Isnin, November 27, 2006

Memory lane

Ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, rajin berlari ke kedai beli mainan dalam telur tu ^_^ Konsep yang sama macam mainan figura mini jepun tapi untuk barat punya, diaorang guna Mickey Mouse and the gang. Biasanya saya kumpul Donald Duck sebab tak minat Mickey. Tapi tu dulula. Sekarang mainan yang pernah dikumpul tu entah ke mana. Tercicir kot masa sibuk-sibuk packing barang untuk balik ke Malaysia. Dahla banyak ahahaha xD

Pastu kalau nak pergi sekolah, kena lintas jalan besar. Bahaya sikit untuk kanak-kanak. Tapi orang British memang fikirkan keselamatan kanak-kanak. Akan ada seorang lelaki tak kisahlah tua ke muda ke yang akan bertindak sebagai 'lolipop man' hehe... Lolipop sebab dia pegang Stop sign. Kan macam pegang lolipop besar tu kan? ^_^ Dia biasanya akan pergi ke tengah jalan sambil pegang sign tu and then gesa bebudak lalu cepat sementara kereta-kereta berhenti memberi laluan. Orang British memang mengutamakan pejalan kaki. Tak macam kat Malaysia... hmmm...

Sempat sekolah sampai tahap junior jer [7 tahun]. Start pulak dari tahap Infant. Tak sempat masuk tahap Nursery sebab terlebih umur haha xD Gaya pembelajaran diaorang tak formal macam kat Malaysia. Lebih kepada eksperimentasi. Ke sekolah tu jer buat gaya belajar camtu kot? Eheh... Anyway, eksperimentasi maksud saya cam kalau kita nak belajar pasal bayang-bayang, kita akan dibawa meronda pekan Birmingham untuk kaji kepelbagaian bayang yang ada. Giler ahhh!! xD Tu yang seronok belajar tu sebab kita cam tak belajar tapi sebenarnya belajar O_O

Field trip pun banyak. Yang paling best masa gi lawat farm. Busuk giler ahahaha tapi seronokla tetengok binatang kat ladang orang British. Cuma masa gi kandang babi tu, saya dan Ryu-kun tengok dari jauh jela. Mujur mak abah memasing sempat beri pesanan, papehal pun, jangan gi dekat menatang bernama pigs xP Pernah juga buat lawatan ke Stamford. Ingat nama tempat jer tapi tak ingat lak buat apa kat situ. Eheh... Pastu gi lagi. Dengan mak abah pulak ^_^

Sekolah tu ada gimnasium gak. Perghhh... gym untuk bebudak. Terer tuuuu!! Cuma takdelah alatan canggih untuk workout. Cukupla sekadar beberapa barangan untuk gymnast, tali untuk memanjat dan mende-mende khas untuk aktiviti ala militari tapi sesuai untuk bebudak. Saya paling suka panjat tali tu. Bila dah sampai atas, boleh nampak semua kat bawah. Tapi tali tu memang tinggi. Ryu-kun gayat xP

Kitaorang pun ada take part in several stage dramas. Pernah jadi bunga xD Takde dialog and sekadar menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan. Kelakar tul xD Tapi bebudakla katakan. Dah ada atas pentas pun dah cukup excited walaupun watak tak penting langsung and sekadar penghias pentas xD Tapi sekali lagi abah mak bagi warning. Untuk pementasan waktu dedekat Christmas, jangan masuk. Tak paham apsal dulu tapi dah besar nih barula paham ^_^ Sebab pementasan tu biasanya dan selalunya akan berkisarkan tentang bagaiman Jesus lahir semua tu. Ohhhh...

And then ada gak prom night!! Giler ahhh... kekecik dah ada prom. Bezanya, cikgu dan mak bapak pun ada sekali xD Tapi mak abah saya tak pergi. Ryu-kun punya pun. Ingat lagi ada sorang budak laki ajak nari ehehehe... tapi Ryu-kun mencelah tak lama lepas tu. Jeles la kot xP Tapi tak nari pun. Sekadar tengok dia yang nari xD Malas arrr... Lagipun lagi berminat pergi lawat booth and main mainan kat setiap booth. Prom night ada booth? Ahahaha... kan untuk kekanak. Takkan nak sama sebijik macam yang high schoolers punya.

Hmm hmm... memang best. Ada banyak lagi tapi yang tu saya sambung lain kali jelah ek.

Sekian dulu buat masa ni ^_^

3 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam

seronok dengar pengalaman koromyst...

cerita lah lagi... saya tak pernah ke negara orang...

p(^_^)q

k o r o m y s t berkata...

kalo rajin nanti saya sambung xP

Tanpa Nama berkata...

besnya dpt dok sana..selama ni dok berangan jek..

suka baca xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...