Mende ni dapat dari email yang Danny forward. Menarik gak untuk menginsafkan diri uhuhu..
Jenis setan..
Baca baik baik dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai Peringatan Kita setiap Hari di mana syaitan-syaitan kurang ajar ini mengganggu kehidupan harian yang mungkin selama ini kita tak sedar hasutan mereka.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. Pastu dah sengkek, gi mintak kat ah long.. iskkk..
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'. Tepuk dada, tanya selera..
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab malam dan tempat yang a da minuman keras.. err walaupun alkohol tuh cecair hehe..)
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. Hmm.. Sensasi?
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut. Haha.. Sensasi lagi nih xP
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH..)
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi. Sampai simbah menyimbah asid, ye dak?
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. Kita kena yakin! Syoh! Syoh! Pergi kau, was-was!
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Adik beradik penyembah Amon Ra la nih masa zaman Pharaoh-Pharaoh kat Egypt dulu. (Bukan paruh burung yer.. iskkk.. T^T)
Dan yang akhir-akhir in yang paling teruk!
(SCROLL DI BAWAH)..
10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang , Singapore , Beijing dan lain-lain tempat.
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival Jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak-agak la sikit, jangan sampai berlebih-lebihan pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
11. Hindusetan
Nie mereka-mereka yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu solat, masih menyonggol depan TV.. kepala keluar tanduk, tak sedar.. jadi lah hindusetan !!!
12. Santan
Yang ini aje nampaknya berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.. Haa.. tapi tak tau.. banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dapat penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.. hmmm..
Jumaat, Mac 09, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 rantbacks:
banyak lagi..
gostan
rambutan
jantan
bentan
rotan
hahaha....
HARHARHAR!
RODFLMAO
Slalu kena kacau ngan walahaan. XP
wakakakaka
aku suka cendol taruk santan mak jah jual...
ngeh ngeh ngeh!
p(^_^)q
p/s --> comelnya lil tiger!
Hah Nana tuh comel kan? xP
Tapi sekali tengok, dia cam L versi pompuan xPPP
Pape jela Oro-sama oiii ^_^|||
Hehe kena kaco dengan walahaan ek?
Tapi yang kelakarnyer pasal Lakhus tuh.
Terus teringat Lacus Clyne dalam Gundam Seed!
HAHAHA xD
o.0"
Got merh? L in girl version?
*go check*
*poof!*
Catat Ulasan