Isnin, Julai 02, 2007

Transformers ga hontou ni sugoi desu!!!

Arghhhhh!!!

Mulakan blog dengan teriakan penuh kagum! Memang ternganga giler tengok TRANSFORMERS kat Sunway Piramid, Sabtu lepas. Teknik CGI yang mampu buat air liur meleleh. Uhuhuhu... nasib baik ku peminat Transformers. Terasa heaven jap.

WARNING!! Spoiler di bawah. Read at your own risk!! Bagi sesiapa yang belum tengok Transformers terutamanya yang bercadang untuk tengok.

Babak paling kelakar masa geng Autobots berkumpul kat rumah Sam [Shia Lebouef] untuk tunggu dia sementara dia cari spek moyang dia yang rupanya merupakan kunci utama kepada lokasi di mana letaknya allspark tuh. Nak sorok daripada mak bapak Sam bukan senang memandangkan saiz diaorang yang sedia gergasi xD

Babak paling cool masa Mikeala [Megan Fox] kutuk Bumblebee kata kalau dia sebenarnya robot yang giler canggih, apsal lak nyamar jadik Camaro yang buruk giler. Pastu terus Bumblebee bukak pintu suruh diaorang keluar xD Sam lak kata haaa tulaaa... kutuk lagi Bumblebee tuh. Dia dahla keta sensitif. Kan dah kena halau. Menapak la jawabnya xDDD Pastu tunjuk Bumblebee buat skill pandu sebelah sisi dalam terowong tuh sambil tukar kit kepada Camaro yang gempak giler xDDD

Babak paling touching masa Bumblebee di bawa pergi setelah disembur dengan gas. Mungkin liquid nitrogen ke apatah, yang bahan kimia boleh buat benda cepat beku tuh. Pastu kena eksperimen jap kat markas tersembunyi Sector 7 tuh. Kesian dia tengok dia mengerang kesakitan.

Pastu satu geng Autobots terkorban [Jazz] bila dia cuba nak lawan Megatron. "You want a piece of me? You want a piece of me, huh?" merupakan ayat terakhir sebelum dibalas Megatron dengan, "No, I want two pieces." Pastu terus putuskan Jazz kepada dua dengan selambanya. Iskkk...

Anywayz, macam nak ada sequel la pulak tengok cam ada satu robot nih terbang ke angkasa ke apatah. Lagipun rasanya NightScream tak mati lagi. Scorpion pun, coz yang terpisah cuma ekor dia. Dia dapat lepaskan diri masuk pasir balik. Jeng je jeng...

5 rantbacks:

Tanpa Nama berkata...

waahhh...~~~~^O^~~~~~~~ besnye..nk tgk transformers gak..huhuhuhu...

Tanpa Nama berkata...

tak heran.. kasi la spoiler.. ku dah tengok.. muah hahaha...

k o r o m y s t berkata...

adiha-chan~
-----------
jangan luper tengok dengan ehem ehem ekk xD

oro-san~
--------
oro-san memang.
lum keluar kat panggung lagi dah beratur nak beli tiket xDDD

Tanpa Nama berkata...

waah bests siut transform...nguah3

k o r o m y s t berkata...

nbl-chan~
---------
Eheh... teringat iklan kat radio yg org tuh try sebut singkatan2 sms secara verbal xD Yelaa... agak2 camne nak sebut "nbl" secara verbal? Hehehe...

Anywayz, dah tengok ker Transformers? Memang ngancam! xD Tersentuh jiwa raga bakul semua! xDDD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...