Jumaat, November 28, 2008

Iklan xD

Hari nih nak menulis pasal iklan. Bukan sebarangan iklan. Tapi iklan yang rasanyer cukup menarik dan kreatif xD

Saya sker giler kat iklan Herbal Essences yang ada mamat raggae tuh xD Mamat tuh nak carik syampu. Promoter syampu tu suggest la syampu HE tuh. Mamat tu pun amekla sebotol nak try. Esoknya, dia datang kat situ and demand, "Saya nak balik duit saya!". Hahaha... sebabnya? Daripada rambutnyer yang kusut dreadlock tuh, terjadi sesuatu yang dia langsung tak ingin sebagai seorang mamat raggae sejati xD Bila dia bukak topi, terkeluarlah rambut yang panjang mengurai penuh kelembutan xD Habisla identiti raggae dia huahahah xD

Satu lagi, iklan Mentos. Ada sekumpulan red indian nih. Penempatan diaorang tengah kemarau sebab takde hujan. Warga tua red indians tengah dok lepak memerhatikan seorang pemuda red indian berusaha bersungguh-sungguh wat rain dance untuk panggil hujan. Ada shuffle la breakdance la... xD Tapi takde gak hujan yang turun. Salah sorang warga tua red indians geleng paler pastu terus kuarkan mentos. Bagi kat pemuda tuh. Pemuda tuh pelik tapi kunyah jelah mentos tuh. Skali kena curah satu badan dengan air hujan (kononlaaa... xD). Semua warga tua red indians dok pakat gelakkan pemuda tuh xD Hampes... xD Kekonon nak tunjuk mentos tuh cool giler sampai cuaca panas pun ble hujan la kot xP

Iklan Nippon Paint menarik giler O_O Sker tengok beberapa blob warna-warni tuh mencurahkan kaler ke seluruh bandar tuh. Siap dengan latar muzik yang sesuai. Penuh kerianganla lebih kurang. Anak sedara saya cukup sker bila iklan tuh kuar kat tv ^__^

Iklan KFC yang si mak sibuk curi waktu nak gi shopping barang runcit pun kelakar xD Edisi pertama, dia turunkan bakul ke tingkat bawah yang kebetulannya supermarket. Siap ada list lagi suruh si cashier masukkan barang-barang yang dia nak beli xD Tapi bos dia nampakla pulak hahaha xD Edisi kedua yang ada si penghantar surat aka despatch kekonon nak bagi dia dokumen suruh sain tapi bila line clear, dia terus kuarkan bebarang runcit yang si mak tuh pesan xD Tu pun bos si mak perasan hahaha xD

Okeh. Kalau ada iklan menarik, sure ada iklan hampes kan? xD Bukan nak kutuk tapi ada yang cam tak berapa logik.

Salah satunya adalah iklan Streamyx (jangan marah haaa... xD). Iklan yang tunjuk beberapa orang kaum ibu tengah eksen dengan pencapaian anak memasing. Membandingkan berapa A anak memasing dapat. Pastuh bila sorang mak nih yang kekonon tak join riak sama, mengumumkan anak dia dapat 10A, terus yang lain-lain tersedak air memasing. Yang peliknya, pekse apa yang bebudak dapat 10A? O_o Ingatkan anak diaorang amek SPM ke hape, so patutnya tunjukla remaja tengah melayari streamyx ke hape ke tapi kat hujung iklan tuh tunjuk budak kecik dekat pc. Pekse sekolah biasa ke? o_O Apa subjek-subjek yang diaorang amek sampai jadik sepuluh? O_O

Ingat lagi iklan Twister KFC? Yang ada mamat tuh bizi sangat sampai kena wat opis bergerakla pulak. Iklan tuh dengan bangganya kata, kalo tengah bizi giler and takde masa untuk makan, layanla makan KFC Twister tuh. Ringkas tapi penuh mengenyangkan dan berkhasiat. No komenla pasal tuh. Tapi yang saya nak komen... untuk mendapatkan Twister tu, dia kena pegi carik memana cawangan KFC terdekat. Kalau jauh, nasiblaaa... Pastu kena lak beratur untuk beli kat kaunter. Kalo nasib dia baik, pendek jelah line. Cuba kalo waktu lunch hour, memang beratur sampai keluar KFC O__O Itu kalau dia ada duit on the spot. Camne kalau dia takde duit? Terpaksala dia carik mesin atm dulu nak kuarkan duit. So apa kaitannyer dengan memudahkan orang yang bizi giler untuk makan Twister tuh? xD Hahaha.. memang! xD Saya sker pikir dalam sangat pasal iklan xP And... kalau dia nak order Twister tuh pun secara delivery, takkan nak order sebijik makanan tuh jer. Mesti ada syarat-syarat tertentu untuk membolehkan delivery dilakukan. Cam, kena capai had minimum harga tertentu ke apa ke. Ye tak? Ye tak?

Satu lagi iklan kat radio. Hot Fm to be precise hehehe... Masa Hot Tip untuk pejalan kaki. Ni kiranya tip-tip nak elak pejalan kaki daripada terlibat dalam kemalangan la lebih kurang. Tip pertama --- Jangan berjalan di atas jalan. Haaaa??? O_________O Bistu, berjalan atas apa? Angin?! Ternganga jap. Kot ye pun, bubuhla jalan raya. Barula dengar cam logik sket. Jangan berjalan di atas jalan boleh membawa pelbagai maksud. Sama ada disebabkan berjalan atas jalan takble, maka dia kenala berjalan atas angin, atas rumput... or mungkin dia takble berjalan atas jalan, sebaliknya kena berlari atas jalan ke... merangkak ke... bergulingan cam filem hindustan dedolu ke... Ye tak? Ye tak? -___-

Ada gak iklan yang sebenarnya tak lawak tapi disebabkan 'extra line' oleh Otouto, tak pepasal tergelak dengan ending iklan tuh xD Satu iklan yang menjadi mangsa Otouto adalah iklan masa raya dulu. Kalau tak silap saya, iklan Petronas. Eh? Ke Telekom ekk? Yang ada si anak balik kampung nak spend masa ngan mak dia tapi last-last tak jadi sebab kat rumah kampung dia tuh takde line tenet. Kan last-last si anak peluk mak dia sambil minta maaf. Pastu mak dia cam kata takpe, mak okeh je. Pastu tetiba mak dianyer muka jadik pelik jap sambil tanya, "Apa Man dah buat?" --- kalo ikut niat asal, mak dia tanya camtuh sebab pelik anak dia tetiba balik mintak maaf camtuh kan? xD Yang Otouto lak gi bantai tambah dialog sendiri kata mesti si Man tuh terkentut masa peluk mak dia tu yang mak dia muka pelik semacam tuh menahan baula konon. Hampes... xDDD

Pada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan iklan-iklan yang telah dikritik di atas, mintak maap yeeee... xD Mungkin ble anggap kritikan tuh sebagai sesuatu yang membina hehehe... Supaya lain kali, nak buat iklan tuh, kena pikirla logik sket. Tak semua tengok iklan camtuh jer. Ada yang sker menganalisis (cam saya huahahaha... xD).

Selasa, November 25, 2008

Bestnyer tengok wayang! ^O^

Weekend lepas, memang weekend movie marathon la gak. Sabtu Ahad, dedua hari tengok wayang. Sabtu, tengok citer Madagascar 2. Sebab dah tengok yang pertama, mestila tengok sequel dia, ye dak? Penguin-penguin seperti biasa, cambest giler! XD Paling suka watak Skipper dan dalam sequel nih, dia berjayala dapat isteri hahaha xD

Memang penguin-penguin tu penyeri Madagascar 2 la. Tengok cara diaorang fly aeroplane, hijack jeep, bina semula aeroplane… memang kagum aaa xD King Julian tuh menyampah-kan seperti biasa hahaha… perasan raja kat mana-mana. Kesian kat Mort yang teringin nak ikut tapi dinafikan habis-habisan oleh KJ dan Maurice ^_^ Owh… baru perasan initial King Julian tuh agak sama dengan seseorang. Hehehe…

Untuk hari Ahad nyer lak… haaa… ni yang nak promote habis-habisan nih! XD Bagi penggemar setia Storm Rider aka Pedang Setiawan, rugi giler kalo miss tengok animasi cambest Storm Rider : Clash of Evils. Memang ternganga aaa tengok efek CGI campur animasi 2D/3D. Skill lawan-lawan, jangan cakap arr. Giler best! xD Dan VA/Seiyuu untuk Cloud rupanya Nicholas Tse. Aaaaahhhh!!! *jeritan fangirl* xDDD Manakala Wind pula disuarakan oleh Ritchie Ren (Ke Richie ekk ejaan dia? Lantakla... xP).

[poster untuk negara china punya rasanya]

Bermula dengan prologue kematian Xiong Ba (tak tau ejaan betul ke dak xP) tapi dalam translation English, dia digelar The Conquer haha xD Pastu membawa ke keadaan present di mana Cloud ditemui sekumpulan perompak kekanak jalanan dalam keadaan cedera parah sebab baru pas berlawan dengan Wind (Ni Fung/Feng) yang dah dirasuk darah Kylin. Disebabkan keadaan tuh, Cloud cam hilang ingatan jap, tak ingat past life dia. Wind lak ingat Cloud dah mati, so dia sedih giler, memabukkan diri dan akhirnya tiba kat kawasan pekan yang Cloud berada. Tapi memasing tak tau xD

[wind dan cloud - dua watak yang fate diaorang saling bergantungan ... dan bertentangan]

Anyway, aksi dalam animation nih memang best yang amat. Mata cam terpaku tengok betapa dasatnyer dan terernyer para animators dan semua yang terlibat dalam pembikinannya. Kalah Jepun xP Nanti kalau dah kuar dalam format vcd/dvd (takmo beli cetak rompaknyer haha), nak sambar sebijik wat koleksi ^___^ Bahasa kantonis tapi ada translation Melayu/English so kepada sesape yang takut citer tuh takde sub, jangan bimbang. Ada sub nyer. Dan dijamin gerenti puas hati tengok ^__^ Tapi bagi yang first time nak tau pasal Pedang Setiawan/Storm Rider mungkin susah sket nak catch up sebab tak familiar dengan watak-watak tertentu dan jalan cerita ^_^

[Mong tengah rawat Wind yang cam biasa ... membawa ke kisah cintan antara keduanya xP]

Sib baik dalam banyak-banyak komik hong kong, saya baca pedang setiawan xP, tengok movie dia, tengok drama bersiri dia lagi xD Walaupun tak berapa layan komik hong kong, tapi citer PS/SR nih cam ada magnet untuk teruskan membaca xP Skang adala layan dua tiga komik hong kong yang lain. Pinjam dari Ryu-kun xD Baca kalo terasa nak layan kelakar xD Yelaaa… hikmat diaorang banyak nama yang merepek-repek xP Jangan marah haaa para peminat komik hong kong xD (p/s: sesungguhnya manga lagi best hehehe…)

[Antara aksi pertarungan dan skill cambest Cloud]

Koro : Tendangan tujuh petala langit peringkat 23!!! XDDD


Info lebih lanjut pasal Storm Rider : Clash of Evils

Wiki

Official site

Yahoo! Malaysia Movies

Movie Xclusive

Khamis, November 20, 2008

Prince Charming? xD

First of all ... sorry ekk, Zila! xD Tag mu akan kujawab kendian. Berpinar bijik mata melihat soklan yang panjang ^_^

Dan untuk VK plak, saya akan sambung esok lusa. Hahaha xD Ini kerana saya baru jek terima email nih dari kawan. Menarik gak untuk di-kopi-pes-kan kat sini. Bolehla share bersama sesiapa yang teringin nak baca xD

---------------

SUMBER : RAHSIA KEHIDUPAN

Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu si gadis sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si dia tinggal atau pun siapakah teman rapatnya…

Jadi, yang penting sekarang, cuba selidiki tarikh lahirnya. Tak dapat penuh pun takpe. Setakat tahu haribulan pun dah memadai. Kemudian, bandingkan dengan kenyataan-kenyataan di bawah!

--------------

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula.

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memilih kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat.

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe.

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung.

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan soal kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja... sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temeh. Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring.

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam.

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je… ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranyakamumelayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untukmereka yang bersikap moody.

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang gadis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun ada kala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu bertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja. Apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia.

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu.

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi…

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan.

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy.

-----------------------

Jadik amacam? xD Ada yang tepat tak? Ni rasanya sekadar untuk suka-suka. Takdelah boleh percaya hundred percent hahaha xD

Rabu, November 12, 2008

v a m p y r ~ x D

Huahaha ejaan baru vampire xP Anyway, semalam secara rasminya diriku telah menghabiskan tontonan first season vampire knight. Skang kena memburu VK Guilty lak. Second season untuk anime tuh. Sesambil tuh layan manga dia. Tapi cam biasa, citer-citer melibatkan vampire nih memang memeningkan kepala hotak jap. Dengan salasilah yang saling berkaitan dan sket bercelaru ... pastu watak-watak yang memasing simpan history dan secret tersendiri. Uwahhh! Kalo tak wat research sket di samping mendedahkan diri dengan spoiler, for sure tak faham citer tuh xD

Hari ni ku buat sket research pasal wewatak citer tuh. Yuki Cross heroin utama. Dia ada kes hilang memori masa silam dia. Yang dia ingat, dia kena serang dengan vampire dan Kaname la penyelamat dia, seorang pureblood vampire. Yuki diserahkan lak pada Kaien Cross, seorang ex-vampire hunter, kini pengetua Cross Academy, untuk dijadikan guardian Yuki. Tak lama lepas tuh, Kaien amek sorang lagi budak bawah jagaannya, Zero Kiryuu.

Walaupun Yuki rapat giler ngan Zero, tapi perasaan cintan dia tetap pada Kaname. Dari dulu sampai skang walaupun berlakunya satu peristiwa yang menjarakkan dia dengan Kaname. Masa tuh, first time dia tengok nature vampiric si Kaname. Dia ternampak Kaname tengah sedut darah si Ruka. Tapi dia tak tau Kaname sedut tuh pun sebab dia nak elak daripada sedut darah Yuki xD Ekekeke sedut bunyik cam nyamuk lak xD Hisap laaa lebih kurang... xD Anyway, disebabkan menyaksikan nature Kaname selaku vampire, Yuki rasa cam diaorang berdua jauh berbeza. Walaupun rasa camtuh, Yuki tetap simpan perasaan kat Kaname dalam diam.

Lama-lama, Yuki teringin nak tau pasal masa silam dia. Dia try tanya Kaname. Kaname lak bagi syarat. Kalo nak tau, Yuki kena jadik awek dia xD Dan bermulalah spoiler bagi citer nih. Nak tau, teruskan membaca. Tak nak tau, skipla beberapa ayat lepas nih xD Yuki rupanya seorang pureblood. Kaname awaken Yuki nyer pureblood state dengan menggigit Yuki. Itai... ~ xD

Yuki dapat tau dia merupakan anak kepada Haruka dan Juri Kuran. Dia dan Kaname dikira sebagai adik-beradik walaupun Kaname bukanla abang kandung sebenar. Haruka dan Juri terkorban masa nak selamatkan Yuki daripada diculik Rido Kuran, abang Haruka dan Juri sekali gus merangkap pak cik pada Yuki dan Kaname. Err... penin tak? xD Tambah best bile Shiki tuh anak Rido Kuran sekali gus menjadikan dia sepupu kepada Yuki dan Kaname. Huahahah~ xD Ku sker gak watak Shiki tuh. Slow-mo tapi still machos. Walaupun sedikit freaky sebab sker isap darah Ichijou xD Tapi sweet tengok hubungan dia ngan Rima ^_^

Anyway, bila Zero dapat tau Yuki tuh pureblood, maka termusnahlah ikatan persahabatan diaorang selama nih. Yelaaa... Zero kan anti-vampire sket walaupun dia tuh vampire dah pun xD Namun last-last diaorang bekerjasama gak untuk tewaskan Rido Kuran. Kaname takble nak bunuh Rido sebab Rido tuh master dia. Sama kes cam Zero takble bunuh Shizuka Hiao sebab Shizuka tuh mistress dia. Orang yang bertanggungjawab menjadikan dia vampire. Walaupun camtuh, hubungan Yuki dengan Zero still cam spesel sket walaupun dah jadik musuh. Aiii... penin sungguh keadaan hidup sebagai vampire ekk? xD

Esok wa sambung pasal Zero plak. Skang nak balik umah. Jaa na~!! ^O^

Selasa, November 11, 2008

canteknyerghhh! ^O^

Spend hampir satu hari keje buat editing ... T^T ... itupun edit memende teknikal. Owh~ sungguh tak sker ... TOT ... tapi akhirnya selesai jua setelah berhempas-pulas memerah otak berbantukan beberapa dictionary dan biblios kat web xD Terjumpa gak beberapa site yang menarik O_o Terus tekan Ctrl+D untuk cek balik lain kali kalo ada masa xD


[ Cantek giler!! Tottemo kirei desu~!! ^O^ ]

Owh~ pasal tajuk entry kali nih ... masa tengah browse-browse tuh, terjumpa satu site jepun nih yang penuh dengan wallpaper yang kreatif teramat!

http://sinsoku.livedoor.biz/archives/51210980.html

Pilihla ikut kesukaan xD Saya sendiri pun ada save beberapa wallpaper. Nanti nak ganti setiap minggu. Berselang-seli dengan wallpaper Bleach hehehe... Skang tengah memburu wallpaper VampireKnight. Tapi tak jumpa lagi yang berkenan. Sumer cam gaya Shoujo jer huahaha xD Tersangkut dengan opening track nyanyian On/Off. Catchy gaks xD Sib baik Kuro-chan dah ada donlot siap-siap xD Blela upload masuk pc opis esok. Ngehehehe... xDDD *kuar tanduk*

Oh yer. Buat para pengambil SPM tahun nih... gambatte! xD

Ni ada gambar wa cilok dari blog LetzHop.com =P ... Hak cipta terpelihara! Tapi ku sebagai content manager blog tuh (cewah) ada gakla kuasa sket hehehe... lagipun nak promote blog LetzHop tuh. Huahaha... xD

[ Imej nukilan Ira aka Che'Da ^_^ ]

Link LetzHop ada kat bahagian Ryoka xP

Jumaat, November 07, 2008

sushi desu~! ^O^


Lama giler tak layan sushi. Ngidam lak rasa huhuhu... Nigirisushi... Makisushi... Temakisushi... owh~!! TOT --- Nat telah membangkitkan kengidamanku melalui blog Isshin-Ya yang dipertunjukkan kat saya ... T^T

Seterusnya misi balas dendam dengan tunjuk kat dia site Sushi King. Huahahaha xD Biar sesama terliur! xD Tapi tula... sebagai seorang separa otaku (tak otaku sepenuhnya sebab takde la se-gila itew untuk kumpul sumer manganime dan figura-figura aksi tuh xD) diri ini memang layan habis makanan jepun ^_^ Tapi tak sumer aaa... cam unagi, gua tak makan weih! xD Terbayang kulitnya yang licin dan mungkin ada renjatan letrik. Huahaha...

Teringat zaman-zaman buat onigiri dulu xD Tingin nak buat lagi tapi kali nih up sket buat sushi lak xD Kena beli kepingan nori bebanyak. Owh~ lama gak tak makan seaweed! TOT Bila cakap pasal seaweed nih, teringat kat sup seaweed yang saya order kat satu restoran berkonsepkan thai kat sunway masa bulan pose harituh. Sedap giler! ^O^ Macam makan ramen kat Ichiban Ramen jek xD Sankkyu pada geng-geng Ryu-kun yang ajak kitaorang berbuka puasa sama xD Walaupun tak dapat merasa buffet chicken, makanan thai pun jadiklaaaa xD Mahal sket sekali-sekala asalkan perut kenyang dan puas hati ^__^ Tak ingat lak nama restoran. Kalo tak, blela promote sket - jadi klon Maria Tunku Sabri jap. Hahaha... xD

Anyway, berbalik pada sushi tadi, biasanya saya tak borong banyak. Kira makan ikut bajet la. Walaupun dalam hati, nak je bedal sumer yang depan mata xD Tapi nasib baik sikapku yang extrim kedekut menyelamatkan duit poketku hohoho~ Dulu carrefour ada jual sushi bertoppingkan kepingan naruto (fish cake kaler putih dengan pink swirlies) tapi skang payah giler nak jumpa... T^T ... nak cari ramen ke udon ke yang ada kepingan naruto tuh pun payah. Duishite? Naze? Why??? Apa dah pupus ke kepingan naruto tuh? O_o Sebagai bekas peminat Naruto, gua tensen dengan keadaan sedemikian. Ahaks. Bekas peminat? Ya lorrr... Sejak dah masuk siri Shippuuden, cam tak best lak rasa. Oro-samaaa~ hyuuuu~... TOT

Owh esok kalo berkesempatan, tingin nak buat review citer Nodame Cantabile plak xD Rasanyer tak buat lagi. Samade untuk dorama dia mahupun episod khas xD Gyabonnn~!! ^O^

Khamis, November 06, 2008

Fluffness and Facebookies!

Huahaha... giler gabak butang undian untuk Sakito kat bawah nu haa... xD Malas nak resizenyer pasal =P Anyway, bagi yang tertanya-tanya, fluffpet merupakan salah satu aplikasi feymes dalam facebook. Ada pelbagai menatang yang boleh dijadikan pet, dan tentunya saya memilih kekura! Ho yeah! xD Dan dinamakan sebagai Sakito sempena si Sakito Nightmare tuh. Bangga dak, Saki-kun? x3~

Fluffpet kita leh berlumba ... habitat dia boleh ditambah dekorasi ikut kekreativitian memasing (para owner la) ... dan setiap kali pet kita dibelai atau petted, kita akan dapat munny. Munny nih boleh digunakan untuk beli makanan dia, dekorasi dia... memacam arr! Untuk item edisi khas, kena guna gold. Nak dapatkan gold nih leceh sket sebab guna duit sebenar ... -___- Dalam erti kata lain, bersedialah untuk membuka akaun paypal xD Disebabkan itu, Sakito saya cuma ada item asas je hahaha... xD Malas arr nak bazir duit betul main mende alah nih.

Itu antara aktiviti saya dedolu kat facebook ^__^ Skang? Owh... skang lagi extreme! Semenjak ada pakej Blood games nih, hari-hari bukak setiap satu application, main sampai stamina habis. Err... bukan stamina saya secara real life tapi stamina 'pemain' dalam application tuh xD Tak paham? Haaa... tulah. Tak main, camne nak paham =P

Siap favourite-kan lagi spreadsheet yang ada guide untuk semua Blood apps tuh xD Jadi, sesape yang sangkut giler main Elven Blood / Blood Lust / City of Blood / Skies of Blood === sila-sila la add saya ekk! xD Tambah plak skang nih ada item khas untuk sesapa yang ada geng teramai T___T Cett... Sib baik awal-awal dulu saya dah kumpul banyak giler geng. Huahaha xD Ada dalam 400 orang gitewwww... dasat tak? xD Skang Blood apps nih dah boleh dimainkan kat Myspace. Tapi malas arr nak main kat situ. Myspace tak syiokkk!! Fwenster pun sama xD

Selain giler ngan Blood apps, saya ada gak main PackRat. Aplikasi swap kad antara geng-geng Packratters yang lain untuk lengkapkan koleksi kad memasing. Syiok giler weih. Skang dah ada versi baru and cara main lain sket. Memula tak biasa tapi lelama cam dah okesh dah xD Tapi tensen arr bila kad yang dikehendaki kengkadang tak muncul-muncul ... T^T ... terpaksa tumpukan untuk lengkapkan koleksi lain. Dan seperti application lain, sesape yang sanggup guna real cash, pasti senang untuk dapatkan kad edisi khas xD

Pendek kata, saya kira kaki facebook applications sejati la kot. Huahahah xD Semua saya try main. Mob Wars la... Dungeon and Dragons la... Pirates la... Mouse Hunt la... Fool's Gold la... Metropolis la... huhuhuh... tak terkira banyaknya xD Tapi yang saya bookmark cuma Blood apps, PackRat, City of Evil, D&D, Fluffpet, Metropolis dan Fool's Gold xD Yang lelain main sekali-sekala bila ada mood xD

Jadi marilah beramai-ramai bukak akaun facebook dan kita jumpa di sana! =P

Rabu, November 05, 2008

Vote for Sakito! ^O^

(fluff)Friends - create, share and enjoy a world of fluffy fun!



Click image above to vote! ^O^
Sila klik imej di atas untuk mengundi!



Some info on Sakito ^__^

Gender: It
Location: Kame Kame Cave - Where turtles learn to swim
Looking For: Whatever I can Get
Activities: Reigning as the turtle king
Interests: Teenage Mutant Ninja Turtles
Favorite Foods: [Always updated! xD]

-------------------------
++ 10 fph ++
-------------------------
Grapes // Peanut Butter // Strawberry Milk // Choco Milk // Popscorn // Choco-Mango Delight // Full Cookie // Bitten Cookie // Chocolate Frog(gu) // Ripe Watermelon // Milk Jar // Pink Cupcake // Strawberry // Cheesecake // Two Cherries // Colorful Sundae // Glazed Donut // Pineapple // Cotton Candy // Bacon

Favorite Places: Kame Kame Paradisu - Haven for Turtles
About Me: I'm a slow turtle but I won't give up!

[ *-* SAKITO's HERE? ^3^ *-* ]

Pandy's Race Track :
http://www.facebook.com/group.php?gid=10387530755

Kisse's petting list :
http://www.freewebs.com/specialfriendpettinglist

Night Mare's Ultimate Petting Play Ground :
http://www.facebook.com/topic.php?uid=6620459131&topic=4142

Le Fly's Petting Zoo :
http://www.freewebs.com/lafly/

Sliipiingiin's (fluff) zoo :
http://fluff.sugar-licious.net/
(previously on : 75, 84)
(now on : *awaiting approval*)

Isnin, November 03, 2008

I miss Gaia ... huwarghhh!! TOT

[editing pada avatar hasil sumbangan Miju xD]

Gaia Online ... boo~hoo~ ... T^T


It's been like two full months since I last went in there. Banyak giler item baru dah keluar. Sama ada shop items, cash shop items, free items mahupun event items. Event Halloween bebaru nih pun miss. Sedangkan sejak tahun 2006, tak pernah miss untuk buat sebarang event ... T^T

Owh~ sedih! TOT

Dahla "ZoMG!" telahpun dilancarkan. Tak dapat jadik antara yang terawal untuk main. Boo~hoo... T^T ... Selama nih beriya pasang niat untuk jadik yang terawal tapi bila dah dilancarkan, langsung tak berkesempatan! ZoMG merupakan salah satu event baru Gaia Online dalam usaha mengembangkan empayar ke-gaia-an diaorang xD Daripada menjadi komuniti online berteraskan forum alaf baru, penjanaan simulasi ... kini diaorang ada virtual battle world yang tersendiri! xD Walaupun tak sama dengan online game, tapi lebih kurang arr xD

Dan diriku ketinggalan untuk menikmati semua itew. Owh~!!! T^T

Semuanya sebab masa. Dan juga ketiadaan pc yang boleh support flash player. Pc kat umah, windows XP dah corrupt. Nak baiki rasa malas sebab pc tuh beli masa tahun 2000 camtuh --- pc yang cuma 9 gig jer hard disk! Wahahaha xDDD~ Compare dengan zaman skang, memang jauh berbeza. Sebab tuh la rasa cam malas giler nak baiki. Baik beli baru, ye tak? Tapi nak beli baru perlukan duit! Owh~!!! T^T

Nak main kat opis... giler! xD Hahaha~ lagipun opis blok flash xD Cam tau-tau je para workers nak curi-curi tulang main game flash hehehe... laptop mak plak dah tojan-infested. Tekan download, terus tutup browser secara auto ... -____________-

Makanyer, tak dapat la nak donlot sebarang pembersih trojan. Sungguh biadap itew trojan! Huwarghhh!! Nak reformat --- perlu duit! Owh~!!! TOT

Dan ku ingin sekali bermain Jin Online ... T^T ... siap dah wat akaun masa ACGC kat MidV ari tu. Tapi dengan tamatnyer tujuh hari tempoh percubaan, mesti akaun tuh dah mati. Owh~!! T^T

Kesengsaraan seorang kaki online gamer yang tak mampu bermain sebarang permainan online!

Mujurlah ada ps2 sebagai pengubat hati huhuhu~...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...