Jumaat, Julai 29, 2011

SenBasa Hapdet ::: Akhirnyer dikau muncul jua si Oda! xD

[Si Oda nih boleh revive banyak kali so elakkan daripada rembat peti merah tuh awal-awal xD]

[Hooo... kalau la sakit mata merah nyala camnih, doktor sure kecut perut tengok xD]


Muhahaha! xD

Koro luper nak kongsi berita gembira nih masa masih fresh. Skang dah jadi berita basi tapi takpela. Abaikan kemasaman bau air liur basi sumer tuh dan terima dengan telinga terbuka! Ehh.. patut mata la kan sebab mata guna untuk baca entry nih. Mwaha! xD

Anyway, Koro akhirnya berjaya unlock si Oda Nobunaga dalam Sengoku Basara 3 tuh. Punyala jenuh guna sumer watak, cari mana yang ble unlock si Oda tuh Dx Last-last si Fuuma gak yang machos xDDD~ Koro pun tak tau apsal la si Fuuma lak yang boleh unlock si Oda. Padahal rasanyer storyline dia takde kaitan langsung ngan si Oda (=A=)

Pape hal pun, Koro memang sker guna Fuuma Kotaro tuh especially sebab sker guna skill baling shuriken roda gabak dia tuh xD So Koro guna dia as first player dan main semua emaki mode dia. Normal, Hard ngan Extreme. Cuma masa main Hard mode tuh Koro as second player so tak dapat unlock weapons stage tuh. Lain kali aa guna dia lagi untuk complete-kan weapon set dia xD

So, cam biasa, dalam Extreme mode, Koro pilih path biru. Sampai la dedekat nak akhir tuh, tetiba muncul pilihan nak teruskan dengan path biru seterusnya or lawan si Oichi. Masa tuh under gamba Oichi tuh, simbol path tuh tukar ngan simbol umah kaler merah. Cam menarik gak tuh. Lagipun, Koro ada baca kat tenet yang memang kena pilih Oichi untuk activate cutscene Tenkai serang hendap Oichi.

Jadi Koro pilihla Oichi nyer path tuh. Pastu map dia terbalik daripada map Oichi yang biasa kita jelajah. Boss stage tuh memang la Oichi tapi pas Oichi dah kena serang dalam cutscene tuh, kita kena lawan Tenkai lak. Pastu ada lagi cutscene melibatkan Tenkai dan Oda lak. Pastu kena lawan lagi si Oda kat Honnouji tuh xD

Bila dah unlock. Mak aihhhh... cam gempak jek dianyer kemunculan hahaha xD Saje la test guna Oda as first player. Mak aihhhh... peta terus tukar kaler merah hitam. Giler ahhh xD Pastu path lak takde pepilih nyer. Ada satu path jek kena ikut sampai ke akhir.

Tapi best aaaa... semua chara dah unlock! (^O^) Skang tinggal nak level up sumer ke level 100 di samping penuhkan weapon slots. Koro lum wat lagi Hard mode untuk semua chara kecuali Fuuma xD Koro terus skip main Normal mode ngan Extreme Mode. Mwaha! xDDD~

Ahhhh~ bahagianya main game Sengoku Basara nih x3~

Aummm~!! Tora datang lagi~!! xD

[Pahhhh~!! Gua cilok dari blogmu weihhh.. hahaha semangat kongsi tora damashii xP]

Malam ni for sure blog penuh ngan orang-orang mengomen pasal kekalahan Malaysia di tangan Singapura. Koro no komen tapi cukupla sekadar berkata Koro bangga dengan team Malaysia yang tak bersandarkan pemain import mahu pun sandiwara semasa atau si lembut sekali pun. Auwwww~ xD

Anyway, syabas sebab berusaha sampai ke tahap ni. Boleh pertingkatkan lagi. Peluang masih ada selagi sukan bola sepak nih wujud xDDD~

Gambaruuuuu~!! (^O^)

Rabu, Julai 20, 2011

Things to do... Dx

Habiskan menonton koleksi dvd anime, j-dorama dan tv-serial boxes xD

Arghhh!!! Punyalah banyak tak terkira! xD Koro main beli jek tanpa schedule mana satu nak tengok dulu =P Yang pastinya, tiap kali beli Kamen Rider, mesti tengok yang tuh dulu sampai habis. Wakakaka... cuma KR Ryuuki jela liat sket nak tengok. Mana taknyer... siri KR Ryuuki tuh jela paling bosan untuk Koro. Err... kalau tak dibandingkan dengan Hibiki dan Kuuga la mwaha! xD Agito Koro lum layan lagi. Tinggal nak rembat Agito ngan OOO jela skang nih. Tobata tobata parapata xDDD~

Anywayz, Koro skang dalam mode nak menghabiskan lagi berapa kerat jek eppy BoF Korea tuh. Dah sampai part si Jan-Di tuh kena lepak tinggal umah Jin-Hoo ke sape tah nama mamat tuh xD Koro tak berapa dapat tangkap nenama Korea kekekeke... maklumla... bukan korean drama fan sangat xD~

Pas dah habis BoF tuh, mungkin nak sambung layan Gintama. Ke patut tengok D-Grayman dulu ekk? Dx Tak pun skip dedua tuh and layan Hakouki dulu? Arghhh... manyaknyer pilihan cambest! xDDD~ Kalau rajin, Koro sekali-sekala layan K-On yang Koro rembat dari si SakiStrife hehehe... Nanti nak rembat SketDance lak. Adussss... tambah lagi koleksi mesti tonton. Wakakaka xDDD~

Gundam 00 pun lum habis layan. Aduilaaa xDDD~ Padahal dah beli season one, season two, siap ngan movie lagik. Tuh pun ada hati nak rembat Code Geass one and two ahahaha... xD Somebody help mehhh! xD Skang lak Koro kemaruk layan Imagin Anime kat Youtube =P Koro rasa ada 48 eppy kalau tak silap. Sker series pendek tuh sebab ada Momotaros xD

Oh yer... kat Animax dah disiarkan 07-Ghost. Blela layan balik semula. Dah hengat-hengat lupa citer tuh. Yang pastinyer Koro sker watak Frau ngan Mikage =D Tapi sampai skang tak jejumpa lagi season two citer tuh. Takkan tergantung jek ending dia? Dx Frau nak bawak si Teito gi mana? Uhuhuhu... mok tengok sambungan diaaaa!!! Dx

Pastu kalau Animax terasa nak siarkan Pandora Hearts, Koro pun alu-alukan dengan besar hatinyer. Koro nak layan balik fangirl squeal tiap kali tengok si Break xDDD~ Xerxes Break! I lap yuuuuu~!! x3

Untuk tuh... sila la layan kecomelan si Break xDDD~

[Part one]


[Part two]


[Part three]


[Part four]


[Part five]


[Part six]


[Tribute! xD --- best giler mmv orang nih wat untuk si Break!]

Isnin, Julai 11, 2011

Entry Edisi Kamen Rider ~ Cho-Den O Trilogy



[KR Zeronos Zero Form / KR New Den-O Strike Form / KR Diend]

Sebenarnya nama movie tuh panjang tapi nak letak sebagai header cam tak muat xD Okeh, nih antara installment movie-movie melibatkan Kamen Rider Den-O. Tajuk sebenar movie nih "Kamen Raidā × Kamen Raidā × Kamen Raidā Za Mūbī: Chō Den'ō Torirojī". Yaaaa... jangan betulkan skrin monitor anda sebab sememangnya kamen rider tuh kena sebut tiga kali xD Trilogi la katakan. Mwaha!

Cho Den-O Trilogy nih adalah salah satu "bahagian" dalam series movie Cho-Den-O. Bahagian lain antaranya The Onigashima Warship (special appearance: Decade) dan Let's Go Kamen Riders (special appearance: OOO dan kamen rider lelain).

Den-O pun ada versi filem gaks.

I'm Born ---> Pasal Ryoutarou hilang ingatan and Momotaros terpaksa possess Ryoutarou masa muda (err... kekanak xDDD) untuk jadi mini Den-O xD Diaorang kembali ke zaman Edo untuk lawan Gaoh and the geng. Masa nih watak Ryoutarou besar masih dipegang Takeru Seto.

Climax Deka ---> Ambil plot selepas siri Den-O berakhir di mana Ryoutarou ngan Momonoji-tachi setup Denliner Police. Pastu ada watak si polis ni yang kalau korang sedar, dia la jadi Kuuga dalam Kamen Rider Decade =D Watak Ryoutarou masih dipegang Takeru Seto.

Saraba/Final Countdown ---> Ryoutarou kena possess jadi jahat! (TAT) Masa nih diperkenalkan Kamen Rider Yuuki Skull Form dan Hijack Form. Dan eppy di mana Koutarou (New Den-O) dan Teddy diperkenalkan pada Momonoji-tachi oleh Owner.

Okeh berbalik pada fokus entry kali nih, Cho Den-O Trilogy nih terdiri lak daripada 3 plot yang memasing ditandakan dengan warna traffic light kat jepun. Episode Red, Episode Blue dan Episode Yellow. And dalam semua siri Cho Den-O (termasuk Onigashima ngan Let's Go tuh), watak Ryoutarou bukan lagi dipegang oleh Takeru Seto. Kali nih Takuya Mizoguchi yang pegang watak tuh sebagai Ryoutarou yang badannya kembali ke zaman remaja memuda sket. Windunyer kat Takeru Seto (TAT) tapi takperla. Takuya tuh cam ble tahan gak lakonan dia.

Meh kita kupaskan secara ringkas setiap episode dalam Cho Den-O Trilogy! (^O^)

Episode RED. Fokus eppy nih lebih kepada Sakurai Yuuto dan hubungannya yang kompleks dengan Nogami Airi (kakak Ryoutarou). Ye laaa... Yuuto tuh tunang Airi. Tapi masalahnya Airi bertunang ngan Yuuto yang dewasa. Bukan Yuuto yang sebaya dengan adik dia xD So, Yuuto cam berusaha untuk sambungkan perasaan Airi tuh kat "Yuuto" tak kirala Yuuto muda ke Yuuto dewasa ke... tapi susah sebab Airi dah anggap Yuuto muda dan Yuuto dewasa dua orang berlainan.

Lagipun Airi memang cintakan Yuuto dewasa sorang tuh jek. Deneb pun sedey tengok Yuuto cam dalam dilema camtuh (TAT) Sampai ke akhir, kita masih tak jelas perasaan Airi terhadap Yuuto muda. Sebab Yuuto dewasa dah tak wujud dah pun disebabkan kehadiran Yuuto muda tuh. Tapi Ryoutarou cam yakin suatu hari nanti, Airi pasti akan terbuka hati dia untuk Yuuto muda. Uhuhuhu... jiwang... jiwang...

Episode BLUE. Fokus eppy nih pada hubungan unik Koutarou dan Teddy. Koutarou ditakdirkan mempunyai nasib yang malang giler macam datuk dia xDDD~ Tapi dia bernasib baik sebab ada Teddy yang selalu melindungi dia daripada bahaya. Sehinggalah suatu hari, Owner membuat pengumuman mengejutkan. Kontrak Teddy dengan Koutarou dimansuhkan! Teddy kini milik Owner! Dan nama Teddy bukan lagi Teddy mahupun Tendon tetapi... Alexanderovich! xP

Masa tula Koutarou mula sedar, dia terlalu bergantung pada Teddy yang selalu melindunginya daripada bahaya. Sejak Teddy dah jadi milik Owner, dia asyik bernasib malang jek xD Mulanyer Koutarou frust gak tapi last-last dia sedar, dia kena bergantung pada diri sendiri gak. Masa dah hampir nyenyawa ikan lawan Imagin Mantis, Teddy tetiba muncul kata seperti mana Teddy penting untuk Koutarou, Koutarou pun penting untuk Teddy. Wahhhh... persahabatan yang mengharukan xDDD

Diaorang berjuang bersama dan dapat kalahkan Imagin Mantis tuh. Tapi Teddy dah langgar kontrak dia ngan Owner sebab pergi berjuang bersama Koutarou. So dia mula fade away from existence. Sebelum bertukar jadi pasir selamanya, dia sempat serahkan tangkal untuk elakkan nasib buruk kat Koutarou. Huhuhuhu.... sedey scene tuh. Koutarou nangis sambil sempat kutuk si Teddy tuh baka sebab yang tangkal dia bagi tuh love charm xDDD~ Huuuu... adakah Teddy dah pergi untuk selamanya? Kenala tengok untuk tau xP

Episode YELLOW. Fokus pasal Diend. Hurmmm... apsal Yellow lak ekk? Diend kan biru? (O_o) Owhhh... mungkin yellow tuh merujuk pada warna emas treasures kot xD Diend kan pemburu/pencuri harta karun xD Pape hal pun dalam eppy nih mengisahkan Diend mencuri pass Denliner Ryoutarou untuk hijack DenLiner supaya dapat kembali ke satu masa nih yang cam penting giler untuk dia "re-do kesalahan" yang dia terbuat masa tuh.

Dalam eppy nih gak diperkenalkan watak G Den-O, polis masa. Bila henshin, keta polis kat kepala terbelah dua untuk jadi mata xDDD~ Defense G Den-O kuat gaks and dianyer attack cam kerek jek xD Perfect Weapon. Ecehcehhh xDDD Owh... tak lupa gak, kita dapat saksikan Diend nyer complete form. Kalau korang dah tengok cane *cough* buruksnyerghhh *cough* Decade nyer, bersediala dengan baldi di sisi bila tengok Diend punyer. Adusss... (TAT)

Oraits. Dah habis review pasal siri nih. Kalau rajin Koro letak gambar yang Koro google wakakaka... xDDD~



Khamis, Julai 07, 2011

Superpoke Pets ::: Pandataros! xD

Koro dah lama tak main mende alah nih xD Dulu jadi pemain tegar masa apps nih ada kat fesbuk. Skang apps nih dah stand alone tapi masih ada connection sesket ngan fesbuk. Koro ada dua SPP nih. Satu kekura nama Korotaros. Baru level 5 xD Satu lagi panda nama Pandataros. Baru masuk level 8 jap tadi xD Dedua tuh Koro dapat sebab sign up guna email berlainan. Hehehe...

Punyala lama main (2 tahun) tapi level baru ciput. Wakakaka... xD Anywayz, kalau nak ikutkan segi kejayaannya, Pandataros lebih cam gempak sket la xD Tak caya? Meh tengok screenshot kat bawah nih haaa...


[Pandataros dikelilingi koleksi panda plushies nyerrrr xP]

Lawa dak? Lawa dak? Mwaha! xD Tuh hasil klik-klik SPP orang lain selama 2 tahun tuh. Giler ahhh xD Kalo nak jenguk profile SPP Koro, sila la klik sini ---> http://pandataros.superpokepets.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...