Selasa, Disember 26, 2006

Kuantan mariii~!! xD

Malam 22 Dec 2006

Balik keje dengan penatnyer. Huuu... rasa cam malas nak makan, mandi sumer tuh haha xD Otouto balik awal. Dia suh cepat bersiap. Malam ni gak nak ke Nilai. Waaahhh!! Pulun packing habis-habisan. Nasib ada baju sedia ada kat Nilai so takdelah bawak banyak pun. Tapi beg baju takde. Iskkk... jenguk bilik mak abah carik beg. Jumpa yang jenis ble tarik tuh. Gabak T^T tapi bantai jerlah xD Sumbat sumer sekali termasuk Numlock. Hmm hmm ^_^ Ehh... nanti jap. Cecepat selongkar balik and keluarkan Numlock. Ahahaha... ada ker letak tetel sekali dalam beg. Kejam sungguh xDDDD Sampai Nilai dedekat nak pukul 11 malam. Pah ada kat ruang tamu tengok NBA kat Starsports. Masuk tido awal sebab letih (_ _)zZz

23 Dec 2006

Bangun awal. Semangat nak gi Kuantan hoho. Sekali dedekat nak pukul 11 pagi baru bertolak daa T^T Itu pun sebab Pah ngan otouto siap lambat giler. Mak bebel habis-habisan. Bawak skali Numlock. Side info : yang lelain dah hilang!!! Uhuhuhu... Diaorang merayau tah ke mana tak bebalik. Cuma Numlock jer yang setia bersamaku. Iskkk... Anywayz, bertolak ke Kuantan dengan jayanya. Abah bawak keta sampai ke Temerloh. Pastu otouto take over. Sepanjang perjalanan, berhenti dua kali untuk makan xD

Sampai MS Garden. Nama hotel. Tak tau bape bintang tapi cam mewah jer O_o Cek in. Memula otouto kena share dengan mak abah. Skali ada bilik kosong. Gumbira la dia dapat konker sengsorang satu bilik ^_^ Masuk-masuk jer bilik, terus ternganga. Besau giler!! Luas yang amat!! Pastu cek toilet. Ada shower dengan bath tub. Letak Numlock dalam bath tub hehe... Pastu mula punggah keluar ps2. Ngeee xD

Otouto datang main ProEvo dan Fifa. Bila dah merangkak petang, abah mak datang bilik ajak pergi megamall kat sebelah. Kitaorang kata nak follow tapi lewat sket. Otouto dan Pah habiskan seround lagi ProEvo dengan Pah seperti biasa, kalah teruk xD Sebelum keluar, amek Numlock, letak dia dalam laci. Cover sket dengan stoking kasi dia hangat. Duduk dalam bath tub tadi rupanyer sejuk tak hingat!! Siannyer dia T^T Shhh... dalam hotel tak dibenarkan bawak pet ^_^ Tapi biasanyer pet tuh merujuk pada kucing dan anjing kan? Hehe...

Pergi merayau kat megamall. AKHIRNYER!! Berjaya mencari Battle Royale 1 yang sekian lama cuba dicari. Uhuhuhu... gumbiranyer. Bolehlah tengok kat Bangi nanti. Pah beli selipar otromen. Kira cam selipar rumahla xD Dan Pah pun jumpa mende idaman dia. MOONCHILD. Citer jepun yang membariskan GACKT, HYDE dan... LEEHOM??? Ohhh... Leehom jadi orang jahat ^_^ Apa-apa pun, tajuk yang sepatutnya MC dijadikan WATERBOYS O_o Err... Tu tajuk citer lakonan Tsumabuki Satoshi [Queen of Lunch Hour, Orange Days, Lorelai, Tokyo Drift]. Tapi takperla. Walaupun cover tak lawa and tajuk pun salah, Pah tetap beli sebab citer tuh memang susah nak dapat iskkk...

Sempat jugak beli beberapa game PS2 sebelum berpecah dengan otouto untuk merayau memasing. Last-last skali berkumpul semula dengan mak abah. Abah ajak makan Kenny Rogers O_o Wahsaiii~!... tak penah makan KR dengan famili xD Mak follow jer sebab nak merasa mende baru. Bebalik McD KFC PHut je kan? Skali skala layan KR bes gak nih. Tapi papehal pun, makanan KR memang mahal giler T___T Tengok mak abah order cam iskkk... rasa cam dah nak sampai seratus ringgit ^_^ Tapi abah cam tak kisah sebab mungkin first and last kot hehehe...

Masa tengah tunggu hidangan sampai, terdengar bunyi cawan dihempas kuat tak hingat! Secara auto, sumer toleh ke belakang. Nampak satu famili India kat belakang. Si suami cam marah giler. Oooo dia ker yang hempaskan gelas tuh? Nasib tak pecah. Tak berapa dengar tapi adalah cam, "Ini servis hape ni?!" dan, "Saya tarak order makanan ni! Siapa suruh awak masuk ini dalam bill saya? Awak mau tipu saya ka?" dan, "Apa? Ingat saya takder duit ka nak bayar?".

Sumer tuh dinyatakan secara menengking dengan kuat. Si waitress terkial-kial nak defend-kan diri. Yelah. Orang yang amek order, tak sama dengan orang yang hidangkan makanan dan juga tak sama dengan orang yang kirakan bill. Lainlah kalau setiap waitress dikhaskan untuk jaga satu meja cam biasa caterer kat kenduri kawen T___T Hapalaaa... Kebetulan, waitress tu cuma bagi baki dan resit. Tak tau pun pasal order si India tuh sebab yang amek order dia waitress lain. Dia pulak yang kena fire. Siannyer. Dahler depan orang ramai. Sure dia malu tak hingat. Isteri dan anak si India tu tunduk semacam. Mungkin takut dengan si suami. Mungkin juga malu dipandang oleh orang ramai yang kurang senang dek diganggu ketenteraman dengan pekikan si India.

Setelah sumpah seranah berjela, dia pun bangun meninggalkan KR bersama familinyer. Staff KR sempat cakap, "thank you and come again to KR!". Entah perli atau memang protocol sebab diaorang takde pulak cakap camtu masa kitaorang nak balik ekekekeke... Apa-apa hal pun, abah ngan otouto dok ajuk-ajuk si India tuh bila dia dah blah. Eheh... ^_^ Satu insiden yang kitaorang satu famili akan hingat sampai bebila xD

Yang lelain bersambung dalam entry seterusnyer. Penat menaip wooo xD

1 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam,

oohohoh, sambil bercuti pun bleh maian game ke?

uhuhuhuuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...