Khamis, Disember 07, 2006

Tetel pauwaaa...!! - Da Return...

Dah lama tak cerita pasal kekura hehe ^_^ Numlock dah 5 bulan bersama saya. Masih sihat bertenaga dan yang paling jinak O_o Dulu dia bukan main agresif. Agaknya dah biasa kot dengan kehangatan tangan saya cewah xD Dia yang paling tak banyak karenah. Dengan sayalah. Dengan orang lain terutamanya otouto-chan, dia takkan sejinak itu xD

Keyboard yang pernah merantau dan hilang selama 4 hari, masih tak biasa dengan tuannya uhuk... Delete yang sebenarnya dibelikan untuk otouto-chan, makin jinak. Tapi bebaru ni dia dua kali pergi merayau masuk bawah katil T___T Habis berhabuk satu badan. Bila berjaya dikeluarkan, rupa dah macam cotton candy daa...

Sekarang terrarium diaorang saya dah ubah sikit. Letak kain towel tak dipakai sebagai daratan untuk diaorang. Time makan jer baru bagi diaorang berendam dalam air. Dan nampaknya, diaorang memang suka cara hidup camtu O_o

Minggu lepas ada pergi pet shop kat MidV tu. Saje tengok-tengok kalau ada aksesori kekura. Ada memang ada tapi terrarium jelah. Tu pun mahal nak mampus xD Pastu tengok kot-kot ada kekura yang menarik untuk dibeli haha.

Dapatlah nampak spesies Star Tortoise yang shell dia kembung semacam cam mangkuk terbalik tu xD Rasa cam nak beli tapi setakat niat jela tanpa keinginan yang padu xD Lebih prefer spesies red-eared sliders. Terrapin comel berwarna hijau ^_^ Star Tortoise warna hitam kuning. Cam kumbang. Yaks... Lagipun mahal giler.

Pet shop tu pun ada jual terrapin gak. Kecik giler!! Comel sangat!! Mata bersinar-sinar nak tambah koleksi tetel di rumah hahaha... tapi sekali harga RM18 sekor. UIKS!!! Numlock and the geng pun saya beli dengan harga RM8 jer... T______T

2 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

dekat area cm/puduraya ada kedai jual binatang peliharaan dengan borong... kira harga dia sangat2 murah.. macam harga barang kat mydin...

tapi lokasi sebenar tak tau daa... sebab member2 mak beli ikan kat situ...

anyway, selamat menjaga kura2 (aka keluarga keyboard)

k o r o m y s t berkata...

Ye ke? O_o

Kalau borong, bolehlah tambah lagi 8 ekor untuk lengkapkan satu team bola hahaha xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...