Rabu, Julai 11, 2007

Zaman sekarang memang canggih tapi...

Hee... Gaia, Youtube dan Fwenster dah kena blok kat opis xD Bila bukak page tuh, tulis besar-besar dalam kotak merah - ACCESS DENIED [chat] -

Maksudnya, diaorang anggap dedua site tuh sebagai site chat O_o Hmm... Myspace tak pulak kena. Youtube lak dikira spyware xDDD Aiii... nak jer try surf cari web proxy free pastu gunakan proxy server free tuh untuk access site-site yang diblok tuh muahahaha~!! Kebetulan jumpa satu site nih yang ada list nya. Hmm hmm (^-^)

Tapi pikir-pikir balik, watpe nak tanggung risiko ekk? Lantak arr. Kat rumah ble bukak so watper sesusah (=_=) Cess... makanya waktu rehat, layan blog jelah. Okay apa? xD Kalau diorang blok kat blog nih, main game online la pulak. Mwahahaha!!

Tapi tu arr. Cess cess... bukak waktu rehat jer. Bukan waktu kerja. Ni mesti orang lain punya kerja nih. Cess... kan ku dah kena tempiasnyaaa...

Lagi satu, tenet hari nih lembab nak mampus. Try bukak maybank2u tadi. Dengan niat penuh suci murni (diulangi : niat penuh suci murni... hihihi...), nakler langsaikan baki statement kad kredit ku. Sekali bila klik Next untuk bayar, terus kuar DSN error. Dahler payment due date dah nak dekat. Dari awal minggu buat camtuh tapi balik-balik mende yang sama berlaku. HAMPES!!! Kang tak pepasal kena denda interest tambahan sebab lewat bayar. HAMPES GILER!! Bukan salah ku huhuhuhu... rasa cam tak adil!!

*hantuk paler kat meja sampai naik lebam*

Tensen arr camnih. Orang lain buat salah, kita lak kena punishment nya. Nak bayar secara manual, ku takde masa nak kuar ke bank dengan keje yang berlambak giler nih. Dah ada maybank2u, maka, patutnya senang arr hidup. Cess... hangin nih! Hangin nih! Kepala berasap giler. Sket lagi nak menyumbang kepada jerebu kat luar sana.

Anyway, terbaca satu komik strip Go-Go Chacha Street karya Zint (Gempak, Utopia). Lawak gakla. Ada satu part tuh kata, cara nak musnahkan manusia adalah dengan memusnahkan komputer dia xD Betul gak. Bila dah destroyed, meraung la si mangsa - tak dapat main tenet! abis ilang semua file! - semua tuh la xD Kan zaman skang banyak bergantung kat pc xPPP

Btw, ku memang sker Go-Go Chacha Street walaupun watak-watak dalam tu pelik gila dan lawak cam bangang jer xD Tapi tetap ada unsur sinis kat situ (^-^) Lagipun, ku memang sker karya-karya Zint xD

4 rantbacks:

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. tak dapek la nak meng'ular' di waktu pejabat..
owh.. kalau komputer ku hancus, abis la semua sampah sarap dalam tu yang dikumpul selama ni... hahaha...

k o r o m y s t berkata...

Oro-san~
--------
Haip... mengular tu bukan sifat semula jadi Oro-san ka? xD

Orang Biasa berkata...

member aku sowang dulu penah secara sengaja memformatkan PC sowg mamat tuh sebab bengang ngan dia. ape laie meraung 4 ari 3 malam laa...huuu cian.

k o r o m y s t berkata...

totoro-san~
-----------
Uwaaahhh... O___O Sekarang dah tak main taktik bunuh-bunuh ni xD Semua pakat bunuh pc jer xDDD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...