Rabu, Disember 27, 2006

Weewong weewonnngg!!

Berita terkini...

Leli dah bersalin!


Dapat anak perempuan kalau tak silap.

Eheh... [lupa lak nak tanya jantina xD].

Semalam dapat berita [26 dec].

Cucu pertama buat mak abah ^_^


Tu pun daripada anak kedua ekekeke...

Papehal pun, tahniah buat Lelidin berdua~! ^O^

Selasa, Disember 26, 2006

royalty-ness!!

Sambungan dari entry sebelum nih...

Anywayz, abah mak and otouto balik dulu ke hotel. Pah dan saya jer tinggal untuk merayau lagi. Huhuhu... niat nak carik cincin kat situ tapi tak kesampaian. Jumpa cincin idaman hati! Namun dilanda kehampaan. Saiz untuk jari langsung tak ada! T^T Bukan rezeki kot kat sini.

24 December 2006

Bangun awal untuk makan buffet breakfast. Antara mereka yang terawal haha. Banyak gak makanan. Cuba rasa daging salai. Sedap gak. Otouto amek banyak giler O_o Tapi sarapan pagi tak lengkap tanpa koko krunch! xD Setelah makan sumer tu, abah mak kata bertolak ke kenduri kawen pukul doblas nanti. Sempat lak main One Piece Pirate Carnival masa bersiap tuh xD

Bila sampai kat tempat kawen tu, tengok orang ramai berkumpul kat luar. Pastu ada banyak giler polis. Pelik aaa. Bila dilihat betul-betul, ternampak satu kain rentangan di entrance dewan. DAULAT TUANKU. Oro? O_o Rupanya ada tetamu VVVVVVVVVIP xD Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan Menteri Besar Pahang. Uwaaahhh grand nyer majlis nih O_O Yang adakan majlis nih kawan kepada abah dan abah Ryu-kun. Pengantin laki [tak sure menantu ke anak ekekeke] member Ryu-kun ^_^ Bebaru nih ada pergi majlis kawen pihak err... tak sure pihak mana tapi kat Shah Alam laa xD Diaorang punya jugak. Terer tuuu... Pergi dedua pihak punya majlis xD

Kitaorang makan kat khemah jer. Lagipun takkan nak main redah masuk dalam dewan dengan staff royalty dalam tuh ^_^ Okay gak lauk dia. Dapat ayam bahagian dada. Tak sker bahagian lain. Ikut taste abah hehe... Sempatlah tengok Sultan and da geng berangkat pulang. First time tengok kerabat diraja up close. Secara live gitu. Memasing naik kereta sorang sebijik.

Lepas kenduri, singgah hotel tukar baju and amek otouto. Dia tak ikut gi kenduri so dia terlepaslah tengok Sultan xD Pastu kitaorang gerak ke Teluk Cempedak. Masa nih, terserempak dengan Ryu-kun dan abah dia. Siap bawak driver abah dia skali. Ohh Numlock pun ikut berjalan ke Teluk Cempedak xD Otouto sempat buli dia ... U_U Bagi Numlock berjalan atas pasir pastu curah lagi pasir atas dia. Iskkk... mentang-mentang tetel dia menghilangkan diri.

Lepas tu pergi Pekan. Tengok-tengok kilang kereta dari jauh. Abah tunjuk lokasi istana Sultan Pahang kat Pekan tuh. Siap dengan pejabat diraja sekali. Ingat nak singgah muzium tapi dah masuk waktu tutup. Eheh. Bila dah berjalan, for sure lapar, so singgah makan kat satu restoran tepi jalan nama Phuket nih.

Pesan aa memacam. Sup daging pesan satu mangkuk jer. Tapi last-last cam tak cukup. Abah pesan tambah lagi dua mangkuk. Si waitress cakap okee. Tapi bila nasik dan lauk lelain dah nak habis, sup tambahan tak kunjung tiba. Pah kata mungkin diaorang terlupa pasal sup tambahan tu. Tunggu punya tunggu, memang sah diaorang lupa. Otouto dah malas nak tunggu. Dia panggil waitress mintak bil.

Dapat jer bil, mak terus meneliti isi kandungannya. Terus mak kata, "Ehhh!! Ni dia ada caj sup 3 mangkuk nih!". Abah dan otouto pun tengok. Yup. Diaorang memandai je caj T___T Abah pun kata, "ni yang nak jadi cam orang India semalam tu," sambil capai cawan dan hentak secara gurauan. Tak bunyi pun hehehe...

Mak terus panggil waitress tuh and persoalkan pasal kehadiran 2 mangkuk sup misteri yang perlu dibayar sedangkan kitaorang tak dapat pun sup tuh. Waitress tuh cam kekwat jer. Cam malas nak layan aduan. Dengan malasnyer, dia pergi jumpa tauke dia untuk tukar bil. Dan dengan malasnyer, dia kembali semula ke meja menyerahkan baki sebenar. Belum sempat mak cek bil baru tu, dia blah cecepat. Abah kata waitress camtuh cam nak perdajal tauke jer. Dengan layanan camtuh, sure punyer pelanggan akan lari. Tak pepasal perniagaan tauke lingkup. Dan abah pun ulang lagi sekali gaya orang India semalam menghentak cawan ke atas meja hihihi... Tapi tak bunyik pun xP

Masa sampai hotel, tengok ada orang buat christmas carolling. Ada Santa Claus kurus kat tepi diaorang gegoyangkan loceng. Santa Claus paling hudus eheh... muka dahla topeng. Badan lak kurus. Iskkk... Anyway, Pah dan saya sekali lagi gi megamall malam tu. Nak gak carik cincin! Tapi lain pulak yang dijumpai hehe... MY BOSS MY HERO!!! Wahahaha~!! Akhirnya dapat jugak cerita Tomoya Nagase tuh! Uhuhu... jauhnya cari sampai ke Kuantan!! T^T

Kuantan mariii~!! xD

Malam 22 Dec 2006

Balik keje dengan penatnyer. Huuu... rasa cam malas nak makan, mandi sumer tuh haha xD Otouto balik awal. Dia suh cepat bersiap. Malam ni gak nak ke Nilai. Waaahhh!! Pulun packing habis-habisan. Nasib ada baju sedia ada kat Nilai so takdelah bawak banyak pun. Tapi beg baju takde. Iskkk... jenguk bilik mak abah carik beg. Jumpa yang jenis ble tarik tuh. Gabak T^T tapi bantai jerlah xD Sumbat sumer sekali termasuk Numlock. Hmm hmm ^_^ Ehh... nanti jap. Cecepat selongkar balik and keluarkan Numlock. Ahahaha... ada ker letak tetel sekali dalam beg. Kejam sungguh xDDDD Sampai Nilai dedekat nak pukul 11 malam. Pah ada kat ruang tamu tengok NBA kat Starsports. Masuk tido awal sebab letih (_ _)zZz

23 Dec 2006

Bangun awal. Semangat nak gi Kuantan hoho. Sekali dedekat nak pukul 11 pagi baru bertolak daa T^T Itu pun sebab Pah ngan otouto siap lambat giler. Mak bebel habis-habisan. Bawak skali Numlock. Side info : yang lelain dah hilang!!! Uhuhuhu... Diaorang merayau tah ke mana tak bebalik. Cuma Numlock jer yang setia bersamaku. Iskkk... Anywayz, bertolak ke Kuantan dengan jayanya. Abah bawak keta sampai ke Temerloh. Pastu otouto take over. Sepanjang perjalanan, berhenti dua kali untuk makan xD

Sampai MS Garden. Nama hotel. Tak tau bape bintang tapi cam mewah jer O_o Cek in. Memula otouto kena share dengan mak abah. Skali ada bilik kosong. Gumbira la dia dapat konker sengsorang satu bilik ^_^ Masuk-masuk jer bilik, terus ternganga. Besau giler!! Luas yang amat!! Pastu cek toilet. Ada shower dengan bath tub. Letak Numlock dalam bath tub hehe... Pastu mula punggah keluar ps2. Ngeee xD

Otouto datang main ProEvo dan Fifa. Bila dah merangkak petang, abah mak datang bilik ajak pergi megamall kat sebelah. Kitaorang kata nak follow tapi lewat sket. Otouto dan Pah habiskan seround lagi ProEvo dengan Pah seperti biasa, kalah teruk xD Sebelum keluar, amek Numlock, letak dia dalam laci. Cover sket dengan stoking kasi dia hangat. Duduk dalam bath tub tadi rupanyer sejuk tak hingat!! Siannyer dia T^T Shhh... dalam hotel tak dibenarkan bawak pet ^_^ Tapi biasanyer pet tuh merujuk pada kucing dan anjing kan? Hehe...

Pergi merayau kat megamall. AKHIRNYER!! Berjaya mencari Battle Royale 1 yang sekian lama cuba dicari. Uhuhuhu... gumbiranyer. Bolehlah tengok kat Bangi nanti. Pah beli selipar otromen. Kira cam selipar rumahla xD Dan Pah pun jumpa mende idaman dia. MOONCHILD. Citer jepun yang membariskan GACKT, HYDE dan... LEEHOM??? Ohhh... Leehom jadi orang jahat ^_^ Apa-apa pun, tajuk yang sepatutnya MC dijadikan WATERBOYS O_o Err... Tu tajuk citer lakonan Tsumabuki Satoshi [Queen of Lunch Hour, Orange Days, Lorelai, Tokyo Drift]. Tapi takperla. Walaupun cover tak lawa and tajuk pun salah, Pah tetap beli sebab citer tuh memang susah nak dapat iskkk...

Sempat jugak beli beberapa game PS2 sebelum berpecah dengan otouto untuk merayau memasing. Last-last skali berkumpul semula dengan mak abah. Abah ajak makan Kenny Rogers O_o Wahsaiii~!... tak penah makan KR dengan famili xD Mak follow jer sebab nak merasa mende baru. Bebalik McD KFC PHut je kan? Skali skala layan KR bes gak nih. Tapi papehal pun, makanan KR memang mahal giler T___T Tengok mak abah order cam iskkk... rasa cam dah nak sampai seratus ringgit ^_^ Tapi abah cam tak kisah sebab mungkin first and last kot hehehe...

Masa tengah tunggu hidangan sampai, terdengar bunyi cawan dihempas kuat tak hingat! Secara auto, sumer toleh ke belakang. Nampak satu famili India kat belakang. Si suami cam marah giler. Oooo dia ker yang hempaskan gelas tuh? Nasib tak pecah. Tak berapa dengar tapi adalah cam, "Ini servis hape ni?!" dan, "Saya tarak order makanan ni! Siapa suruh awak masuk ini dalam bill saya? Awak mau tipu saya ka?" dan, "Apa? Ingat saya takder duit ka nak bayar?".

Sumer tuh dinyatakan secara menengking dengan kuat. Si waitress terkial-kial nak defend-kan diri. Yelah. Orang yang amek order, tak sama dengan orang yang hidangkan makanan dan juga tak sama dengan orang yang kirakan bill. Lainlah kalau setiap waitress dikhaskan untuk jaga satu meja cam biasa caterer kat kenduri kawen T___T Hapalaaa... Kebetulan, waitress tu cuma bagi baki dan resit. Tak tau pun pasal order si India tuh sebab yang amek order dia waitress lain. Dia pulak yang kena fire. Siannyer. Dahler depan orang ramai. Sure dia malu tak hingat. Isteri dan anak si India tu tunduk semacam. Mungkin takut dengan si suami. Mungkin juga malu dipandang oleh orang ramai yang kurang senang dek diganggu ketenteraman dengan pekikan si India.

Setelah sumpah seranah berjela, dia pun bangun meninggalkan KR bersama familinyer. Staff KR sempat cakap, "thank you and come again to KR!". Entah perli atau memang protocol sebab diaorang takde pulak cakap camtu masa kitaorang nak balik ekekekeke... Apa-apa hal pun, abah ngan otouto dok ajuk-ajuk si India tuh bila dia dah blah. Eheh... ^_^ Satu insiden yang kitaorang satu famili akan hingat sampai bebila xD

Yang lelain bersambung dalam entry seterusnyer. Penat menaip wooo xD

Jumaat, Disember 22, 2006

bloggieventure~! xD

Walalala~ xD Yesterday, merupakan hari untuk melakukan aktiviti melompat dari blog ke blog. Usagi-chan desu~! xP Macam-macam cara orang mempersembahkan bloggie memasing. Ada yang jiwang. Ada yang ilmiah. Ada yang bersastera. Ada yang rojak. Ada yang bertema. Pendek kata, memacam gayalah. Dan yang paling menarik untuk dibaca adalah bloggies yang memaparkan kehidupan seharian diaorang dalam bahasa yang mudah ^_^

Interframe sket... Jelesnyer dengan Aegis85 yang terer jepuuuuunnnn... T^T
Tu pun baru tengok kat blogspot. Lum lagi kat xfresh. Iskkk...
Sorry dah lama tak jenguk Krekotaku ekekeke...
Tapi akan try atasi posting Treff yang beribu-ribu tak hingat tuh!!
Okay. Dah habis interframe... xD

Sila sambung semula. Sila. Sila... Tumpang lalu yer...

Ahem. So err... what caught my interest, usually bloggies yang fun, bersahaja dan kengkadang mampu membuatkan saya tergelak. Yang berat-berat, yang skema, umm... tengok mood ekeke. Mungkin sebab saya tak suka perasaan duka-lara. Hidup mesti ceria walaupun problem berlambak. Motto hidup ahaha xD Sebab tu kot interest saya lebih kepada mende-mende yang bagi orang lain, tak matang langsung xP Sker hatilah nak kata apa. Be-daaaaaaaaa!! xPPPPP

Anywayz, pape hal pun, semua orang ada citarasa tersendiri. Kan? Kan? Kan?

Khamis, Disember 21, 2006

hiyahhh!!

Semalam balik naik komuter. Tren ke Seremban delay 20 minit lagi. Ramai orang makin berkumpul kat stesen Serdang untuk ke Seremban. Kena berasaklah nampaknya. Sebab memang sedia maklum. Tren mesti punyer penuh! Biasa naik dedekat nak 6.30 punya. Tapi sebab delay semalam, dah dekat nak pukul 7 baru nampak muncung kepala tren huhuhu...

Seperti diramalkan, ramai nak serbu masuk tapi sket jer nak keluar. Terdetik perasaan hangin di hati tengok orang-orang nak masuk tuh, main terjah masuk tanpa bagi peluang orang nak keluar tu keluar. Iskkk... Biasa ada satu kaum tuh wat cam tuh. Umm pepandailah teka ekk... xD Tapi tulaaa... orang nak keluar lak cam terseksa nak keluar. Hampes punya orang-orang yang terjah masuk tuh. Taula nak dapat tempat tapi bertimbang rasalah sket. Dahulukan orang nak keluar dulu. Haparaaaa...

Teringat masa naik tren ke MidV. Pemandu dia siap bagi announcement kat setiap stesen, "sila dahulukan penumpang yang ingin keluar!". Ulang sampai dua tiga kali. Bagusnyer pemandu tuh ^_^ Siap dengan nada suara ala-ala geram ekekeke... mungkin dia pun tensen tengok orang-orang berebut masuk.

Berbalik kat citer tadi, akhirnya saya pun dapatla gak tempat. Tapi peliknyer. Ada satu ruang kat dalam tu lapang. Tapi semua yang masuk, menempek jer kat tepi pintu. Sesak semacam. Sanggup tuuuu! Takmo gerak ke dalam. Yang sedia ada kat dalam, tak nak berganjak daripada tempat asal. Saya jugak yang gi kat ruang tengah tuh. Selesaaaaa... xD Dan ohhhh... patutlah takde sape sudi ke situ. Takde tempat nak pegang rupanya xD Tak kisahlah. Yang penting, saya tak dihimpit sesapa. Ohohoho~... xD

Masa tren bergerak, memula slow pastu laju. Mujurlah saya jenis tak sker high heels. So saya dengan selamba dapat berdiri tanpa terjatuh. Kira menten aaa posisi dengan penuh machos.
Yang pegang tiang pun terhuyung hayang o_O Pelik. Patutnya saya yang camtuh sebab langsung tak pegang pape sebaliknyer bergantung pada kekuatan graviti badan sendiri xD Terer tuuuu...!! xD Tapi yang hampesnyer bila yang pegang-pegang tiang and kerusi mula menghimpit ruangan tengah tadi. Ohhhh maaaaaaaaanyyyyakkk cantik!! Tadi jual mahal... T_____T

Ohhh satu lagi perkara saya cukup anti masa naik tren ialah orang-orang yang sker konker tiang. Bolot sengsorang. Camler tiang tuh dia punyer T__T Selalu nampak orang [biasanyer pompuan iskkk especially yang ber-couple-couple-an termasuk minah indon] yang menyandar belakang diaorang kat tiang tuh. Kan susah orang lain nak pegang! T___T

Lagi hangin kalau dah ada orang yang memang sedia pegang dari awal. Pastu 'kumpulan penyandar tak makan saman nih' masuk. Then selamba derk gi nyandar. Tak pepasal orang tuh terpaksa lepaskan pegangan. Siannyer!! T^T Tapi ada jugak tak nak lepas [cam saya ekeke...]. Kalo laki tak lepaskan, nanti dituduh oleh diaorang menggatal sebab pegang belakang diaorang. Especially kat bontot. Tak ker hampes tuh? Sian laki-laki pemegang tiang yang innocent ekeke xD Kalau pompuan, diaorang lagi berani nak nyandar habis-habisan. Sampaila pompuan tu lepaskan. Kira victoryla T___T

Mende ni terjadi masa saya gi MidV harituh. Saya, Pah dan beberapa orang penumpang dari UKM, dah lama memegang tiang tuh sampaila ke Bandar Tasik Selatan. Sepanjang setiap stesen, akan ada pemegang baru yang join xD Bila tiba kat BTS, ada sekumpulan remaja laki dan pompuan masuk. Terus menuju ke tiang. Salah sorang pompuan selamba derk gi sandar kat tiang tuh!! Tak pepasal sumer yang pegang cam terpaksa lepaskan tangan sebab tak selesa tangan diaorang dihimpit badan minah bangang tuh.

Saya dan only a few tak. A few tu mencari posisi pegangan yang lain tapi saya kekal kat posisi asal. Selambanyer dia himpit tangan saya. Iskkk... Tren mula bergerak. Slow kendian laju sket. Saya mengira masa sambil merasai pergerakan tren. Tetiba dengan sengaja, saya memusingkan badan secara tetiba membuatkan beg Garfield terus menampar badan dia. Mwahahahaha~!!! Masa tuh plak tren dalam posisi membelok xD Dia cam terkejut and nampak marah tapi saya buat-buat bodo tak perasan beg terkena dia. Dia pun terus menyandar lagi. Bila belok lagi, sekali lagi saya buat mende yang sama tapi dalam arah berlawanan. Dan lagi untuk kali ketiga! xD

Akhirnya dia menjauhi tiang!! Mwahahaha~!! Rasa cam nak gelek gumbira xD Dan orang-orang lain yang sebelum ni memegang tiang, mula beransur untuk pegang kembali. Victory!! (^V^)v Pah siap tanya, "along, tadi beg along terkena dialaa...". Hua hua...!! xD Saya pun jawab, "ohh? ye ker? tak prasan pulak.." xDDDDD Tapi dari kerlingan mata, nampak penumpang lain cam tersenyum sinis tengok pompuan tadi makin menjauhi tiang xDDDD Ohhh saya telah berkhidmat untuk masyarakat pemegang tiang~!! ^O^

Moralnyer kat sini... berhati-hatilah dengan beg Garfield saya. Rowr...!

xO

Rabu, Disember 20, 2006

Kaomoji mania~!

Excerpt from maestrosync.com :

"Japanese-style emoticons (also known as anime emoticons, verticons, or kaomaji) differ from conventional emoticons because they are viewed vertically. These emoticons borrow heavily from the anime drawing style, with a lot of expression shown using the eyes. These emoticons are often abbreviated by leaving off the parentheses, so (^_^) will become ^_^. They can be further abbreviated by leaving out the mouth, so ^_^ becomes ^^. The longer the mouth, the stronger the emoticon's meaning."

o(^_^)o .... 'yes!' (hands at sides)

(*_*) / (O_O) .... amazed

m(_ _)m ... apologising (bowing)

(-_-)zzz / (z_z) ... asleep


Excerpt from writerresponsetheory.org :

"Kaomoji, (literally, "face mark") are a japanese lexicon of emoticons. Unlike emoticons however, kaomoji are primarily vertical rather than horizontal, and based on a rich component grammar, and this richness brings them much closer to ASCII art depictions of faces than the iconic shorthand of a smiley. The variety of kaomoji is staggering, and many make use of mixed western characters, hiragana, katakana, dingbats and more."

Some samples from harapan.co.jp :

Smiling

(^o^) ... ^-^; ... (^-^)

(^^; ... (^o^)/~~ ... (^.^)

(^o^; ... (^_^) ... (^-^;

(^O^) ... (^.^; ... (^0^)/~~

(^o^)/ ... (^_^; ...(^^)/

Kaoanis dari Ragnarok Online xD :
wtf?! ye..? ye..? ...umm... scissors! ???

Click for more kaomoji samples from tokai.or.jp~!

Papehal pun... idup kaomoji~!! Mwahahaha~!!! xD

~ s p r e a d i n g / / d a / / k a o m o j i n e s s ~


Sebenarnyer entry nih untuk wawarkan saya dah tukarkan smilies biasa dalam cbox tu kepada animated kaomoji ekekeke... tu jer... xP

Selasa, Disember 19, 2006

Spamz

Suka berforum? Saya suka. Especially kalau forum tu berkaitan dengan manganime. Tapi saya cukup anti dengan forum yang mempunyai tahap spamming melampau... T^T ... iskkk. Rasa cam nak baham sekor-sekor spammers tuh. Kanibal pun kanibal lah asalkan forum tuh bersih daripada spam.

Apa itu spam? Mende-mende ngarut yang tak berkaitan dengan topik perbincangan. Selain daripada spam mail, juga ada spam postings. Kalau dah lama jadi forumer, dah tentu biasa jumpa dengan spammers yang cukup hampes nih.

Identiti diaorang senang jer. Dalam sebarang thread perbincangan, tetiba terselit kekata cam "hello" ke "wazzup!!" ke. Tak pun pape ayat yang memang lari giler dari topik. Biasanya n00bs dipersalahkan. Tapi rasanya bukan semua newbie buat camtu. Poster veteran pun tumpang sekaki.

Ada juga spammers yang sekadar post smileys jer manjang dalam setiap posting. Takde ayat. Cuma smiley. Spammers cam nih yang hangin nih. Memberatkan thread dengan grafik yang tak perlu [sebab kengkadang spammers nih pun sker guna siggy besar gabak]. Urghhh... kalau takde mende nak cakap, tak perlulah post pape. Kan senang? T________T

Satu lagi jenis spammers adalah yang sker buat double, triple, dan seterusnya sampai ke sejuta ke kalau boleh, posting. Hangin gak nih. Lelebih lagi kalau dah sedia ada butang EDIT POST. Apa guna butang tuh kalau bukan untuk digunakan??? Posting bebanyak rajin pulak. Klik edit seciput tu malas. Grrr...

Spammers cam nih biasa muncul kalau forum tu ada sistem ganjaran. Cam setiap kali post dapat duit ker [gold, copper, kupang, zeny, blablabla...]. Dan mende tu boleh ditukarkan untuk keistimewaan seperti penambahan quota private message inbox ke, penukaran title nama ke, 'bayaran' untuk download manga 'sensasi' ke...

Gaiaonline punya forum pun bersepah dengan spammers. Sebab setiap kali post, akan dapat gold. Gold tu pulak boleh digunakan untuk beli kelengkapan avatar memasing. Cukup anti baca post-post yang ditulis spammers... T_______T

Mungkin sebab aura bekas supermod masih terasa maka muncul la perasaan hangin tuh hahaha xD Uhhh dah lama meninggalkan animechains sejak mula apprenticeship dulu. Pastu berjinak-jinak dengan Krekotaku tapi tu pun dah lama tak menjenguk muka. Dua tu jelah forum yang pada saya, bebas spam. Sayang forum-forum tuh xD

Animechains merupakan forum antarabangsa. Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa. Adalah merupakan satu penghormatan dapat kepercayaan menjadi supermod kat situ ^_^ Sebenarnya dapat tawaran jadi mod jer. Tah camne tetiba naik pangkatlah pulak xP Dengan kuasa saya masa tu, banyak thread spam berjaya dibungkus. Mwahahaha~!! Kijam! Kijam! Spammers yang berjaya dikenalpasti di-ip-ban-kan. Setiap satu subforum ada sampai 5 atau lebih mod. Semuanya untuk memastikan Animechains bersih sebersih bersihnya. Siap ada subforum khas untuk spammers kalau diaorang gatal sangat nak mengganaz.

Tapi last-last kena ucap bye-bye sebab masa untuk melayari net makin terhad. Tugas diserahkan pada orang lain. Untuk Krekotaku, takde pegang pape jawatan. Tapi tak kisahlah sebab semua forumers kat situ tau jaga etika dan jugak benci spamming cam saya ^___^ Sebagai bekas mod, saya cukup suka dengan keadaan aman damai camtu xP

***NT SPAMZ***

Isnin, Disember 18, 2006

cak-cak-cak

Walalala~ xD Nampaknyer percubaan untuk menyelitkan lagu dalam blog berhasil dengan jayanya! Itupun nasib baik ada lagu tu hosting kat radio-blog. Tapi still tengah cari cara lain untuk uploadkan player yang mana lelagunya adalah pilihan sendiri. Dah dapat dah site tuh. Masalahnya nak ejas saiz player tu dengan column blog nih yang kecik teramat haha xD So, buat sementara waktu nih, kena berpuas hati dengan player kecik sumbangan radio-blog ^_^

Hari tu tinjau-tinjau J-Bleach dan dapat link ke promo movie terbaru Bleach. Cam menarik jer sebab Zaraki-sama dan Byakuya serta Renji-kun ada xD Memories of Nobody tajuknya. Tak sabar nak sambar xD Dahla dah lama tak tengok Bleach uhuhu... baca manga jer kat net ^_^ Tu pun belum sampai lagi part Arrancar tuh ke apatah nama puak tuh.

Minggu lepas sempat tengok Cicakman. Hmm memang kagum aa teknik CGI especially masa wat keadaan bandar Metrofulus tu. Overall, citer tuh okay. Karektor Aznil spoil sket sebab banyak sangat "haha-haha" nya... T^T ... Suka tengok Adlin Aman Ramli dan AC Mizal sebagai Ginger brothers. Spin off daripada The Matrix xD

Jalaluddin Hassan sebagai presiden Metrofulus memang tepat xD Comel tengok dia kena 'cabul' dengan Cicakman hahaha xD Yang si Fasha tu ehh... watak dia cam tak best. Tak tau motif apa dia perlu muncul. Mungkin sebagai penyumbang all access card tu? Ohh masa part tuh kelakar xD Nama Fasha dalam citer tu Tania Ashraf. Dia setiausaha Dr. Klon [Aznil] so diberi pas all access.

Kebetulan, Hairi [apek] dan Danny [Yusry] tengah cari jalan nak masuk opis Dr. Klon untuk menyiasat apa rancangan Dr. Klon sebenarnya. Hairi terlanggar dengan Tania kat stesen LRT dan amek kesempatan tu untuk mencilok card Tania. Bila sampai kat tempat pengesahan, Tania terpaksa ditahan sebab takde access card. Hairi kat belakang lak selamba derk lalukan access Tania kat komputer.

Pastu bila kedengaran suara komputer kata, "Tania Ashraf. All Access.", si Hairi sengaja batuk-batuk dengan kuat sambil berkata, "Tahniah! Tahniah ke atas saya sendiri kerana sampai opis!" ke camne tah dialognya tapi memang kelakarlah xD Nak cover nama Tania dengan tahniah xDDD

Sabtu, Disember 16, 2006

Karaoke bersama! xD



Tanaka Rie - Fields of Hope
Insert Song : Gundam Seed Destiny


konna ni tsumetai
tobari no fukaku de
anata wa hitori de nemutteru

inori no utagoe
sabishii nohara wo
chiisa na hikari ga terashiteta

anata no yume wo miteta
kodomo no you ni waratteta
natsukashiku mada tooku
sore wa mirai no yakusoku

itsuka midori no asa ni
itsuka tadoritsukeru to
fuyugareta kono sora wo
shinjiteiru kara
Fields of hope

umarete kita hi ni
dakishimete kureta
yasashii ano te wo sagashiteru

inori no utagoe
hitotsu kiete mata hajimaru
tayorinaku setsunaku tsuzuku

itsuka midori no asa e
subete no yoru wo koete
sore wa tada hitori zutsu
mitsukete yuku basho dakara

ima wa tada kono mune de
anata wo atatametai
natsukashiku mada tooi
yasuragi no tame ni
Fields of hope

natsukashiku mada tooi
yakusoku no nohara
Fields of hope
Fields of hope


Translation :

Beneath a veil so cold,
You deeply sleep, all alone
The melody of prayer; on the lonely fields,

a little light shinedI watched as you dreamed
You laughed like a child
So dear, and yet so far -

That is the promise of our futureThat one day, on a green morning,
One day, we will make it there
Because in this wintered sky
We still believe
Fields of Hope

On the day we were born, we were embraced
And now we search for those gentle hands again
The melody of prayer; one vanishes,

And all begins again; a powerless, painful continuation
One day, to that green morning,
We'll cross through all these nights

Because that is the place each one of us searches for
Now, within my own heart,
I want to keep you warm
So dear, and yet so far -
In the name of peace
Fields of Hope

So dear, and yet so far -
The fields of promise
Fields of Hope
Fields of Hope

Jumaat, Disember 15, 2006

oro?

Hmm... bebaru ni Ryu-kun ada forward link ke Youtube. Bukan amv anime cam biasa tapi video pasal real life issues. Couple couple kat Taman Cempaka Bangi. Bangi tuuuu...! Sumber dikatakan diperolehi daripada mykakis. Err... search aa sendiri kat google sebab saya malas nak bagi link ke site tuh xP

Anyway, perlu diingatkan, mykakis tuh site yang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Banyak pasal paparan skodeng menyekodeng. Site tuh pun rasanya ada link dengan site yang umm... pepahamlah xD Tapi saya tak sure sebab tak explore mykakis. Saya cuma tengok kat apa yang dihidangkan dalam Youtube.

Tag untuk mencari, senang jer. Tulis la tudung, melayu, couple. Akan keluarla senarai video pasangan melayu yang kebanyakan perempuannya bertudung, bercanda-candaan di taman Cempaka tuh. Memacam gaya O_o Ohhh... Bangiku dah tercemar... T^T ... ni yang rasa cam nak jadi budak Nilai terus ekekeke...

Anyway, pas tengok sedikit sebanyak, saya pun jadik bosan. So cari tag lain. AMV anime dan lelagu j-rock hahaha xD Sker tengok band Psycho Le Cemu yang comel. Padahal diaorang J-rockers xP Layan rock band jepun lagi best daripada tengok mende alah tuh uhuhuhu...

arah jam dari kiri : lida, yura-sama, aya || depan diri : daishi || duduk : seek

Khamis, Disember 14, 2006

Dilema tul... T^T

Semalam tidur lambat. Habislah. Mesti ngantuk tahap cipan kerja nanti xD Tu pun, nak nak jer tengok Champions League alang-alang masih lagi berjaga. Tapi Liverpool tak lawan. Arsenal dan Man U jer. So tak jadi nak tengok.

Semalam gak, abah and mak balik Bangi amek Pah untuk ke Nilai. Saya dan otouto masih remain kat Bangi. Abah sempat tanya, nak gi Kuantan tak nanti. Best nya. Outing satu family ke Kuantan. Tapi kaaaaannnn... kalau pergi Kuantan, bermakna tak pergi majlis perkahwinan kawan 25 Disember nanti...

Jadi, persoalannya di sini, mana satu lebih penting? Bersama keluarga or pergi menghadiri majlis kawan? Siapa yang perlu dikorbankan untuk memuaskan perasaan pihak lain? Kalau ikutkan, memang nak gi Kuantan huhuhu... bukan senang dapat gi sana.

Tah camne, terjawab kat abah, tak dapat kot sebab kawan kahwin. Iskkk... abah terdiam jap pastu angguk jelah. Iskkk... kalau masa boleh diputarkan semula, nak jer erase ayat tuh huhuhu... Dahlah tak ikut abah mak gi Kedah Jumaat ni lawat Lelidin. Iskkk...

Tu pun abah ada tanya tapi saya terpaksa decline sebab tak sempat dah nak mintak cuti. Abah mak rancang nak gi Jumaat pagi. Otouto pun terpaksa menolak gak untuk ikut disebabkan isu yang sama. Dia tengah praktikal sekarang.

Uhhh... tak ikut gi Kedah. Pastu tak ikut gi Kuantan... cam mengelakkan sebarang aktiviti bersama family jer... Iskkk... bukan camtu! Bukan! Huhuhu... nak sangat ikut... sedeynyer...

T^T

Rabu, Disember 13, 2006

Cuti jap xP

Entry kali nih pendek jer [agaknyalah haha...].
Setakat nak melaporkan :

Saya akan sibuk sikit mencari duit di Gaia jadinyer, blog nih akan terabai sikit ekekeke... tapi blog tetap akan di-update seiring dengan jurnal harian saya di Gaia.

Akses ke Gaia tak dapat dilakukan dari opis so memalam saya akan full dengan aktiviti mencari duit di Gaia. Ohhh dunia onlineku kembali hangat! xDDD

Target utama mencari duit adalah untuk membeli pancing lebih berkualiti untuk menangkap ikan-ikan lebih besar. Semalam telah membazirkan sebanyak 1k untuk baju dan seluar jer. HAMPES!!

Setelah pancing diperolehi, duit akan dikumpulkan lagi untuk menukar stylo rambut daripada hitam ke glossy rainbow. Ekekeke... masa tuh jugak, penetapan imej akan mula difikirkan. Semua ni perlu untuk penyediaan memasuki arena show off your avvy.

Di samping penetapan imej dan stylo, juga akan menjalankan editing pada layout profile untuk menarik commenters ^_^ Aktiviti merayau mencari sampah juga diteruskan.

Sekian laporan dari Gaia.

Hehe...

Sabtu, Disember 09, 2006

Gaia Online

New addiction!!

koro-chan!! Hehehe...Pah punyer... xD

Sekarang berhempas pulas mengumpul gold dalam dunia virtual GaiaOnline wahahaha xD Mende alah ni bukan online game yang biasa. Lebih kepada komuniti online. Ada forum, ada blog/jurnal... pendek kata memang site yang punya kelainan ^_^

Bila kita masuk jer GaiaOnline, sesape yang belum berdaftar akan kena regis dulula tapi mende ni percuma so don't worry bebeh! Pas dah regis, kita dikehendaki pilih avatar kita sendiri. Menariknyer tentang avvy ni, bukan sekadar gambar tempelan seperti forum-forum biasa. Tapi kita cam reka watak online kita sendiri! Wahaha~ best best! xD

Maksudnya, kita boleh pilih samade nak jadi lelaki atau perempuan. Bapuk mahupun tomboy tiada dalam pilihan yeee... Pastu ada fesyen rambut gegaya anime hehe... Pastu ada pilihan bentuk mata. Nak mata comel ke, mata blur ke, mata dingin semacam ke, terpulangla xD Last sekali warna kulit pelbagai pilihan.

Dah habis reka watak kita tu, activate account sumer tu, kita akan menjalani satu quest ala tutorial. Setiap kali complete sesatu quest, dapat reward berpatutan. Senang jer. Jangan bimbang. Mende alah tu untuk membiasakan kita dengan persekitaran GaiaOnline tu.

Bila dah complete quest tu, maka bebasla kita untuk merayau site tuh. Menariknyer tentang site tu, setiap kali merayau dari satu segmen ke segmen yang lain, kita akan dapat duit [gold]!! Pos dalam forum pun dapat gold. And kalau guna function pm dan jurnal entry untuk kali pertama, pun dapat gold! Gold-gold yang terkumpul, membolehkan kita pergi bershopping! Yay! Baju baru! Seluar baru! Cam shopping biasa. Cuma avvy kitala yang pakai baju sumer tuh xD

tukar style dan bebaju yang ada dalam inventori... sket jer baru huhuhu...

GaianOnline juga menggunakan konsep online gaming cam RO tapi takdelah seccanggih RO xP Maksudnya, kalau kita online and kawan kita pun online, kita boleh sesama masuk town-town dalam Gaia untuk menggoyangkan pokok, batu dan semak untuk mencari duit bersama hahah xD Tak lupa juga menangkap serangga dan pergi memancing ^_^

Kebetulan rumah saya memang ada LAN sebab kitaorang guna hub yang disambungkan pada router ADSL untuk connect 3 pc talian streamyx. So, saya dan Pah pun online sesama and had great fun merayau sesama dalam dunia Gaia tuh ^_^

Di samping goyang-goyangkan benda untuk keluarkan duit, mancing untuk dapatkan ikan yang boleh dijual serta serangga yang boleh ditukarkan dengan item lain, kita juga kena bersihkan bandar-bandar dalam Gaia tu daripada sampah-sarap ^_^ Sampah-sampah tu pulak boleh recycle jadi item lain cam topi ke apa ke. Promote alam sekitar tuuuu xD

Bonusnyer, kita boleh juga kutip bunga-bunga liar. Sekadar nak penuhkan inventori atau untuk diberi pada kengkawan sebagai cenderahati ^_^ Boleh juga ditukarkan dengan item lain. Best giler! xD

Memang addicted... @_@

Khamis, Disember 07, 2006

Tetel pauwaaa...!! - Da Return...

Dah lama tak cerita pasal kekura hehe ^_^ Numlock dah 5 bulan bersama saya. Masih sihat bertenaga dan yang paling jinak O_o Dulu dia bukan main agresif. Agaknya dah biasa kot dengan kehangatan tangan saya cewah xD Dia yang paling tak banyak karenah. Dengan sayalah. Dengan orang lain terutamanya otouto-chan, dia takkan sejinak itu xD

Keyboard yang pernah merantau dan hilang selama 4 hari, masih tak biasa dengan tuannya uhuk... Delete yang sebenarnya dibelikan untuk otouto-chan, makin jinak. Tapi bebaru ni dia dua kali pergi merayau masuk bawah katil T___T Habis berhabuk satu badan. Bila berjaya dikeluarkan, rupa dah macam cotton candy daa...

Sekarang terrarium diaorang saya dah ubah sikit. Letak kain towel tak dipakai sebagai daratan untuk diaorang. Time makan jer baru bagi diaorang berendam dalam air. Dan nampaknya, diaorang memang suka cara hidup camtu O_o

Minggu lepas ada pergi pet shop kat MidV tu. Saje tengok-tengok kalau ada aksesori kekura. Ada memang ada tapi terrarium jelah. Tu pun mahal nak mampus xD Pastu tengok kot-kot ada kekura yang menarik untuk dibeli haha.

Dapatlah nampak spesies Star Tortoise yang shell dia kembung semacam cam mangkuk terbalik tu xD Rasa cam nak beli tapi setakat niat jela tanpa keinginan yang padu xD Lebih prefer spesies red-eared sliders. Terrapin comel berwarna hijau ^_^ Star Tortoise warna hitam kuning. Cam kumbang. Yaks... Lagipun mahal giler.

Pet shop tu pun ada jual terrapin gak. Kecik giler!! Comel sangat!! Mata bersinar-sinar nak tambah koleksi tetel di rumah hahaha... tapi sekali harga RM18 sekor. UIKS!!! Numlock and the geng pun saya beli dengan harga RM8 jer... T______T

Rabu, Disember 06, 2006

Meh kita bercerita sket

Dah lama tak update. Busy sikit eheh... Tapi rajin pulak tengok blog orang lain xD Anyway, kerja makin bertambah sebab dapat projek baru. Usahasama dengan sebuah bank terkemuka. Eceh~ceh... Tapi tak naklah cerita pasal kerja.

Bebaru ni citer korea kat AEC dah tamat. Tapi tak pernah tengok ahahaha xD Niat nak tengok tapi asyik tangguh jer. Last-last dah habis daa... Tapi takperla. Mungkin ada ulang tayang kot. Kalau takde pun, kena sambar cd jelah xD Actually, nape ekk lebih prefer cerita oriental berbanding melayu? Nape? Why? Naze???

Salah satu sebab mungkin tema kot. Korea jepun pelbagai. Takdenyer pasal bisnes-bisnes hartanah ker, engineer ker, arkitek ke... cite bisnes pasal barangan kosmetik pun jadi. Cam citer Jang Hyuk dan Jang Nara berlakon tuh [A Successful Story of a Bright Girl]. Ada gak citer pasal bisnes taman tema yang Jang Nara [lagi!], Kim Rae Won dan Kim Jae Won berlkon tuh [My Love Patzzi]. Kan lain daripada lain tuh xD

Tapi tak dinafikan, citer korea banyak klise pasal cinta tiga segi. Sebab tulah saya lebih prefer Jepun wahahaha xD Citer Jepun lebih menarik. Jangan marah aaa para peminat citer korea xP Mungkin sebab utamanya ada banyak cerita yang disadurkan daripada manga. KUROSAGI cerita pasal penipu. GTO citer pasal cikgu samseng tapi best giler. BATTLE ROYALE citer kontroversi pasal killing to survive. SHINOBI citer pasal ninja. NANA citer pasal persahabatan dua gadis nama sama tapi perwatakan berbeza. ICE WORLD citer thriller. POWER OFFICE GIRLS ragam pekerja pejabat kelas bawahan. NOBUTA WO PRODUCE citer pasal kita tak semestinya jadi orang lain untuk popular. ORANGE DAYS percintaan gadis bisu dan lelaki biasa. Banyak lagilah. Tak larat nak senaraikan semua!

Pendek kata, memasing ada minat sendiri dan sebab kenapa diaorang suka. Saya lebih suka cerita bergenre komedi with a little action. Nak jiwang boleh, tapi takmo meleret sangat. Dalam erti kata lain... tak berapa gemor citer cinta tiga segi. Tapi what to do kalau terpaksa ada adegan camtuh. Hmm... But then again, citer Melayu yang saya sker tengok adalah Inikah Cinta lakonan Fahrin Ahmad, Nasha Aziz dan Ako Mustapha. Cambest lak walaupun cinta tiga segi hahaha xD

Isnin, Disember 04, 2006

Deathnote Quotes

Some interesting convies I found at Deathgod.org.
Disclaimer : Everything belongs to them. I'm just copy-pasting. If you wanna credit, go credit them ^_^

"Light: What was it?
L: Nothing. Just another of Matsuda's unimportant idiocies
Light: Well Matsuda does have that natual ignorance.
Matsuda: Those two know that we can hear them right?" (38)

Near: "Thank you for your useful information. You two may go back now.
Aizawa: You heard that much and just say 'go back'"
Near (pouting): And so I thanked you for your useful information..." (80)

Near: "Rester could you come back one more time to command the center in New York?" (he's currently in Japan)
Rester: One more time?"
Near: I'm also going to Japan"
Rester: So during that time you want me to come to New York and stay watch?"
Near: No"
Rester: Then why do you want me in New York?"
Near: I've never experienced the first class procedures of riding a plane alone, so I want you to come back so we can go together." (89)

Near: "What is it L?
Light: Misa Amane and Mogi are missing"
Near: Yes. We have abducted them.
Light: Near...Nan no tame ni? (for what?)
Near: Nen no tame ni. (Insurance)" (95)

"Giovanni: if there is shinigami, I might die, right?
Near: Yes.
Giovanni:.....
Near: if you are scared, I'll ask Lester to go.
Lester: ............."

"Misa: Who touched my butt?
L: *sneaks hand behind back* How imprudent! That's unforgivable! I shall catch the culprit!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...