Vrooommm...
Ohh bukan saya yang bawak teksi ekeke... saje efek sebagai pembuka cerita. Saje nak citer pasal teksi. Pengangkutan awam yang kadar tambang patut ikut meter tapi jarang nampak si drebar guna pun. Hurmmm...
Kat Bangi ada macam-macam kaler. Tu belum termasuk keta sapu. Pesal ek panggil keta sapu? Takdelah nampak keta tu sapu apa-apa. Sapu pelanggan teksi kot. Entahlah... Ehh pesal lak melalut pasal keta sapu. Teksi!! Fokus utama entry ni adalah teksi!
Berbalik pada isu kita tadi... teksi ada macam-macam kaler. Ada oren. Ada hijau. Ada kuning. Tapi yang biasa nampak, dah tentulah merah. Ada jugak hitam tapi yang jenis lama la. Penah sekali naik. Huiii... antik giler xD Rasa cam kembali ke zaman dedolu.
Teksi ada gak yang baru. Ada yang lama. Penah gak naik teksi Waja. Best giler. Ekon kuat, radio gempak. Seat pun selesa. Barula katakan. Pak cik Melayu yang bawak. Penah juga naik teksi cam sket lagi nak kojol tengah jalan. Iskkk... seat lunyai, bau hapak... pendek kata, tak bes langsung! Bukannya nak kutuk tapi dah namanyer teksi... memberi perkhidmatan pengangkutan, kenala buat cara perkhidmatan. Lainla nak angkut sedara-mara sendiri. Iskk tak paham betula. No offence tapi yang bawak tu Pak cik India.
Kat Bangi, susah nak cari Pak Cik cina bawak teksi. Cukup susah! Alaaa... lagipun jarang nak nampak orang cina kat sini. Kira cam golongan minoriti la. Mungkin sebab banyak kat Kajang kot. Rasanyerlah. Hmm hmm... tapi yelah. Fokus kita bukan pasal populasi kaum cina. Teksi!! Apsal la sker sangat lari dari topik utama ni? Iskkk...
Anyway, kengkadang kita boleh ternaik teksi yang sama dua tiga kali. Cam ada perasaan ehh.. cam kenal jer pak cik teksi tu? Penah ku lihat muka dia tapi di mana ya? Rupanyer sebab kita penah naik teksi dia sebelum nih. Haha. Dia pun sama. Kata ehh... macam penah hantar minah ni gi memana tapi bila masa ekk?
Samala cam saya. Kat Bangi ada sorang pak cik teksi ni. Err... patut kata abang teksi tapi tak molaa... cam tak berapa selesa nak panggil abang hihihi... Penahla naik teksi dia dua tiga kali masa bulan pose haritu. Pastu untuk sehari dua ni, naik komuter gi keje. Nak balik rumah, kena naik teksi plak. Sebab dah lama tak naik teksi and komuter nih, [adala sebabnyer ekekeke...] so cam poyo jela cari pak cik teksi kat bawah nu haa... [rujuk stesen komuter ukm].
Sekali dari jauh nampak pak cik teksi bulan pose tuh. Haha ada ke bagi gelaran dia cam tuh. Kurang asamboi betul saya kan? xP Masa tu dia pun ternampak saya and muka dia cam berubah. Kira ekspresi cam ehhh aku kenal dia nih! Pastu dia tanyala, "teksi, dik?". Saya pun hanggukla.
Pastu cam biasala kan. Bila dah masuk teksi, mestila beritau destinasi. Saya pun cakap jela, "Jalan 1/***..." [hehe secret secret xP] pastu dia tetiba balas, "taaaaauuuu...". Uiksss... Dia hingat?! O_o Baru dua tiga kali naik teksi dia ahahaha xD Gitula adanya. Dalam tetiga hari straight naik komuter, tetiga hari straight saya naik teksi dia. Macam janjila plak. Ecehhhh... xD
Oh yer. Saya ada persoalan tentang teksi. Sebagai pemandu teksi, patut ke tak patut penumpang yang bagi arah? O_o Kalau kat England, biasanya kita cakap je nak gi mana, pak cik teksi tu dah tau kat mana nak bawak tanpa banya soal. Kira dia dah pro pasal jejalan nih sumer. Siap tau shortcut lagi. Kat Malaysia pelik sket. Kengkadang diaorang tak tau. Kita plak yang kena bagi peta.
Tu pun nasib baik kita tau. Kalau yang tak tau camne? Tak ke haru? Contohnyer cam orang dari kampung nak lawat sedara kat bandar untuk kali pertama. Sure dia tak tau jalan. Harapkan pak cik teksi jela. Tup tup pak cik teksi lak tak biasa dengar alamat yang diberi. Iskkk... Sianla kat si penumpang.
Lagi satu, nape kebanyakan pak cik teksi india sker bawak lelaju? Ke pak cik teksi india kat Bangi je yang bawak camtu? Cam racing formula one! Pastu main hentam jer langgar traffic rules. Saya yang takde lesen ni pun tau mana leh tetiba memecut dari lane straight tetiba masuk kanan sekali gus memotong keta yang memang sedia ada kat lane kanan nak masuk kanan. Biasa berlaku kat traffic light. Ehh... korang paham tak situasi tadi? tak paham takper. Tak penting sangat ekekeke...
Tapi penah berlaku camtu masa saya dan Ryu-kun kat KL. Ada keta BMW selamba badak jer potong keta Kancil camtuh. Depan polis trafik lak tuh! Giler ahhh!! Apa lagi. Nenong nenong... kena tahan. Cesss... mentang-mentang keta gabak yer. Ada hati nak buli Kancil. Tapi keta Ryu-kun Satria ekekeke... EHHHH!! Bila masa lak dah lari jauh giler dari topik teksi nih??? Arghhh!!
Kalo kat forum, nih dah kira spamming giler nih xD Offtopic yang melampau. Aaahh... dah lama tak berforum. Semuanya gara-gara leka blogging ekekeke....
Okay cukup!! Kembali ke isu teksi tadi... heharapla pemandu teksi lebih berhemah. Kalau boleh, hafal jalan. Hafal shortcut. Jangan saje nak caj lebih.Tau ada jalan shortcut tapi saje ikut jalan jauh. Pastu komplen pasal guna minyak banyak and jadi sengkek sebab nak kena beli minyak tapi harga minyak naik. HAMPES GILER. Rasa nak lempang jer orang wat cam tuh. Dah tu, sape suh guna jalan jauh??? Guna shortcut kan dapat jimat minyak. Penumpang pun epi sebab cepat sampai.
Rabu, November 15, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 rantbacks:
ahahhahah
nih pun nak off topic sket,
kat stesen teksi Sogo ada seorang hamba Allah yang kurang waras, pakai singlet dan seluar ketat warna merah.
kerja dia, bukakkan pintu teksi orang yang nak naik teksi, kita tak boleh marah dia, nanti dia mengamuk, so, bile dia bukakkan pintu, kita ckp terima kasih je lah.
Yang peliknye, dia bukakkan pintu untuk perempuan je. Ahhahhahah!
pemandu-pemandu teksi kat sogo sume kenal dia. Lepas dia buat keja, bagi duit sket, kalo duit dia lepas untuk makan, dia balik.
ahahahhahah
try loor, koromyst pi sogo, awal2 sket.. mana tau dpt jumpa org yg bukakkan pintu tu.
ahahahhahahha
Ehh... menariknya!! xD
Rasa cam nak try pergila pulak.
Dia cuma ada awal-awal pagi ye?
^_^
Catat Ulasan