Rabu, April 04, 2007

NEWSFLASH!!

Cubaan rogol dalam bas
[Source taken from Harian Metro]


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab

KAJANG: Bermodalkan sebuah bas kilang yang dicuri serta sebungkus serbuk kari ikan, seorang penjenayah berbahaya melarikan dua gadis yang juga penuntut tahun satu Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam cubaannya untuk merogol mereka.

Dalam kejadian awal pagi semalam, penjenayah terbabit terlebih dulu melarikan sebuah bas kilang di Shah Alam, sebelum memperdaya mangsa, masing-masing berusia 20 tahun, kononnya boleh menghantar mereka pulang ke kolej kediaman di Bangi.Bagaimanapun, kedua-duanya dikurung dalam bas itu sebelum dilarikan penjenayah yang turut mengugut mahu menjadikan mereka sebagai pelacur.

Kes itu hampir menyamai kejadian membabitkan seorang jurutera komputer, Nor Suzaily Mukhtar, yang diculik seorang pemandu bas pada 2000 sebelum dirogol dan dibunuh berhampiran tapak projek perumahan di Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd Nizam, berkata dalam kejadian itu, penjenayah melarikan bas berkenaan di Shah Alam yang hanya disedari pemiliknya pada jam 9 pagi.Menurutnya, penjenayah terbabit memasuki kampus UKM denga bas curi tanpa disedari pengawal keselamatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan.“Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, kedua-dua siswi terbabit berada di perhentian bas dalam kawasan kampus kerana menunggu bas untuk pulang ke kolej penginapan.

“Tiba-tiba sebuah bas berhenti sebelum seorang pelajar lelaki dilihat turun,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.Menyangkakan bas berkenaan turut digunakan penuntut UKM, tanpa berfikir panjang kedua-dua siswi itu terus menaikinya yang ketika itu tidak membawa penumpang lain.

“Pemandu bas bagaimanapun memandu keluar dari kawasan UKM menyebabkan mangsa terpinga-pinga sebelum meminta penjelasan.“Penjenayah terbabit memberi alasan kononnya dia pemandu baru dan tidak tahu jalan yang patut dilalui, selain bas itu adalah bas gantian kerana bas UKM rosak,” katanya.

Alasan itu mengundang firasat buruk kepada mangsa, namun mereka gagal berbuat apa-apa kerana pintu bas berkenaan ditutup rapat.“Mangsa dilarikan hampir dua kilometer sebelum berhenti berhampiran sebuah stesen minyak. Keadaan bas terbabit yang mempunyai langsir, selain cerminnya agak gelap menyebabkan mangsa sukar dilihat dari luar.

“Sebaik memberhentikan bas, penjenayah terbabit mengeluarkan pisau pendek mengugut kedua-dua mangsa supaya tidak melawan, malah dia juga menggugut menyembur serbuk kari jika mereka cuba melawan,” katanya.Rosli berkata, penjenayah terbabit memaksa kedua-dua mangsa ke belakang bas sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.Penjenayah yang berseorangan itu kemudian menggunakan pakaian mangsa untuk mengikat kedua-dua tangan dan kaki mereka.

Mangsa menggigil ketakutan dan tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi selepas penjenayah itu mendakwa beberapa rakannya akan tiba bila-bila masa.Difahamkan, pada masa sama, penjenayah turut merampas komputer riba, dua telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.Dia kemudian kembali memandu bas menuju Plaza Tol Bangi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari plaza tol berkenaan.

“Dia turun dari bas dengan membawa telefon bimbit dan cuba menghubungi seseorang, manakala bas itu dikunci dari luar bagi mengelakkan mangsa melarikan diri,” kata Rosli.Ketika penjenayah sibuk membuat panggilan, mangsa yang berjaya membuka ikatan berdiri di atas kerusi bas sambil melambai tangan kepada pengguna lebuh raya bagi menarik perhatian.

“Seorang pengguna lebuh raya yang ternampak mangsa dalam keadaan cemas di dalam bas menghubungi Balai Polis Bangi, memaklumkan kejadian.“Sejurus menerima maklumat, dua anggota polis bermotosikal bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat sebuah bas diletakkan di bahu jalan,” katanya.Menurutnya, penjenayah yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.Penjenayah lari hampir 100 meter sebelum melompat masuk ke sebuah kolam najis.

Tindakan nekad itu menyebabkan kedua-dua anggota terbabit polis terjun ke dalam kolam itu sebelum bergelut dengan penjenayah itu.“Selepas beberapa minit, anggota polis berkenaan menahan penjenayah terbabit dalam kolam najis sedalam paras pinggang itu,” katanya.Rosli berkata, penjenayah berusia 40 tahun terbabit dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, manakala mangsa yang terkejut dengan kejadian itu dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

“Siasatan terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah, termasuk satu berhubung kes liwat di Putra Height, dekat sini, dua tahun lalu selain dikehendaki beberapa balai polis.“Dia juga dipercayai pernah bekerja sebagai pemandu bas, tapi diberhentikan berikutan masalah disiplin,” katanya.Menurutnya, polis bercadang memberi saguhati kepada pemberi maklumat itu kerana tindakan pantasnya menghalang cubaan merogol kedua-dua siswi terbabit.

“Sikap prihatinnya yang segera menghubungi polis sejurus melihat kejadian mencurigakan berjaya menghalang niat jahat penjenayah terbabit.“Bagaimanapun, saya kesal kerana pihak keselamatan UKM boleh membenarkan bas itu masuk ke kampus begitu mudah tanpa membuat pemeriksaan,” katanya.

Uwaaahhh!! Girls nowadays are not safe!! High gratitude goes out to the dude or dudette that saw the victims. You saved their life, dignity and womanhood. So heroic!! Muacks~!! x3

4 rantbacks:

Lil Tiger berkata...

Serbuk kari pedas meh?
HAHA

Lil Tiger berkata...

Thx for thise news. Thx alot to those rakyat prihatin.

LAst few yrs, my senior [in primary skul] was stabbed by a group of filipinos. He died bcosh no one helped him. He walked around with knife sticking in his heart. Stupid sabahans too afraid to masuk campur so he died.. juz like dat.

Those filipinos dipercayai penagih dadah, they want money so they decided to mengugut him. Dat time he onli got RM7 in his wallet. They dun beliv him.. so they stabbed him instead.. & ran away.

=(

Tish is a true story~

k o r o m y s t berkata...

Waaa.... he managed to walk around with da knife like dat? O_o

Like some horror flick.
But poor him!! >_<

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

ohohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...