Semalam balik naik komuter. Tren ke Seremban delay 20 minit lagi. Ramai orang makin berkumpul kat stesen Serdang untuk ke Seremban. Kena berasaklah nampaknya. Sebab memang sedia maklum. Tren mesti punyer penuh! Biasa naik dedekat nak 6.30 punya. Tapi sebab delay semalam, dah dekat nak pukul 7 baru nampak muncung kepala tren huhuhu...
Seperti diramalkan, ramai nak serbu masuk tapi sket jer nak keluar. Terdetik perasaan hangin di hati tengok orang-orang nak masuk tuh, main terjah masuk tanpa bagi peluang orang nak keluar tu keluar. Iskkk... Biasa ada satu kaum tuh wat cam tuh. Umm pepandailah teka ekk... xD Tapi tulaaa... orang nak keluar lak cam terseksa nak keluar. Hampes punya orang-orang yang terjah masuk tuh. Taula nak dapat tempat tapi bertimbang rasalah sket. Dahulukan orang nak keluar dulu. Haparaaaa...
Teringat masa naik tren ke MidV. Pemandu dia siap bagi announcement kat setiap stesen, "sila dahulukan penumpang yang ingin keluar!". Ulang sampai dua tiga kali. Bagusnyer pemandu tuh ^_^ Siap dengan nada suara ala-ala geram ekekeke... mungkin dia pun tensen tengok orang-orang berebut masuk.
Berbalik kat citer tadi, akhirnya saya pun dapatla gak tempat. Tapi peliknyer. Ada satu ruang kat dalam tu lapang. Tapi semua yang masuk, menempek jer kat tepi pintu. Sesak semacam. Sanggup tuuuu! Takmo gerak ke dalam. Yang sedia ada kat dalam, tak nak berganjak daripada tempat asal. Saya jugak yang gi kat ruang tengah tuh. Selesaaaaa... xD Dan ohhhh... patutlah takde sape sudi ke situ. Takde tempat nak pegang rupanya xD Tak kisahlah. Yang penting, saya tak dihimpit sesapa. Ohohoho~... xD
Masa tren bergerak, memula slow pastu laju. Mujurlah saya jenis tak sker high heels. So saya dengan selamba dapat berdiri tanpa terjatuh. Kira menten aaa posisi dengan penuh machos.
Yang pegang tiang pun terhuyung hayang o_O Pelik. Patutnya saya yang camtuh sebab langsung tak pegang pape sebaliknyer bergantung pada kekuatan graviti badan sendiri xD Terer tuuuu...!! xD Tapi yang hampesnyer bila yang pegang-pegang tiang and kerusi mula menghimpit ruangan tengah tadi. Ohhhh maaaaaaaaanyyyyakkk cantik!! Tadi jual mahal... T_____T
Ohhh satu lagi perkara saya cukup anti masa naik tren ialah orang-orang yang sker konker tiang. Bolot sengsorang. Camler tiang tuh dia punyer T__T Selalu nampak orang [biasanyer pompuan iskkk especially yang ber-couple-couple-an termasuk minah indon] yang menyandar belakang diaorang kat tiang tuh. Kan susah orang lain nak pegang! T___T
Lagi hangin kalau dah ada orang yang memang sedia pegang dari awal. Pastu 'kumpulan penyandar tak makan saman nih' masuk. Then selamba derk gi nyandar. Tak pepasal orang tuh terpaksa lepaskan pegangan. Siannyer!! T^T Tapi ada jugak tak nak lepas [cam saya ekeke...]. Kalo laki tak lepaskan, nanti dituduh oleh diaorang menggatal sebab pegang belakang diaorang. Especially kat bontot. Tak ker hampes tuh? Sian laki-laki pemegang tiang yang innocent ekeke xD Kalau pompuan, diaorang lagi berani nak nyandar habis-habisan. Sampaila pompuan tu lepaskan. Kira victoryla T___T
Mende ni terjadi masa saya gi MidV harituh. Saya, Pah dan beberapa orang penumpang dari UKM, dah lama memegang tiang tuh sampaila ke Bandar Tasik Selatan. Sepanjang setiap stesen, akan ada pemegang baru yang join xD Bila tiba kat BTS, ada sekumpulan remaja laki dan pompuan masuk. Terus menuju ke tiang. Salah sorang pompuan selamba derk gi sandar kat tiang tuh!! Tak pepasal sumer yang pegang cam terpaksa lepaskan tangan sebab tak selesa tangan diaorang dihimpit badan minah bangang tuh.
Saya dan only a few tak. A few tu mencari posisi pegangan yang lain tapi saya kekal kat posisi asal. Selambanyer dia himpit tangan saya. Iskkk... Tren mula bergerak. Slow kendian laju sket. Saya mengira masa sambil merasai pergerakan tren. Tetiba dengan sengaja, saya memusingkan badan secara tetiba membuatkan beg Garfield terus menampar badan dia. Mwahahahaha~!!! Masa tuh plak tren dalam posisi membelok xD Dia cam terkejut and nampak marah tapi saya buat-buat bodo tak perasan beg terkena dia. Dia pun terus menyandar lagi. Bila belok lagi, sekali lagi saya buat mende yang sama tapi dalam arah berlawanan. Dan lagi untuk kali ketiga! xD
Akhirnya dia menjauhi tiang!! Mwahahaha~!! Rasa cam nak gelek gumbira xD Dan orang-orang lain yang sebelum ni memegang tiang, mula beransur untuk pegang kembali. Victory!! (^V^)v Pah siap tanya, "along, tadi beg along terkena dialaa...". Hua hua...!! xD Saya pun jawab, "ohh? ye ker? tak prasan pulak.." xDDDDD Tapi dari kerlingan mata, nampak penumpang lain cam tersenyum sinis tengok pompuan tadi makin menjauhi tiang xDDDD Ohhh saya telah berkhidmat untuk masyarakat pemegang tiang~!! ^O^
Moralnyer kat sini... berhati-hatilah dengan beg Garfield saya. Rowr...!
xO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 rantbacks:
salam,
uhuhu ganznya koromyst...
bagus.. bagus...
saya pagi tadi baru siku orang india yang nak rapat2 dengan beg keras saya.. aduss, padun muka!
p(^_^)q
hahaha..xDD
xsangka koromyst leh wat cmtu..
jgn sangka..huhuhu..
tp mmg xsuka golngn gtu..mementingkan diri betul...dh lama xnaik tren tp bru ni naik siap leh tersilap naik..nk ke mid dr bank negara ternaik tren ke klang..huhuu..sampai angkasapuri baru sedor..apsal midV len nih...hahhaxDD
adegan y memalukan diri sndiri..
******
puteh
******
Umm... masa tu tergeram sangat kot.
Tak sangka gak terbuat camtuh ehehe
Semangat keadilan muncul tanpa disangka xPPP
Ohh orang tu nak rapat dengan beg puteh ek?
Bagus refleksi tuuu xD
******
adiha
******
Tersilap perkara biasa xD
Banyak kali gak ternaik tren expres ke Nilai ... T___T
Kita boleh cover line dengan kata "ooo saje jer nak jejalan.
Memang tau kena naik tren lain tadi"
xDDDD
ehh tersilap taip, org tu nak rapat2, saya siku dengan beg saya.. banyak kali.. uhuhuhuuh
Catat Ulasan