Isnin, Disember 18, 2006

cak-cak-cak

Walalala~ xD Nampaknyer percubaan untuk menyelitkan lagu dalam blog berhasil dengan jayanya! Itupun nasib baik ada lagu tu hosting kat radio-blog. Tapi still tengah cari cara lain untuk uploadkan player yang mana lelagunya adalah pilihan sendiri. Dah dapat dah site tuh. Masalahnya nak ejas saiz player tu dengan column blog nih yang kecik teramat haha xD So, buat sementara waktu nih, kena berpuas hati dengan player kecik sumbangan radio-blog ^_^

Hari tu tinjau-tinjau J-Bleach dan dapat link ke promo movie terbaru Bleach. Cam menarik jer sebab Zaraki-sama dan Byakuya serta Renji-kun ada xD Memories of Nobody tajuknya. Tak sabar nak sambar xD Dahla dah lama tak tengok Bleach uhuhu... baca manga jer kat net ^_^ Tu pun belum sampai lagi part Arrancar tuh ke apatah nama puak tuh.

Minggu lepas sempat tengok Cicakman. Hmm memang kagum aa teknik CGI especially masa wat keadaan bandar Metrofulus tu. Overall, citer tuh okay. Karektor Aznil spoil sket sebab banyak sangat "haha-haha" nya... T^T ... Suka tengok Adlin Aman Ramli dan AC Mizal sebagai Ginger brothers. Spin off daripada The Matrix xD

Jalaluddin Hassan sebagai presiden Metrofulus memang tepat xD Comel tengok dia kena 'cabul' dengan Cicakman hahaha xD Yang si Fasha tu ehh... watak dia cam tak best. Tak tau motif apa dia perlu muncul. Mungkin sebagai penyumbang all access card tu? Ohh masa part tuh kelakar xD Nama Fasha dalam citer tu Tania Ashraf. Dia setiausaha Dr. Klon [Aznil] so diberi pas all access.

Kebetulan, Hairi [apek] dan Danny [Yusry] tengah cari jalan nak masuk opis Dr. Klon untuk menyiasat apa rancangan Dr. Klon sebenarnya. Hairi terlanggar dengan Tania kat stesen LRT dan amek kesempatan tu untuk mencilok card Tania. Bila sampai kat tempat pengesahan, Tania terpaksa ditahan sebab takde access card. Hairi kat belakang lak selamba derk lalukan access Tania kat komputer.

Pastu bila kedengaran suara komputer kata, "Tania Ashraf. All Access.", si Hairi sengaja batuk-batuk dengan kuat sambil berkata, "Tahniah! Tahniah ke atas saya sendiri kerana sampai opis!" ke camne tah dialognya tapi memang kelakarlah xD Nak cover nama Tania dengan tahniah xDDD

7 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam...

ohooho, menarik gak cerita cicak man tu...

aznil mmg kadang2 over sket...

ahahhahah

macammamna nak ke radio blog tu? saya nak masukkan lagu lee hom ada tak? pastu mana nak dapatkan translation lagu cina ke english tau melayu.. nak masuk satu entri dalam blog saya...

thanks!

Ina / Adnan berkata...

emmmm... yg aznil tu kan.. hari tu melody tanya kenapa dia nampak over dlm filem cicak man.

" saya kenalah gila2 sikit.. ketawa macam tu.. tgk cam citer batman.. kan joker dia gila2.. ketawa camtu"kata aznil.

Camne tuh?????

hahaha.. no komen.

Tanpa Nama berkata...

bes ke cicak man tuh nani..nk ajk dia tgk tp kan takut cm bosan lak..huhuhu..ape y bes eh lam cite nih..dia nye lakonan or teknik2 cgi tuh...

k o r o m y s t berkata...

++++++++
~Puteh~
++++++++
Link radio-blog ada kat bahagian Soul Society hehe...
Rasanya Leehom ada sebab dia artis glamer.
Lyric dan translation kena search secara manual ekekeke...

+++++++++
~K.Kekwa~
+++++++++
Oooo dia tiru Joker ke?
Gaya dia sket cam Riddler jer xD
[Riddler lakonan Jim Carrey]

+++++++
~adiha~
+++++++
Nak kata bosan, tak surelah.
Tapi tengok dengan hati terbukalah sebab ni cerita first arahan Yusry di samping guna teknik CGI.
Kira cam kalah sikit Aziz M.Osman eheh...
Tapi memang nampak kagum aa especially part Adlin tu kena sedut masuk kipas yang ligat berputar.
Whoaaaa~!! O_O

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam,

lupa nak tanya, semalam dalam tren si adania tanya apa projek koromyst minggu ni? kan ada projek yg dah lama dirancang?

ahahahahha

saya kata tak tahu.. ohohooh, tapi br perasan mungkin inilah projek spesel yang dirancang.. ahahhaha cicak man the dating.... uhuhuhuhuhuh

k o r o m y s t berkata...

Ohh bukan xD

Sebenarnya sebelum tengok cicakman, pergi sekolah sri sedaya dulu rancangannya.

Tinjau-tinjau Comic Fiesta 2006.
Ada cosplay semua tuh.
Saje nak tengok ^_^

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

cosplay?

ahahhahah

awak pakai baju apa?

uhuhuhu

p(^_^)q

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...