Selasa, Disember 19, 2006

Spamz

Suka berforum? Saya suka. Especially kalau forum tu berkaitan dengan manganime. Tapi saya cukup anti dengan forum yang mempunyai tahap spamming melampau... T^T ... iskkk. Rasa cam nak baham sekor-sekor spammers tuh. Kanibal pun kanibal lah asalkan forum tuh bersih daripada spam.

Apa itu spam? Mende-mende ngarut yang tak berkaitan dengan topik perbincangan. Selain daripada spam mail, juga ada spam postings. Kalau dah lama jadi forumer, dah tentu biasa jumpa dengan spammers yang cukup hampes nih.

Identiti diaorang senang jer. Dalam sebarang thread perbincangan, tetiba terselit kekata cam "hello" ke "wazzup!!" ke. Tak pun pape ayat yang memang lari giler dari topik. Biasanya n00bs dipersalahkan. Tapi rasanya bukan semua newbie buat camtu. Poster veteran pun tumpang sekaki.

Ada juga spammers yang sekadar post smileys jer manjang dalam setiap posting. Takde ayat. Cuma smiley. Spammers cam nih yang hangin nih. Memberatkan thread dengan grafik yang tak perlu [sebab kengkadang spammers nih pun sker guna siggy besar gabak]. Urghhh... kalau takde mende nak cakap, tak perlulah post pape. Kan senang? T________T

Satu lagi jenis spammers adalah yang sker buat double, triple, dan seterusnya sampai ke sejuta ke kalau boleh, posting. Hangin gak nih. Lelebih lagi kalau dah sedia ada butang EDIT POST. Apa guna butang tuh kalau bukan untuk digunakan??? Posting bebanyak rajin pulak. Klik edit seciput tu malas. Grrr...

Spammers cam nih biasa muncul kalau forum tu ada sistem ganjaran. Cam setiap kali post dapat duit ker [gold, copper, kupang, zeny, blablabla...]. Dan mende tu boleh ditukarkan untuk keistimewaan seperti penambahan quota private message inbox ke, penukaran title nama ke, 'bayaran' untuk download manga 'sensasi' ke...

Gaiaonline punya forum pun bersepah dengan spammers. Sebab setiap kali post, akan dapat gold. Gold tu pulak boleh digunakan untuk beli kelengkapan avatar memasing. Cukup anti baca post-post yang ditulis spammers... T_______T

Mungkin sebab aura bekas supermod masih terasa maka muncul la perasaan hangin tuh hahaha xD Uhhh dah lama meninggalkan animechains sejak mula apprenticeship dulu. Pastu berjinak-jinak dengan Krekotaku tapi tu pun dah lama tak menjenguk muka. Dua tu jelah forum yang pada saya, bebas spam. Sayang forum-forum tuh xD

Animechains merupakan forum antarabangsa. Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa. Adalah merupakan satu penghormatan dapat kepercayaan menjadi supermod kat situ ^_^ Sebenarnya dapat tawaran jadi mod jer. Tah camne tetiba naik pangkatlah pulak xP Dengan kuasa saya masa tu, banyak thread spam berjaya dibungkus. Mwahahaha~!! Kijam! Kijam! Spammers yang berjaya dikenalpasti di-ip-ban-kan. Setiap satu subforum ada sampai 5 atau lebih mod. Semuanya untuk memastikan Animechains bersih sebersih bersihnya. Siap ada subforum khas untuk spammers kalau diaorang gatal sangat nak mengganaz.

Tapi last-last kena ucap bye-bye sebab masa untuk melayari net makin terhad. Tugas diserahkan pada orang lain. Untuk Krekotaku, takde pegang pape jawatan. Tapi tak kisahlah sebab semua forumers kat situ tau jaga etika dan jugak benci spamming cam saya ^___^ Sebagai bekas mod, saya cukup suka dengan keadaan aman damai camtu xP

***NT SPAMZ***

5 rantbacks:

Tanpa Nama berkata...

wahh..xsangka koromiyst penah jd super mod..tepuk3...^_^p..bravo..

sy pon suka gk forum tp suka bace ajerla..n kalau mende y betul2 berkaitan je baru menyelit..hehe..pemerhati dari jauh ajer..

so xkang ni still gak lagi bukak forum animechain tu eh..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ina / Adnan berkata...

kekwa pun selalu gak baca forum nie.. tapi tak penah join lagi..
Dari apa yang korosmyt cite.. nampaknya spam nie memang mengacau sungguh!!!!

"Hapuskan Spam!!!!!!"

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

ahahaha

aku tetap suka www.bincang.net

dari dulu sampai sekarang

k o r o m y s t berkata...

Dah lama tak masuk sana.
Dah lupa username apa sebab dulu bukan koromyst hehe

Yeah~! Hapuskan spam~! ^O^

Oh yer...
Yang bincang.net tu pun saya dah lupa password eheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...