Selasa, Disember 26, 2006

royalty-ness!!

Sambungan dari entry sebelum nih...

Anywayz, abah mak and otouto balik dulu ke hotel. Pah dan saya jer tinggal untuk merayau lagi. Huhuhu... niat nak carik cincin kat situ tapi tak kesampaian. Jumpa cincin idaman hati! Namun dilanda kehampaan. Saiz untuk jari langsung tak ada! T^T Bukan rezeki kot kat sini.

24 December 2006

Bangun awal untuk makan buffet breakfast. Antara mereka yang terawal haha. Banyak gak makanan. Cuba rasa daging salai. Sedap gak. Otouto amek banyak giler O_o Tapi sarapan pagi tak lengkap tanpa koko krunch! xD Setelah makan sumer tu, abah mak kata bertolak ke kenduri kawen pukul doblas nanti. Sempat lak main One Piece Pirate Carnival masa bersiap tuh xD

Bila sampai kat tempat kawen tu, tengok orang ramai berkumpul kat luar. Pastu ada banyak giler polis. Pelik aaa. Bila dilihat betul-betul, ternampak satu kain rentangan di entrance dewan. DAULAT TUANKU. Oro? O_o Rupanya ada tetamu VVVVVVVVVIP xD Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Menteri Besar Pahang. Uwaaahhh grand nyer majlis nih O_O Yang adakan majlis nih kawan kepada abah dan abah Ryu-kun. Pengantin laki [tak sure menantu ke anak ekekeke] member Ryu-kun ^_^ Bebaru nih ada pergi majlis kawen pihak err... tak sure pihak mana tapi kat Shah Alam laa xD Diaorang punya jugak. Terer tuuu... Pergi dedua pihak punya majlis xD

Kitaorang makan kat khemah jer. Lagipun takkan nak main redah masuk dalam dewan dengan staff royalty dalam tuh ^_^ Okay gak lauk dia. Dapat ayam bahagian dada. Tak sker bahagian lain. Ikut taste abah hehe... Sempatlah tengok Sultan and da geng berangkat pulang. First time tengok kerabat diraja up close. Secara live gitu. Memasing naik kereta sorang sebijik.

Lepas kenduri, singgah hotel tukar baju and amek otouto. Dia tak ikut gi kenduri so dia terlepaslah tengok Sultan xD Pastu kitaorang gerak ke Teluk Cempedak. Masa nih, terserempak dengan Ryu-kun dan abah dia. Siap bawak driver abah dia skali. Ohh Numlock pun ikut berjalan ke Teluk Cempedak xD Otouto sempat buli dia ... U_U Bagi Numlock berjalan atas pasir pastu curah lagi pasir atas dia. Iskkk... mentang-mentang tetel dia menghilangkan diri.

Lepas tu pergi Pekan. Tengok-tengok kilang kereta dari jauh. Abah tunjuk lokasi istana Sultan Pahang kat Pekan tuh. Siap dengan pejabat diraja sekali. Ingat nak singgah muzium tapi dah masuk waktu tutup. Eheh. Bila dah berjalan, for sure lapar, so singgah makan kat satu restoran tepi jalan nama Phuket nih.

Pesan aa memacam. Sup daging pesan satu mangkuk jer. Tapi last-last cam tak cukup. Abah pesan tambah lagi dua mangkuk. Si waitress cakap okee. Tapi bila nasik dan lauk lelain dah nak habis, sup tambahan tak kunjung tiba. Pah kata mungkin diaorang terlupa pasal sup tambahan tu. Tunggu punya tunggu, memang sah diaorang lupa. Otouto dah malas nak tunggu. Dia panggil waitress mintak bil.

Dapat jer bil, mak terus meneliti isi kandungannya. Terus mak kata, "Ehhh!! Ni dia ada caj sup 3 mangkuk nih!". Abah dan otouto pun tengok. Yup. Diaorang memandai je caj T___T Abah pun kata, "ni yang nak jadi cam orang India semalam tu," sambil capai cawan dan hentak secara gurauan. Tak bunyi pun hehehe...

Mak terus panggil waitress tuh and persoalkan pasal kehadiran 2 mangkuk sup misteri yang perlu dibayar sedangkan kitaorang tak dapat pun sup tuh. Waitress tuh cam kekwat jer. Cam malas nak layan aduan. Dengan malasnyer, dia pergi jumpa tauke dia untuk tukar bil. Dan dengan malasnyer, dia kembali semula ke meja menyerahkan baki sebenar. Belum sempat mak cek bil baru tu, dia blah cecepat. Abah kata waitress camtuh cam nak perdajal tauke jer. Dengan layanan camtuh, sure punyer pelanggan akan lari. Tak pepasal perniagaan tauke lingkup. Dan abah pun ulang lagi sekali gaya orang India semalam menghentak cawan ke atas meja hihihi... Tapi tak bunyik pun xP

Masa sampai hotel, tengok ada orang buat christmas carolling. Ada Santa Claus kurus kat tepi diaorang gegoyangkan loceng. Santa Claus paling hudus eheh... muka dahla topeng. Badan lak kurus. Iskkk... Anyway, Pah dan saya sekali lagi gi megamall malam tu. Nak gak carik cincin! Tapi lain pulak yang dijumpai hehe... MY BOSS MY HERO!!! Wahahaha~!! Akhirnya dapat jugak cerita Tomoya Nagase tuh! Uhuhu... jauhnya cari sampai ke Kuantan!! T^T

1 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

Salam,

saya jumpa gak ngan santa calause masa shopping hari isnin lepas..

ahahahha

tapi tak dapat gift, dia bagi kat bebudak je... yg dapat HoHoHooHoH (mcm style gelak saya je)

p(^_^)q

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...