Sepanjang tengok siri Beyblade (burst, burst rise, burst evolution, burst turbo, etc.) dapat simpulkan beberapa ciri-ciri cliche 😜
1. Warna & gaya rambut haruslah pelik-pelik. Watak utama SELALUNYA spiky haired. Watak rival utama biasanya gaya rambut bishie xD
2. Geng-geng angkuh biasanya ada yang gigi tajam xD Mekap kekaler sekitar muka pun haruslah ada xD
3. Mesti ada terselit watak suka gigit lolipop. Ni biasanya watak ala-ala perasan yakuza xD
4. Tetengah time lawan tetiba rasa nak kalah, jerit kekuat untuk "aktifkan aura kekuatan memasing" siap efek api ke kilat ke semua tu. Biasanya diiringi nama attack memasing padahal beyblade tu pusing cam biasa je 🤣 tapi yeah... Beyblade tu pun tetiba ada aura ikut tuan dia 🤣
5. Untuk sesi latihan, bukan biashe-biashe 😎 Siap ada yang kena tarik-tarik batu besar untuk latih kekuatan tangan, angkat batu besar untuk latih kekuatan fokus. Serius ahhh 🤣
6. Korang akan tahu dia bukan watak utama sekiranya gaya & warna rambut cam biasa je. Bland gitewww 🤣 Selalu akan kelihatan di kalangan penonton. Siannn... 🤣🤣🤣
7. Watak tech atau nerdy (biasanya jadi tukang baiki/upgrade beyblade) haruslah ada spek, goggles mahupun appearance cam mekanik xD
Ada nak tambah? 😏
Isnin, Julai 20, 2020
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 rantbacks:
Catat Ulasan