Jumaat, November 03, 2006
Raika~!! xD... // Ueki no Housoku
Huhuh... akhirnyer tamat gak tengok Law of Ueki [Ueki no Housoku]. Itu pun ada gak tengok sket kat cenel Animax tuh xD Memula tak bape paham ending tapi setelah diberi explanation oleh Ryu-kun, baru paham naper Ueki masih ada zai dia [zai = talent / kebolehan]. Ueki sama cam Luffy [watak utama One Piece]. Semangat berkobar-kobar demi persahabatan, bangang sket dan suka bertindak melulu tapi hati baik giler. Seiyuu Ueki : Paku Romi. Seiyuu yang paling glamer di jepun! xD
Lagi satu, diaorang ada ayat fave memasing. Ueki dengan "ore wa zutto ni make-nai desu!" ...ke camne tah dia cakap... tak ingat sangat ekeke... tapi kira cam dia kata dia akan tewaskan pihak lawan, takkan kalah dan seterusnya mencari kemenangan untuk 'segi' dia sama seperti Koba-sen. Segi tuh maksudnyer justice la. Luffy lak sker cakap, "ore wa kaizoku-dan ni naru!". Translationnyer : I wanna be the king of the pirates! xD [ekeke... informal english nyer translation... nyehh... xP]
Koba-sen [sebenarnya Kobayashi-sensei tapi sumer orang ada nickname kan untuk memudahkan panggilan? xD] ni kira calon dewa/calon untuk the next kami-sama atau secara formalnyer, back-up deity yang mencari seseorang yang berfikiran demi keadilan. Oh yer... Kami-sama tuh actually bermaksud "god" so bila tengok anime nih, elakkan perasaan prejudis dan skeptikal. Ni cuma fantasi pencipta manganime nih. Anyway, sejak Koba-sen selamatkan Ueki daripada terjatuh dari bumbung sekolah, Ueki berazam untuk pertahankan keadilan sama seperti idolanya, Koba-sen. Tak kira apa saje yang berlaku. Seiyuu Koba-sen : Katsuji Mori.
Koba-sen tak berminat sangat jadi kami-sama. Dia lebih tertarik tengok keadilan yang akan dipertahankan Ueki. So dia kurniakan Ueki satu kebolehan. Tapi Ueki tak caya segala kekata ngarut dia so cabar jela Koba-sen untuk bagi dia kebolehan tukar sampah kepada pokok. Koba-sen pun bagila pastu Ueki pun testla power baru dia. Barula dia caya cecakap Koba-sen. Pastu bila Koba-sen tanya power apa dia nak, Ueki balas dengan selamba kebolehan ni pun dah cukup. Koba-sen ternganga jap sebab biasanyer kalo orang nak power, mestila nak power dedahsyat kan, cam tukar air jadi api ke, tanah jadi cannon ball ke... tapi Ueki pilih sampah kepada pokok.
Anyway, watak utama seterusnya adalah Mori Ai, rakan sekelas Ueki yang anggap Ueki tu alien sebab dia pernah ternampak Ueki gunakan kebolehan dia [Seiyuu Mori : Tomoko Kawakami]. Tapi akhirnya setelah diberi penerangan oleh Koba-sen, Mori memutuskan untuk menjaga zai [kebolehan] Ueki yang lelain. Ini kerana bila Ueki menyerang non-ability holder [kira cam manusia biasa], satu zai dia akan hilang. Bila sumer zai dah hilang, Ueki pun hilang skali. Tapi kalau Ueki menyerang ability holder yang lain, dia punyer zai akan bertambah satu. Meh kita terangkan guna ayat matematik xD
Ueki :: attack :: Non-ability holder ==== - 1 zai
Ueki :: attack :: Ability holder ======= + 1 zai
Pastu Koba-sen pun terangkan la yang selain dia, ramai lagi backup deity dah pilih calon ability holder diaorang memasing. Sumer tuh sebab kalo ability holder tuh dapat tumpaskan sumer ability holder yang lain, dia akan dapat Kebolehan Kekosongan [blank talent] manakala backup deity dia dapat jadi kami-sama. Kebolehan kekosongan ni contohnyer cam, si A sker makan tapi tak nak gemuk. So kalau A kekonon dapat kebolehan kekosongan and dia mintak kebolehan makan banyak tanpa jadi gemuk, maka sebanyak mana pun dia makan, dia takkan jadi gemuk. Paham tak? xD Bayangkanler apa akan terjadi kalau blank talent tuh jatuh ke tangan orang berniat jahat. Itula perkara utama yang Koba-sen nak elak. Sebab tuh dia nak cari calon yang sanggup pertahankan keadilan walaupun sampai terpaksa mengorbankan nyawa ... dan Ueki Kousuke la orang tuh!! xD
Anyway, sejak bermulanya pertarungan, Ueki menghadapi pelbagai cabaran daripada ability holders yang lain. Memasing ada ability yang unik. Kita juga diperkenalkan dengan Sano Seiichirou, calon pilihan Inumaru, junior Koba-sen. Seiyuu Sano : Hoshi Soichirou - seiyuu glamer kat nippon nuu haa... xD Inumaru sama cam Koba-sen [cuma Inumaru lagi comel la ekekeke...]. Calon pilihan dia, Sano, seseorang yang sanggup pertahankan keadilan gak ^_^ Kebolehan Sano : tukarkan tuala kepada besi. Limit conditioner, untuk mengekalkan keadaan besi tuh, Sano kena tahan nafas. Ueki pun ada limit conditioner. Dia kena guna sampah untuk hasilkan pokok. Takde sampah, tak boleh la wat pokok.
Best aa citer nih. Siap ada terselit tema hijaukan bumi lagi tuh xD Unsur recycle pun ada. Tapi tema utama semestinyer tentang keadilan. Dan saya memang yakin. Takkan ada orang yang akan pergi sejauh Ueki untuk pertahankan keadilan yang dia believe in... ^________^
P/s : Klik tajuk entry nih untuk pergi ke salah satu fansite on Law of Ueki nih xD
Lelain seiyuu glamer yang amek bahagian :
Hideyoshi = Yamaguchi Kappei
Inumaru = Ishida Akira
Rihou = Koyasu Takehito
Bonus!!
Klik untuk download lelagu opening Law of Ueki ^___^
Klikla untuk dapatkan stok lagu anda xD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 rantbacks:
Catat Ulasan