih sker berpedang so dia takde pistol cam Dante tapi bila last mission tuh, Dante terlepas pegangan kat salah satu pistol dia and disambut oleh Vergil. Pastu Vergil kata "for once, let's do it your way!" pastu dia and Dante tembak Arkham serentak xD Then dia campak jer pistol tuh ke arah Dante ^_^

Anyway, dah habis DMC bukannyer bermakna dah tamat segala-galanyer! xD Masih ada Normal mode. Bila finish yang tuh, ada lak Hard mode. And then Dante Must Die mode. Pastu Heaven or Hell mode xD Tambah plak dah unlock Vergil. Mwahahaha!! xD Weekend nih bersengkang mata dengan DMC lagila nih xP Kali nih nak guna Vergil lak tapi Easy mode dulula xP Bila dah habiskan game guna Vergil, barula nak sambung main normal mode untuk Dante ^_~

Isnin, Oktober 09, 2006

Kawaii Ray Ray Game (^O^)


This is a cute game I found off the net xD Kawaii desu~!! x3 You need to click on the little kodomos to make them stand. The trick is to make THEM ALL STAND. Ouch... But if you know the trick, it'll be a whole lot easier, trust me ^_^ Just a hint. They stand in pairs of 3s and 9s. Now that you have a basic clue on the game [though it might not help hahaha xD], try your wits in the easy mode first. I can only managed to get a B rank *sniffles*

Candlelight Dinner

Heh heh~... tajuk kontroversi? xP Weekend aritu saya sekeluarga balik ke Lipis. Bukan nak jumpa kuarga CT haha... xD Tapi sebab kampung belah mak memang kat Lipis. Lalala~... Abah kata kiter balik bulan pose nih sebab raya nanti tak balik. Raya nanti sambut kat Nilai. Kat rumah baru hmm hmm ^_^ Lagipun Lelidin nak balik bersama perutnyer yang memboyot xP Err... Leli jelah. Taktau la Din camne ahahaha xD

Start bertolak dari rumah lebih kurang kul 10 lebih. Singgah Kajang untuk beli baju raya. Beli kat Metro Plaza jer. Situ memang banyak pilihan. Tapi takde kebarung sangat huhuhu... Yang ada pun mahal gilos!! Dekat nak rm300. Bersulam... patutla mahal nak mampus! T^T Last-last beli baju kurung kedah sebab niat memang takmo baju kurung biasa tahun nih xD

Sampai Lipis [lebih spesisfiknyer, Relong], dalam kul 4 lebih so rehat japla xD Dalam kul 5 lebih turun dapur tolong mak, makde and wan masak lauk untuk berbuka. Makde tengah sibuk wat ulam kerabu ^_^ Kena buat 2 set sebab mak takmo kerabu yang ada belacan tapi makde memang niat nak buh belacan xD Wan lak kat luar bakar ikan patin. Pah tolong wan ^_^ Saya tolong mak - tumbuk bawang, basuh pinggan dan last skali, tolong kibaskan nyamuk daripada menghampiri badan mak yang tengah perah santan ^_~

Dalam dok sesibuk keje tuh, letrik terputus tetiba. Perghhh... berpanasanla kitaorang. Sampai nak dekat berbuka pun letrik takde lagi so terpaksa whip out all the candles and lit them. Itula dia... CANDLELIGHT DINNER!! xD Beramai-ramai lak tuh sebab dalam kul 6 lebih, paktih sekeluarga sampai. Walaupun cuma ada kuarga makde, kuarga paktih, kuarga sendiri and wan, tapi ruang makan still tak muat xD Itu lum lagi kalo sumer balik. Kena ada syif nak makan xD

So kitaorang pun makanla dalam cahaya yang suram. Nak basuh pinggan kat dapur pun susah huhuhu... kat toilet pun terpaksa letak lilin sebab nak amek wuduk sumer tuh. Pas Isyak pun letrik takde. Ramai yang masuk tido awal sebab taktau nak watper. Tengok tv tak boleh. Tak dapatla tengok EPL ^_~ [Baru tau Wan pun dah pasang Astro! Ahaha... Macam-macam adaaaa... xD]. Sempatla terhibur tengok gelagat Umar, anak laki tunggal paktih, main pusing-pusing. Pastu terjatuh bila dah disoriented xD Kira malam tu dia galakla bermain. Aktif ^_^ Yang comelnyer, dia masuk bakul mainan and duduk jap dalam tuh. Pastu bila nak kuar balik, dia terbalik and terjatuh tapi tak nangis sebaliknyer sengih jer. Maktih gelak jer tangok and kata, "Haaa... sape jatuh tu? Sape jatuh?".

Anyway, kitaorang balik kampung weekend jer so hari Ahad terpaksalah balik Bangi semula. Kiranyer dapat bermalam satu malam jelah kat Lipis. Itupun dah okay. Pah hilang sebelah selipar xD Abah kata takperla, pakai dulu selipar jepun. Balik nanti beli baru. Sekali singgah Alamanda!! xD Pah cam "Ekk!!". Dia kata takkanla nak masuk Alamanda pakai selipar jepun jer. Abah kata takperlah, bukannyer orang lain berminat nak tengok kaki pun. Mak kata orang lain pun ada pakai selipar jepun jer. Saya lak kata, stylo tuuuu...!! xD

Heheh... akhirnyer Pah beli selipar baru kat Bata. Harga dalam rm30 la walaupun mata Pah lebih tertarik ke arah kasut basketball. Then kitaorang masuk Carrefour cari bahan untuk masak nanti. Pah and saya lak cari aiskrim xD Trase nak berbuka pose dengan aiskrim lak. Nyam nyam! xD

Jumaat, Oktober 06, 2006

Dante-ish Obsession...

Yokatta~!! ^o^ Bebaru ni Pah editkan layout Friendster untuk saya. Memula nak guna Vincent sebagai tema tapi slack dengan gambar yang dah xpired hostingnyer. Cess cess... Layout Vincent tuh dah lawa giler dah tuh!! Huhuhu... last-last saya suh dia edit guna layout logo Dirge of Cerberus jela. At least ada gak bau-bau bacang dengan Vincent xD Kalo korang nak tengok, silala gi sini xD Klikla if you dare.. hahah xD . Tak best pun. Perlu diingati! Saya tak bape gemo guna friendster so akaun saya kat sana cam poyo jer xD

Haritu ada save beberapa vid kat youtube yang cambest. Cambest sebab sumernyer pasal Dante Sparda!! xDDD Tak tau apsal skang tengah giler dengan dia hehehe... Jeles Ryu-kun nanti xP Sanggup tinggalkan DoC jap semata-mata nak main DMC. Dahler saje stalling kat secret mission 3. Sumernyer sebab nak level up Royal Guard. Style yang lelain dah Lv3 hohoho... tapi kena korbankan masa selesaikan mission aa. Sure dapat hunter rank untuk mission 7 teruk giler nih xDDD Tapi takperlah. Berbaloi sebab Dante dah ada Air Hike and Ebony & Ivory pun dah max out ^_^

Rabu, Oktober 04, 2006

Gelak sakan... xD

Sakuragi grinning mischievously xD

Jumpa mende nih kat net. Saje nak abadikan dalam nih xP Credit goes to the original writer whoever he or she is ^________^

KETAWA DALAM INTERNET

1. Ketawa orang kaya: Muahahaha

2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark

3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha

4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi

5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah

6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih

7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek

8. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha

9. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih

10. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok............ neno, neno, neno* (Bunyi ambulan)

11. Senyum: :)

12: Ketawa Double: :))

13. Sengih: :D

14. Ketawa kuat: LOL

15. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL

16. Ketawakan dia: He he he he he

17. Kekekekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)

18. ahakz = ketawa jimat cermat

19. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas

20. heheh = hampir-hampir ketawa

21. kui kui kui = ketawa sambil batuk

22. hik hik hik = ketawa dalam mabuk

23. hek hek hek = ketawa ngada-ngada

24. wakakakaka = ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring

25. eh heh = ketawa sindir

26. huargh huargh huargh!!! = ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam (ketawa brutal)

27. ngee ngee ngee = ketawa sengih

28. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh = Ketawa sambil lewa

29. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe....


Jadinyer, camne korang ketawa dalam internet ekk?
Soklan untuk mereka yang rajin ber-email, ber-chatting dan ber-forum ... ^_______^

Selasa, Oktober 03, 2006

Gamer Blues and Supernatural Stuff

Semalam ibu jari tangan kiri sakit. Semuanyer angkara main DMC3 haha xD Masa tu baru nak buat Mission 7. Pastu stumble across Secret Mission number 3 [ringkasnyer, 'SM3'... xP]. Masukla room tuh and selesaikan. 2 kali lak tu xD 1st time dapat blue orb fragment. 2nd time dapat green orb yang besar. 3rd time lak malas nak selesaikan misi tuh and gi bantai dedemon kat situ bernama Hell Prides. Memasing bawak scythe [kira cam 'sabit' kekonon death reaper pegang tuh] yang gabak. Hack guna Rebellion, shoot guna Ivory dan Ebony, pastu switch guna Shotgun and then Agni and Rudra. Pastu gi lari ke Divinity Statue untuk tukar devil arm, amek Cerberus dan gun lak, Artemis. Masuk balik SM3 and bantai lagi Hell Prides.

Devil arm fave dah tentunyer Rebellion xD Pedang warisan tuuuuu..!! xD Dah upgrade sampai sumer skill untuk Rebellion dah belajar. Paling best skill Air Hike. Kalau guna Swordmaster Style, kira penggunaan Rebellion memang gempak aa tapi kalo guna Trickster Style, Air Hike + Dash jadi satu kombinasi serangan yang menarik!! xD Tambah plak dengan upgraded Ivory & Ebony. Wahaha!! xD Ni belum lagi dapat Devil Trigger mode ^___^ Oh yer. Saya lebih sker guna Ivory dan Ebony berbanding Shotgun dan Artemis. Stylo tembak lebih gempak ^__~ Tapi tembakan Shotgun kuat O_o Artemis lak mampu lock-on multiple targets xD

Pastu trus melekat kat secret mission tuh xP Niat nak level up sumer stylo sebelum proceed habiskan mission 7 [current mission] and lawan Vergil untuk kali pertama dalam game nih. Tempat SM3 tuh memang menyumbang banyak pada exp points untuk level up stylo-stylo yang ada. Skang tinggal Gunslinger Lv2 nak level up jadi Lv3 dan Royalguard yang masih di Lv1 xD

Sam Winchester and Dean Winchester

Enuff about DMC ^_^ Skang nak citer pasal finale season Supernatural. Huhuhu akhirnyer season 1 dah tamat dengan ending yang penuh dramatik!! Finale, Dean agak serius mungkin sebab eppy tuh melibatkan keselamatan adik and bapak dia serta the Colt gun. Meg pun dah mati huhuhu... Diaorang lak masih gagal bunuh demon yang menjadi punca kuarga diaorang jadi demon/ghost hunter tuh T^T Huuu best masa Dean acukan Colt dekat John and kata "You're not my father. Dad will be so pissed off if I used the gun, not praise me...". Pastu Sam lak muncul and terkejut tengok Dean acukan revolver antik tuh ke arah muka bapak diaorang. Sam lak kena pilih untuk caya sape - si bapak yang berusaha yakin dia memang si bapak atau si abang yang tengah sket lagi nak tembak si bapak. Akhirnyer Sam pilih abangnyer ^____^ ...yang by the way merupakan pilihan yang tepat sebab bapak diaorang rupanyer dah di-posess demon tuh!! Ouch...

Tapi pastu demon tuh cederakan Dean :( Dean hilang banyak darah. Sam dia tak usik sebab dia kata "i have plans for you and for all the others who are like you...". Sam ada kuasa psychic tapi masih lemah dan dalam peringkat explorational. Masa Dean dicederakan demon tuh, Sam meronta nak selamatkan abang dia. Tapi gagal huhuhu... demon tuh sendiri berhenti but the damage is done :( Dean terjatuh ke lantai, nyenyawa ikan. Sam cam hangin, capai Colt untuk tembak demon berupa John tapi terhenti dengan cabaran demon tuh. "Go on and shoot me. This is your father we're talking about." Sam tau walaupun yang bercakap tuh demon tuh, tapi rupa dan jasad tetap milik bapak diaorang. Akhirnyer Sam tembak kaki bapak diaorang and gi check keadaan Dean. Tapi Dean suh cek bapak diaorang la plak. Dia pun dalam keadaan kritikal walaupun tak sekritikal Dean.

Masa tetiga nak gi dapatkan rawatan kat spital, kena lak dirempuh truck besar and season tuh berakhir tunjuk tiga beranak tuh terbujur kaku dalam keta dalam keadaan berdarah sumer tuh... iskkk... Pastu Ryu-kun bagitau ada satu fansite Supernatural nih xD Dia suh tengok gegambar untuk sesaon 2 tapi saya gi baca spoiler gaks ahahaha xD Saje nak wat tensen... salah sorang Winchester bakal meninggalkan 2 Winchester yang lain... :(

Jumaat, September 29, 2006

DMC-ness!! x33333

Dante : son of Sparda

*sniffle* Hari ni selsema sket. Tak tau jangkit dari mana. Mungkin kesejukan pepagi buta? Ahahaha xD Semalam pergi terawikh berbekalkan sebungkus tisu. Beberapa gumpalan tisu terhasil ekekeke... Pegi keje lak bawak sekotak tisu Premier. Ohh... Liverpool menang lawan Galatasaray 3-0. Saje nak tulis ^__^ 2 jaringan Crouch and satu daripada Luis Garcia. Yey, Garcy!! xD Nak tulis gak yang kengkadang Aurelio, pemain brazil pertama Liv, nampak cam Chad Michael Murray [Freaky Friday, One Tree Hill] haha... kengkadang jela xP

awesome stuff!!

Cakap pasal bersin nih, teringat satu cutscene dalam Devil May Cry 3. By the way, game nih gempak giler!! *swoon* Dante-samaaaaaa!!! Virgil-samaaaaaa!! x3 Baru stat main hehe. Takleh nak cakap apa la sebab baru beli ps2 huhu T^T Anyway, start game tuh tunjuk keadaan dalam 'opis' Dante. Telefon berdering tapi cam takde sape nak angkat. Sepasang kaki masuk dalam bilik tuh and tendang meja kasi gagang tepon terbang tinggi sekali gus tendang kerusi yang terbalik supaya kedudukannyer ke posisi sepatutnyer. Pastu dia duduk kat kerusi and hulurkan tangan kanan ke udara. Tepon jatuh tepat dalam tangan tuh xD

Look, Cloud! I have a bike as well! Think you wanna race me with that Fenrir of yours? xP

Pastu dia cakap kat tepon sambil makan piza yang dipesan. Tengah syok-syok melantak, datang sorang laki yang muka cam cacat sebelah - cam kena asid - and cam bagi warning kat Dante sambil mata dia melirik pada amulet yang dipakai Dante. Amulet nih kira cam sejenis loket la. Pastu datangler beberapa demon dari portal mana tah. Kiter pun boleh start kawal Dante dari situ. Best giler efek!! Gaya lawan pun kagum tak hingat!! Selain dedua pistol dia, boleh gak guna pedang. Sambil buat libasan maut, sambil tembak dan disertakan skali dengan stunt gempak tak hingat!! Masa ada demon terbaring, saya tekan butang petak "[ ]" untuk tunggang dia cam skateboard haha Syok giler!! xD Pastu bila demon mati, diaorang akan tinggalkan red orbs yang perlu kita kumpul sebagai tukaran untuk dapatkan item. Kira cam red orbs tuh duit la dalam dunia DMC nih. Oh yer, papehal pun, sebelum dia mula lawan, Dante nak pasang muzik kat satu jukebox nih tapi tekan punyer tekan, takde bunyik. Last-last dia libas dengan pedang and baru muzik bunyi. Kelakar! xD

Swordsman style!! Hmm... I look like Raphael from Soul Calibur 3 ... O_o

Bila dah habis wiping out demons inside, dia pun kuar dari opis dia. To his dismay, luar opis dia pun diaorang jahanamkan. Dante siap kata, "Damn! You guys totally wrecked my shop! - And I haven't even named it yet! You guys are sure gonna pay!" Pastu dia campak baju and pedang dia ke udara secara dramatik. Baju jatuh dulu tapi tak sempat jatuh ke tanah sebab Dante terus sambut sambil memasukkan lengan dalam lengan baju penuh skil untuk kedua-dua belah lengan. Pastu dia angkat tangan tinggi ke udara untuk sambut pedang dia plak. Gaya angkuh tak hingat hahaha xD Dalam dia syok-syok wat battle stance, dia terasa nak bersin.

I'll take on Vincent Valentine any day... mwahahaha!!

"Ah-chooohhh!!" and then bunyi cam bangunan runtuh. Dante pandang belakang and terkejut giler tengok arch kat bahagian entrance kedai tuh terjatuh menutupi pintu kedai. Hangin aa Dante xD Kata, "That's it! I hope you have enough to cover for all of this!!" xD And then kena lawan lagi demon ^___^ Ada 4 mode style lawan - Trickster, Swordsman, Gunslinger dan Royalguard. Saya sker guna sumer xD Papehal pun, saya kena guna walkthru sebab skang tersekat kat nak cari key untuk unlock flame seal yang ada kat satu pintu tuh huhuhu...

Don't think you can get away! BANG!! BANG!! BANG!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...