Rabu, November 01, 2006

Tetel pauwaaa...!!

Hmm... pelik sungguh. Biasanyer bila balik Nilai, saya akan bawak skali tetel-tetel tu [Key, Num, Del]. Bawak dalam bekas aiskrim jer sebab malas nak bawak bekas tetel yang gabak tuh xD Tapi bila kat Nilai, tetel-tetel tu selalu nak panjat keluar dari bekas tu O_o Berjaya lak tuh. So, tetiap pagi sepanjang seminggu raya tu, operasi menjejak tetel sentiasa terpaksa dilakukan xD

Nasib baik diaorang jenis tak keluar dari bilik T__T Cuma sekadar merayau dalam bilik tidur. Heran sebab bila kat Bangi, tetel-tetel tu tak nak pulak keluar dari bekas tu. Apsal ek bila kat Nilai, diaorang terasa cam nak merdeka sikit? Mungkin ke sebab bilik nampak lebih luas and menarik untuk dijelajah? xD

Kengkadang terpaksa menyusup bawah katil untuk amek diaorang. Masa dah jumpa, badan diaorang dah kering ahahaha xD Kengkadang diaorang masuk tong sampah. Iskkk... O_O Tu pun sebab saya guna tong sampah jenis yang kena tekan guna kaki untuk bukak. Kebetulan, tong sampah saya tuh jenis berbentuk Kappa atau dalam bahasa Malaysianyer, sejenis makhluk air lagenda jepun ekekeke Kat kaki Kappa tu ada lubang so rasanyer Del menyusup masuk ikut situla.

Del dan Key yang paling kerap keluar dari bekas. Num lebih selesa berada dalam air sejak dulu lagi so dia memang tak keluar langsung ^_^ Tapi Key memang manja sket. Bila letak dia atas tangan, dia cepat je tidur O_o Selesa kot dengan 'tangan matahari' saya ahahaha xD Tangan saya memang panas xP

2 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

hahahhahah..

main nyorok2 ke num ngan del tu?

nasib badan koromyst kecik.. kalo besar mau tersekat bawah katil...

umah kat Nilai besar kot? atau num & del teruja pindah umah baru?

oh, apa khabar anak kucing koromyst?.. lama tak ada berita dalam blog ni?

(^_^)q

k o r o m y s t berkata...

Hehe pasal Zero?
Dia skang bawah jagaan Ryu-kun xP

Buat masa skang, tak dapat nak jaga dia sendiri sebab sebok sket.
Jaga kucing kena lebih teliti berbanding kekura >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...