Isnin, Januari 08, 2007

Yasuhiro Kano strikes again~!! xD

Mx0 ... Emu x Zero ... EmuZero ... Pape jelah xD
Taipla kat net, sure susah nak cari info. Jumpa pun review daripada Baka Updates dan Wikipedia. Karya Yasuhiro Kano selepas Pretty Face ^_^ Best giler manga nih!!

Sankkyu Arena+Kreko~!! m(_ _)m

Setakat ni, sumer review citer pasal first volume jer. Watak utama, Kuzumi Taiga nak masuk sekolah tinggi. Masa sesi interview untuk masuk Shiritsu Seinagi Koko (Seinagi Private High School), dia ditanya apa yang akan dilakukan sekiranya dia ada kuasa sihir. Dia lak jawab untuk menguasai dunia. Jawapan yang menyebabkan seorang aweks cun sebelah dia gelak tak hingat. Seterusnya, Kuzumi fail kelayakan masuk sekolah tu.

Dia cam bengang aaa aweks tu gi gelakkan dia and salahkan aweks tuh atas kegagalan dia. Dia pergi Seinagi untuk beri kata dua pada aweks tuh. Kebetulan, Hiiragi sensei ternampak dia kat luar pagar dan salah sangka dia cuba nak memonteng kelas. Terus Kuzumi ditarik masuk ke dalam sekolah yang ada barrier sihir! Panik tengok sihir yang tak pernah dilihat, Kuzumi berusaha melarikan diri daripada Hiiragi sensei. Kelakar sangat masa Kuzumi terkena sihir skru tuh xD Kepala tercabut seakan skru. Yasuhiro Kano memang pakar buat lawak yang teramat xDDDDD

Kekecohan berlaku bila Hiiragi sensei baru dapat tahu Kuzumi bukan student kat situ. Kenalah tangkap Kuzumi and erase ingatan dia terhadap sekolah tu. Kuzumi lak, ambil kesempatan tu untuk cari Aika, aweks yang ketawakan dia dulu. Jumpa! Memula cam nak marah tapi dek kawaii sangat, Kuzumi terus jatuh cinta pandang pertama. Tak jadi nak marah. Tapi kerana masih dikejar Hiiragi, dia tak sempat cakap apa-apa dengan Aika.

Bersemuka dengan Hiiragi kembali, Hiiragi sensei segera menunjukkan sihir terkuat. Tapi Kuzumi bukan sembarangan orang. Walaupun tak tau sihir, dia tetap pakar membelasah orang dan Hiiragi sensei menjadi mangsanya. Setelah berjaya memangsankan Hiiragi, tetiba Aika meluru ke depan dengan cemas sambil berteriak, "Ayaaaaahhhh~!!"

Terus Kuzumi ternganga. HAPE??? Aika bengang giler kat Kuzumi yang memengsankan ayah dia, terus serang Kuzumi dengan meriam suara ^_^

Volume pertama dah sekecoh Pretty Face. Kelakar tak hingat!! Best giler manga nih. YK antara manga-ka favourite ^_^

Klik untuk tau pasal Mx0~!

2 rantbacks:

Tanpa Nama berkata...

wah ha ha.. kelako giler..

k o r o m y s t berkata...

Memang aa...
Yasuhiro Kano tu sker buat ceciter cam tu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...