Isnin, April 30, 2007

I will be gone~!! *lagu sayu*

Sepanjang bulan Mei dengan Jun nih, mungkin saya tak dapat update blog [sekarang pun sama hahaha xD]. Sekarang saya agak busy dengan company event. And then on the 21st May lak kena gi Terengganu. Job transfer!! Sebulan!! *laungan penuh dramatik*

Tak tau kena buat apa lagi kat sana tapi mungkin untuk edit content english arr. Camne nak survive ekk? Eheh... first time nih gi negeri orang seorang diri... T^T Sekarang fikiran cam melayang-layang membayangkan kehidupan cam kat asrama dedolu. Ohhh tidak!! Basuh baju sendiri? Makan tapau? Pemakaian baju secara berjimat? Ohhh!! Yang penting - penggunaan duit kena bertapis!!

Huhuhu... camne? Camne? T^T ... dahla tengah syok-syok layan Getbackers hahah xD Yang tu pulak dirisaunya... eheh... tapi takpela. Redah jelah pape pun.

So tempoh offline saya dalam sebulan - sampai 21 Jun la kot. Kalau ada masa, saya jenguk-jenguk jugakla kat sini. Lagipun nak main Gaia Online haha xDDD

Selasa, April 24, 2007

Kaki Wayang~ xD

Hoho.. nak buat satu announcement. Walaupun bakal memalukan diri sendiri sebagai outdated tapi tak kira! Akhirnya saya dah download add-on themes untuk Mozilla! Haha.. sekarang tengah guna tema yang cam fancy sket rupanya. Kalau tak silap, nama tema tu Extreme Noi. Entahlah. Tapi memang menarik! Haha..

Dapat la tengok perbezaan penggunaannya di ofis. Guna IE, blog langsung tak dapat nak post. Cuma boleh komen. Guna Mozilla, posting dengan lancar jer. Huhu.. Gaia toolbar pun ada kat Mozilla. Senang sikit nak roam Gaia haha.. xD Tapi apsal tulisan oren dulu dah jadi putih??? O_o Musykil tul. Nantila ejas balik template T__T

Oh speaking of Gaia, diaorang tambah lagi mende baru! Kali ni masukkan unsur cinema! Maksudnya, selain ada game dan menjelajah Bandar Barton mencari bunga, serangga dan sampah [hape?! sampah??? xD], sekarang para Gaians boleh menonton wayang secara maya! Yang menariknya, masih menggunakan flash player untuk stream wayang tuh!

Tadi baru jer try. Sebelum ofis hour start hehe.. Mula-mula kena pilih wayang apa nak tengok. Ada la list movie nya. Tapi bukan yang terkini la. Kira wayang-wayang klasik la. Saya pilih nak tengok satu citer zombie klasik ni. Night of the Living Dead arahan George Romero. Root to all zombie-ness!! – citer yang dah diperkembangkan jadi Land of the Dead la, Dawn of the Dead la, Shaun of the Dead la untuk versi moden.

Pastu pilih masa screentime pulak. Kira cam pilih bilik wayang arr. Ada had penonton untuk setiap bilik – 12 orang. Dah masuk tu, ada option untuk transform kita jadi zombie xD Yelaa.. tengok cerita zombie ^_^ Pastu ada popcorn stand [dalam bilik wayang??? Aahhh.. lantakla.. xD] untuk kita beli snek ke apa ke..

Yang menariknya, kita boleh beli tomato dan popcorn untuk dibaling – ke orang lain ataupun ke skrin! Siap ada laser hijau dan bebola api! Nak ngorat sesiapa pun boleh kalau beli flying kiss xD Selebihnya minuman yang boleh buat watak Gaia kita brain freeze dan bubble gum yang meletup lalu melekat kat muka watak Gaia kita xD Seronok giler!! xD

Memang konsep entertainment yang menarik ^_^ Kreatif giler development team Gaia. Tabik arr! Saya saje jer buat watak saya mundar mandir depan skrin. Tak duduk kat seat xP Sekali.. dihujani tomato dan popcorn!! Haha..!! Tu pun masa tu saya dalam bentuk zombie so tak kisahlah xP


Starting screen nak masuk Gaia Cinema

Dah ada dalam wayang!

Nak beli snek untuk makan dan baling xD

Dah duduk kat kerusi!

popcorns are meant for throwing hihihi...Balingan popcorn ke skrin! Hiyarghhh! xDDD

zombie infested cinema??? O_oMasuk wayang Night of the Living Dead pulak - tengok! Dah transform jadi zombie!!

Isnin, April 23, 2007

Habis gak akhirnya huhuhu...

Digital Fortress dah habis dibaca! Uhuhu... buku tebal giler tuh amek masa berbulan baca sebab baca dua tiga helai dalam seminggu haha xD Lengkap dah koleksi Dan Brown ^_^ Itu pun err... kalau dia takde hasilkan buku baru lagi haha xD

Sekarang bolehla tumpukan pada anime lak xP Dah banyak in queue hehe... Dulu main beli jer tapi tak tertengok tengok sampai sekarang haha xD Takperlah. Yang penting anime tuh dah ada dalam tangan. Skang baru nak tengok Getbackers xDDD Manga GB pun tak habis baca sebab stop kumpul xP Tapi sempat beli yang cetakan uncensored punya O_o Skang kalau cetak balik semula, rasanya bahagian censored tuh secara automatiknya akan ada 'pakaian hitam' haha xD

Tengah dalam proses muat turun [cewah!] Nana dengan Gakuen Alice dari Vnmanga. Ingat nak Ouran Host gak tapi masa tuh masih incomplete so tunggu dulu arr. Ada lagi dalam target. Tapi kena aktif sket arr kat forum Vnmanga tuh untuk kumpul copper xD Sesetengah manga yang nak dimuat turun dikenakan caj. Tapi bukan secara duitla. Guna copper. Copper nih boleh diperolehi bila kita wat posting dalam forum. Tapi ada gak manga yang tak perlu copper. Biasa yang selamat dibaca la hahaha xD

Sankkyu, Vnmanga~!! m(_ _)m Kerana korangla, saya dapat baca Battle Royale versi uncensored xDDD Nak tunggu korang muat naik karya terbaru Obata Takeshi dan Tsuneo Takano tuh. Blue Dragon Ral Grado kalau tak silap dengan ada symbol cam err... 'U' terbalik eheh... Tapi manga tuh memang pening sket arr baca. Shadow? Third? Host? Warghhh!! Tapi Kafka comel x3~

Baca sebab Kafka jer? Hampesss.... xDDD

Sumber dari wiki [cam biasa larr xD] :
  • Kafka (カフカ Kafuka)
Kafka the flower binder, (also known as Kafka la Chaîne Rode (シェンネロド Shennerodo)), is a very chivalrous knight of Stora Castle. To defend the honor of his beloved Queen, Kafka even went so far as to duel Ral.
Antara babak-babak yang mengandungi Kafka :

Pertemuan pertama

Kafka dapat tau Ral, Mio dan Aya dalam perjalanan nak kalahkan Queen Obscuria

Dalam perjalanan nak berjumpa Princess Stora - puteri yang Kafka berjuang untuk lindungi

All scans are credited to Onemanga.
Nak baca secara online : Blue Dragon Ral Grado

Khamis, April 19, 2007

Gacchan survey~

First off, gomen nasai~!! Lama giler tak update!! Kira cam blog terabai sejak minggu lepas!! Huhuhu... siap sempat tengok Ninja Turtle lagi xP By the way, best giler citer tuh! Komen daripada seorang fanatik tetel haha xD Lagi satu, soklan soklan bebanyak dalam entry sebelum nih, saya jawab kendian la ekk haha xD

Fokus saya kali nih adalah si mamat bishie Gacchan xD [Lagi??? Hahaha xP] Sesaja la gatal nak survey kepopularitian Gackt di Malaysia. Secara spesifik, kepopularitian dia di kalangan kedai kedai muzik YANG SEPATUTNYA TAU PASAL DIA sebab diaorang PATUT ARIF tentang perkembangan dunia muzik tak kiralah kat ceruk mana sekali pun lebih lebih lagi kalau DIAORANG JUAL CD LAGU LAGU JEPUN kat kedai diaorang.

Sila ambil perhatian kat perkataan yang di capslock kan yer. Okay, sampel sasaran yang terpilih adalah kedai kedai muzik di sebuah shopping mall yang gabak, tingkat yang sama level ngan cinema. Nama asal ditukar bagi melindungi maruah memasing xP Tapi yang terasa tuh, pepaham sendiri la ekk...

Kedai pertama – Mena – YANG JUAL CD JEPUN – tapi kebanyakannya outdated... hampesss...

Koro & Ryu-kun : Ada jual cd Gackt tak? Kat rak takde.
Mena : Gackt? Camne eja?
Ryu-kun : G-A-C-K-T
Mena : Jap ekkk... *cek record cd kat pc* ... Ohhh yang album December Love Song ni ker?
Koro : ... U___U [De-cem-ber-love-song jer??? Giler outdated!!]
Ryu-kun : Err... takde yang terbaru ke?
Mena : Takde. Yang December Love Song ni pun takde dalam stok.
Ryu-kun : Okaylah. Takper. Terima kasih ye.
Mena : Ok
Koro : ... T____T#
Ryu-kun : Takper aaa... kita cari kedai lain.

Strike One.

Kedai Kedua – Tak ingat nama tapi kekonon jual lagu lagu rock – KEKONON!! – hampes darab dua... – KEDAI NIH ADA JUAL CD JEPUN...

Ryu-kun : Kat sini ada jual cd Gackt? Dia artis rock jepun.
Rock : G-a-apa?
Ryu-kun : Gackt. G-A-C-K-T. Gackt.
Rock : ...
Koro : Gackt. Lelaki.
Rock : Jap ehhh...*panggil geng – bisik-bisik*
Rock2 : Nama dia sape tadi?
Ryu-kun : Gackt.
Rock2 : Camne eja?
Koro : ... T__________T#
Ryu-kun : G-A-C-K-T.
Rock2 : Nah kertas. Tulis ejaan.
Koro : T______________________________T
Rock2 : Ohhh Gackt. Yang berlakon citer Long Vacation tu? Takde. Kitaorang dah habis stok *DENGAN MUKA PENUH CONFIDENT CAMPUR KNOW-IT-ALL*
Koro : HAH??? HAPE? Tapi Gackt bu-...
Ryu-kun : Dahla. Jom kita blah.
Koro : Tapi Gackt bukan ber-...
Ryu-kun : Diaorang tersilap tuh...
Koro : Tersilap apa?! Diaorang memang tak tau langsung tapi buat buat tau!! Tu Kimura Takuya laaa!!
Ryu-kun : Takperla. Diaorang tak kenal Gackt...
Koro : Mana boleh tak kenal! Diaorang bukak kedai muzik! Diaorang jual cd jepun!! Lagu rock pulak tuh!! Tapi yang dijual bukan lagu rock pun kebanyakkannya!!
Ryu-kun : Err... apsal orang lak cam kena marah nih? Eheh... *sweat*
Koro : Ohh... gomen hihihi... meletup sket sebab tensen xP Sori ekk... xD
Ryu-kun : Hahah... xD

Strike two.

Kedai ketiga – Vroom – jangan cakap arr... kedai nih glamer ngan stok jepun korea nyer... tapi malang sekali...

Ryu-kun : Sini tak jual cd Gackt ekk?
Vroom : Err... tak kot. Sorry ekk.
Ryu-kun : Takper. Terima kasih ekk.
Vroom : Sama-sama :)

Strike three.

Haha... paling bengang kat kedai Rock tuh T___T Muka pun cam kerek jer kata Gackt tuh berlakon citer Long Vacation. HAMPES GILER!! Nak jer suh dia google Gackt ker... main game Crisis Core yang mana Gackt jadi Genesis, antagonis game tuh – juga dapat dilihat masa ending game Dirge of Cerberus. Genesis, Anjeal dan Sephy – woohoo~!! xD Nak cecepat sambar psp untuk main Crisis Core!! Huhuhu...

Anywayz, kesimpulannya di sini... kepada semua fanatik Gackt di Malaysia, saya AMAT bersimpati dengan anda semua kerana sesungguhnya, para pekedai muzik cam tak menghiraukan kewujudannya yang seakan dewa di Jepun tuh. Iskk Iskk... Mujurlah Laruku dikenali la jugak sesket.

Tapi tu baru tanya pasal Gackt. Belum lagi pasal Psycho Le Cemu ke... Alice Nine ke... Nightmare ke... T________________T

Jumaat, April 13, 2007

Malaysian or not? xP

I got this from a blog xP Here is da orginal source~!! xD Klikki moi~!!. Pretty neat stuff I tell ya~!! Menguji ke-Malaysian-an kiter xPPP

HOW MALAYSIAN ARE YOU ? NO CHEATING PLEASE !!

1. How much is satu kupang?

2. Where's the favourite spot to take wedding pictures in Taiping?

3. In what dialect is Apo Nak Di Kato?

4. Name at least five variations of roti canai.

5. What is the staple food of native Sarawakians?

6. Name a popular Malay ointment made from "sea-cucumber".

7. Name the sauce made from fish or shrimp that the Kelantanese love.

8. What does pi mai pi mai tang tu mean?

9. Which fruit is Ipoh famous for?

10. What is the English name for putu mayam?

11. "Lah" is to Peninsular Malaysians as"..." is to Sabahans.

12. What does ABC stand for?

13. How long is a sari?

14. What does the Cantonese phrase" ngam ngam " means?

15. Name Penang 's famous beach.

16. How do you order coffee mixed with tea at a kopi-tiam?

17. What's on Malaysian TV at 8pm?

18. On one side of our RM1 coin is the bunga raya, what's on the other?

19. What's on our current 10 sen coin?

20. What was the name of the KL Commonwealth Games 1998 mascot?

21. When you fill in a form, if you're not Malay, Chinese or Indian, you are...?

22. Who is Malaysia 's favourite Kampung Boy?

23. How did the word "gostan" come about?

24. Lobo's "Whispers in the Wind" is the English version of which famous Malay song?

25. When did Malaysia last won the Thomas Cup?

26. What is the name of our national flag?

27. If you want 4D numbers, who do you consult?

28. What's the name of the Malaysian-made 175cc motorbike?

29. Name our national bird.

30. If the father is a baba, and the mother is a nyonya, then what is the son?

31. Who is the most beautiful woman in Malaysia?

Huhuhu... banyak giler~!! Korang jawabla soklan soklan tu ekk. Saya pun nak jawab gak tapi nanti arr haha xD Mungkin dalam entry lepas nih ker xD Cari ilham dulu hahaha!! [konon xP]

Ahad, April 08, 2007

Hehe...

Wohahah~!! Lama benor tak hapdet~!! xD Sorry yer... Sibuk benar dengan Easter Event kat Gaia xD Sibuk mencari telur. Dahler 50 bijik. Adusss... berpinar mata ngadap pc sehari suntuk. Sanggup tuuu~!! xD Dahler guna dua account haha xD Nak 100 telur punya pasal. Dahla telur tu pulak boleh exchange jadi telur ayam xD Pastu boleh hatch untuk dapat anak ayam xD

Ohh... terjumpa satu link menarik!! Click jangan tak klik yer.. hehehehe...

Do not click this link... You have been warned!

Tempting tak? Korang teringin nak klik tak? Korang dah pun klik ker? Hahaha xD Manusia biasanyer curious tak hingat. Apa yang orang kata jangan, dia nak wat jugak! xD Risk takers gitu.

Okayla yer... nak sambung da egg hunt. Tatatititutu~!!

Ohhh Music Station minggu lepas best~!! xD YamaP rejoin ngan News nyanyi lagu xD Pastu Arashi promote lagu Love So Sweet [lagu tema Hana Yori Dango 2]. Cuma lagu Arashi jer yang dah ada xD

Rabu, April 04, 2007

NEWSFLASH!!

Cubaan rogol dalam bas
[Source taken from Harian Metro]


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab

KAJANG: Bermodalkan sebuah bas kilang yang dicuri serta sebungkus serbuk kari ikan, seorang penjenayah berbahaya melarikan dua gadis yang juga penuntut tahun satu Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam cubaannya untuk merogol mereka.

Dalam kejadian awal pagi semalam, penjenayah terbabit terlebih dulu melarikan sebuah bas kilang di Shah Alam, sebelum memperdaya mangsa, masing-masing berusia 20 tahun, kononnya boleh menghantar mereka pulang ke kolej kediaman di Bangi.Bagaimanapun, kedua-duanya dikurung dalam bas itu sebelum dilarikan penjenayah yang turut mengugut mahu menjadikan mereka sebagai pelacur.

Kes itu hampir menyamai kejadian membabitkan seorang jurutera komputer, Nor Suzaily Mukhtar, yang diculik seorang pemandu bas pada 2000 sebelum dirogol dan dibunuh berhampiran tapak projek perumahan di Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd Nizam, berkata dalam kejadian itu, penjenayah melarikan bas berkenaan di Shah Alam yang hanya disedari pemiliknya pada jam 9 pagi.Menurutnya, penjenayah terbabit memasuki kampus UKM denga bas curi tanpa disedari pengawal keselamatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan.“Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, kedua-dua siswi terbabit berada di perhentian bas dalam kawasan kampus kerana menunggu bas untuk pulang ke kolej penginapan.

“Tiba-tiba sebuah bas berhenti sebelum seorang pelajar lelaki dilihat turun,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.Menyangkakan bas berkenaan turut digunakan penuntut UKM, tanpa berfikir panjang kedua-dua siswi itu terus menaikinya yang ketika itu tidak membawa penumpang lain.

“Pemandu bas bagaimanapun memandu keluar dari kawasan UKM menyebabkan mangsa terpinga-pinga sebelum meminta penjelasan.“Penjenayah terbabit memberi alasan kononnya dia pemandu baru dan tidak tahu jalan yang patut dilalui, selain bas itu adalah bas gantian kerana bas UKM rosak,” katanya.

Alasan itu mengundang firasat buruk kepada mangsa, namun mereka gagal berbuat apa-apa kerana pintu bas berkenaan ditutup rapat.“Mangsa dilarikan hampir dua kilometer sebelum berhenti berhampiran sebuah stesen minyak. Keadaan bas terbabit yang mempunyai langsir, selain cerminnya agak gelap menyebabkan mangsa sukar dilihat dari luar.

“Sebaik memberhentikan bas, penjenayah terbabit mengeluarkan pisau pendek mengugut kedua-dua mangsa supaya tidak melawan, malah dia juga menggugut menyembur serbuk kari jika mereka cuba melawan,” katanya.Rosli berkata, penjenayah terbabit memaksa kedua-dua mangsa ke belakang bas sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.Penjenayah yang berseorangan itu kemudian menggunakan pakaian mangsa untuk mengikat kedua-dua tangan dan kaki mereka.

Mangsa menggigil ketakutan dan tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi selepas penjenayah itu mendakwa beberapa rakannya akan tiba bila-bila masa.Difahamkan, pada masa sama, penjenayah turut merampas komputer riba, dua telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.Dia kemudian kembali memandu bas menuju Plaza Tol Bangi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari plaza tol berkenaan.

“Dia turun dari bas dengan membawa telefon bimbit dan cuba menghubungi seseorang, manakala bas itu dikunci dari luar bagi mengelakkan mangsa melarikan diri,” kata Rosli.Ketika penjenayah sibuk membuat panggilan, mangsa yang berjaya membuka ikatan berdiri di atas kerusi bas sambil melambai tangan kepada pengguna lebuh raya bagi menarik perhatian.

“Seorang pengguna lebuh raya yang ternampak mangsa dalam keadaan cemas di dalam bas menghubungi Balai Polis Bangi, memaklumkan kejadian.“Sejurus menerima maklumat, dua anggota polis bermotosikal bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat sebuah bas diletakkan di bahu jalan,” katanya.Menurutnya, penjenayah yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.Penjenayah lari hampir 100 meter sebelum melompat masuk ke sebuah kolam najis.

Tindakan nekad itu menyebabkan kedua-dua anggota terbabit polis terjun ke dalam kolam itu sebelum bergelut dengan penjenayah itu.“Selepas beberapa minit, anggota polis berkenaan menahan penjenayah terbabit dalam kolam najis sedalam paras pinggang itu,” katanya.Rosli berkata, penjenayah berusia 40 tahun terbabit dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, manakala mangsa yang terkejut dengan kejadian itu dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

“Siasatan terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah, termasuk satu berhubung kes liwat di Putra Height, dekat sini, dua tahun lalu selain dikehendaki beberapa balai polis.“Dia juga dipercayai pernah bekerja sebagai pemandu bas, tapi diberhentikan berikutan masalah disiplin,” katanya.Menurutnya, polis bercadang memberi saguhati kepada pemberi maklumat itu kerana tindakan pantasnya menghalang cubaan merogol kedua-dua siswi terbabit.

“Sikap prihatinnya yang segera menghubungi polis sejurus melihat kejadian mencurigakan berjaya menghalang niat jahat penjenayah terbabit.“Bagaimanapun, saya kesal kerana pihak keselamatan UKM boleh membenarkan bas itu masuk ke kampus begitu mudah tanpa membuat pemeriksaan,” katanya.

Uwaaahhh!! Girls nowadays are not safe!! High gratitude goes out to the dude or dudette that saw the victims. You saved their life, dignity and womanhood. So heroic!! Muacks~!! x3

Hapdetto!

Hapdet! Hapdet! News flash!

Sejak 2 3 hari ni, opis ada prob dengan connection internet so tak boleh nak surf masa rehat cam biasa. Surf kat pantai jelah nampaknyer. Join da penguins hohoho...

Anywayz, Gaiaonline ada promosi citer The Last Mimzy. Cam menarik jer. Pasal mainan berupa plushie arnab yang cam misteri semacam. Intelligent life form. The truth is definitely out there!! O_O

Sempena promosi tuh, Gaiaonline wat event. Dapat buat 3 kali sorang untuk dapatkan 3 Mimzy bunnies xD Derma satu kat ryu-kun sebab dia tak sempat wat event tuh haha xD Sankkyu bagi dedaun clover tuh yer, Ryu-kun ^_^

Okeh tuh jer hapdet kali nih. Ohhh... luper nak cakap.

SANKKYU, RYU-KUN sebab tolong belikan game God Hand! xD Uwaaahhh... pasnih bolehla eksyen ngan Heihachi-sama setelah dia dok promote manjang game tuh ^_^ Tapi weekend nih Ryu-kun nak pinjam ps2... ahaks... ^_-

Kali nih saje jer guna font kaler oren. Ngeee~!! x3~

Ahad, April 01, 2007

Sakuragi''s and Usopp's Berfday!! xD


Daa-dunnn!! Tensai-ness Victory!! xD
Wad? You wanna give me a gift? Aww shucks~... x3 But I hope it's from Haruko-san... x3~
Wheeee~!! xD SlamDunk fans unite!! Haha~... xD April 1st is Sakuragi Hanamichi's birthday! Yeshhh~... I'm an avid SD fan so I basically have their birthdays stored in my phone's calender thingy. LOLZ!! Not to mention, it is also Usopp's [from One Piece] birthday! ^____________^

Kawaii Usopp!! xDWad da-??? I thought you wanted a mugshot! I didn't know you'd be shooting at me for real!!at last... i'm priceless...
Saya tak sambut April Fools day tau. So jangan tanya, "siapakah yang anda berjaya kenakan hari ini?" sebab langsung takde haha!!

Ohhh teringat pulak masa sekolah dedolu. Belajar bahasa perancis.. ecehcehceh~... xP April Fool dalam french digelar Poisson D'avril. Huyoooo~... ingat sampai skang haha xD Tapi poisson tuh maksudnyer ikan O_o Pelik ekkk... ikan ngan april fool cam takde kaitan haha! Dan d'avril tuh bukan avril lavigne yerrr... -___-

[all piccies listed belong to their respective owners]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...