Selasa, Ogos 07, 2018

WOW! Penapis air mampu milik dari Coway kembali lagi!!

[Coway Neo kini RM89 bulanan!]

Ingat tak Koro pernah buat posting pasal grafik iklan yang Koro buatkan? Kalau tak ingat, ni link ke posting tuh --- [KLIK!]

Tak sangka gilerrrr... Bila sesape search wow plan neo tuh, yang 1st muncul kat google image adalah grafik yang Koro buat xDDD~ Giler ahhh!! Koro pun tak sangka boleh jadi camtuh pulak xD Takde niat pun nak promote grafik tuh sampai camtu sekali popular dia (OvO'''') Just letak sebagai post blog yang biasa-biasa je pun. Nak tengok bukti? Nih haaa... (tengok kat bawah). Itu pun Koro search guna keyword neo wow plan harga terkini (RM89). Fufufufu~...



Amacam, gaiz? xP Ohhh... untuk promo terbaru ni, korang try search pulak "Neo 89" ke.. "Coway Neo 89" ke... Heharap Google tolong direct-kan ke image terkini yang Koro buat xD Tapi kalau korang terjumpa gak gambar lama di post lama, Koro dah letak disclaimer siap-siap xP

Anyway, Koro dah tolong hapdet-kan design tu kepada harga yang terkini. Kat atas tu haaa... Kali ni bukan Coway Neo Wow Plan dah. Kali ni Promo Spesel Ogos untuk Coway Neo. Bulanan masih mampu bayar. Under RM100 gitu. Lagi murah dari Astro kot? Haha.

Tengok kontrak tu pun dah 5 tahun, bukan 7 tahun seperti wow plan sebelumnya. Tapi registration tetap free. Waived RM200 tu maksudnya patut bayar registration fee RM200 tapi untuk promo RM89 bulanan nih tak perlu bayar. Just bayar bulanan tu atau outright price je. Nak tahu outright price tu, kena kontek nombor phone yang tertera xD Nak tanya Koro. Koro sendiri tak tahu (OvO''')

Koro terasa nak sedut balik post content yang Koro buat untuk Neo Wow Plan sebelum nih xD Jap Koro copy paste teks lama tu, then edit sikit. Recycle la kiranya tapi dengan info yang fresh. Bwaha! xD

[EDITED & UPDATED CONTENT BERMULA DI BAWAH]

Pernah kan terasa nak penapis air tapi macam mahal sangat. Tak cukup bajet. Rasa macam tak boleh commit je bayar tetiap bulan.

Tapi tetiba... WOW! Coway buat promo pulak - Coway NEO RM89 bulanan. FREE registration (jimat RM200). Berlangsung sepanjang Ogos 2018 nih.

Hooo... menarik gak. Tapi... brand lagi satu still lagi murah, apa? Ofkos! Kalau boleh nak beli ni kena buat pilihan terbaik kan. Kena timbang pro and cons kedua-duanya.

Walaupun nampak kontrak lama - sampai 5 tahun gitu - tapi boleh tamatkan selepas 3 tahun kalau tak silap. Untuk confirmkan statement ni, boleh contact nombor kat atas tu. Hehehe...

Dalam tempoh 5 tahun tu, Cody (Coway Lady) akan datang setiap 2 bulan sekali untuk servis penapis air tu. Setiap 4 bulan sekali sepanjang 5 tahun tu, dia bawak filter baru, kasi tukar yang lelama tu. Wahhh... lama la korang bakal berhubungan dengan Cody korang tu. Hehehe...

Pasal suhu air lak ada panas, sejuk dan suhu bilik. Nak air suam, tunggu jelah air panas tu sejuk sikit :P Tak pun korang beli model Villaem tu. Haaa... yang tu semua ada xD 4 suhu weihhh...!! Tak pun kalau siap nak ais sekali, korang sambar je sebijik Coway LUCY si icemaker + water purifier. Jimat wooo~! xP Siap ais pun daripada purifed water. Mana nak dapat weihhh! xDDD

[Nak beli Coway LUCY ni boleh contact nombor yang sama ekk 012 239 0280]

Jenis air untuk model Neo ni lak air mineral. Kalau nak air RO beli la model Ferry, Petit, Villaem atau Core tu. Nak air alkali lak dapatkan model Inception. Tapi Inception tu hybrid la. Ada pilihan untuk air alkali ngan air biasa. Yelaaa kan. Tak semua orang sesuai minum air alkali. So langkah terbaik adalah buatkannya hybrid jadi tak perlu beli penapis air asing-asing. Terus 2-in-1 gitu xD

Berbalik kepada model Neo dalam promo ni, tangki dia besar gak. Dalam 5.8 liter macam tu. Sesuai untuk rumah bujang, keluarga kecik. Kalau nak air banyak sikit, ambil yang tangki yang paling besar la 11.3 liter *batuk*Villaem*batuk* xD

Apa-apa pun, kalau ada yang berminat nak rembat offer ni, cepat-cepat contact nombor phone dalam gambar tuh, orait? xD Kalau malu nak call, whatsapp je xD

Kenapa Koro tetiba promote mende alah ni lak padahal Koro bukan agent Coway pun xD Huahua... sebab Koro la buatkan grafik iklan tuh xDDD~ Hasil daripada Koro yang tak berapa mahir Illustrator nih xP Heharap takde langgar pape graphic rules sedia ada xP

P/S: Kalau ada yang rembat dan buang phone asal letak phone dia, Koro tahu. Sebabnya Koro dah letak watermark. Kena tengok lebih teliti baru nampak. Fufufufu~

[EDITED & UPDATED CONTENT TAMAT]

Agak-agak grafik yang ni akan sepopular yang dulu tu ke? (Padahal recycle jek daripada grafik sebelum nih Wakakakaka xDDD).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...