Isnin, November 20, 2006

Star Decor

Untuk sepanjang minggu ni, saya akan berulang dari Nilai. Jauh sketla daripada biasa. Abah kata pepagi abah akan hantar ke komuter Batang Benar. Balik pulak, tepon abah and abah akan jemput, juga dari komuter Batang Benar. Mak kata kalau saya dapat permanent keje kat tempat sekarang, cam kena sewa driver je. Haha xD Itulah untungnya tak reti bawak keta? xDDDD

Bilik kat Nilai memang lebih besar daripada yang kat Bangi. Dahla bilik sendiri. Tak kongsi dengan sape-sape. Bilik kat Bangi dah macam stor hehe... Nak buat camne. Dah bilik tu kongsi dua orang. Barang-barang pun dua orang punyalah. Tu yang nampak sesak semacam tu xD

So dengan bilik sendiri kat Nilai, dapatlah buktikan siapa yang suka sepahkan bilik sebenarnya. Saya atau Pah. Haha xD Dalam bilik saya, banyak letak bebintang glow in the dark tu. Saje hobi ^_^ Tak perlu lampu tido sebab bebintang tu akan jadi lampu tido secara semula jadi. Jimat elektrik. Cantik lak tuh! Bila gi kedai cenderamata, nak beli stok lagi. Memang suka kumpul ^_^

Saya pun ada gantungkan mende alah yang bila ditiup angin, akan berbunyi cam loceng. Tapi mende tu bukan loceng. Yang batang besi bila bersentuhan akan keluarkan bunyi gemerincing ke camne tah nak sebut xD Bentuk bulan dan bintang. Ahaha... obsesi dengan bintang ^_^

Kat meja solek [takdelah menyolek pun hehe] letak burner lilin aromaterapi. Bentuk teko kecik berhiaskan bulan dan bintang [lagi!]. Pastu ada tempat letak hand phone berbentuk tree stump dengan menatang hitam bermata dari anime My Neighbour Totoro. Juga tabung duit berbentuk Shiro Bomberman [Bomberman putih]. Tak lupa juga tempat simpan barang berunsur Doraemon. Hehe tema anime berselang seli dengan bintang ^_^

Kat kepala katil lak letak Hidamari no Tami hijau yang saya beli kat KLCC dulu. Ada juga hiasan bintang glow in the dark ^_^ So bila tutup lampu pada waktu malam, kepala katil akan bersinar xD Hmm hmm memang menarik pemandangan di waktu malam ^_^

3 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

ahahhaaha

menarik!

tapi, koromyst nak kahwin nanti kena guna bilik lain loor untuk bilik pengantin?

terkejut lak sedara mara tengok bilik pengantin yang "glow in the dark" tu...

ahahhahahahha

k o r o m y s t berkata...

Oh tak perlu.
Bukannyer gam pun bintang-bintang tu xD

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

ahahhahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...