Sabtu, Disember 09, 2006

Gaia Online

New addiction!!

koro-chan!! Hehehe...Pah punyer... xD

Sekarang berhempas pulas mengumpul gold dalam dunia virtual GaiaOnline wahahaha xD Mende alah ni bukan online game yang biasa. Lebih kepada komuniti online. Ada forum, ada blog/jurnal... pendek kata memang site yang punya kelainan ^_^

Bila kita masuk jer GaiaOnline, sesape yang belum berdaftar akan kena regis dulula tapi mende ni percuma so don't worry bebeh! Pas dah regis, kita dikehendaki pilih avatar kita sendiri. Menariknyer tentang avvy ni, bukan sekadar gambar tempelan seperti forum-forum biasa. Tapi kita cam reka watak online kita sendiri! Wahaha~ best best! xD

Maksudnya, kita boleh pilih samade nak jadi lelaki atau perempuan. Bapuk mahupun tomboy tiada dalam pilihan yeee... Pastu ada fesyen rambut gegaya anime hehe... Pastu ada pilihan bentuk mata. Nak mata comel ke, mata blur ke, mata dingin semacam ke, terpulangla xD Last sekali warna kulit pelbagai pilihan.

Dah habis reka watak kita tu, activate account sumer tu, kita akan menjalani satu quest ala tutorial. Setiap kali complete sesatu quest, dapat reward berpatutan. Senang jer. Jangan bimbang. Mende alah tu untuk membiasakan kita dengan persekitaran GaiaOnline tu.

Bila dah complete quest tu, maka bebasla kita untuk merayau site tuh. Menariknyer tentang site tu, setiap kali merayau dari satu segmen ke segmen yang lain, kita akan dapat duit [gold]!! Pos dalam forum pun dapat gold. And kalau guna function pm dan jurnal entry untuk kali pertama, pun dapat gold! Gold-gold yang terkumpul, membolehkan kita pergi bershopping! Yay! Baju baru! Seluar baru! Cam shopping biasa. Cuma avvy kitala yang pakai baju sumer tuh xD

tukar style dan bebaju yang ada dalam inventori... sket jer baru huhuhu...

GaianOnline juga menggunakan konsep online gaming cam RO tapi takdelah seccanggih RO xP Maksudnya, kalau kita online and kawan kita pun online, kita boleh sesama masuk town-town dalam Gaia untuk menggoyangkan pokok, batu dan semak untuk mencari duit bersama hahah xD Tak lupa juga menangkap serangga dan pergi memancing ^_^

Kebetulan rumah saya memang ada LAN sebab kitaorang guna hub yang disambungkan pada router ADSL untuk connect 3 pc talian streamyx. So, saya dan Pah pun online sesama and had great fun merayau sesama dalam dunia Gaia tuh ^_^

Di samping goyang-goyangkan benda untuk keluarkan duit, mancing untuk dapatkan ikan yang boleh dijual serta serangga yang boleh ditukarkan dengan item lain, kita juga kena bersihkan bandar-bandar dalam Gaia tu daripada sampah-sarap ^_^ Sampah-sampah tu pulak boleh recycle jadi item lain cam topi ke apa ke. Promote alam sekitar tuuuu xD

Bonusnyer, kita boleh juga kutip bunga-bunga liar. Sekadar nak penuhkan inventori atau untuk diberi pada kengkawan sebagai cenderahati ^_^ Boleh juga ditukarkan dengan item lain. Best giler! xD

Memang addicted... @_@

2 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

ohoho, dah try nak regist, tak dapat... try lagi hari ni...

k o r o m y s t berkata...

Cubalah ^_^

Menarik tul tempat tuh xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...