Ahad, Mac 25, 2007

Wohahaha!! I made it!

Aritu dengan semangat berkobar-kobar, untuk kali pertamanya, buku medical kompeni telah diisi dengan jayanyer kat klinik panel. Haha! Terpaksa sebenarnya xP Kena buat medical checkup. Baru aritu tau selain Az-Zahrah, ada lagi hospital pakar kat Bangi rupanyer O_O

Anyway. lepas med check tu. gi KLCC tengok wayang! Ahaks... ada ke patut xP Terpaksa amek yang pukul 3.30 nya sebab Ryu-kun kena gi solat Jumaat. Mana leh ponteng ^_^ Memula nak tengok 300 tapi tiket kul 4.30. Lewat sangat. Last last beli tiket tengok Mr Bean.

Sementara menanti masuknya Zohor, rayau jap kat KLCC tuh. Tak ramai orang pagi tu. Sempat singgah Isetan beli lagi Hidamari no Tami tapi versi edisi khas Hello Kitty ^_^ Walaupun teringin gak nak burung yang boleh berkicau kalau kena cahaya tuh. Lain kalila xD

Bila dah agak-agak nak Zohor, Ryu-kun tinggalkan saya kat Kinokuniya xP Heaven giler baca buku free kat situ xD Niat nak cari buku Dan Brown yang takde lagi dalam koleksi tapi tersangkut lak baca The Prestige yang dah dibuat movie lakonan Hugh Jackman ngan Christian Bale. Tak tengok pun lagi movie tuh tapi ikut buku tuh, The Prestige tuh cam persengketaan antara dua illusionist terkenal yang saling dengki dan PHD tuh diturunkan ke generasi terkini yang terpaksa warisi PHD tuh tanpa rela. Agaknyerla. Haha xD

Dah habis solat Jumaat, Ryu-kun datang balik. Sempat beli buku Dan Brown, Digital Fortress ngan Dan Burstein, Secrets of the Code [satu buku yang mengulas tentang rahsia-rahsia dan controversial myths yang dibangkitkan oleh Dan Brown dalam buku Da Vinci Code nya... uwaaa!! MASYUUUUKKK!!! xD]

Sebelum gi wayang, singgah Isetan lagi. Kali ni bahagian Supermarket. Uwaaahhh!! O_o Memang heaven bagi sesiapa nak carik barangan Jepun, Korea ngan Taiwan!! Senang giler nak carik beras jepun [beli], kepingan nori/seaweed [beli gak], unagi [tak beli!! wek! wek! belut!], ngan macam-macam lagi! Sambar crabsticks satu peket ngan tuna gak untuk buat onigiri balik nanti hihihi... Terlupa nak beli rice vinegar T^T tapi takperla... onigiri bakal jadik tawar haha... takper... tula fungsi kicap kot hahaha xD

Anywayz, dengan bebarang sarat kat tangan, pergi masuk wayang! Ahaks... kelakar tul. Tapi Mr Bean lagi kelakar ^_^ Best giler lagu soundtrack citer Mr Bean tuh. Tak tau group mana nyanyi tapi mende tuh boleh jer dicari, ye tak? ^_^

Balik umah, solat sumer tuh, prepare untuk buat onigiri! xD Beras jepun tuh cam leceh sket nak masak T^T Kalau ikut arahan kat belakang peket, kena basuh sampai hilang kaler air beras dia, pastu rendam dalam 30 minit ke 1 jam. Air kena pepandai kontrol. Kalau sket sangat, nasik jadi keras. Susah nak kepal. Kalau banyak sangat, nasik jadi lembik giler. Nanti cam bubur onigiri lak T_T Beras jepun banyak kanji so bila nak kepal, terasa cam main gam lak O_o

japanese rice! RM 7.30 for 1kg... ooo expensive! T^T
close up of da rice... short grain and waaaayyy different from Malaysian rice O_o
100 slices of nori!! Seaweed addict heaven x3~
Sambil lekatkan kepingan nori, sambil makan haha xD Memang sker seaweed xP Tambah lak beli yang seratus keping punya. Lagila masyukkk melantak xP Anywayz, percubaan buat onigiri menjadi!! Yang slack sketnyer... tawar nak mampus! Ahaha xD Sebab tuh makan ngan kicap dan kengkadang dengan kepingan nori lagi xP Siap sempat wat susunan ala ala bekas bento haha xD

wat? doraemon? O_o
uwaaahhh!! It's a Doraemon bento box like thingy!! xP
My own home made onigiri! On a flowery background. With a... hmm... sushi??? O_o
Shifted the plate of onigiri [and sushi haha] to a more darkened area to see the onigiris [don't forget the sushi! xP] more clearly. Uwaaahhh!! Mission accomplished!! ^O^

Khamis, Mac 22, 2007

The Making of Onigiri

Mende ni diperolehi dari Phoenix, seorang forumer kat forum cari.com.my. Dia terangkan cecara nak wat onigiri. Wahaha~!! Untuk minggu nih, cam terobses ngan onigiri lak xD

Onigiri

Satu lagi masakan Jepun kegemaran saya... Onigiri! Onigiri juga dikenali sbg Omusubi atau Nigiri-Meshi. Variasi original adalah dlm bentuk bulat, empat segi bujur (oblong) dan bujur (oval) dan dikepal dgn umeboshi (jeruk buah plum jepun) di tengah-tengah onigiri. Skrg ada berbagai bentuk Onigiri... dibungkus dgn nori (jari tak melekat...he he he), bonito flakes dgn shoyu (kicap jepun), takuan (jeruk lobak putih yg berwarna kuning), dll. Onigiri senang dibawa dan popular sbg makanan utk berkelah atau aktiviti luar rumah... hmm kalau dimakan bersama teh... lagi best!

Onigiri

Boiled rice*
Salt
Umeboshi (soft pickled plum)
Nori (dried laver) or tororo konbu (konbu shavings)

Method:
1. When the rice has finished cooking, add the salt and mix lightly.
2. Wet your hands with water. Put 1/2 cup boiled rice on your hand and form into a ball.
3. Make a dent in the center and put umeboshi. Close the rice over it. Form into a triangle or cylinder.
4. Wrap with nori or sprinkle tororo konbu.

* Lagi cepat dan senang kalau ada acuan Onigiri... Cuba cari di Isetan...

Ittadakimasu!!


Sumber untuk artikel nih : Klik laa! xD

Selamat mencuba! Gambatte nyaaa~! xD

Rabu, Mac 21, 2007

onigiri dessho~!!

First off, saya kena tag! So pekata kita mulakan entry dengan mempamerkan desktop pc kat opis? ^_^


ahaha... guna Paint jer buat wallpaper ni xD Ta-daa!! Jadi harap Oro-san berpuas ati haha xD

Nape tajuk entry onigiri? Sebabnyer saya teringat satu scene ni dalam Furuba. Masa tu Tohru tengah citer kat Kyo. Dulu masa bebudak, dia join satu permainan ni nama Fruits Basket.

Permainan ni bermula dengan menamakan diri setiap pemain dengan buah. Tapi bila sampai part Tohru, dia diberi gelaran Onigiri. Onigiri ni nasi kepal. Bukan buah. Tapi Tohru tak kisah sebab bagi dia, onigiri memang sedap.

Last last bila permainan dah berlangsung, baru Tohru sedar, sejak tadi, onigiri langsung tak dipanggil. Baru dia sedar, yang dia sebenarnya takdela seikhlas mana pun diajak bermain. Dia duduk sengsorang jer kat kerusi cam orang bodo memerhatikan kengkawan yang lain berseronok. Sebab dia bukan buah. Dia onigiri.

Tersentuh jap part tuh. Scene tuh menunjukkan sikap manusia yang sker menyisihkan mereka yang berlainan. Kira cam prejudis. Cam racist. Sikap tuh masih ada pada manusia zaman millenia nih ... T^T ... sebab tuh perang berleluasa cam takde tetanda nak berhenti.

Anyway, berbalik kat kes onigiri tu, ada gak Tohru citer satu lagi citer kat Kyo. Citernya lebih kurang camnila. Dalam satu pekan nih, wujud satu komuniti onigiri. Memasing cemburu ngan dengki antara satu sama lain. Onigiri nih jeles onigiri lagi satu terer masak ke hape ke. Camtula.

Tohru kata, tu sumer sebab onigiri-onigiri tu tak nampak pickled plum [lebih kurang cam inti onigiri tula] kat belakang diri sendiri. Cuma nampak pickled plum orang lain. Kiranyer, secara kiasan, maksudnya, kita nampak kelebihan orang lain dan akan rasa jeles atas kelebihan tuh sedangkan diri kiter sendiri ada kelebihan spesel, cuma kita tak nampak sebab 'pickled plum' kiter terletak kat belakang kiter.

Dalam erti kata lain, kiter patut bersyukur ngan keadaan diri sendiri and hormati kelebihan orang lain. Tak perlu jeles-jeles. Tak perlu minta lebih. Hidup kena saling menolong sebab tuh setiap orang diberi kelebihan yang berbeza. Uwaaahhh... bes kan citer onigiri Tohru? ^_^

Tohru citer kat Kyo tuh sebab dia nampak Kyo jeles kat Yuki sebab Yuki diterima kuarga Sohma sedangkan dia cam outcast. Kyo nak sangat diterima sebagai ahli kuarga Sohma. Yuki lak jeles kat Kyo sebab Kyo pandai bergaul dengan mereka yang bukan kuarga Sohma. Yuki nak sangat diterima sebagai kawan dan bukannya sebagai pujaan.

Walaupun saya tak berapa suka shoujo tapi Furuba memang shoujo yang lain daripada lain. Hmm hmm... ^_^

Camne nak wat onigiri ekk? Kepal kepalkan nasik camtuh je ker? ^_^

Onigiri the movie!! xD Sila rujuk smilies cbox untuk barisan para pelakon hahah xD



Onigiri versi Zoro xD Spoiler sket bagi mereka yang tak dan belum lagi baca One Piece volume 39 xP



Ohh!! Dah jumpa! Cecara nak buat onigiri versi kalau duduk kat USA haha xD



Hmmm... seaweed senang nak cari [selalu makan haha xD] and then beras... ble guna beras biasa ke? O_o ... and then mende alah flakes tuh.. hmmm... terasa nak wat onigiri coklat filling lak xD

Isnin, Mac 19, 2007

more sketchies~

Okies... terlebih dahulu, gomen nasai yer sebab tak update blog dari Jumaat lepas haha xD nak update tapi bahagian create post cam bengong sket. Taip punyerlah banyak tak hingat. Last-last yang terpapar cuma tajuk jer T____T Hampes giler... Sebab bengang nyer pasal, terus tekan delete post haha xD


Ohh Bleach kat tv3 tadi baru sampai part Orihime dapat tahu power dia apa. Paling sker Tsubaki antara klip klip yang lain xP Tengok Tsubaki, teringat Kurogane dalam Tsubasa Reservoir Chronicles tuh ^_^ Panas baran yang hampir sebijik! xD


Oh yer... Oro-san, pasal tag desktop tuh, nanti saya amek 'prntscrn' desktop kat pc opis jelah ekk. Kat rumah nyer takde Paint. Eheh... Photoshop pun takder haha xD


Tadi Ryu-kun call kata Liv seri 0-0. Cesss... Gerrard cuma 3 points jer. Markah rendahla nanti dalam Fantasy Football. Iskkk... T^T Apa? Nape saya tak tengok match tuh? Sebab main ps2 la haha xD Radiata Stories. Masih dalam tahap leveling si Jack Russell sambil bagi dia belajar sumer skill orang-orang yang dia berjaya recruit setakat nih xP Levelling kat Dorse Region, tempat para goblin hijo. Bukan toyol yer, mahupun jembalang yang Badang minum muntah dia xP


Heihachi-sama ada promote game God Hand. Minggu lepas carik kat Bintang Hyper [dulu Warta] tapi to no avail ... T^T ... Yang jumpa God of War jer. Heihachi-sama kata God Hand tuh game tumbuk tumbuk ala anime. Lawak tapi boleh addicted. Hmm... ye ker? Tu yang nak test tengok tuh! malangnyer tak de lagi kat Bangi T^T


Minggu depan jangan luper tengok Music Station kat Animax, Jumaat, kul 7 malam yer... AKHIRNYER!!! Gackt bakal keluar kat saluran tv Malaysia hahaha xDDD Pah epi giler. Dia memang obses ngan Gackt so bila minggu nih nyer Animax announce GACKT akan muncul kat minggu depannyer MS, Pah cam nak berjoget lambak jer xD


Rasanyer pihak kedai muzik seluruh Malaysia patut tengok arr rancangan tuh. Biar terbukak hati sket nak jual lelagu Jepun. Anywayz, tabik kepada mereka yang dah jual. Malangnyer, kedai besar cam Tower Records TAK JUAL CD GACKT PUN!! Padahal dia memang feymes kat Nippon tuh. Sian tengok Pah dok kecewa setiap kali singgah TR dengan penuh harapan. Jangan kata Gackt, Orange Range, Asian KungFu Generation, Nightmare, Psycho Le Cemu, Kagrra, Alice Nine... sumer takde!! Laruku plak album lelama jer ada. HAMPES!! Rasanyer lagu DJ Ozma pun takkan dapat dijumpai kat Malaysia huhuhu...


Tapi nak wat camne kan? Mungkin tak dijual sebab takut rugi. Takut takde sape nak beli. SESUNGGUHNYER peminat mereka sebenarnyer ramai. Tak caya, skodengla kat net nih tentang fansite fansite yang dibangunkan anak tempatan. Hohoho...


Okeesh... sekarang ke main event! Ade lak kan? Intro punyerlah panjang, baru la ni nak masuk isi entry yang sebenarnyer haha xD Ini dia... ta-daaa!! Sketch yang kedua xD

this scene took place at the church where Aerith gathers her flowers from Okeesh... entry weekend yang cukup panjang kalik nih xP Jaa naa! Nak gi main Gaiaonline pulak xD

Khamis, Mac 15, 2007

Omedetou~! ^O^

Tahniah!! xD

Mungkin saya giler...

Mengucapkan tahniah kepada diri sendiri haha xD

Tapi memandangkan dah secure... perlu ker saya still berusaha apply untuk keje gomen? O_o

Ohhh... entry yang pendek. Makin sibuk sejak akhir-akhir ni. Tapi still sempat curi masa belah malam untuk main ps2. Iskkk... sanggup tuuu!! xD

Tahniah gak buat Ryu-kun! Gaji dia makin besar huhuhu... jeles T^T

Rabu, Mac 14, 2007

WinE-11

Ni dari WinE9 - England vs Italy - sumber : IGN
Tadi gi carik game ps2. Niat nak carik game God Hand. Tapi jumpa God of War T_T Sumer kedai pun tetap terjumpa God of War. Haizzz... ~_~

Tapi tengah-tengah selak, kat bahagian game baru ada Winning Eleven 11. Bila Ryu-kun tanya apa yang berbeza antara WinE-11 ngan WinE sebelumnyer, si pekedai jawab grafik lebih lawa and pemain lebih up to date. Haha jawapan standard xP

Tapi saya tetap sambar sebijik.

Cuma bila sampai rumah, saya tetiba terfikir nak sebut Winning Eleven 11 secara verbal. Tersasul sket lidah bila sebut "...winning eleven eleven..." xD Ohh... rasanyer masa Ryu-kun tolong mintakkan, dia cuma tunjuk cover game tuh kat si pekedai xD Takde sebut winning eleven eleven kot hahaha xD Agaknyer dia pun rasa pelik nak sebut winning eleven eleven xP

Tapi otouto kata ProEvo lagi best daripada WinE. Ye ker? Sama jer tengok. Cuma ProEvo versi english T__T Papehal pun, saya masih merangkak dan terkial-kial nak main Fifa level amateur. Ini kan pulak nak main WinE ngan ProEvo xD Arghhh!! Saya bukan ditakdirkan untuk game bola! xD Tapi gatal nak main gak tuh. Haha!

Cuma ternganga jelah tengok skil main otouto. Camne dia leh tekel pihak lawan tanpa terjatuh or kena kad? T^T Jeles giler! Pastu dia siap wat skil dribbling, lob pass, lorongan tengah, through ball... warghh!! Sumer sempurna tak hingat!! Jeles giler lagi... iskkk... Siap selamba bawak keeper redah naik O_O Giler hape!

Anywayz, selamat main WinE 11 kepada mereka yang dah beli ^_^

Selasa, Mac 13, 2007

naze? ~_~

First off, sankkyu all for your comments!


Trimas ekk kerana sudi memberi sepatah dua kata tentang artwork saya yang masih perlu banyak improvement haha tapi malangnyer, saya malas nak improve haha sebab saya bukannyer pelukis sepenuh masa haha tapi berangan jer lebih nak saingi idola tempatan saya cam Xanseviera, Zint ngan Eisu xD err... haha lagi! xP


Speaking of Xan, bebaru nih jumpa majalah Crest kat Suncomic tapi isu ketiga nyer so tak belilah. Iskkk tapi cam menarik jer sebab cam majalah doujin sket. Takperlah. Lain kali la kalo rajin, saya skodeng sket kat owner Suncomic tuh tanya ada dak Crest isu satu xD Atau dalam erti kata sebenarnyer, mintak tolong Ryu-kun skodengkan haha xD Cam mana dia tolong skodengkan figure action Cloud dulu tuh xP Sankkyu ekk Ryu-kun ^_^


Hari ni dapat berjumpa ngan Zero. Ada gambar dia dalam post sebelum nih. Lama dah. Gambar masa dia masih kitten. Skang dah besau O_O Bila dah besau, dia makin ensem O_o Masa dia kecik, dia cam kucing biasa jer. Tak sangka bila dah besar, bulu dia cam majestic sket. Coklat creamy yang lawa tak hingat O_O Uhhh... kagum kagum... Itula beza kucing jalanan ngan kucing peliharaan sendiri ahahah xD


ni dia masa kitten stage.. cewah x D Gambar masa dah besar amek ngan hp tadi tapi tak sempat lak nak masukkan dalam pc. Nanti-nanti arr ekk? Lagipun dapat tangkap muka dia jer T__T Dia cam tak nak posing untuk kamera ahahah Nanti bila amek gambar dia satu badan, baru saya upload kat sini.

Anywayz, tajuk post nih takdela kaitan sangat ngan Zero hihihi... Tapi berkaitan ngan kekura T^T Memana kedai pet yang saya masuk, balik-balik sediakan barangan kucing, anjing ngan hamster. Uhhh... kekura cuma makanan jer yang dijual T^T Kalau gi kedai jual ikan, ada gak jual kekura. Malangnyer, barangan kekura cam sket yang amat! Uhhh... nape takde kedai khas untuk kekura??? Ni yang rasa cam nak bukak satu nih T____T

Kalau gi kedai pet kat MidV tuh, barangan kekura cuma bekas plastik tempat tinggal kekura and makanan kekura serta kekura itself jer dijual. Sedih giler... T___T Kalau nak cantikkan tempat tinggal diaorang, kena pepandai kreatif sendiri sambil membeli perhiasan untuk ikan T____T IKAN!! Bukan kekura. Sedih giler lagi...

Sebagai seorang pemelihara kekura... saya protes! Cewah xP Tapi yelaaa... mungkin sebab tak ramai sker bela kekura T___T [Masih tak paham motif kedai pet kat MidV jual katak and ketam sebagai pet O_o Like seriously... katak?! Daripada beli, baik tangkap sendiri... uhhh...]. Tapi pemilik kekura inginkan keadilan untuk kekura mereka! Bekalan terhad nih akan mengancam nyawa kekura! Haha poyo... xP

Haizzz... nak wat camne, ye dak? Tak ramai yang sker bela haiwan eksotik. Ni yang cam nak pikir dua tiga kali kalau nak angkut balik sekor iguana T___T Sah sah memang takde kedai yang jual barangan iguana. Ehh... pelihara iguana kena ada lesen dak? O_o

Ahad, Mac 11, 2007

Sketchy~

Well waddya know... xP

Memula konon kata nak upload sketch jer letak kat blog. Sekali ter-inking skali haha xD Takperla. Janji buat seperti yang dijanjikan ye dak? Takdela lawa pung xD Tapi niat nak hantar gak ke Kreko. Tak kira! Haha xD

Okeesh... seperti yang dijanjikan sebelum ini... ta-daaa!!



Peminat Cloud jangan marah haaa...
Siap rujuk buku FFVIIAC the making yang saya beli arituh xP Sumernyer untuk pastikan kostum diaorang sebijik. Susah gak nak dapatkan rupa bentuk serigala kat baju Cloud tuh (T__T) Kengkadang jadik cam musang kebulur ditebuk cincin haha xD banyak kali padam lukis tuh.

Rambut Cloud nampak keras xP Ahhh... lantak! Bukan lukis untuk menang pape hadiah ^_^ Cuma untuk sesuka hati dan [bakal] hantar ke Kreko haha xD

Secara overall nyer, saya sker rambut dia dalam panel 1 and muka dia dalam panel 2 dan 3. Yang lelain cam cacat xDDD Tapi at least tuh buktikan yang saya lukis sendiri. Tak tekap hahaha xD

Cloud versi SD [super deformed] tuh hair stylo dia versi FFVII. Personally, dia nampak lagi kewl dengan stylo rambut dalam FFVIIAC ^_^ Tabik kepada team animation dan 3D modelling untuk FFVIIAC watak Cloud. Memang susah nak buat setiap helaian rambut dia nampak real. Especially masa part lelawan. Tabik! Tabik!

Anywayz, malam tadi sempat tengok Raja Lawak. Takdelah best mana pun rancangan nih tapi mungkin tertarik sebab tengok Zizan ngan Johan. Dua tu jelah daya penarik. Malangnyer, bukan salah sorang daripada diaorang yang menang. Sebaliknyer Yus. Takperlah. Dia okayla gak. Susah gak kalo antara Johan ngan Zizan menang sebab dedua tuh memang lawak tak hingat xD

Jumaat, Mac 09, 2007

Devil~Devil

Mende ni dapat dari email yang Danny forward. Menarik gak untuk menginsafkan diri uhuhu..



Jenis setan..

Baca baik baik dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai Peringatan Kita setiap Hari di mana syaitan-syaitan kurang ajar ini mengganggu kehidupan harian yang mungkin selama ini kita tak sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. Pastu dah sengkek, gi mintak kat ah long.. iskkk..

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'. Tepuk dada, tanya selera..

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab malam dan tempat yang a da minuman keras.. err walaupun alkohol tuh cecair hehe..)

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. Hmm.. Sensasi?

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut. Haha.. Sensasi lagi nih xP

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH..)

Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi. Sampai simbah menyimbah asid, ye dak?

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. Kita kena yakin! Syoh! Syoh! Pergi kau, was-was!

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Adik beradik penyembah Amon Ra la nih masa zaman Pharaoh-Pharaoh kat Egypt dulu. (Bukan paruh burung yer.. iskkk.. T^T)

Dan yang akhir-akhir in yang paling teruk!

(SCROLL DI BAWAH)..









10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang , Singapore , Beijing dan lain-lain tempat.

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival Jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak-agak la sikit, jangan sampai berlebih-lebihan pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka-mereka yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu solat, masih menyonggol depan TV.. kepala keluar tanduk, tak sedar.. jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.. Haa.. tapi tak tau.. banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dapat penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.. hmmm..

Khamis, Mac 08, 2007

sonic ish dead???

Sajer takde keje haha.. mende nih menarik yang amat. Sonic si landak huhuhu...



For More Funny Flash Click Here!

Rabu, Mac 07, 2007

Way kewl stuff xD

Dapat mende alah nih masa bebosan surf net ahaha xD Menarik tul ^_^ Tapi rasanyer Bill Gates marah dak? Eheh...



Ada banyak lagi mende menarik kat Funnyjunk. Pepandaila korang surf sendiri ekk ^_____^

Untuk tengok versi besar, terusla klik sini! xD

bengong

Pernah tak dipanggil menyertai meeting yang satu hapah pun tak paham pangkal cerita? Uhuhuhu... baru semalam jer berlaku.

Hari tu seperti biasa, rutin harian yang sama. Datang kerja, buat kerja, rehat, solat, sambung kerja dan akhirnya balik. Tapi semalam lain sket. Biasanya kalau ada meeting, akan di-notify-kan [ohhh mencampurkan bahasa!!] oleh si pengerusi tapi nih langsung takde pemberitahuan. Alih-alih jer sumer dah lesap O_o

Takde email, takde pop up mesej, takde mesej ym. TAKDE!! So dengan sker ati, ingat aritu bebas meeting [semenjak dua menjak nih makin banyak huhu...] tapi tetiba tepon berdering. Ohhh!! Ku disuruh naik ke level 3 kerana ada meeting berlangsung!

Cesss... dahler bila dah masuk, meeting dah lama start. Dengan terpinga-pinga, duduk mengambil tempat dan cuba sedaya upaya paham kemendelaaa yang diaorang tengah bincang. Cuma dapat tangkap sket jer. Iskkk...

Dahler tetiba salah sorang tanya, dah dapat ke? Muka konpius makin terserlah. Dapat apa? Iskkk... tanpa menanya lebih lanjut sama ada saya faham ke tak apa dia cakap, dia kata nanti saya bagi template esok. Haaa??? Template apa pulak nih???

Tak sempat lak nak tanya sebab meeting adjourn. Dah pukul 6.30!! Uhhh... niat nak balik kul nam tepat sebab nak singgah Mines main Time Crisis 4 tertangguh xP [Cess... niat nak main tuh xPPP]

Anyway, kira dasat arr masuk meeting tuh and buat-buat muka cam paham padahal dalam ati cam bengong nak mampus xD

Selasa, Mac 06, 2007

Hmm...

Bebaru ni tengok Music Station kat Animax. Dulu selalu tengok Music Station kat Youtube jer haha... tapi sankkyu yer, Animax! Akhirnyer dapat gak tengok kat tv. Sempena 'kedatangan' MS ke Animax, diaorang siarkan konsert tahunan ke apatah tahun 2006 nyer. Rasa cam konsert sempena Christmas gak.

Best arr gak. Dapat tengok YamaP wat tarian Daite Senorita lagi xD Daite daite daite senoritaaa... tsuyoku tsuyoku tsuyoku hanasanaideee... bes bes! ^o^ Sker sangat lagu tema Kurosagi tuh ^_^ Pastu ada persembahan Tokio. Lagu Sorafune, tema untuk My Boss My Hero. Walaupun sampai skang tak bape dapat time sore macho Tomoya jadik camtuh masa nyanyi Sorafune haha xD

Pastu Orange Range ngan Kinki Kids pun ada! Domouto Koichi siap kuar dua kali ke pentas sebab nyanyi lagu single dia skali ^_^ Rasanyer lagu tema untuk anime. Tak ingat citer apa.

Anywayz, dalam syok syok konsert MS tuh, ada yang kontroversi. DJ OZMA lerr puncanyer. Lagu dia best tak hingat! Malangnyer, persembahan dia berunsur hentai sket T^T Mana taknyer, siap bukak bukak suar lagi huhuhu... tapi dengar citer, konsert dia jauh lebih dasat. Konsert yang ada badut tuh. Pernah tertengok uhuhu... memang dasat... Tapi lagu dia best T^T

Isnin, Mac 05, 2007

Kadaaaaaaaaaaaaaajjjj-kuuuuunnnnn!! Pyoon~

Hari Sabtu bebaru ni pergi Suncomic. Dedua cawangan lak tuh. Tingkat 2 ngan tingkat 3 kat Sg Wang Plaza tuh xD Memang manganime haven larr. Selalu singgah situ setiap kali gi Sg Wang or Plaza Imbi or Timesquare. Tapi tak selalu gi KL pun haha xD

Anywayz, niat sebenarnyer nak beli stok manga yang terlepas isunyer. Cam Yaiba, DetCo, Ideju, blablabla... banyak giler!! xP Sesambil tuh jamu mata tengok merchandise anime ngan vcd/dvd anime.

Akhirnyer mata tersangkut tengok satu buku gabak yang cambest giler!! Cover Sephiroth tuuu!! Terus sambar and tengok harga. RM50. Still dalam budget!! Biasanyer buku-buku illustrasi camtuh mahal nak mampus. Tapi buku Seph ni lain. Buku nih pasal FFVIIAC the making ^_^ Ada info pasal perjalanan camne FFVIIAC dibuat, pemilihan seiyuu, watak-watak utama FFVIIAC... uwaaaa best!! xD

Tangkap leleh jap dengan seiyuu Kadaj. Ensem giler!! O____O Stylo cam gaya-gaya Gackt sket haha... Pah jeles saya beli buku tuh. Dia peminat nombor 1 Cloud haha xD Tapi saya kurangkan sket jeles dia ngan belikan dia hadiah birthday awal sebulan xP Bagi dia lighter encrypted dengan gambar Cloud. Dia sker! xP Walaupun tak merokok and lighter tuh tak boleh hidup [haha hampes xD], dia tetap sker!

Jumaat, Mac 02, 2007

Mood ring!

Fun stuff I just fished out from the net xP

"A mood ring is a novelty ring which changes color in response to body temperature, using a thermochromic liquid crystal. The mood ring is a form of biofeedback and supposedly indicates the temperament of the wearer, indicated by the ring's color."- Wiki

And here is my result O_o :

Your Mood Ring is Yellow

Imaginative
Wondering
Thoughts
Peaceful

ikkaku madarame~!! pyooonnn~!! x3

''Bankai... Ryuumon Hoozukimaru!!'' - Ikkaku Madarame

Dulu masa awal-awal Bleach, pernah carik wallpaper. Kumpul bebanyak. Siap burn dalam cd. Malangnyer, tak hingat letak kat mana huhuhu... terpaksa kumpul balik xP Tapi lain kalila. Skang busy hehe...

Hoozukimaru

Dalam bebanyak wallpaper tuh, ada gambar Ulqiorra ngan Grimmjaw. Cam menarik jer ruper. Masa tu tak tau lagi diaorang sape. Skang dah tau. Diaorang Arrancar ^_^ Pastu ada gambar si Ikkaku. Tapi lain macam sket dianyer Zanpaku-to.

Ikkaku Madarame

Masa tuh ingat tuh Shikai dia. Tapi bila first time Ikkaku muncul dalam manga, Shikai dia yang cam lembing ala nunchaku tuh. So cam pelik la. Tunggu punyer tunggu... Rupanyer gambar wallpaper tuh amek daripada babak dia lawan satu Arrancar nih.

SPOILER-SPOILER-SPOILER-SPOILER

Wohahahaha!! xD Saya memang minat Squad 11 especially si Zaraki Kenpachi ^_^ Hmm hmm... so secara tak langsung, saya pun sker Ikkaku. Pulak tuh, dia pun sama cam Renji! Ada Bankai!! xDDDDD Best giler!! Walaupun Bankai dia tak selawa Tensa Zangetsu, tapi kire okayla untuk Ikkakunyer style ^________^

Yumichika Ayasegawa

Calon kapten untuk ganti Tousen ngan Aizen cam Renji ngan Ikkaku jer hahaha tapi sudah pastinyer dedua takmo sebab lebih prefer berkhidmat bawah taichou memasing ^__^ Especially Ikkaku yang respek giler kat Ken-sama ^________^

Dan Keigo pun ada kuasa roh? Semakin menarik plot citernyer xDDDD

Khamis, Mac 01, 2007

Antu mendayung sampan? O_o

Uikkk... tetiba jer ble bukak kat opis. Pelik... pelik...

Anywayz, nak citer pasal citer antu Malaysia yang bebaru nih [mungkin masih lagi] ditayangkan kat wayang - PUAKA TEBING BIRU. Pelakon utama : Nasha Aziz, Umie Aida ngan Fahrin Ahmad. Umie yang jadi antunyer.

Kenapa yer? Sampai skang tak paham apsal dia jadik antu. Dia terjatuh dalam perigi cam Sadako dari citer Ringu tuh? Nasib la tak buat video ye dak? Gaya tul tul cam Sadako masa kuar perigi tuh cuma antu Umie ni canggih sket, dia terbang kuar. Sadako kena panjat kuar haha. Dia jadi hantu sebab pas lahirkan anak jer dia terjatuh perigi? Ke dia jadi antu sebab tak diterima tanah ke apa ker sebab sempat lak lahirkan anak luar nikah sebelum mati? Ke sebab dia takmo tinggalkan si Fahrin - jeles kot kot Fahrin tersangkut ngan awek lain? Ke dia tunggu Nasha balik kampung? Beraya sama sama?

Haaaa... kalau betul pun dia tunggu Nasha balik, apa kejadahnyer dia pegi cekik cekik pulak si Nasha? Siap bawak anak lagi dok tolong cekik sama (T____T) Apa daaa... Konon nak tunggu dia balik tapi cam nak bunuh la pulak. Iskkk... Antu tu siap follow gi KL lagi. Moden giler. Agaknyer dia belajar dayung sampan kat KL kot (O_o) Babak Umie dalam sampan tuh buat sumer dalam wayang tergelak. Yelaaa... antu kan ble terbang cam superman. Pasal lak dia tetiba mendayung??? Lagi satu, antu tuh siap dapat tumpang free free jer dok dalam bonet keta Nasha (o_O) Iskkk...

Lagi satu babak orang gelak masa si antu minum air terus dari cerek. Patut jadi part seram ke atau cam kagum ker sebab kekonon nak tunjuk kuat tul la antu tuh minum air panas cam tuh jer. Tapi jadik cam lawak pulak. Especially bila tambah dengan efek deguk deguk air tuh xD Betul tak tipu! Memang tergelak la part tuh.

Pastu ada part yang si anak antu dok sangkut kat pintu tingkap bila Nasha nak tutup tingkap. Otouto tergelak dengan kuat sambil cakap "haha jari antu tersepit!" menyebabkan sumer dalam wayang cam tak sengaja tergelak sama xD Jadinyer babak yang patutnyer cam seram jadi lawak tak hingat. Hadoiii...

Citer tu pun tak citer secara detail apsal kuarga si Nasha pindah rumah. Kalau tak silap cam ada orang meninggal ke apa ke so diaorang pindah rumah lain. Tak berapa dapat tangkap sebabnyer. Ohhh!! Memandangkan dah sentuh topik rumah, lagi satu babak AMAT TAK LOGIK adalah diaorang dalam perjalanan nak gi rumah mak Nasha. Pastu Nasha ajak adik dia, Sharifah Amani nih singgah tidur rumah lama diaorang. Biasala kan. Rumah tinggal. Apa yang ada selain rumah yang buruk.

TAPI!! Malam tuh, Nasha siap hidangkan makanan lagi kat adik dia. Siap kata dia masak sumer tuh and ada lagi dalam periuk!! Persoalannya di sini... mana dia dapat bahan mentah nak masak tuh??? Adakah dalam bebaju yang dia packing untuk bawak balik kampung, dia sempat lak packing beras sumer tuh??? Atau adakah dia cedok bebahan tuh daripada rumah tinggal tuh? Tak basi ker??? Siap ada telur nak buat telur goreng lak tuh!! Masa tuh dalam wayang pun dok sok sek sok sek cam memperdebatkan isu mana pulak datang bekalan makanan diaorang tuh (T___T)

Pastu adegan Nasha duduk kat beranda dengan laptop dia. Bila dia terdengar sesuatu, dia pun letak laptop atas beranda and turun ke bawah melalui tangga kayu. Tapi bila kamera fokus ke beranda - TADAAA!! Laptop hilang. Antu amek??? Kesilapan kecik yang patut takde iskk iskk... Lagi satu masa Umie nak lahirkan anak. Kamera up close kan muka dia. Nampak lengan dia bersih jer terletak kat tepi beranda cuba tampung diri masa nak cuba meneran tuh. Bila dah zoom out, lengan baju dah berdarah??? Tu takper lagi. Mungkin berdarah sebab nak tarik kuar anak dia. TAPI!! Sampai ke belakang baju pun berdarah apa kejadahnyer???

Cam darah terpercik habis-habisan!! Ni bukan lahirkan anak nih. Ni cam pancut kuar anak (T________T) Sekali lagi sumer dalam wayang dok sok sek sok sek apa hal lak berdarah melampau-lampaunyer efek.

Masa Umie tinggalkan anak dia kat beranda, anak dia diselimutkan dengan kain batik tapi bahagian dada ke atas tak tutup. Sekali bila Fahrin pergi kat sana bersama Umie yang dah mati lemas, anak diaorang dah elok-elok berselimut sampai ke leher. Sape yang selimutkan anak tuh??? Anak tuh tarik selimut sendiri sebab sejuk sangat??? Iskkk...

Papehal pun, lakonan Nasha memang bagus arr. Tabik tabik. TAPI!! Citer PTB ni kalau nak buat citer seram, biarla betul betul seram daa...

Kat bawah ni ada link link pasal PTB. Canggih tuh~!! Siap ada webby lagi~!! xPPPP

Official webby - Tayangan Unggul
Twitch reviews
Filemkita

Dan petikan kata pengarah PTB, Encik Osman Ali ...
[Amek kat Filemkita]

"Ini bukan cerita seram yang hantu cekik orang atau penonton perlu cari siapa yang jadi hantu. Dari awal lagi penonton sudah tahu siapa yang menjadi hantu kerana plot Puaka Tebing Biru berdasarkan penceritaan" - Osman Ali

Err... bukan citer hantu cekik orang??? (U____________U) Iskkk...

Rabu, Februari 28, 2007

Blok blok kayu... OHHH!!!

Biter buruks.

Kat opis, blogger ngan blogdrive dah kena block!! Atau mungkin pc saya jer. Tapi still - dah kena block!! Jadinyer, tak dapat langsung nak post, balas komen mahupun pergi blog orang lain (T___T) Hampesss... Dahler tulis blog masa rehat. Salah kah? Huhuhu... Tambah parah biler cbox pun keluar satu kotak merah kelabu tulis "ACESS DENIED". Sedih!!

Resolusinyer? Terpaksa tunggu sampai balik rumah untuk bukak blog. Tu pun kalau rajin hahaha sebab streamyx kat rumah pun kengkadang bengong (T___T) Rasa cam tak berbaloi jer bayar nam puluh nam hinggit tuh. Ku tidak puas atiiiii...!!

Haiz. Nak wat camne. Dugaanla ni kot hahaha xD

Sepanjang petang tadi pas keje, sibuk sketch komik strip pasal wewatak Advent Children xP Untuk sesker sendiri jer. Takde tujuan komersil. Sketch pun dalam buku latihan bergaris haha xD Buruks kekeke... Kalau rajin nanti saya scan, host pastu upload kat dalam nih. Tapi malu xP

Takde tujuan buat mende alah tuh. Semata-mata nak ngusik si Pah yang sker giler kat Cloud xP So Cloud versi saya cam bangang sket. Cloud yang sker cosplay jadik Vincent hahaha xD Pah nak marah pun tak ble sebab dia sendiri tergelak tengok Cloud versi saya xP

Cloud fans jangan marah haaa... xD

Ahad, Februari 25, 2007

weirdness level O_o

Ohhh!!

Kena tagged dengan Oro-san la pulak O_o Baca kat blog dia pasal 6 perkara pelik tentang Oro-san. Pastu dia kena list-kan nama-nama 'mangsa' seterusnyer.

Sayanyer nama dalam caps lak tuh xD Aiii... tu yang kena wat jugak tuh xP Jadi...

EDIT : Ohh.. rupanyer kena tag ngan Puteh gak xP

Rules & Regulations:

Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Okaashi naa~… xD

1) Saya tak sker dan tak leh makan bawang. Kalau termakan walaupun sebesar kuman, mesti terkuar isi perut (O_o) Kengkadang rasa cam vampire la pulak. Nanti kat bawah saya citer nape yer...

2) Mata sensitif sket kat cahaya matahari. (Haa... kan cam vampire! xD) Tak sah kalau tak silau setiap kali menjelang tengah hari. Nak beli spek tinted mahal nak mampus so terpaksa berpuas ati dengan clip on. Tapi tetap silau huhuhu...

3) Walaupun muka cam innocent, saya tak sker citer-citer jiwang especially yang Melayu punya eheh... saya lebih sker citer ganas especially yang melibatkan senjata tajam, contohnyer cam pisau, gunting dan gergaji. Robek sama diaaaa!! xD Ceciter cam Saw series ngan The Hostel [part ganas jelaaa] yang cambest bagi saya ahah xD

4) Saya sker tengok citer-citer hantu dari Asia. Tapi kengkadang tensen gak balik-balik tengok antu pompuan berambut panjang (T__T) Orang lain tengok dengan bantal tutup muka, saya tengok dengan mata terbeliak xD Huu... seram!

5) Biasanya saya akan disapa dengan “adik ni form bape yer?” Hehe... awet muda kah diri ku ini? xD Dah umur 20-an pun disangka budak sekolah lagi xD Sampai adik pun disangka kakak dan si kakaknyer (sayaler) dianggap adik. Ohohoho... makanla ulam selalu yer xP

6) Sama cam Oro-san, saya addicted giler kat playstation. Kalau tak kerana sengkek, sudah pasti PS3 dalam genggaman!! Wohahaha!! xD Tapi untuk sementara waktu ni, biarlah saya berpuas hati dengan PS1 dan PS2 yang masih dalam mint condition lagi (^__^) Cd game yang ada, dah mengalahkan kedai jual game pulak (^_^) Itu pun cam tak cukup lagi rasanyer xD Ohh... teringin gak nak sambar XBOX 360 dengan Wii xDDD

Okeh... senarai mangsa seterusnyer!!


Liltiger92 aka Nana!
Putehseroja aka Puteh!
Nibelheim7 aka Pah!
Kekwapink aka Kekwa-nee!
Adiha aka Adiha gak!

Err... last sekali tak tau taruk sape. Jadi...

Oro-san balik ahaha xD

Jumaat, Februari 23, 2007

mari menggergaji wohahaha!!

life is precious when it is at stake...
Semalam masa makan malam, teringin nak tengok movie sambil makan. Pergi tanya otouto. Ada tak citer yang cambest? Dia kuarkan la sumer koleksi dia. Uwahhh (O_O) Banyak giler!! Tapi 3 cd jer berjaya menarik perhatian.

Saw, Saw II, Saw III.

Menarik tul!! Cover dah memikat tuh xD Gambar kaki putus sumer tuh. Cuma Saw II je takde cover sebab otouto download dari bittorrent. So rembatla 3 cd tuh. Sambil pasang dvd, sambil sediakan makanan dalam pinggan xD

Umm... bagi orang lain, mungkin tak lalu nak makan kalau sambil tengok ceciter camtuh ahaks xD Kes sama gak kalau tengok Fear Factor bahagian makan-makan mende alah yang tak pernah terfikir langsung untuk dijamah xD Tapi saya lek-lek jer. Ye arr... yang makannyer diaorang. Pesal lak kiter terasa tempiasnyer? Pelik tul la... Ke saya yang pelik? Hahaha...

Jadi masa syok-syok tengok (sambil makan - diulangi - sambil makan), otouto masuk dapur jap. Dia cam muka pelik tengok saya selamba derk jer makan. Masa tuh adegan mangsa tengah merobek isi perut mangsa lain untuk dapatkan kunci bagi membebaskan mulut dia daripada dikoyakkan satu device nih yang dipasangkan kat kepala dia. Terpercik darah sumer tuh. Nampak dia kuar usus sumer tuh xD

Otouto kata "esyyy..." sambil geleng-geleng paler tengok saya seakan takde reaksi nak muntah ke hape xD Ohhhh saya bukannyer orang camtuh (^___________^)

Ingat nak teruskan tengok sampai Saw III tapi Saw II tersekat-sekat. Tak syok tengok (T^T) Nampak ada orang mati kena tembak masa nak bukak pintu, kena panggang cam ayam and kena hujan picagari. Tapi tak dapat dengar dan tengok dengan jelas huhuhuh... nak kena beli gak cd la nih (T^T)

Rabu, Februari 21, 2007

Eggs!!

Bebaru nih masa tengah bosan, Pah gi rembat laptop okaa-san dari bilik otouto. Flick on, tunggu loading [btw password dia senang giler kalo sesape sedia arif dengan FFVII (T_T)...]. Akhirnyer bila dah muncul windows xp kat skrin, pah plop in dianyer pendrive. Pastu dia bawak kursor klik flash file bernama telur.

And then terpapar lah satu flash animation comel berkisahkan telur! xD Kawaii giler!! Kelakar tak hingat pun ada! xD Pasal rompakan di bank dan si telur perompak dikejar habis-habisan dengan si telur polis xD

Site asal berbahasa korea ^_^
Macam-macam telur!! xP

English sitenyer kat sini :
I wuv dem eggies!! xD
Pastikan ada flashplayer yer...

Comel giler!! Rasa cam nak upload satu tunjuk kat sini. Tapi tak reti guna coding embed ahahah xD

Jumaat, Februari 16, 2007

selamat tahun baru cina!

Sempena tahun baru cina ni, layan-layanla flash animation nih by Evil Bunny kot tak silap. Kreatif tul la dia nih xD

Happy Chinese New Year!

Huhuhu... takde sape sudi bagi ang pau ker?

Rupanyer begituuu...

Menarik tul (O_o)




Uploaded by ladymr


Mari kita kembali ke akar umbi! xD
[Malangnyer takleh nak tunjuk terus kat sini xP]

Enjet-enjet Semut

Best! ^o^

Khamis, Februari 15, 2007

addictions

Terlebih dahulu nak nyatakan di sini... saya bukan drug addict xD Bukan juga smoker... (U_U) Walaupun sker Colonel Smoker dalam One Piece tuh xP Tapi tu citer lain.

Apa yang saya nak cakap err... tulis... sebenarnya pasal addiction saya dengan ps2. Nak-nak game bergenre rpg-action. Tapi biasanyer main tak habis hahaha xD Buat nyemak memory card jer. Mesti bila dah makin sampai ending, terasa malas pulak nak habiskan xD Mungkin pasal malas nak ngadap big boss xD

Contohnyer cam FFVII ohohoho... dengan bangganyer saya berkata, saya belum lagi lawan Emerald Weapon. Jenovah dengan Safer Sephiroth apatah lagi xD Mungkin sebab saya focus untuk naikkan stat diaorang. Hari-hari redah kapal selam dan bebandar dalam peta untuk naikkan dex, vit, luc, mag, str, blablabla... Materia pun tak habis kumpul.

Yang slacknyer, terlepas summon materia Bahamut!! ARGHHHHH!! Camne leh tak perasan ada materia kat temple tuh!! ARGHHHHH!! Terus cam tak bersemangat nak main uhuhuhu... Dah takleh nak buat apa untuk dapatkan Bahamut Zero. SEDIHHHHH!!!

Anyway, tu baru FFVII. Belum lagi FFIX. Baru sampai part nak lawan Kuja tapi kena pergi kat pokok besar tula. Tapi tak nak gi lagi sebab tak jumpa lagi yang lelain nyer ultimate weapon haha

Tambah lak ngan Silent Hill xDDD FFVII Dirge of Cerberus. Splinter Cell Double Agent. Onimusha. Malah Ninja Turtle pun!! xD
[Yang lelain tak terfikir pada masa entry ni ditulis xP]

Terkini : Radiata Stories

Rasanyer yang sempat habis pun cuma Harvest Moon Back to Nature dengan Devil May Cry 3. Tu pun DMC3 baru unlock game untuk main as Vergil pulak xDDD

Sadis tul xD

Rabu, Februari 14, 2007

Fergie, ko ke tepi!

Stevie~!! x3 Muaxx!!

Semalam ada invite daripada Ryu-kun untuk masuk espnstar epl team manager challenge. Selama ni dok main fantasy football kat fantasypremierleague tuh jer. Tu pun kengkadang gempak, kengkadang team hampes tak hingat xD Apa nak buat. Tetiba jer pemain yang diharapkan perform, jadik cam cicak kena lenyek roller (T__T)

Anywayz, terkebil-kebil arr jap masuk site espnstar tuh. Walaupun asasnyer sama, kita manage team, tapi pilihan pemain tak bebas. Huwaaa!! Agaknyer kat situla cabaran dia kot (O_o) Kena pilih pemain daripada list yang dia bagi tuh jer. List tuh dahla tak selengkap fantasy football tuh.

Jadik, main hentam sajelah!! xD Right winger buat Gerrard. Left winger buat Dyer. Striker pilih Henry. Supporting ummm... Yobo ke sape tah tak ingat xD Kat belakang ada Carragher, Taylor... ahh sape tah lagi. Goalie terpaksa pilih Howard huhuhu... anti sisa-sisa Man U xP Sebab tula walaupun ada Rooney, Fletcher ngan Giggs, tapi tak pilih diaorang. Sanggup tuuu!! xD Anti Man U nyer pasal wohahaha!! xD

Selasa, Februari 13, 2007

Persoalan lagi xD

Semalam balik rumah. Cek surat. Ohhh!! Ada poslaju! Tapi daripada sape? O_o *sambil menggaru kepala... bukan pasal kutu yer huhuhu* Malangnyer masa tuh saya kat opis so tak sempat jumpa abang posmen xPPP

Semenjak dua menjak nih, cam sengaja nak mengundang tanda tanya... cewah xD

Mari kita perah otak teka sape yang hantar. Takdelah hadiah tapi at least layan jelah xPPP

1... secret admire yang nak pastikan surat dia sampai tepat ke tangan saya... wohaha! xD

2... penpal yang terpaksa hantar poslaju sebab tertangguh nak balas surat saya 2 bulan yang lalu O_o

3... pesanan barang yang saya buat melalui borang yang dikepilkan bersama akaun summary maybank2u... ohh barang ku dah sampai!! xD

4... cek numenmail??? Yelaaa tuuu... boleh caya ker mende alah nih? (T_T)

5... lain-lain : sila nyatakan!!

Sabtu, Februari 10, 2007

seploh hinggit

RM10 piccie courtsey of wikipedia

Hari tu jejalan kat Mines, Seri Kembangan. Pastu ternampak sesuatu kat lantai. Malangnyer bukan Deathnote haha xD Tapi mende yang saya nampak tuh membangkitkan satu persoalan yang menarik untuk sesaje dimasukkan sebagai entry blog kali nih xP

Soalannyer... jeng je jang...

Apa yang akan anda lakukan sekiranya ternampak duit kertas RM10 yang masih lawa tak hingat berada sengsorang penuh kesunyian atas lantai???

1... pandang kiri kanan... line clear... rembat!!

2... buat dunno. Malas nak layan. Lantak kolah duit sesape pun. Janji bukan aku punyer. Hmph!

3... eh eh duitlah!! Kena jujur nih! Jom gi balai polis terdekat!

4... ni apa kejadah duit terbaring merata-rata tengah jalan nih? Dah kaya sangat ke ko punyer tuan nih?? Hampes tul laa... *amek letak dalam poket* ... hampes hampes... *jalan pergi... membawa duit tu... entah ke mana yer...* ... hampes tul la orang zaman skang nih... blablabla...

5... laaa... duit ker? Seploh hinggit lak tuh! Ni lepas ni beli set combo Domino's Pizza satu set. Tapi kang jadik tak halal plak makan sebab guna duit tersadai tuh. Ahhh.. takperlah. Amek dulu. Lain kali aku letak seploh hinggit kat tempat asal sebagai ganti hehehe...

6... umm biasa dalam pilihan yang paling last letak "lain-lain : sila nyatakan" haha xD

Jumaat, Februari 09, 2007

life as it is...

Dah lama dah Puteh blah... err... pergi mem-babai-kan diri dari opis. Dia skang tengah mengikuti KPLI. Dengar kata, ada kat Pangkor sekarang nih. Ooo bes nyer gi pulau! Pas dia blah... err... pergi, sorang lagi QA resign. Dahlah duduk sebelah menyebelah xD Bebaru nih lak, kawan lama tapi baru hehe masuk sebagai QA baru. Tak tau la ganti sape sebab setakat nih, 3 QA rasanyer yang resign mengejar impian sendiri. Cewah! xD

Anywayz, nak ucap selamat bekerja kat opis! First day kerja dah berlambak dek kekurangan QA hohoho... gambatte!! xD

Semalam update Fwenster ngan Maisopes xP Tak sker Fwenster tapi ramai kawan guna (T__T) Nak tak nak, terpaksa update huhuhu... Tak sker layout Fwenster ku (T^T) Layout Maisopes skang guna theme Sephiroth. Villian FF paling gempaks! Wohahaha!! xD Tapi masih in the hunt mencari layout bertemakan Zaraki Kenpachi. Tak reti nak buat sendiri sangat so terpaksa bergantung harap pada sesape yang sudi menderma codings xP Kat Maisopes gak ada list beberapa lagu GACKT.

GACKT??? Sejak biler sker dia? Huhuhu... tapi memang tak dinafikan mamat bishounen tu punyer lagu agak catchy. Ada yang jenis gothic semacam, ada yang slow dan ada gak yang cam kekanak ribena cam lagu U+K yang biasanyer diiringi dengan maskot kekucing. Neko fever! Huhuhu... terpaksa ngaku kat Pah lagu favourite saya LONGING oleh GACKT. Arghhh!! Saya lebih sker HYDE!!

Tapi LONGING dijadikan soundtrack FFVII Dirge of Cerberus. Cam pv sempoi yang Pah buat. Ada saya upload dalam post sebelum nih (^_^)

radiata fever~!!

Jack Russell

Terlebih dulu nak tulis.... woarghhhh!!! Problem bloggie ni hanya berlaku di opis. Jadi makner nyer di sini... inilah padah yang perlu ditempuh sebab mem-blogging di opis! Haha xD Tapi kaaaannn... tapi kaaannn... kiter cuma blogging di waktu rehat. Takkan masa rehat tu kiter tak boleh surf site-site yang tak berkaitan dengan kerja? Uhuhuhu... Kijammm!!

Anywayz, skang tengah sangkut dengan RADIATA STORIES, sebuah game hasilan Tri-Ace dan urmm SquareEnix sebagai penasihat kot? Ahhh xD Lantaklah asal-usul dia camne xD Seperti mana yang berlaku masa main Harvest Moon , FFVII Dirge of Cerberus dan Devil May Cry 3, saya print out segala walkthru yang dapat dicarik siap dengan peta-peta sekali xD

Uhhh... memang cam mengkaji game tuh habis-habisan xD Saya main bukan untuk cepat finish game tuh tapi untuk kepuasan finish dengan hasil terbaik xP Cam gak dengan FFVII yang tak terhabis lagi hahaha sebab tak lawan lagi Emerald Weapon sebab dok sibuk naikkan stat Cloud and the gang xP

Radiata Stories ni game ps2 bergenre action rpg. Kecomelan karakter cam Ragnarok. Unsur lawak dan gegaya jepun yang amat ketara xD Kiter jadik Jack Russell, main chara untuk game nih. Sebagai anak kepada lagenda Radiata Knights, Jack diterima masuk dengan mudah jadik seorang Radiata Knight berpangkat trainee.

Arghh!! Best tahap gaban game nih!! xDDD

Ridley Silverlake

Isnin, Februari 05, 2007

Warghhh!!

Rojak entry! Haven't been updating the bloggie for a while. Why arr? Coz of da stoopid-blogger-won't-load issue (T___T) I've been trying to get into the dashboard thingy for days but to no avail. Warghhh... tense building! It's not that I'm lazy to update or anything. Trust me worrr...

Papehal pun, skang terpaksa lak duduk Nilai. My imouto came to stay for 3 weeks here. Since no extra room in Bangi, so have to stay at Nilai. Which literally means, all of us (except abah hihihi...) terpaksa bersusah payah sket. Okaa-san gotta go as early as 6.15 to school to teach. Otouto and Pah gotta rush as late as 7am both to school and practical place. Me? Of course arr rushing also. Tapi ada 2 option hihihi... Sama ada tumpang Otouto or abah (^_^)

I haven't touched my anak sedara yet haha... not that I don't want to but it's just that I don't think there's a need in doing so (O_o) Pelik kah? Haha... Lagi pun, tak reti arr handle bayi baru lahir nih. Takde skillz lagi kot ahahaha xD Setakat henjutkan buaian adalaaa...

Anywayz, already finished ANGELS AND DEMONS by Dan Brown. Best gak dapat info pasal Illuminati sesket. Nanti nak beli lagi. Apatah tajuk. Cam nak kumpul sumer title la hihihi... Addicted to Radiata Stories gak xP Sampai sanggup bersengkang mata print out walkthrough hahaha xD

Ohhh... dah tau cara lain nak masuk dashboard blogspot tuh. Kena masuk melalui blog orang lain, bagi komen, pastu baru ble masuk blog sendiri. LECEH TERAMAT!!!

Rabu, Januari 31, 2007

Tensen arr ( -_- #)

Semenjak tukar blogger baru ni, paradisu cam jadi makin sewel. Nak masuk untuk posting bukan main susah! Nak surf untuk baca pun lambat giler loading. Hangin betul. Kang revamp secara besar-besaran kang... tapi sayang giler ngan template nih! Sedih tul. Mengapa nasibku beginiiii.... uuuu... uuu...

Anywayz, hari ni bagi Numlock kat Ryu-kun mintak dia tolong jagakan. Balik keje nanti nak kena terus naik komuter ke KL. Bermalam satu famili kat KL dedekat area KLCC hihihi... saje jer xD Alang-alang dah ada peluang depan mata kan? xP

Sebab takde sape nak jaga Numlock [lagipun takmo bawak dia ke opis yang dipenuhi senior huhuhu...], terpaksalah mintak tolong Ryu-kun. Nasib baik Num tu cuma sekor kekura. Takdelah susah mana nak jaga. Num lak tak sker berenang dalam air and lebih sker tido dalam keadaan kering. Peliknyer kekura itewww! Hahaha... mungkin sepelik tuannyer xP

Selasa, Januari 30, 2007

d e a t h n o t e 2 / / d e s u n o t o t u u

I hated the ending huhuhu...  KIRA-kuuunnn!!

Hehe... semalam cuti anual leave. Gi HUKM cek mata. Malas tul nak gi sebab biasanya tulis jer dalam buku kena datang kul 8 pagi. Kena ceknya pukul 10 lebih (T_______T) Sampai wad oftamologi tu dah ramai orang walaupun baru kul 8.15. Diaorang bermalam kat situ ke hape? (O_o)

Pas dah cek mata, tetengok sempat lagi singgah Mines tengok Deathnote 2 The Last Name pukul 3.15 punya hahaha xD So pergi jelah! xDDD

Pas dah beli tiket, makan dulu kat foodcourt Mines yang baru dibuka semula tuh. Makan asam laksa. Oishii desu~!! x3 Ryu-kun makan nasi ayam dengan cendawan. Sedap gak cendawan shiitake tuh. Patutler orang jepun sker makan. Tapi diaorang sker makan versi dibakar xP

Anywayz, citer DN2TLN tu memang lari sket dari storyline manganyer walaupun ada watak-watak diambil dari manga cam Takada Kiyomi tu. Dalam manga, dia bekas awek Raito/Light tapi dalam movie, dia sekadar pembaca berita yang takde kaitan langsung dengan Raito tapi dipilih untuk jadik partner KIRA disebabkan kedudukannya dan pengaruh media. Dalam movie tu, Kiyomi tu pekerja Sakura TV.

DN2TLN campur adukkan storyline Kiyomi [yang patut berkaitan dengan Near, Mello dan Mikami] dengan pemburuan KIRA semasa L masih hidup. Uhhh... ending dia sedih (T___T) Mungkin sebab saya penyokong KIRA hahaha xD Untuk DN2TLN ni, lakonan si Fujiwara Tatsuya [kalau tak silap arr nama dia camtuh. Kalo silap, gomen ekk xD] sebagai Raito lebih bagus sket berbanding DN1.

Rem nampak lebih hensem daripada Ryuk kekekeke... mungkin sebab 'rambut' dia cam ada stylo xP Lagipun dia lagi baik daripada Ryuk xD Shinigami yang ada perasaan kemanusiaan sket. Ryuk lak shinigami tulen. Nape? Tengoklah masa ending citer tuh nanti xD

Papehal pun, citer tuh okayla kot. Tapi personally, saya takmo ending dia camtuh!!! Sedih... huhuhu... Papehal pun, L tetap mati (^________^)

Ohhh... lagi satu, saya tak berapa sure tapi L cam ada tunjuk nama dia dalam buku Deathnote tu. Malangnyer sebab tak reti baca kanji, so tak sure dia tulis apa xD Pulak tuh takde translation. Hampesss...

Sesape yang tau, dia tulis L je ker atau dia tulis nama dia yang sebenar? (O_o) Dalam manga, nama sebenar dia still misteri (T^T)

Ahad, Januari 28, 2007

longing by gackt-sama!!

Final Fantasy VII Dirge of Cerberus pv by Turks7 aka Tensai7
LONGING - GACKT











She's also known as Kurosagi Strife. This is an edited pv from the FFVIIDoC trailer which features the song REDEMPTION also by GACKT. But she altered it by replacing that song with LONGING also by GACKT. Kewl eh?
Vincent Valentine rawks~!! xD

Malaysia tumpas!

Semalam tengok bola second leg quarter final. Malaysia vs Singapore. Memula tengok 1st half. Pastu gi dapur makan roti nan haha. Otouto jer yang setia menghadap tv. Ada dengar dia jerit sakan. Ooo Malaysia dah gol rupanyer.

Tapi pastu senyap. Peliks gak. Tapi tak terus menjenguk ke ruang tamu. Sebaliknya layan roti nan sambil nonton citer My MVP Valentine [MVP Qing Ren] lakonan 5566. Tengok rerunlah kiranya.

Untuk sesape yang tak tau, MVP Qing Ren tu bertemakan bola keranjang dengan unsur percintaaan xP Watak utama, Duan Cheng Fung ke tah camne ejaan dia [lakonan Johnny dari 183 Club] merupakan pemain terhebat sekolah Rui An. Pihak lawan dia yang cambest bernama Ming An atau IceMan dari sekolah Yun Sang [tak tau sape pelakon tapi cam basketballer betul jer].

Masa hari perlawanan, Cheng Fung terlambat so dia naikla moto dengan lajunyer. Tapi ter-accident pulak sebab nak elak sorang pompuan bernama Angel / Ming Juan yang masa tu dengan bangangnyer gi ke tengah jalan nak amek violin di ke cello tah yang terjatuh kat jalan. Tapi moto dia tetap terlanggar pompuan tuh. Memula dia nak stay dengan pompuan tu hingga ke spital tapi pompuan tu kenal muka dia and suh dia gi cepat bermain sebab pihak lawan dah tunggu kedatangan dia. Dengan berat hati, Chng Fung pun gi kat tempat perlawanan.

Masa dia nak masuk tu, serentak dengan tu, IceMan keluar. Rupanyer Angel tuh adik IceMan. Kiranya Cheng Fung masuk untuk main, IceMan keluar untuk lawat adik dia sebab dia baru terima berita kemalangan tuh. Seperti yang dijangka, dengan ketidak hadiran IceMan, sekolah Rui An berjaya kalahkan sekolah Yun Sang dan Cheng Fung mendapat MVP. Tapi dia tak epi dengan kemenangan dia tuh. Pas perlawanan dia terus ke spital nak lawat Angel dan masa tulah dia dapat tau Angel adik IceMan dan Angel gak disahkan lumpuh sepanjang hayat.

Dek perasaan bersalah yang amat, Cheng Fung amek keputusan untuk jaga Angel. Dia terpaksa lupakan basketball, sekolah dan gadis tercintanya, Xiao Xi. Dia berpisah dengan Xiao Xi dengan alasan tak mau libatkan Xiao Xi dalam masalahnya tu. Tapi jauh kat sudut hati, dia tak rela lepaskan Xiao Xi. Bangang tul.

Kesian Xiao Xi. Pertemuannya dengan Tai Zhi atau gelarannya Prince, memunculkan percintaan tiga segi. Xiao Xi dan Cheng Fung saling menyintai tapi Cheng Fung lak menjarakkan diri. Tai Zhi sker Xiao Xi dan dah buat memacam mende sweet untuk dapatkan cinta Xiao Xi termasuk menyertai pasukan bola keranjang sekolah Chi Sui yang mana Xiao Xi adalah pengurusnya. Tai Zhi gak yang tolong dapatkan ahli pasukan dan coach. Tai Zhi gak yang menjana sumber kewangan pasukan tuh. Dan Tai Zhi gak yang setia berada di sisi Xiao Xi di kala suka dan duka.

Arggghhhh... Tai Zhi memang sweet giler!! Kesian sangat tengok harapan cintanya tak kesampaian. Dan betapa memahaminya dia tengok Xiao Xi masih cintakan Cheng Fung. Walaupun dia terluka, tapi dia tetap cuba gembirakan Xiao Xi. Sian sangat!! Oh yer, watak Tai Zhi dilakonkan oleh Tony Sun dari 5566 (^_^)

Citer ni memang best. Disulami lelagu korea, taiwan dan jepun. 5566 menyanyikan lagu opening dan ending. Ada babak kelakar, sweet dan sedih yang teramat. Sedih giler tengok Tai Zhi sedih huhuhu... Sedih giler gak tengok Cheng Fung cuba cari Xiao Xi tapi Xiao Xi sorok dan cuma Tai Zhi je yang ternampak kat mana Xiao Xi sorok. Tapi Tai Zhi tak bagitau Cheng Fung sebab dia faham kenapa Xiao Xi menyorok. Tengok!! Betapa memahaminyer Tai Zhi terhadap Xiao Xi!! Huhuhu...

Anywayz, ni dah lari dari topik asal hahaha xD Malaysia akhirnya kalah dengan tendangan penalti 5-4. Pemain Malaysia yang terakhir membuat tendangan leret yang berjaya ditahan goalie Singapore. Goalie Malaysia hampir berjaya menahan 2 penalti tapi bola berjaya gak melantun dalam net. Iskk...

Apa pun, omedetou buat Malaysia yang berusaha sampai ke quarter final!

Sabtu, Januari 27, 2007

uwaahhh... dah pindah!

Dah pindah! Mulai Selasa depan, saya akan berada di tingkat satu. Kena bersama-sama product team xP Leceh sket sebab terpaksa bergaul dengan senior hehehe... Dah makin susah nak curik masa tulis blog hehehe... Terpaksalah tunggu dengan penuh sabar hingga ke waktu rehat (T__T)

Tak pun terpaksa tulis memalam kat rumah. Lecehnyer hahaha tapi takperlah. Sekurang-kurangnya dah tak perlu panjat banyak sangat tangga xP

Skang tengah dalam proses nak tengok citer I'm Sorry I love You yang dipinjamkan oleh Puteh. Baru lepas tengok satu eppy. Tapi cam lama lagi nak habis heheh... banyak giler cd dia!! Dahla tengok satu cd sehari haha xD Gomen yer, Puteh, sebab mungkin terpaksa pulang lambat yang teramat!

Jumaat, Januari 26, 2007

moved! O_o

Umm... secara tak sengaja, terpindah ke blogger baru. Iskkk... Camne ek? Adakah id masih sama atau dah tukar lain? Ahaha... sebab sebelum ni memang ada blog yang dah upgrade tapi dengan id lain. Hmm... tawakkal jelah (U_U)

EDIT

Gaaahhhh~!! Seperti dijangka... berlaku major screw up~!! (T___T) *hantuk paler kat skrin monitor* Wahaha~... dah tak boleh revert balik pulak dah. So skang blog cam sewel sket xD Profile tetiba bertukar rupa O_o Tak caya, cuba korang klik kat gambar Rukia.

Memang patut dia mengalir air mata ekekeke sebab bila klik, rupa dia bertukar menjadi... jeng je jeng~!!

Hampesss...

Tapi nak wat camne. Nasik dah jadi nasik lemak ... (U_U)

Khamis, Januari 25, 2007

owari desu! (^O^)

Waaa... eppy terakhir citer My Boss My Hero tu memang buat saya sebak tak hingat. Uhh... rasa cam nak melalak tengok Makio ngalirkan air mata dalam 2nd last eppy. Tak nak citer pasal apa tapi memang sedih eppy tu. Kira cam menusuk kalbu la.

Anyway, *sedut hingus masuk balik* citer yang best tu dah tamat! Kejap jer tamat sebab tengok dengan penuh beriya. Lepas ni nak kena tengok apa ek? Anime? Ke drama lagi? Hmm hmm... Banyak lagi tak tengok ni. Baru-baru ni otouto ada burn-kan last 2 eppy terakhir untuk Heroes season 1. Pastu Puteh lak nak pinjamkan citer favourite dia, MISA.

Cakap pasal MISA, teringat Misa-Misa Deathnote xD Nak tengok The Last Name. Adakah L akan dimatikan seperti manganya? xDDDD Anyway, double thumbs up kat citer MBMH tu d(^O^)b Walaupun mungkin saduran, tapi citer tu tetap menghiburkan. Tambah-tambah lagi ada Tomoya-kun dan Koki-kun xP Jelesnyer kat Ayumi ada pakwe sehensem Tomoya hahaha xD Citer ni gak membuatkan saya nak lebih mengenali KAT-TUN uhuhu... selama ni cuma tau serba sket pasal Akanishi Jin dan Kamenashi Kazuya. Skang nak kenal sumer~!! xD Pah lak dah cop Koki-kun (^_~).

Sankkyu pada si Domouto Koichi [KinKi Kids] yang tubuhkan diaorang (^_^) Asal-asal sebagai back-up dancers KinKi Kids. AKhirnya jadi kegilaan fangirls uwaaahhh xD Tokio lak... Cuma Tomoya yang stand out ekeke... ahli Tokio yang lain cam tak berapa interested nak amek tau. Eheh...

Rabu, Januari 24, 2007

things you'd do for a limited pudding stock ^_~

Tetiba jer opis boleh tengok Youtube O_o Biasa tak boleh... xD

Nilah sedutan daripada scene perebutan puding Agnes yang dijual secara terhad xD Nak tengok lebih lanjut, silala dapatkan vcd citer My Boss My Hero ^_^ Sian Makio~!!

Ini pulak pv lagu citer tu - Sorafune oleh Tokio. Nyanyian si Tomoya tulah xD Cam pelik lak dengar sore dia camtu padahal dalam citer nih, sore dia dalam lah jugak xD

pencarian bernoktah - cewah xD

Huh. Setelah sekian lama mencari citer My Boss My Hero kat Bangi and Kajang, laa ni baru jer muncul kat Billion Bangi T_________T

Itu pun setelah saya dah pun beli vcd citer tuh.

DI KUANTAN.

Itu pun setelah jenuh bertanya banyak kedai.

Warghhh~!! Rasa cam tensen pun ada T__T Hampes giler. Tapi takperla. Nasib baik citer tu best giler. Hmm hmm ... ^_^

Selasa, Januari 23, 2007

Tomoya fever~!! x3

Makio trying to scare the teacher away just because he didn't want to be picked LOLz


Huu... setelah sekian lama tertangguh [asyik-asyik tangguh daa...], akhirnya malam tadi berpeluang gak tengok MY BOSS MY HERO. J-dorama lakonan Tomoya Nagase [vokalis dan lead Tokio]. Tapi citer ni ada versi korea gak. Tak tau versi mana yang asal (^_^) Tapi rasanya versi korea tu versi asal xD

Ni ada review sikit dan beberapa gambar :
Waaaaterrr!! (^O^)
YES! NO!

MY BOSS MY HERO ni mengisahkan si Tomoya sebagai Sakaki Makio, anak seorang Yakuza yang bercita-cita besar untuk mewarisi kumpulan Yakuza bimbingan ayah dia. Nama kumpulan diaorang Mafia Taring Tajam daerah Kantou. Err... nama dalam english lebih menarik xD Kantou Sharp Fang Mafia Organization. Berumur 27 tahun, kita ditunjukkan pada awal-awal cerita camne kebangangan dia dalam maths sebab gagal mengira sekali gus menggagalkan rundingan bisnes sebanyak 2.7 billion.

Disebabkan ini, bapak dia marah giler dan gelar dia bodoh. Dia suruh si Makio gi bersekolah semula dan selagi dia tak dapat sijil tamat sekolah, jawatan sebagai bos generasi ketiga Sharp Fang Mafia akan diserahkan pada adik dia, Mikio. Makio tak nak perkara tu berlaku. Begitu juga dengan orang-orang bawahan Makio yang setia. Jadi terpaksalah dia mendaftar sebagai pelajar sekolah berumur 17 tahun di sekolah St. Agnes.

Citer nih memang kelakar xD Ekspresi muka Tomoya yang paling mahal tuuu~!! xD Awal-awal dah kelakar tengok dia dalam kelas. Masa tu kelas sains kot and cikgu tengah cari orang untuk tolong jawab soalan kat papan hitam. Makio cam sedar cikgu tu cam nak tanya dia padahal dia langsung tak tau jawapan. So dia buat muka cam garang giler! xD Kelakar! Cam muka nak berak jer hahaha! Cikgu tu pulak takut and tak jadi nak soal! xDDDD Tapi taktik tu cuma berkesan pada cikgu tu je kot sebab bila dia buat kat cikgu maths merangkap cikgu kelas dia, langsung tak berkesan. Malah cikgu tu siap ingat Makio cam marah sebab tak nak panggil dia untuk menjawab! xDDD

Lagi satu, Makio ni sker gila kat puding. Dia dapat tau kantin sekolah tu jual puding. Malangnya puding tu dijual dalam amaun yang sikit giler. Cuma satu dulang! Makio berazam, esoknya, dia mesti dapatkan puding tu yang hanya akan mula dijual tepat pukul 12. Esok harinya, sebaik sahaja kelas tamat pukul doblas tu, dia terus memecut ke kantin. Masa tu gak dia menerima kejutan terbesar. Bukan dia sorang jer yang memburu puding tu!!

Bagaikan stampede wild wildebeast dalam citer Lion King, begitulah suasana sekolah apabila ramai pelajar bergegas ke kantin untuk mendapatkan puding yang terhad tu. Memasing cam dalam battle royale, demi puding! Makio berjaya mencelah antara ribuan orang tu untuk mencapai puding terakhir tetapi berjaya dirampas pelajar lain yang sempat menendang dia kat pipi. Sian!! Dengan penuh kecewa, Makio mengasingkan diri bawah pokok sambil merungut kehidupan sekolah begitu teruk.

Dia dihampiri Sakurakoji lakonan Tegushi Yuuya kot tak silap [Makio panggil dia 'Sakura-nanto-ka' atau terjemahannya, 'Sakura-apa?' ... haha xD Tegushi ni ahli NEWS sama cam YamaP @ Yamashita Tomohisa]. Anyway, Sakurakoji tu menjelaskan yang dia dan ahli kelas diaorang yang lain dah give up nak kejar puding tu sebab kelas diaorang terletak paling jauh dari kantin. Tapi dia kagum tengok Makio yang berusaha mendapatkan puding walaupun mustahil. So dia bercadang nak tolong Makio.

Pelbagai rujukan dibuat oleh diaorang berdua, akhirnya, masanya telah tiba. Makio akan terbang dari blok kelasnya ke blok paling hampir dengan kantin! Bersyaratkan pecutan 12 saat [rasanyela... tak ingat xD] dan lonjakan 45 darjah bersertakan bendera sekolah sebagai 'sayap', Makio berjaya terbang!! xD Dia juga berjaya memotong pelajar-pelajar dari blok berhampiran dan akhirnya... puding terakhir dirampas dengan jayanya!! xD

Citer pasal sekolah yang sama best dengan GTO.Baru tengok 2 episod, dah terhibur gila-gila cam nih. Geng Yakuza Makio pun kelakar gak, terutama sekali penolong muda dia, Kazuya [lakonan Tanaka Koki, rapper KAT-TUN yang comey x3] yang sering kali naik angin setiap kali terdengar Sakurakoji panggil Makio sebagai Maki xD Kazuya memang comel! Dia yang tolong jahitkan jersi bola keranjang untuk pemain-pemain kelas 3-A, kelas Makio tu la xD Kazuya yang panggil Makio, ani-ki, terjemahannya abang, memang hormat gila kat Makio dan sangat berharap bukan Mikio yang take over kumpulan mafia tuh.

Ahhh... tak sabar nak tengok episod seterusnya! x3

Isnin, Januari 22, 2007

English entry~!! o(^O^)o

Special entry~!!

Today I went to check out my stats counter thingy. Was pretty amazed that people from other countries checked out this blog xD Too bad it was written mainly in Malay. Well, informal form of Malay to be exact (^_^) Sankkyu for dropping by anyway though it was just for 0 seconds. LOLz. At least you guys contributed in increasing the counter thingy numbers xD Sorry that I provide no translation what-so-ever to whatever's written in here (^_~) I have another blog for that though it's not that active xD

Got people from Morocco, UK, United States, Indonesia... sankkyu~! m(_ _)m If you're here for the links then feel free to roam around v(^o^)v Sankkyu for visiting my profile. The stats raised from a mere 32 to a sudden 75 [and probably ongoing? (^v^)b]. I so love the stat counter thingy~!! Umm no. I'm not stalking you guys what so ever ... (((((((((^_^)

If you're here as a BLEACH fan then yay~!! xD BLEACH fans unite~!! o(^O^)o I know I'm not using proper english. Basically I tend to use a much less tensed version. You know like, - wazzup! Whatcha up to? Kewl huh? - Sort of lingo (^_^) Probably some are gonna kill me for that (~,~) But seriously, I think it's more fun this way. My bloggie is not meant for serious stuff. No sireee~!! xD

Espadaaaa xD [xde kena mengena pun wohahaha!]

Sashiburi da naa, minna-san~!! (^O^) Sepanjang weekend ni habiskan masa baca Kreko yang tertangguh. Sebab utamanya... terlepas isu cover Jay Chou tu wohahaha xD Sanggup tu tangguh baca isu selepasnya semata-mata tunggu Pah pinjam dari Eid isu cover Jay Chou tuh (T^T)

Memandangkan manga Bleach keluaran Viz tak kuar lagi, so layan edisi melayu dalam Kreko jelah. Dah sampai part kemunculan puak Arrancar [dalam Kreko dieja Arankaru, mungkin dek sebutannya dalam anime (^_^)] dan Vizard [ke Vaizard ke camne tah ejaan sebenar dia xD]. Ohh... saya memang jenis malas download so sumber Bleach saya terhad ekekeke Tapi saya tetap sker surf site-site yang ada kat seksyen Gotei 13 saya (^_^)

Ikut pemahaman, Arrancar tu puak Hollow yang dah dapat kuasa shinigami. Kuasa dominan diaorang Hollow. Kira cam geng Aizen la. Dalam kata lain, geng jahat xD Contoh Arrancar cam Ulqiorra tuh.

Vizard lak shinigami yang dapat kuasa Hollow. Boleh kawal dengan jayanya lak tuh. Contohnya cam Hirako Shinji yang muncul untuk ajak Ichigo join geng Vizard. Ni sumer disebabkan Ichigo ada versi Hollow dia sendiri. Kira Ichigo lebih kurang cam Vizard la cuma tak sepenuhnya. Kuasa dominan puak Vizard still shinigami. Diaorang ada zanpaku-to gak cam shinigami biasa.

Malangnya, puak diaorang tak diiktiraf oleh shinigami mahu pun Hollow. Hollow reject sebab diaorang ex shinigami. Shinigami reject sebab diaorang guna kuasa Hollow. Jadinya, puak Vizard terpaksa jadi puaknya tersendiri cam puak Quincy. Jadi ada lebih kurang 5 puak aaa dalam Bleach nih. Shinigami, Quincy, Vizard, Arrancar dan tambahan dalam versi anime, puak Bounto.

Kemunculan Kurosaki Isshin sebagai bekas shinigami berpangkat kapten yang baru regain kuasa dan berjaya balas dendam terhadap Grandfisher dalam mode Arrancar yang pernah membunuh Kurosaki Misaki dulu sekali gus menyelamatkan Kon memberi debaran baru dalam ceciter Bleach yang akan datang. Huh. Cuba korang sebut dalam sekali nafas je ayat tuh haha xD

Papehal pun, saya ada gak baca spoiler yang Orihime di-kidnap. Ichigo akhirnya nanti cam terpaksa mintak bantuan puak Vizard dalam belajar cara nak kendalikan versi Hollow dia. Huhu... saya memang sker spoiler xDDDD Ryu-kun cakap Bleach dah sampai eppy ke 100 lebih. Lama dah tak tengok anime dia xD Stop tengok masa filler Bounto arc tuh sebab cam bosan sket. Eheh...

Diaorang terpaksa buat filler sementara menanti Kubo Tite buat cerita seterusnya kot (O_o) sebab dah terlajak lebih laju daripada versi manga xD Papehal pun, TV3 dah mula siarkan Bleach so nak tengok filler tu kat TV3 jelah xD Lambat lagi la pulak haha xDDD

Rabu, Januari 17, 2007

alo aloooo!! ^O^

Hari tu, bila tah, dah lupa lak. Dapat panggilan daripada seorang lelaki. Dia katalah nama dia sape and dia wakil daripada Majlis Ekonomi Negara. Saya pun cam uikslaa... Apa hal MEN nak dengan sayalah, kan? Cam glamer la pulak xP Dia pun cakaplah memandangkan dulu saya pernah berdaftar untuk skim graduan menganggur tu, so skang ada opening untuk offer kerja sumer tuh. Pastu dia tanya laa dah kerja ke lum. Cakap laa kat dia yang skang dah kerja.

Dia kata ooo kalau camtu, takperlah. Ingat dia nak letak gagang terus tapi dia sempat lak tetiba tanya. Pertanyaannya lebih kurang cam ni laa, 'sape pulak laki yang dok jawab hello hello tak dengar aaa cakap kuat sikit boleh dak?' masa saya call cik koro tadi tuh. Mati-mati ingat salah nombor!

Memula saya cam blur kejap. Laki? Pekak? Pastu tetiba laa saya menepuk dahi.

OH YAAAARRR!! Rupanyer dia dengar caller ringtone 'apek' hehehe... saya beli dari maxis 2 caller ringtone. 1 yang smeagoul LOTR tuh cakap pasal cincin dan masternya. 2 yang apek kekonon tak dengar sangat sore siapa yang tepon. Hua hua hua~!! Dah banyak kali orang tertipu dengan caller ringtone apek tuh xD Sampai dengan mak pun terkena kih kih kih... mak siap tanya, pesal lak nak tepon along tapi dapat orang laki pekak? Ingat ada orang curik tepon along xDDDD

Anywayz, berbalik pada si MEN tadi, dia tergelak bila dapat tau rupanyer sore laki tuh cuma caller ringtone. Dia kata laaaaaaaaa... ya ya jer dia ulang beritahu si 'apek' tuh nak cakap dengan saya dengan penuh beriya. Hahaha... Pastu dia siap kata menarik betul la. Boleh tak kalau dia nak tepon lagi and saya tak perlu angkat tepon. Dia nak dengar caller ringtone tu lagi sekali.

O_o


Gila apa! xD Daripada urusan formal, jadi perbualan kasual la pulak xD Pastu saya kata aaaa okee... [siap dengan efek muka cam pelik tapi mujur tepon tuh bukan 3G so tak nampak haha]. Ingatkan dia memain jer cakap camtu. Sekali dia buat betul-betul O_O

Aaa... rasa-rasa korang laa kan, pastu dia pergi subscribe caller ringtone apek tu tak? xDDDD

Selasa, Januari 16, 2007

Azumanga Daioh

Osaka showing off her neatly parted chopsticks
Semalam tido awal. Pastu bangun balik dalam pukul 12 lebih. Terus bukak pc untuk burn manga Battle Royale. Ezz nak pinjam baca ^_^ Sambil tunggu burn manga tu, bukak citer Azumanga Daioh yang dipinjamkan oleh Ezz. Memang dah lama teringin tengok citer nih tapi susah giler nak cari kat pasaran xD

Memang kelakar xD Walaupun citer nih takde motif, takde plot sangat, tapi kisah kehidupan pelajar sekolah tinggi disampaikan dengan penuh bersahaja dan kelakar xD Watak-watak utama perempuanla. Sakaki yang sedikit dingin tapi sukakan barangan comel dan kucing [walaupun kucing cam tak sker dia... eheh...], Tomo yang energetic teramat, Chiyo si genius berumur 10 tahun [kira lompat kelas la nih], Ayumu aka Osaka yang blur tak hingat, Yumi yang berkaca mata, Kaorin yang skerkan Sakaki sebab rasa Sakaki tu cool dan si athletic Kagura.

Even cikgu-cikgu pun entah pape xD Saya sker part Osaka, Chiyo, Tomo dan Yumi makan lunch bersama. Osaka makan ramen yang dibeli kat kafe tu. Yang lelain makan bento. Semua dah bukak bento memasing and bersedia nak makan tapi tercengang tengok Osaka renung chopstick dia penuh konsentrasi. Chiyo tanya apsal nih? Tapi Osaka balas diam diam dia perlukan a moment of silence. Setelah beberapa detik berlalu, dia berjaya pisahkan 2 batang chopstick tuh.

Sambil tersengih, dia panggil Chiyo yang dah nak start makan, "Chiyo-chan!". Chiyo pun pandangla dengan pelik. Boleh pulak Osaka sengih menunjukkan chopstick dia, "Heee...". Pastu dia panggil Yumi. Pun buat mende yang sama, "Heee...". Kat Tomo pun sama. Tetiga kawannya cam muka pelik xDDDD Comel tengok! Osaka cam Mr Bean pulak xDDD

Lagu comel ^_^ [Kalau dapat cari, nanti saya try upload]

" Cooking is so fun, Cooking is so fun, now its time to take a break and see what we have done."

"Hait, it's done~!!" xDDDD

Dah dapat!! ^O^




Tsukurimashou!

Image SongSung by: Tomoko Kaneda, Rie Tanaka, Chieko Higuchi, and Yuki Matsuoka (Chiyo-chan, Yomi, Tomo and Osaka)

Tsukurimashou, tsukurimashou,
Sate sate nani ga dekiru ka na.
Hai, dekimashita.

Nemurimashou, nemurimashou,
Sate sate dare ga ichiban ka na.
Hai, Oosaka-san desu ne.

Hashirimashou, hashirimashou,
Sate sate dare ga ichiban ka na.
Hai, yappari Sakaki-san!

Sawagimashou, sawagimashou,
Sate sate dare ga urusai ka na?
Tomo-chan desu ne.
To mottara, Yukari-sensei desu!

Oyogimashou, oyogimashou,
Sate sate dare ga ichiban ka na.
Hai, yappari, Kagura-san desu ne!

Kore de oshimai!

Oi! Chiyosuke!
Watashi ga detenai zo, watashi ga!

Nanda yo-! Yomi ni torie nanka anno ka yo-!
Nani--!?

Aaa, kenka wa yamete kudasai--

Eeto, eeto, eeto,
A,

Yasemashou, yasemashou,
Sate sate chanto, dekita ka na.
Are-?

Ma-ta shippai de-su!
Kono yaro- iwasete okeba--!

Utaimashou, utaimashou,
Minna de utaeba, tanoshii na. Ehe!

Chiyo-cha-n, atashi ni mo utawasete.
Oi? mochiron ii desu yo!

Hona, ikudee.

Tsukurimashou, tsukurimashou,
Sate sate nani ga dekiru ka na.
A......kore wa......
Taberareru you na, taberarehen you na......
Kore wa na, chaunen.

......Osaka-san. Watashi tabete mimashou ka......?
Chaunen!

CHANCHAN!!

Isnin, Januari 15, 2007

mai tetel~!! T^T

Pagi tadi, mak kejut. Seperti biasa, cam ganaz sket. Bayangkan pasukan SWAT nak redah masuk terrorist base. Takkan bukak pintu dengan sopan santun kan? Macam nak pergi beraya pulak. Hahaha... Tak sempat wat pape dah kena hujan peluru. Mestila diaorang bukak pintu dengan cara tendang tak hingat kan? Macam tula, mak. Bezanya, mak tak tendang. Mak belasah... err... ketuk pintu dengan penuh feel xDDDD

Anywayz, perkataan pertama mak kata bila nampak mata saya dah tercelik dengan mamainyer... "kekura ada bawah tu haa!".

Cam magik, saya terus melompat turun dari katil pergi ke ruang bawah. Nasib baik rambut tak serabai mana sebab sempat sikat sebelum tidur hahaha xD Ohhh!! Dah jumpa Keyboard!! Dia tersadai tepi dinding bawah tikar buluh. [Tikar buluh? Rumah jepun ke apa? O_O Kikiki...]

Segera hambik dia bawak naik atas. Pastu masukkan dia dalam cebok, isi air dan makanan tetel. Akhirnyer!! Keyboard dah hilang selama sebulan lebih O_______O Lama giler tuh!! Entah apa entah dia makan sepanjang perantauannya.

Pagi ni bawak dia pergi opis. Shhh... senyap! Senyap! Jangan bagitau orang lain tau ^_^

Selasa, Januari 09, 2007

duit... $_$

Dapat feedback daripada adsense. kata blog ni tak seswai nak bubuh mende alah tuh disebabkan language conflict. Hahaha xD Saje jer try request. Tak tau pun mende alah tu apa sebenarnyer. Dalam bebanyak apa yang diterangkan panjang berjela tuh, cuma satu mende jer yang menarik perhatian. You will be paid. K-ching!! $_$

Disebabkan paradisu tak boleh, maka saya beralih pulak apply untuk blog lagi satu yang memang fully english xP Huhuhu... mujur ada 2 blog ye tak? xD Pun dengan alasan yang sama. Saje je nak try ^_~

Beberapa hari yang lepas, Danny ada forwardkan email pasal numenmail. Entahlah. Katanya kita akan dibayar cuma untuk klik iklan-iklan yang akan dihantar melalui email ataupun akaun numenmail kita. Sebab saya takde paypal mende alah sumer tuh, boleh setkan pembayaran secara cek O_o

Ada tanya Danny, boleh caya ker mende alah nih? Dia kata try jer. Dia pun ada sign up. Pendapatan sampingan lah konon huhuhu... saya pun bantai jelah. Pape hal pun, ada geng kalo ada pape berlaku hua hua hua...

Isnin, Januari 08, 2007

Yasuhiro Kano strikes again~!! xD

Mx0 ... Emu x Zero ... EmuZero ... Pape jelah xD
Taipla kat net, sure susah nak cari info. Jumpa pun review daripada Baka Updates dan Wikipedia. Karya Yasuhiro Kano selepas Pretty Face ^_^ Best giler manga nih!!

Sankkyu Arena+Kreko~!! m(_ _)m

Setakat ni, sumer review citer pasal first volume jer. Watak utama, Kuzumi Taiga nak masuk sekolah tinggi. Masa sesi interview untuk masuk Shiritsu Seinagi Koko (Seinagi Private High School), dia ditanya apa yang akan dilakukan sekiranya dia ada kuasa sihir. Dia lak jawab untuk menguasai dunia. Jawapan yang menyebabkan seorang aweks cun sebelah dia gelak tak hingat. Seterusnya, Kuzumi fail kelayakan masuk sekolah tu.

Dia cam bengang aaa aweks tu gi gelakkan dia and salahkan aweks tuh atas kegagalan dia. Dia pergi Seinagi untuk beri kata dua pada aweks tuh. Kebetulan, Hiiragi sensei ternampak dia kat luar pagar dan salah sangka dia cuba nak memonteng kelas. Terus Kuzumi ditarik masuk ke dalam sekolah yang ada barrier sihir! Panik tengok sihir yang tak pernah dilihat, Kuzumi berusaha melarikan diri daripada Hiiragi sensei. Kelakar sangat masa Kuzumi terkena sihir skru tuh xD Kepala tercabut seakan skru. Yasuhiro Kano memang pakar buat lawak yang teramat xDDDDD

Kekecohan berlaku bila Hiiragi sensei baru dapat tahu Kuzumi bukan student kat situ. Kenalah tangkap Kuzumi and erase ingatan dia terhadap sekolah tu. Kuzumi lak, ambil kesempatan tu untuk cari Aika, aweks yang ketawakan dia dulu. Jumpa! Memula cam nak marah tapi dek kawaii sangat, Kuzumi terus jatuh cinta pandang pertama. Tak jadi nak marah. Tapi kerana masih dikejar Hiiragi, dia tak sempat cakap apa-apa dengan Aika.

Bersemuka dengan Hiiragi kembali, Hiiragi sensei segera menunjukkan sihir terkuat. Tapi Kuzumi bukan sembarangan orang. Walaupun tak tau sihir, dia tetap pakar membelasah orang dan Hiiragi sensei menjadi mangsanya. Setelah berjaya memangsankan Hiiragi, tetiba Aika meluru ke depan dengan cemas sambil berteriak, "Ayaaaaahhhh~!!"

Terus Kuzumi ternganga. HAPE??? Aika bengang giler kat Kuzumi yang memengsankan ayah dia, terus serang Kuzumi dengan meriam suara ^_^

Volume pertama dah sekecoh Pretty Face. Kelakar tak hingat!! Best giler manga nih. YK antara manga-ka favourite ^_^

Klik untuk tau pasal Mx0~!

Bleachness~!! ^O^

BLEACH ... manganime yang diobses selepas SlamDunk
WOHAHAHAHA~!! xDDDD *gelak cam orang giler*

Pukul 11 tadi [hari Ahad], bukak TV3. Rancangan apa? BLEACH!!! Anime pada waktu malam. Tanpa dub!!! Uwahhhh~!! xD Girang tak terkata!! Ternganga jap sebab tak sangka TV3 langsung tak buat dubbing melayu untuk BLEACH. Ohhhh... Ni yang nak kembali setia nih xDDDD

Eppy pertama Bleach malam tadi ^_^ Hmm hmm... nak tengok bila dah sampai filler Bounto ^_^ Tapi sekali-sekala nak layan gaklah sebab memang obses dengan BLEACH pun ngee~!! x3

Buat ombak untuk TV3~!!! m(_ _)m

// o m b a a a a a k k k //. // o m b a a a a a k k k //
// o m b a a a a a k k k //

Bunyi cam kamben la pulak O_o

Anywayz, papehal pun, nak beri penghargaan sesangatla sebab kekalkan suara para seiyuu ^_^ Aishiteru, TV3~!! xDDDD Trimas gak sebab pilih untuk siarkan BLEACH. Yokatta~!! Spread da BLEACH-ness!!

Rerasa cam ada iklan FMA gaks tapi cam movie yang Shambala tuh jer O_o Sebab rasa cam bukan Ed yang ditunjukkan tuh. Nampak cam Alphonse jer o_O Tapi tak surelah sebab kejap sangat iklan tuh eheh...

Filler Bounto dah habis!! Tak lama lagi Ichi and the gang akan jumpa puak Arrancar. Hmm hmm... berkeras takmo tengok eppy yang Ryu-kun download sebab nak beli cd-nyer ngee~!! xD Manga lak bergantung pada Kreko sebab malas gak nak bukak Bleachportal ekekeke...

Viz punyer cam lembab jer nak kuar ... T^T ... takmo beli yang nenipis tuh. Nampak cam cedok daripada Kreko jer T____T Nak beli novel graphic yang ori... ohhh... RM30++ untuk semanga? TIDAAAAKKKK!!

Viz, cepatlah cetak BLEACH tuh!! Uhuhuhu...

Jumaat, Januari 05, 2007

apdetto~! ^o^

Tak sempat nak tulis pepanjang. Tulis summary je dahla ekk? Lain kali baru panjang berjela wohahaha!! xD

1. Gomen nasai sebab lama giler tak update. Cuti sakanla katakan ohohoho~...

2. Nama anak sedara dah disahkan sebagai Nur Amira Balqis. Abah mak persoalkan nama guna Amira sebab anak Pak Teh pun Amirah tapi Lelidin cuma sengih and kata diaorang tertarik gak nak guna nama tuh.

3. Dah habis tengok Battle Royale 1. Gempak gak walaupun ada plot dan cara mati tuh berlainan sket dengan versi manga. Versi manga lagi ganaz. Ho yeahhh!! Disebabkan Kreko dah tak mo siar sebab graphical content yang melampau, sanggup tuuu download dari site Vietnam untuk dapatkan gak manga tuh. Wohahahah~!! Nasib baik versi english. Hmm hmm ^_^
[spoiler bagi diaorang yang tak baca : Mimuraaaaaaa...!! Uhuhuhu... Ko kejam Kiriyama!! T^T]

4. Dah jumpa cincin yang dikehendaki. Kat Warta jer!! xD Cesss... punyalah mencari jejauh. Tapi kaaaannnn... sedih!! Saiz pulak takde. Cettt... kata saiz 5 jer yang paling kecik diaorang ada. Memang nampak kecik so try sarungkan. Sekali melucut turun daaa... Ohhh!! Jariku begitu kecilkah??? Tak pun jari kurus hihihi... ehh tapi semalam cuba kat jari manis. Ohhh!! Nak beli gaklah! Pakai kat jari tengah [walaupun tak digalakkan ehehehe...]. Warta, nantikan kehadiranku di sanaaaa~!! xDDD

5. Lupa lak. Masa aidiladha dulu, solat raya kat masjid besar alor setar. Besar gak masjid tuh. Dekat dengan holiday villa, hotel kitaorang. Dapat solat saf pertama tuuuu xD Mak selang tiga sejadah daripada Sultanah Kedah O_o Bila habis solat, sumer perempuan gi kerumun bersalaman dengan Sultanah. Mak pun xD Cuma saya dan Pah jer memandang sepi. Cewah xDDD

6. Cadang nak adakan sesuatu majlis masa 07 / 07 / 07 ... uwahhh!! Lawa kan nombor? ^_^ Tahun lepas 666. Kononnyer nombor setan. Sempat gak tengok The Omen masa tuh hihihi... Tapi majlis tak kompem lagi aaa xD

7. Akhirnya dapat gak save profile dalam Splinter Cell Double Agent. Uhuhuhu... itupun setelah mintak izin Ryu-kun untuk delete file file WinE dia xD Game bola memang amek banyak memory U_U Best gak layan WinE tapi selalu kalah. Wohahahah~!! xD Cadang nanti nak beli Splinter Cell Chaos Theory kat Warta nanti. Hmm hmm ^_^

8. Kawan satu uni dulu dapat tawaran gi terengganu. Jaa naa~!! Semoga sukses kat sana~!! Gambatte~!! ^O^ Kenal dia pun melalui kelas english ahaha xD Kalau tak kerana kuliah english kat pusat bahasa tu, takdenyer boleh kenal dia ^_^ Anywayz, hope you're happy in whatever you do~!!

9. Kalo korang perasan aaa... ada beberapa perubahan kat bloggie nih. Kat pointer mouse tu cam ada swirling text. Perasan tak? Wohahaha~!! Promote nick sendiri ^_^ Pastu dah insert tracker kat bahagian Recruits. Dah lama nak letak tapi baru kali ni hajat kesampaian uhuhu... Lagu for this month pun dah tukar! Anywayz, sankkyu pada DynamicDrive untuk beberapa script yang cambest. Baru upload swirling text nih. Yang lelain, tungguuuuu... xD

10. Oh? Dah habis!!! xPPPP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...