Isnin, September 10, 2018

Bitcoin Free Melalui Faucets!

Wahhhh... topik rare gitew. Entah kenapa tetiba boleh pulak sentuh topik ni ahahaha padahal tak minat pun bitcoin mining semua tu. Cuma alang-alang dah terjumpa satu infopanduan cambest pasal mengaut bitcoin secara percuma melalui faucets, terasa teruja gak nak try xD Keyword di sini : PERCUMA. Ahaks xD

Okay pape hal... jom baca sedutan daripada FB Khairul Yoi pasal Bitcoin :D

=====================================



BELAJAR BUAT BITCOIN 

Disebabkan ramai nak belajar buat bitcoin secara faucet, aku ajar korang kat sini je la. Sebab banyak sangat group, tak sempat aku nak handle satu2. Follow steps one by one, insyaAllah nanti korang akan paham macam mana nak himpun bitcoin melalui faucet.

Sebelum tu korang kena paham dulu apa itu BITCOIN. Bitcoin ialah matawang digital, sama je macam duit, cuma masih di alam siber. Melainkan korang dah jadikan bitcoin kepada cash. Skarang nilai bitcoin tengah jatuh, so skarang masa terbaik untuk himpun bitcoin. Nanti harga dah tinggi boleh jual. Skarang 1 bitcoin lebih kurang RM23k-24k. Aku nak ajar korang dapatkan RM23k-RM24k ni secara percuma. Tak payah guna modal.

Ada 3 cara untuk jana bitcoin. Pertama mining, kedua faucet, ketiga trading. Untuk mining, korang kena keluarkan modal besar untuk invest. Tapi kalau faucet, korang cuma perlu review page dan claim smula data internet yang korang guna tu kepada coins. Gitu lah lebih kurang. Jadi daripada korang online bodo2 je tak dapat apa, lebih baik korang tukarkan data korang kepada bitcoin. Kalau trading still kena ada duit dalam wallet baru boleh jual beli.

Disebabkan ramai scammer bitcoin, salah satunya Bitkingdom, ramai kena tipu, jadi aku sarankan better korang yang baru nak start mengenal bitcoin ni buat faucet dulu.

Untuk faucet, modal korang cuma internet, rajin, dan EMAIL. Manual mining menggunakan faucet ni makan masa tahun der, baru dapat kumpul 1 bitcoin. Ni aku pesan siap2. Kalau rasa tak mampu konsisten baik jangan buat. Buang masa kau je. Kelebihan faucet ni dia free. Waktu bitcoin jatuh mmg kau la yang paling untung sebab dapat banyak coin tanpa keluarkan satu sen pon. Tapi ada jugak risiko. Kalau harga bitcoin tengah tinggi memang sakit la nak himpun. Tapi turun naik bitcoin ni memang adat, sama macam matawang asing. Ni aku dah bagitau siap2 ni, kalau kau rasa kau pemalas better kau stop baca sampai sini je.

Ada 10 steps smuanya. Ikut betul2 dan korang akan faham.

Step 1
Buat acc COINPOT. Guna email korang. Acc coinpot ni berfungsi untuk himpunkan korang punya coin dalam satu port. Register di sini ( https://coinpot.co ) . Lepas register, korang akan nampak Token dan 5 matawang. Kita akan start himpun semua matawang tu.

Step 2
Matawang pertama. Litoshi. ----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim litoshi. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 3
Matawang kedua. Satoshi (BITCOIN CORE) . ----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in memggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim satoshi. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 4
Matawang ketiga. Dash ---> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim dash. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 5
Matawang keempat. Dogecoin -----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim dogecoin. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang

Step 6
Matawang kelima. Bitcoin Cash. ----> ( rujuk link list di akhir2 post )
Sign in menggunakan email yang sama macam korang buat COINPOT. Sign in, dan claim bitcoin cash. (Korang boleh claim setiap 5 minit, atau ikut masa korang free).

Step 7
Bukak semula COINPOT. Dan korang boleh tengok semua matawang dah di claim dan ada kat situ. Sekiranya korang nak cepat kutip BITCOIN CORE, convert setiap matawang kepada BITCOIN CORE.

Step 8
Wallet. Untuk withdraw coin yg korang kumpul kat COINPOT tu ke dalam wallet, korang kena ada digital wallet. Download XAPO (digital wallet) kat www.xapo.com atau kat playstore. Verify wallet korang.

Step 9
Withdraw
Untuk withdraw, pergi semula kat COINPOT.
Kat bahagian BITCOIN CORE, tekan WITHDRAW.
Kemudian tekan WITHDRAWAL METHOD, click XAPO.
Kemudian masukkan email XAPO korang.

Atau, korang boleh daftar kat e wallet yang dah di approved by BNM. Lebih selamat dan korang boleh withdraw as cash kat atm yang diorang sediakan. Register sini ----> https://bit.ly/2LVj7It
Kalau tak paham lagi part withdraw n wallet, rujuk sini. Ada pic skali https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=615287292173521&id=378692722499647

Step 10
Transfer ke bank acc melalui Xapo

( info tambahan.)
Korang akan dapat bonus untuk setiap hari korang claim. Hari pertama akan dapat 1% bonus, hari kedua 2%, sampai lah dia jadi 100%. Bonus ni untuk SETIAP CLAIM tau, bukan untuk skali claim je. Tapi, kalau korang termiss satu hari tak claim, bonus tu akan kembali kepada 0.

Setiap kali korang claim pulak, korang akan dapat 3 token. Katakan korang claim setiap 5 minit, korang akan dapat 9 token untuk 15 minit. Tapi kalau korang claim setiap 15 minit, korang dapat 3 je la token. So kena rajin2 claim.

Sebab tu aku dah kata, kalau tak rajin jangan main bitcoin.

Settle. Selamat berbitcoin.

-Khairul Yoi
-https://www.facebook.com/kyoikhairullah/posts/611617489207168


================================

Soooo... ada yang nak try? x3

Ini antara faucet sites yang Koro biasa pergi untuk claim.

DOGECOIN doge


BITCOIN CORE satoshi


LITECOIN litoshi


BITCOIN CASH mooncash


DASH moondash


BONUS BIT (5000 satoshi every 15min)


Bitfun: Satoshi

 
Tapi korang kena offkan adblock la kalau ada xP Pastu kalau jenuh nak jawab capcha tu, switch kepada yang jenis Solvemedia tuh. Takdela korang bazir masa tetiap kali nak claim nak kena cari pokok la... keta la... bas la... haizzz...

Selasa, Ogos 07, 2018

WOW! Penapis air mampu milik dari Coway kembali lagi!!

[Coway Neo kini RM89 bulanan!]

Ingat tak Koro pernah buat posting pasal grafik iklan yang Koro buatkan? Kalau tak ingat, ni link ke posting tuh --- [KLIK!]

Tak sangka gilerrrr... Bila sesape search wow plan neo tuh, yang 1st muncul kat google image adalah grafik yang Koro buat xDDD~ Giler ahhh!! Koro pun tak sangka boleh jadi camtuh pulak xD Takde niat pun nak promote grafik tuh sampai camtu sekali popular dia (OvO'''') Just letak sebagai post blog yang biasa-biasa je pun. Nak tengok bukti? Nih haaa... (tengok kat bawah). Itu pun Koro search guna keyword neo wow plan harga terkini (RM89). Fufufufu~...



Amacam, gaiz? xP Ohhh... untuk promo terbaru ni, korang try search pulak "Neo 89" ke.. "Coway Neo 89" ke... Heharap Google tolong direct-kan ke image terkini yang Koro buat xD Tapi kalau korang terjumpa gak gambar lama di post lama, Koro dah letak disclaimer siap-siap xP

Anyway, Koro dah tolong hapdet-kan design tu kepada harga yang terkini. Kat atas tu haaa... Kali ni bukan Coway Neo Wow Plan dah. Kali ni Promo Spesel Ogos untuk Coway Neo. Bulanan masih mampu bayar. Under RM100 gitu. Lagi murah dari Astro kot? Haha.

Tengok kontrak tu pun dah 5 tahun, bukan 7 tahun seperti wow plan sebelumnya. Tapi registration tetap free. Waived RM200 tu maksudnya patut bayar registration fee RM200 tapi untuk promo RM89 bulanan nih tak perlu bayar. Just bayar bulanan tu atau outright price je. Nak tahu outright price tu, kena kontek nombor phone yang tertera xD Nak tanya Koro. Koro sendiri tak tahu (OvO''')

Koro terasa nak sedut balik post content yang Koro buat untuk Neo Wow Plan sebelum nih xD Jap Koro copy paste teks lama tu, then edit sikit. Recycle la kiranya tapi dengan info yang fresh. Bwaha! xD

[EDITED & UPDATED CONTENT BERMULA DI BAWAH]

Pernah kan terasa nak penapis air tapi macam mahal sangat. Tak cukup bajet. Rasa macam tak boleh commit je bayar tetiap bulan.

Tapi tetiba... WOW! Coway buat promo pulak - Coway NEO RM89 bulanan. FREE registration (jimat RM200). Berlangsung sepanjang Ogos 2018 nih.

Hooo... menarik gak. Tapi... brand lagi satu still lagi murah, apa? Ofkos! Kalau boleh nak beli ni kena buat pilihan terbaik kan. Kena timbang pro and cons kedua-duanya.

Walaupun nampak kontrak lama - sampai 5 tahun gitu - tapi boleh tamatkan selepas 3 tahun kalau tak silap. Untuk confirmkan statement ni, boleh contact nombor kat atas tu. Hehehe...

Dalam tempoh 5 tahun tu, Cody (Coway Lady) akan datang setiap 2 bulan sekali untuk servis penapis air tu. Setiap 4 bulan sekali sepanjang 5 tahun tu, dia bawak filter baru, kasi tukar yang lelama tu. Wahhh... lama la korang bakal berhubungan dengan Cody korang tu. Hehehe...

Pasal suhu air lak ada panas, sejuk dan suhu bilik. Nak air suam, tunggu jelah air panas tu sejuk sikit :P Tak pun korang beli model Villaem tu. Haaa... yang tu semua ada xD 4 suhu weihhh...!! Tak pun kalau siap nak ais sekali, korang sambar je sebijik Coway LUCY si icemaker + water purifier. Jimat wooo~! xP Siap ais pun daripada purifed water. Mana nak dapat weihhh! xDDD

[Nak beli Coway LUCY ni boleh contact nombor yang sama ekk 012 239 0280]

Jenis air untuk model Neo ni lak air mineral. Kalau nak air RO beli la model Ferry, Petit, Villaem atau Core tu. Nak air alkali lak dapatkan model Inception. Tapi Inception tu hybrid la. Ada pilihan untuk air alkali ngan air biasa. Yelaaa kan. Tak semua orang sesuai minum air alkali. So langkah terbaik adalah buatkannya hybrid jadi tak perlu beli penapis air asing-asing. Terus 2-in-1 gitu xD

Berbalik kepada model Neo dalam promo ni, tangki dia besar gak. Dalam 5.8 liter macam tu. Sesuai untuk rumah bujang, keluarga kecik. Kalau nak air banyak sikit, ambil yang tangki yang paling besar la 11.3 liter *batuk*Villaem*batuk* xD

Apa-apa pun, kalau ada yang berminat nak rembat offer ni, cepat-cepat contact nombor phone dalam gambar tuh, orait? xD Kalau malu nak call, whatsapp je xD

Kenapa Koro tetiba promote mende alah ni lak padahal Koro bukan agent Coway pun xD Huahua... sebab Koro la buatkan grafik iklan tuh xDDD~ Hasil daripada Koro yang tak berapa mahir Illustrator nih xP Heharap takde langgar pape graphic rules sedia ada xP

P/S: Kalau ada yang rembat dan buang phone asal letak phone dia, Koro tahu. Sebabnya Koro dah letak watermark. Kena tengok lebih teliti baru nampak. Fufufufu~

[EDITED & UPDATED CONTENT TAMAT]

Agak-agak grafik yang ni akan sepopular yang dulu tu ke? (Padahal recycle jek daripada grafik sebelum nih Wakakakaka xDDD).

Sabtu, April 28, 2018

WOW! Penapis air mampu milik dari Coway!

[DISCLAIMER: Pada masa post ini dibaca, promo NEO Wow Plan RM65 ini telah pun berakhir. Boleh tanya-tanya Coway Health Planner terdekat anda untuk mengetahui promo Coway NEO terkini. Atau hubungi saja 012 239 0280 (Afif) untuk maklumat lanjut. Terima kasih :D]

[Boleh juga klik sini untuk promo terkini Coway NEO sepanjang Ogos 2018]



Pernah kan terasa nak penapis air tapi macam mahal sangat. Tak cukup bajet. Rasa macam tak boleh commit je bayar tetiap bulan.

Tapi tetiba... WOW! Coway buat promo pulak - Coway Wow Plan. Tetiba offer bulanan yang rendah daripada biasa. Yang sesape kena CTOS pun boleh apply.

Hooo... menarik gak. Tapi... brand lagi satu still lagi murah, apa? Ofkos! Kalau boleh nak beli ni kena buat pilihan terbaik kan. Kena timbang pro and cons kedua-duanya.

Walaupun nampak kontrak lama - sampai 7 tahun gitu - tapi boleh tamatkan anytime rasanya. Nanti just bayar baki tahunan siap diskaun lagi. Untuk confirmkan statement ni, boleh contact nombor kat atas tu. Hehehe...

Dalam tempoh 7 tahun tu, Cody (Coway Lady) akan datang setiap 2 bulan sekali untuk servis penapis air tu. Setiap 4 bulan sekali sepanjang 7 tahun tu, dia bawak filter baru, kasi tukar yang lelama tu. Wahhh... lama la korang bakal berhubungan dengan Cody korang tu. Hehehe...

Pasal suhu air lak ada panas, sejuk dan suhu bilik. Nak air suam, tunggu jelah air panas tu sejuk sikit :P Tak pun korang beli model Villaem tu. Haaa... yang tu semua ada xD Tak pun kalau siap nak ais sekali, korang tunggu model baru yang akan datang xP Koro pun ternanti-nanti gak cane rupanya x3~

Jenis air untuk model Neo ni lak air mineral. Kalau nak air RO beli la model Ferry, Petit, Villaem atau Core tu. Nak air alkali lak dapatkan model Inception. Tapi Inception tu hybrid la. Ada pilihan untuk air alkali ngan air biasa. Yelaaa kan. Tak semua orang sesuai minum air alkali. So langkah terbaik adalah buatkannya hybrid jadi tak perlu beli penapis air asing-asing. Terus 2-in-1 gitu xD

Berbalik kepada model Neo dalam promo ni, tangki dia besar gak. Dalam 5.8 liter macam tu. Sesuai untuk rumah bujang, keluarga kecik. Kalau nak air banyak sikit, ambil yang paling besar la xD

Apa-apa pun, kalau ada yang berminat nak rembat offer ni, cepat-cepat contact nombor phone dalam gambar tuh, orait? xD Kalau malu nak call, whatsapp je xD

Kenapa Koro tetiba promote mende alah ni lak padahal Koro bukan agent Coway pun xD Huahua... sebab Koro la buatkan grafik iklan tuh xDDD~ Hasil daripada Koro yang tak berapa mahir Illustrator nih xP Heharap takde langgar pape graphic rules sedia ada xP

P/S: Kalau ada yang rembat dan buang phone asal letak phone dia, Koro tahu. Sebabnya Koro dah letak watermark. Fufufufu~

Iklan asal daripada Coway kat bawah :P


Selasa, Mei 16, 2017

Selamat Hari Guru! --- 6((((≧▽≦))))9


Untuk order apa-apa printing services boleh la jenguk-jenguk:
http://www.facebook.com/kedaibannerdotcom

Isnin, Mei 15, 2017

Kerajaan Malaysia telah menasihatkan Nestle Malaysia utk menarik balik semua produk Maggie Mee dari pasaran.

[Logo ambil kat Wiki xD]


Wow. Title gempak, kan? Tapi itu baru sebahagian daripada isi kandungan mesej whatsapp yang diviralkan. Kandungan penuh seperti di bawah:

"Kepada pencinta Maggi,
Berita Kesihatan :
Kerajaan Malaysia telah menasihatkan Nestle Malaysia utk menarik balik semua produk Maggie Mee dari pasaran, kerana produk ini didapati tidak selamat utk dimakan. Kerajaan mengesahkan terdapat kuantiti plumbum yg tinggi di dalam bahan-bahan pembuatannya.
Huhuhu 😭😭😭
Tonton berita TV9, 8 malam ini.. Tip kesihatan utk yg merasa bersalah menyediakan Maggi sebagai hidangan jangka panjang utk anak2 dan khuatir membawa kepada kemudaratan kesihatan. Berikan mereka jus daun ketumbar (kottamalli) sekurang2nya 3 kali seminggu. Hancurkan daun ketumbar bersama air, tambah sedikit gula. Kurang gula lebih baik. Daun ketumbar merupakan tumbuhan yg sgt berkuasa utk menyahkan pelbagai sisa tosik dari badan termasuk aluminium. Bantu jutaan kanak2 yg mungkin sudah dijangkiti..
SEBAR2KAN.."

Oh. Tak cukup dengan versi BM, ada juga versi english tau! =D

"Health news:-
Malaysian Government has already advised Nestle Malaysia that Nestle has to pull out all of their Maggi Mee from the market, as it is unsafe to be eaten by us. Government identified there is so much plumbum found in its ingredient.
Huhuhu 😭😭😭

Watch TV9 news at 8:00pm today..
A health tip for all who are guilty of having fed their children Maggi for a long time and fear the ill effects of lead. Give them the juice of coriander (kottamalli) leaves at least thrice a week. Whip some leaves of coriander in water, add some sugar (lesser the better). Coriander is a very powerful food that helps chelate(draw out) toxic metals from the body including aluminium. Help the millions of children who may be affected.
PASS THIS ON.."


Gerun betul! Kan? xP Tapi betul ke berita nih? Sahih? Ada bukti? Tak nak siasat dulu sebelum terus tekan button forward tuh and tersebarkan info tak pasti kesahihannya tanpa niat? Tak pepasal kita tersebarkan info palsu aka fitnah kalau mende nih tak betul. Oh noes! Free-free je dapat dosa.

First off... wow! Dedua version sama jek dari segi struktur susunan ayat. Huhuhu pun ada tiga diikuti 3 bijik emoji nangis tuh xD Google Translate mungkin? xD

Kedua, seperti mana berita2 viral yg tak pasti kesahihannya, mesti ada info yg vague semacam. Suruh tengok TV9 pukul 8 mlm. Okay. Tarikh bila weih? Maklumat kritikal camtu takkan takde? Hari apa punya berita? Tahun ni ke tahun lepas punya 8mlm? Musykil... musykil...

Ketiga, isu cam important giler sebab kerajaan Malaysia siap campurtangan advise Nestle Malaysia! Bukan Koro kata haaaa... mesej whatsapp tuh yg tulis camtuh haaaa... Tapi rasa macam takde pulak keluar berita or muka depan paper utama pasal ni. Kalau isu2 besar camnih yg memang sah, for sure terpampang sebab main news. Macam yg isu Cadbury tuh. Tapi kenapa yg ni cam krik krik and hanya muncul kat wassap (or FB). Pelik... pelik... *urut dagu*

Then next debunk... kalau betul la apa yang tertulis dalam mesej tu, kenapa perlu ada penafian dari Kementerian Kesihatan?

Link kalau nak baca:
https://www.nst.com.my/news/2017/04/227412/health-ministry-denies-issuing-order-recall-maggi-noodles

Oh. Tarikh berita tu latest tau. 5 April 2017. Fresh gitu. Walaupun dah sebulan berlalu ahahaha xD

Kalau malas tekan link, Koro copy paste isi kandungan statement tuh:

By Seri Nor Nadiah Koris - April 5, 2017 @ 12:58pm

KUALA LUMPUR: The Health Ministry has assured once again that Maggi noodles in the country are safe for consumption, after a statement that it had issued advice to Nestle Malaysia to withdraw its noodles products from the market resurfaced and went viral on social media.

Its director Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said the news was untrue and that the Ministry did not issue any such order to the company.

“It was something that happened in India and not in our country,” he said via WhatsApp message.

Dr Noor Hisham was asked to comment on a statement that was spreading on the social media that the Ministry has issued an order to withdraw Maggi Noodles from the Malaysian market, citing it was not safe for consumption.

The statement claimed that the product contained harmful lead and had also been aired on a local television channel.

Checks by the New Straits Times revealed that in June, 2015, India had withdrew the Maggi noodles from its shelves, citing unsafe levels of lead in the snack. This followed tests conducted by Delhi city government where they found 10 out of 13 samples to be unsafe with lead exceeding the allowed level.

The Health Ministry then, in response to this and concerned raised over similar products here, assured that Nestle-owned Maggi noodles in the country were safe to be consumed.

In a news report, Dr Noor Hisham was quoted as saying that the instant noodles in Malaysia were not imported from India.

He added that the Ministry had also verified with the company producing the noodles and found it had gone through the right procedures to ensure it is safe for consumption.

He had said the public need not worry on the safety status of the Maggi noodles as the monitoring and enforcement of food safety by the Ministry was always ongoing to ensure its safety.

Dan tak cukup dengan tu, ada kenyataan from way back in 2015 woooo~...
https://kpkesihatan.com/2015/06/11/mee-segera-jenama-maggi-buatan-malaysia-patuhi-peraturan-peraturan-makanan-1985/
http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsgeneral.php?id=1142996
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mi-segera-popular-keluaran-tempatan-bebas-plumbum-selamat-dimakan-62134
http://www.nestle.com.my/media/pressreleases/AllPressReleases/nestle-malaysia-assures-highest-safety-and-quality-standards-for-maggi-noodles
http://www.bharian.com.my/node/123787

Punyalah banyak link penafian fufufufufu~ xD Link last kat berita harian tuh kira seakan bagi finisher smackdown padu xP

"Jumaat, 12 Februari 2016 @ 6:57 PM

Tiada arahan tarik balik mi Maggi - Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik produk mi segera Maggi di pasaran kerana kononnya tidak selamat dimakan yang menjadi viral di laman siber. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu tidak benar dan adalah cerita lama di luar negara yang dihebohkan semula.

"Itu adalah cerita lama yang berlaku di India, bukannya di Malaysia," katanya menerusi menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, sebentar tadi. Beliau diminta mengulas penyebaran kenyataan di laman siber kononnya kerajaan Malaysia mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik semua produk mi segera Maggi dari pasaran kerana tidak selamat dimakan.

Kenyataan itu mendakwa produk berkenaan mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna dan arahan penarikan balik Maggi itu kononnya boleh diikuti menerusi berita TV9 pada jam 8 malam ini."
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik produk mi segera Maggi di pasaran kerana kononnya tidak selamat dimakan yang menjadi viral di laman siber. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu tidak benar dan adalah cerita lama di luar negara yang dihebohkan semula. "Itu adalah cerita lama yang berlaku di India, bukannya di Malaysia," katanya menerusi menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, sebentar tadi. Beliau diminta mengulas penyebaran kenyataan di laman siber kononnya kerajaan Malaysia mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik semua produk mi segera Maggi dari pasaran kerana tidak selamat dimakan. Kenyataan itu mendakwa produk berkenaan mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna dan arahan penarikan balik Maggi itu kononnya boleh diikuti menerusi berita TV9 pada jam 8 malam ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123787

Hurmmm... muncul dari tahun 2015. Muncul balik tahun 2017. Kuasa viral la katakan. Fufufufu... Isu di sini bukan sebab nak sokong pemakanan Maggi ke apa ke. Tapi isunya kenapa perlu sebarkan info yang tak pasti kebenarannya ke tak. Kenapa tak siasat dulu sebelum viralkan? Or kalau nak bebunyi arabic sket, tabayyun. Kenapa? KENAPAAAAA???

Takkan bila baca memende camtuh, tak try teliti betul2. Takkan tak terdetik di hati cam ehhhh... betul ke nih? Takkan tak terasa cam kena tengok berita 8 mlm ni weihhh ehhh tapi bila punya 8mlm ekkk? Takkan tak terasa nak gugel betul ke maggi keluaran Nestle Malaysia ada plumbum?

Satu je Koro boleh simpulkan kat org2 yang terus instant-share nih (=___=) Diaorang anti-megi dan diaorang kekonon penyokong tegar makanan sihat. Asal nampak je salah memende nih terus nak share dgn penuh prejudis. Ada yang terasa? Heeeee... xD

Papehal pun, yang tak nak makan megi, teruskan kempen tak nak tu dengan penuh berhemah tanpa perasaan hasad dengki. Janganlah cuba sebarkan fitnah tahpape. Sian kat peminat2 megi worrr... Kalau nak fight, fight dengan adil xD Jangan guna statement palsu2 macam ni. Tak acilah. Haha xD

Rabu, Mei 03, 2017

Majalah Gen-Q. Isu 61 keluaran terakhir?



Sekarang dah kurang berlakunya aktiviti membaca majalah fizikal. Semua nak mudah. Nak baca online. Lagi-lagi kat smartphone memasing. Convenient sebab bukak phone je dah boleh terus baca kat situ. Tak perlu dah mengusung majalah besar-besar. Nak baca masa sedang melepaskan hajat pun boleh. Hehehe...

Tapi tu lah. Disebabkan situasi macam tu, penjualan majalah fizikal semakin merudum. Orang kata, terbit-terbit tapi tak pulang modal. Bertambah pulak dengan aktiviti cetak rompak yang semakin kreatif. Scan pastu upload kat memana. Siap ada yang buat bisnes lak jual dalam CD ke pendrive ke. Lagilah terkesan. Kesian syarikat-syarikat penerbitan sekarang.

Zaman sekarang kena kreatifkan cara untuk mengaut profit. Lawan dengan lelanun tu! xD Jadi pihak TB dah ambil initiatif untuk terbitkan Gen-Q secara digital. Kalau sambutan menggalakkan, mungkin Gen-Q diteruskan? Harap-harapnya macam tu! Jom baca Gen-Q versi digital! (^O^)

  • Langganan serendah RM50 setahun!
  • Akses selama setahun untuk semua isu-isu keluaran di katalog!
  • Isu-isu keluaran terbaru akan dikemaskini di dalam katalog!
  • Akses di semua peranti, di mana-mana, bila-bila masa!
  • Pembayaran adalah melalui Perbankan Internet/FPX, kad Credit/Debit atau PayPal.
  • Pembayaran juga boleh dibuat di dalam bentuk tunai (mesin CDM) dan pemindahan melalui mesin ATM (di dalam Malaysia sahaja).

Isu sampel kalau masih ragu-ragu:
https://www.genq.com.my/issue/genq-isusampel

Untuk melanggan:
www.genq.com.my/?ref=213

Dah langgan, baru boleh akses ;)

Iqra'. Membaca amalan mulia :D

Khamis, April 13, 2017

Throwback Kamen Rider reviews!

 [Koro sketch kepala Kuuga jek. Badan malas xD]

Ada sesape kat sini tokusatsu fans? (OwO) Koro secara terus-terangnya bukan peminat tegar sangat. Bolehlah dikatakan midrange gitu. Tapi ada kumpul figura dan henshin drives (OvO''''). Juga beberapa gashapon capsules. Download series dan tengok online. Kumpulkan lelagu opening dan ending dalam hard disk untuk layan time-time ada mood. Cuma tak sampai tahap kumpul manga dan graphic novel jelah. Cosplay jauh sekali. Ahahaha... gegaya midrange fan ke nih? Bolehlaaaaahhh... kan? xDDD

Tokusatsu dalam pemahaman Koro ni merangkumi memana armored/masked heroes yang ada. Dari kamen rider ke super sentai, ultraman, garo, tomica heroes, gransazer ke... even action kamen pun termasuk. Kahkah! Tak pasti pemahaman Koro ni betul ke tak tapi harap-harap betullah. Huahua xD

Dulu Koro bukan main susah nak sebut tokusatsu nih. Berbelit lidah. Asyik ter-sebutpo jek (sebutpo tuh typo dari segi sebutan wakakaka main hentam reka term sendiri lak.) Kengkadang tersebut tokutatsu. Kengkadang tokusutsa. Payah weihhh.. hahaha! Lelama dah okay. Dah imprinted dalam kepala hotak ejaan dan sebutan sebenar =D

Koro dah tak berapa nak ingat macam mana Koro boleh terjebak. Rasanya start dengan Ultraman dulu kot. Kagum tengok menatang besar tu lawan raksaksa. Dari versi series live action ke kartun. Siap ngan versi omputih gak (Ultraman Towards the Future! xD). Then kenal ngan KR Black semua tuh. Tapi the first KR yang Koro tengok totally in Nihon adalah Kiva =D Masa tu lepas dah layan loads of j-dorama so cam apa kata tengok KR tanpa dub sumer tuh. The rest is history, bebeh xD Dah habis Kiva, backdate ke Den-O dan seterusnya ahahaha xD Sampai ke Kuuga baru sambung semula ke KR selepas Kiva sampai skang. Sumber? CD/DVD pada mulanya. Pastu dah advance sket, download torrent hihihi... sekali-sekala layan online. Tapi yang memberi kepuasan yang torrent la sebab boleh simpan wat collection =D Mana tau tetiba datang mood gila nak buat marathon watch KR series ke ahahaha xD

Super Sentai sumer tuh pun tengok gak. Tapi the best setakat nih bagi Koro adalah Gokaiger. Pereference Koro la. Lain orang, lain taste =P Anywayz, berbalik ke KR tadi, Koro akui, ada skip dua tiga series. Bwaha! xD Bukan takmo tengok. Cuma stalling sket nak tengok sebab cam... ermmm... tak berapa nak tertarik. Kahkah! Kena paksa diri sket cam masa Koro tengok Hibiki dulu. Ops! xD KR apa yang Koro stalling untuk tengok? KR Agito, Ryuuki, Drive dan KR Ghost. Kahkah! Nasib baik Ex-Aid tuh unik sket. Tetiap minggu wat Koro tak sabar nak tengok cane plot seterusnya. Agito sebab Koro tak sker Shouichi tuh. Tak tahu nape. Asal nampak muka dia terasa nyampah. Padahal dia watak utama. Kahkah! Ryuuki sebab tak berapa gemar premise citer dia. Rider saling menyailang sesama sendiri hinggakan mirror monsters tuh cam watak tempelan jek. Sian (T_T) Drive pun cam Agito. Tak sker watak Shinnosuke. Sib baik ada Chaser. Tuh jelah buat Koro bertahan tengok beberapa episod huhuhu... Ghost sebab Takeru. Haiks. Sumer sebab watak utama jek xDDD Anywayz, jalan citer Ghost pun cam bosan sket. Kena kumpul eyecon untuk hidup balik tapi sepanjang citer tuh berapa kali Takeru mati hidup semula? (O_o) Nanti-nantilah Koro layan yang ter-skip tuh =D

Korek-korek post lama, terjumpa reviews yang Koro pernah buat untuk KR. Detail gak rupanya (O_o) Camanelah Koro boleh serajin tuh dulu (o_O) Tetiba kagum dengan diri sendiri. Kekekeke~ Meh koro listkan supaya korang takdelah kena kekorek cam Koro xP Mungkin ada spoilers so read at your own risk! Ecehceh!

Kamen Rider Henshin
http://paradisu.blogspot.my/2011/03/kamen-rider-henshin.html

Kamen Rider Den-O Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/03/entry-edisi-kamen-rider.html

Kamen Rider Double (W) Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/04/entry-edisi-kamen-rider-kamen-rider.html

Kamen Rider Hibiki Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/06/entry-edisi-kamen-rider-kamen-rider.html

Kamen Rider Cho Den-O Trilogy Review
http://paradisu.blogspot.com/2011/07/entry-edisi-kamen-rider-cho-den-o.html

Recurring Places in Kamen Rider / Super Sentai series
http://paradisu.blogspot.com/2011/09/recurring-places-in-kamen-rider-fights.html

Kamen Rider Kuuga Review
http://paradisu.blogspot.com/2012/03/entry-edisi-kamen-rider-kamen-rider.html

Kaizoku Sentai Gokaiger Review
http://paradisu.blogspot.com/2012/08/hade-ni-ikuze-kaizoku-sentai-gokaijaaa-o.html

Kalau rajin, mungkin ada tambahan reviews lagi xD Last but not least, Koro ada letak beberapa koleksi merchandises yang Koro kumpul kat Tumblr: www.koromyst.tumblr.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...