Rabu, Ogos 15, 2007

Sankkyu~!!

fanart chibi cloud and sephiroth wearing yukata x3
Tak sangka korang ada singgah gak kat sini isk isk terharu nih! *sapu hingus* Nanti saya cuba singgah kat korang punya pulak. Lama tak baca pasal korang nih. Mungkin nanti saya tulis gak komen kat entry-entry yang dah pun masuk archive hahaha xD

Peace out yo!

Isnin, Ogos 13, 2007

On hiatus...

I'm a proud member of this guild in Gaia Online! xD
Aaa... memang dah lama tak post apa-apa kat blog. Takde idea dan takde masa. Uhuhuhu... makin busy. Makin mencabar kerjaya ku ini. Dah bukan content writer dah ni. Ni cam nak masuk-masuk jadi exec sales marketing nih T_________________T

Bebaru nih kena buat grant proposal. Ternganga jap. Amende tuh? Uhuhuhu... saya tak sker arr mende-mende marketing nih. Iskkk... bila selidik punya selidik, senior exec sales marketing lak nak resign sorang. Patutla uhuhuhu... kalau tak, ni dah tentu keje dia. Dia yang patut handle. Sedihnyer. Tak kisah nak multi task tapi ni multi task luar bidang nih. First time dengar term-term dalam marketing. Tak sker tak sker tak sker huhuhu...

Anyway, entry nih nak bagitau, saya probably on hiatus untuk beberapa hari, mungkin bulan. Sebenarnya dah lama start hehehe cuma tak sempat bagitau jer xD Kalau saya ada masa, saya singgah.

Oh yer... Liverpool menang! xD

Jumaat, Ogos 03, 2007

Ice lemon tea takderk...


Heee... memang lama giler tak update! Gomen nasai! m(_ _)m

Untuk entry kali ni, nak paparkan satu adegan realiti yang terjadi bebaru ni kat saya. Masa tu saya pergi Alamanda Putrajaya dengan adik-adik. 29 Julai kalau tak silap. Pergi pun sebab nak beli hadiah birthday otouto-chan. Langsung terlupa birthday dia 28 Julai!!! Patutla dia balik bercuti weekend hehehehe...

Anywayz, nak dijadikan cerita, kitaorang singgah makan kat food court. Saya pun pergilah kaunter nak beli air. Kuro-chan pesan ice lemon tea cam biasa. Minuman favourite dia. Maka terjadilah dialog seperti di bawah :

Koro : Emm... oren satu, ice lemon tea dua!

Kaunter : Aaa... ice lemon tea takderk hari ni. Sorry ekk. Ah! Tapi teh o ais limau ada!

Koro : (dalam hati) Apa beza teh o ais limau dengan ice lemon tea? O_o Bahasa?!

Koro : Uhhh... bolehlaaa. Kasi dua ekk...

Kaunter : Wokeh! Yang tadi tu oren jus ke fresh oren?

Koro : Aaa... oren biasa jelah.

Koro : (dalam hati) Ice lemon tea... kalau translate ke BM memang jadi teh o ais limau kan? o_O

Kaunter : Okeh semua skali 5 ringgit!

Koro : Huh? Ohhh.. okeh.

Last-last baru dapat tau. Diaorang punyer teh o ais limau tu adalah teh o ais yang dicampurkan lemon. Manakala ice lemon tea tu adalah ice lemon tea Nestle mahupun Lipton yang biasanya dijumpai dalam tin, botol mahupun 3 in 1. Hey, apa daaaaaaaaaaa..... T________T

So sekarang kena pulak specify. Nak ice lemon tea ka? Atau nak teh o ais limau ka? Kerana kedua-duanya ditakrifkan sebagai minuman yang berbeza... O__________________O

Tapi bukan ker teh o ais limau guna buah limau? T_______________T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...