Selasa, Mei 18, 2010
Koc Wanita? (O_o)
Koro menyimpulkan, tiang-tiang pink tu dianggap sebagai waiting area untuk sesapa yang ingin menaiki koc pink. Kebetulan Koro duduk kat area tu. Tapi Koro tak terasa nak naik sebab bila Koro pandang kiri dan kanan... mak aihhhh... ramai giler perempuan kat situ. Kalau kesemuanya nak disumbatkan ke dalam koc tuh, rerasa cam tin sardin jam-packed dah tu (O_O)
Di sini Koro mula terfikir... praktikal kah koc wanita itu? Memang praktikal kalau ... KTM tambah lagi satu koc so ada 2 koc wanita dan 2 koc umum. Barula wokeh sket. Sebab KTM kena sedar, yang guna kebanyakannya perempuan xD Yang laki pun kira ramai sebab ada warga asing (samada yang PATI atau yang sah) join skali =P
Satu koc tak cukup weihhhh... dan ini dibuktikan apabila sebaik sahaja tren sampai, berpusu-pusu wanita berusaha memboloskan diri memasuki koc tersebut. Cam sendat jek rasa so Koro terpaksa beralih memilih koc biasa di hujung seperti biasa.
Tapi tuh kira okay lagi tu sebab yang masuk tu semua perempuan. Kiranya para ktm-ers di UKM memang berhemah tinggi la dan tau membaca kekekeke... Tapi keadaan sebaliknya berlaku kat stesen Serdang. Diulangi. Stesen Serdang.
Masa Koro turun di situ, Koro sempat berpaling melihat koc wanita tadi. Memang ramai nak sendat masuk. Tambah hampes bila antara reramai tuh, ada gak lelaki-lelaki bangang bodo alam pun nak sumbat skali. Nih sama ada tak nampak sign tulis koc wanita tuh atau tak reti baca atau memang diaorang buat bodo jek. Koro pilih option yang akhir (-___-)
Lelaki camni memang spesies sesuai untuk ditendang masuk lubang Sparta dalam citer 300 tuh.
Koro rasa, koc wanita tuh patut disiram cat pink terang nyala. Pastu hias la dedalam dia ngan bebunga sket ke. Tingkap kasi ada langsir sket. Biar sampai laki nak masuk pun rasa segan. Barula koc wanita sesuai dengan tema dan sasaran penggunaannya. Kalau setakat tampal sign kat cermin and kaler koc cam biasa je and harapkan pengumuman kat kain rentang kat stesen jek... hoh... sampai bebila pun lelaki spesies bangang camtuh akan wujud.
Owh... dan stesen Serdang la yang Koro selalu nampak kena ada cam pegawai kawal pengguna komuter kuar masuk koc. Siap ada bebunyi wisel lagi xD Adakah ini bermakna ktm-ers Serdang kurang berhemah tinggi dan kurang arif dengan peraturan menaiki komuter? Lalalala... xD
Malah, Koro malas tul nak kuar dari komuter bila sampai Serdang. Yang menunggu kat luar, memang tak bagi can orang dalam komuter nak kuar. Berkumpul depan pintu koc cam nak buat rusuhan apa jek. Koro seringkali terpaksa henshin jadi bulldozer untuk merempuh kuar dari koc. Koro tak peduli kalau terlanggar sesape sebab yang korang dah line up dalam gitu nyer formation, sape suruh?! (-____-) Ktm-ers Serdang cuma akan memberi laluan untuk keluar kalau ada pegawai ber-wisel kat situ (-___-) Kalau tak, jangan harap la.
Nape korang macam tu? Uhuhuhu...
Koro rasa macam tetiap hari berlatih main american football rasanyer (=.=)
Rabu, Mei 12, 2010
Gaia avatar styles yang cambest Koro penah jumpa! (^O^)
Koro memang sker tekan save image as kalau terjumpa avvy cambest. Kira macam hobby sampingan gitu bila layan Gaia. Hahaha... Koro sker tengok cara para gaians yang lain menggunakan kekreativitian diaorang untuk menghasilkan avvy diaorang. Ada yang sker guna item mahal. Ada yang sker guna item murah tapi kreatif.
Ada gak avvy yang menjadi sumber ilham Koro untuk ubahsuai avvy Koro sendiri =D
Selasa, Mei 11, 2010
Koro dan Gaia Online ... lagi xP
Satu bundle tuh price biasa sekarang dalam range 550k ke atas. Koro nak target beli bundle sebab nanti boleh jual singles sebijik-sebijik. Lagi untung camtuh.
Haha... setelah 5 tahun dok melayan Gaia, tahun ni jela baru Koro serius sket nak terjun dalam dunia mp Gaia tuh. Koro join memacam investing guilds semata-mata nak cedok ilmu vending. Kiranya, Koro dah ada matlamat la dalam Gaia nih. Dari dulu lagi Koro nak jadi kaya dalam Gaia tapi Koro sekadar memasang impian jek. Tak serius xD Skang Koro dah tau cara, Koro nak praktik-kan la xD
Tapi liquidate aset nih bukan keje mudah. Pertamanya, Koro list-kan pada harga yang akan memberikan profit pada Koro. Koro tak list-kan item ikut harga lowest buy. Koro bukan list untuk item cecepat dijual. Koro list untuk dapatkan untung. Koro penah catit Koro beli item tuh pada harga belian apa untuk senang menentukan harga jualannya di kemudian hari. Nampaknya, cara Koro tuh memang berbaloi sebab Koro dah dapat kaut untung banyak camtuh wakakaka...
Di samping tunggu bebarang Koro dibeli orang, Koro kena cari sumber gold cara lain gak. Harapkan vending je takkan ke mana. Koro try stay active kat forum. Post bebanyak. Dapat gak gold sesket. Sket pun takpe. Yang penting dapat gold xD Kalau ada masa, Koro layan booty grab. Tapi Koro bukan BG hardcore so Koro takble nak kata Koro ble kaya dengan main BG jek. Sebab tuh Koro sker diversify teknik pencarian gold xD
Dan keuntungan daripada join bebanyak guild investing nih, kita dapat info cambest yang takkan dapat kat guild biasa. Cam contohnya, link untuk mendapatkan item free, updates untuk item free mana yang cambest untuk dikumpul bebanyak pastu diperap pastu dijual di kemudian hari... memacam lagila! Koro sker! xD
Koro ada stok letters/mc dari tahun 2007. Koleksi lengkap lak tuh hahaha... Koro ingat nak jual tapi tuh Koro tangguh dulu. Yang penting, Koro nak setel-kan 'membersihkan' inven Koro dulu. Pastu baru fokus kat inven-inven mule-mule Koro. Especially yang ada letters tuh. Muhaha! xD
Setakat nih Koro dah jual balik beberapa Crimson Tatsu Helms yang Koro beli dulu pada harga 3k sebijik. Koro jual balik 8k-10k sebijik. Giler untung. Wakakaka... Pearls yang Koro beli dalam 1k lebey, skang lowest buy price dalam 3k lebey. Koro list-kan pada 5k. Saje jek. Kengkadang terjual gak... muhaha! xD Koro sker!
Koro nak invest dalam RIG dulu. Bila modal dah cukup umph, Koro baru nak terjun dalam dunia investment EI lak (evolution items). Tapi Koro kena bersabar (T^T) Koro tak cukup modal lagi. 1 million gaia gold tak memberi makna sangat sekarang sebab kadar inflasi dalam Gaia terlalu tinggi! Owh~ Dx
Sekarang mc paling murah dalam 50k lebey. Dulu mc paling mahal pun dalam 40k lebey. Giler ahhh!!! Koro windukan Gaia dedolu... (T^T)
---
Maksud bagi terms yang Koro gunakan:
RIG = random item generator. Premium item yang boleh memberi sama ada kepuasan atau ketensenan sebab mende nih cam cabutan bertuah. Kalau nasib baik, dapatla item rare yang cambest giler. Kalau tak, dapat crappy item yang cam hampes xD
CI = chance items. Nama baru bagi RIG
MP = marketplace
Guild = komuniti online cam forum yang dikhaskan untuk sesape yang join sebagai member guild tuh. Dalam Gaia ada pelbagai guilds dengan pelbagai tema
Invest = melabur, yakni membelanjakan gaia gold untuk membeli item yang akan dijual di kemudian hari
Inven = singkatan kepada inventory, iaitu kira macam 'storan' untuk item kita, sama ada yang di-equip-kan pada avvy atau tidak di-equip
Bundle = merujuk pada pakej RIG/CI yang berharga 999 GC yang mengandungi 9 item RIG/CI dalam satu pakej
Singles = merujuk pada sebijik item RIG/CI
GC = gaia cash. Mata wang alternatif Gaia yang dibeli menggunakan 'duit sebenar' dalam nilai USD. Contohnya, USD10 memberikan kita 1000 GC. GC digunakan untuk membeli item premium Gaia cam MC, RIG/CI atau bebarang aquarium
BG = booty grab. Sejenis permainan menangkap gaia coins/gold dalam aquarium milik Gaian lains. Salah satu alternatif terkini untuk mendapatkan gold dengan mudah
MC = monthly collectibles. Item premium yang diedarkan khas untuk bulan tuh jer and takkan dikuarkan lagi bila bulan tuh berakhir. Dulu penah menjadi item yang hangat untuk diburu tapi skang orang pandang sebelah mata sebab RIG dengan EI lebih gempaks
Letters = nama lain untuk mc sebab mc yang masih sealed dalam bentuk letter. MC yang dah reveal dalam bentuk letter yang terbukak
EI = evolution items. Premium item yang mengandungi evolusi dengan memacam pose yang menarik untuk di-equip pada avvy. Mahal nak mampus hahaha...
Vending = Jual beli. Dalam erti kata lain, buat bisnes xD
---------
Masih pening? Jadi joinla Gaia Online dulu untuk familiarize-kan diri dengan terms-terms tuh wakakaka... xD
Isnin, Mei 10, 2010
Kapal Stim!
Saje je bagi tajuk entry gempak xD Sebenarnya nak menyentuh pasal steamboat xD Amende ekk mende tuh? Steamboat tu, bagi mereka yang tak tau, adalah sejenis makanan yang direbus dan dimakan beramai-ramai. Biasanya orang Cina la sker layan makan camnih. Antara makanan yang biasanya menjadi makanan asas steamboat nih adalah seperti bebola ikan, udang, sotong, ketam, sayur, telur puyuh... lebih kurang cam yong tau fu la. Bezanya dengan yong tau fu, kita yang kena masak sendiri makanan tuh semua sedangkan yong tau fu tuh, biasa kita pilih jek makanannya and then si penjual yang tolong masakkan =P
Anyway, Koro layan steamboat buat pertama kalinya setelah sekian lama, Ahad lepas xD (Paling last dengan famili tapi tak hengat sebab dah beberapa tahun dahulu huhuhu...). Itu pun kat Johnny's Alamanda. Sebelum nih Koro tak berani nak masuk restoran tuh sebab takut harga mahal hahaha... tapi semalam masuk gak la. Tengok harga cam okayla kalau pandai pilih yang memurah. Paling mahal rasanyer abalone. Dalam RM148 sebijik kot. Giler ahhh... tapi kalau dah orang sker, sure ada yang sudi berbelanja besar semata-mata nak meratah abalone rebus (O_o)
Tapi selain abalone tuh, yang mahal nyer... air minumannya xD Kekeke... segelas coke dalam harga RM2.90. Itu baru soft drink. Bayangkan la harga minuman lain. Tapi layan jela amek sarsi sebab bukan selalu singgah Johnny's ye tak? xD
Nak masuk Johnny's tuh, kena tunggu meja kosong untuk 6 orang sebab masa tuh Koro berenam xD Punyala ramai layan steamboat di hari Ahad =D By the way, restoran Tupai-tupai yang baru bukak tuh (kat area Kajang dekat dengan showroom Chevrolet) pun ada steamboat gak. Nanti nak try la kat situ xD Tau pasal Tupai-tupai nih gegara signboard gabak yang diaorang letak kat roundabout Bangi tuh (-__-) Tulisan Tupai-tupai beso giler. Cam mengundang persoalan kepada orang yang memandang. Cam kata amende tetupai nih? Bila dedekat, rupanya ada tulis restoran kat sebelah. Cinonit jek. Huahua... promosi diaorang memang berjaya. Sapela punya idea buat signboard camtuh? Tabik aaa sama dia! (^O^)
Okay back to citer Johnny's tadi. Bila line clear, kitaorang pun masuk aaa and men-yetel-kan diri kat meja yang kosong. Pelayan hulur menu, and memasing pilih la bahan rebusan memasing. Koro pilih seaweed, sayur ngan cendawan xD Qeita (ehem ehem xD) kitaorang pilihkan fishball dengan tofu jepun. Bila dah siap order, tunggu la pesanan sampai. Qeita sempat layan waffle chocolate sementara tuh sebab takut dia terjun dari kerusi cam biasa xD Dia memang sker buat stunt hahaha...
So bila bebahan dah sampai, air dalam periuk pun dah mendidih, kitaorang tuang segala bebahan tuh masuk. Campur sajaaaaa... Siap masuk telur mentah yang tak kupas lagi xD Tunggu lagi sampai masak secukup rasa. Pastu kaut guna senduk yang disediakan dalam mangkuk kecik memasing. Johnny's ada kasi sos so bila campur sos tuh ngan 'kuah', yakni air rebusan tuh, rasa cam sedap giler xD Dahla makan seaweed. Whoah! Heaven rasa xDDD~
Qeita pun layan fishball dengan tofunyer dengan beriya. Sup rebusan tuh pun dia sker gak. Tapi tetumpah la cam biasa hahaha...
Kira cam berbaloi gakla layan steamboat kat Johnny's. Tapi takble selalu and takble kalau sket orang jek. Tak syiok. Kena makan reramai owh baru ada feeeeeellll... ada souuuullll... xDDD (Ditujukan khas buat t7 =P). Rasanya orang Cina pun amalkan camtuh. Makan steamboat bila reramai. Baru meriah.
Owh ya.
Sabtu tu birthday Otou-sama. Koro tak dapat balik Nilai (T^T) So Koro hantar sms wish otou-sama happy birthday. Otou-sama reply balik =D Otou-sama tulis "ok tk". Memula Koro ingat okay tak xD Rupanya okay thank you. Hehe... pape hal pun, sebab gaji Koro masih terawang-awang entah sesat ke mana, Koro terpaksa tangguh dulu prezen huhuhuhu... Cecepatla bisnes Score A berjalan dengan jayanya (T^T)
Khamis, Mei 06, 2010
Apa nak kasi kat abah haaa? (>_<)
Balik-balik cam tie, dompet, tali pinggang, kemeja, seluar je option yang ada (T^T) Koro nak kelainan! Tapi Koro nak yang mampu dibeli la hehehe...
Koro takble nak kasi perfume sebab Koro tak tau perfume kegemaran abah yang mana biasanya. Kalau tahu pun, Koro tak mampu nak belikan haha xD
Apa haaaa nak kasi? (T^T)
Rabu, Mei 05, 2010
Tak besnyer selsema (T^T)
Start malam Isnin tuh. Sore dah lain macam. Terasa malas giler nak pegi keje esoknya (Selasa) sebab malas nak menghembus kuar hingus setiap dua tiga minit sesambil berdehem melegakan anak tekak yang terasa gatal. Rasa cam nak masuk tangan and garu jek (T^T)
Sib baik pagi tuh gi klinik (spital Az-Zahrah sebenarnya xD) and doktor kasi mc. Masey ekk doktor! (^O^) Dapatla rehat jap sehari daripada bekerja. Muhaha!
Cadangnya nak lepak kat bilik layan Gintama berbekalkan sekotak tisu di sisi tapi tertidur lak pas makan ubat. Cesss... kata ubat tuh bukan jenis mengantukkan. Spoil schedule Gintama petang tuh hahaha... Tapi takperla. At least dapat rehatkan badan ye tak?
Hari ni kembali bekerja (walaupun masih terasa sisa-sisa kemalasan huhu...) and selsema macam dah kurang. Nak kata takde pun ble gak la kot. Cuma skang tinggal rasa gatal tekak jela. Jap jap terbatuk-batuk lak tetiba. Cepatla masa berlalu. Nak balik umah! Dx
Tapi sebagai pekerja berdedikasi... cewah... sabar jela and terus berusaha membuat kerja. (Oit... sempat tulis blog la pulak hahaha!).
Isnin, Mei 03, 2010
Freedom of Speech? (-___-)
Koro bukak, rupanya ada member guild announce pasal kewujudan dua thread yang langsung tak menghormati Islam. Kenapa? Sebab si thread creator menganjurkan "Draw Muhammad Day" untuk support event yang kekonon dicanangkan untuk disambut pada May 20. Semuanya gara-gara si Molly Noris melukis satu kartun satira in support of episod South Park yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam sut beruang. Si Molly lukis kartun tuh dengan tajuk "will the real likeness of the prophet muhammed please stand up?" dengan menggambarkan beberapa karekter cam cawan, kepingan domino, sekotak pasta, gulungan benang, beg bermuka anjing dan sebijik epal... semua mengaku diaorang tuh la resemblance terdekat.
Skang Molly tuh cam dah takut and dia tak nak ada kaitan dengan memana individu atau group yang masih meneruskan event tuh.
Hoh. Tau pulak takut (-___-)
Anyway, back to Gaia.
Hangin ooo baca dedua thread tuh. Rata-rata orang barat (Koro anggap mereka tuh penganut Kristian aka anti Islamic tipikal ... dan Koro rasa mungkin ada yang ateis) yang post dalam threads tuh memberi sokongan. Diaorang sokong atas alasan 'freedom of speech, freedom of art'. Sesiapa poster Islam yang cuba menyarankan agar thread tuh ditutup kerana kewujudan thread tuh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam Gaians, mesti kena lashback dengan ramai posters omputih tuuut tuuut tuh (maaf sebab beberapa perkataan terpaksa ditapis sebagai menghormati censorship huhuhu...). Diaorang kata Islam people are so narrow minded blablabla... siap kata orang agama lain tak kisah pun kalau deities diaorang dilukis tah pape.
Tuuut tuuut korang la! Itu korang. Kitaorang mana sama ngan korang yang tak sker hormat tuhan sendiri.
Lagi hangin bila si thread creator kata dia bukak thread tuh bukan untuk insult Islam tapi sebab atas dasar hormat la dia bukak thread tuh. TUUUUUT!!! Hormat apa kemendenyerghhhhh?! Dah tau Islam melarang sesiapa pun menggambarkan Nabi Muhammad (s.a.w) apehal ko sesibuk nak suruh orang lukis Baginda camne lak ikut interpretasi korang?! Apsal ko tak suruh orang lukis holy figure agama ko sendiri? Kenapa nak amek agama orang lain?!
Ahhhh!!! Tensen Koro baca thread tuh dari first page sampai abis. Lagi rasa nak ngamuk bila ada sorang tuh submit art dia dengan melukis seorang Arabian lelaki memakai make-up dan menamakan orang tuh sebagai Muhammad. Giler melampau! And kalau nak kata dia melukis secara random... apakah maksudnya ... "this is my submission" ... dah tentunya dia submit art untuk menyertai kempen draw muhammad tuh. Tuuutttt!!
Sakit hati giler owh Dx
Koro terus report dedua thread tuh. Siap report posters secara individu. Yang post untuk menyokong dengan membantai the narrow-mindness of Islam people, yang menyokong dengan menghantar art, yang menyokong dengan memaparkan banner untuk cause tuh, yang menyokong dengan menimbulkan isu episod South Park... semua aaaa!!
*hangin ... hangin ...*
Itupun Koro bersusah payah taip ayat masa tulis report tuh kasi nampak tengah cool. Cam tulis report berilmiah. Walaupun dalam hati mendidih bagai.
Apsal la korang sker mempersendakan agama orang lain? Duduk dediam takble ke? Nak buat thread camtuh, fikirla dulu akibatnya. Kalau orang lain buat agama ko camtuh, ko marah menggila. Tapi buat kat agama orang lain, ko kata freedom of speech lak. Giler tak adil Dx
Dan semalam Koro dapat feedback daripada Gaian moderators yang kata threads tuh dah pun ditutup bagi tidak membesarkan isu kontroversi yang mungkin timbul. Kang jadi pergaduhan pulak dalam Gaia. Hoh. Tapi Koro tak puas hati gak sebab mod tuh sempat nyelit kata si thread creator mungkin terlupa yang perbuatannya boleh menimbulkan kekecohan sebab dia cuma ikhlas untuk support a cause yang dia believe in.
Hampes.
Koro rasa tak bes la campur adukkan online community life dengan real life issues especially yang sentuh pasal belief, faith, ritual, race sumer tuh. Kalau nak sentuh, boleh jek, tapi buatla dengan cara bijaksana sket. Diskusi berilmiah ke. Jangan la selamba badak tetiba bukak thread kat art subforum suh lukis Nabi junjungan pulak. Akal kan ada.
Tapi sebab threads tuh dah ditutup buat masa skang, Koro rasa patut biarkan isu tuh reda. Biarpun kat luar Gaia, dah mula bersepah dengan support untuk event tuuuut tuh. Tak caya, try aaa google. Koro dah try tadi. Ada dalam 2, 120, 000 results yang Koro malas nak klik untuk tengok satu per satu.
Anyway, moral of the story... kalau tak sker orang kacau agama kita, jangan la pepandai kacau agama orang lain dalam cara yang tak sepatutnya. Ble?
Renung-renungkanlah.
Jumaat, April 30, 2010
Masey ekk Noodle Station Metro Point =D
Haha... sebabnya, dalam banyak-banyak tempat makan yang Koro singgah, Noodle Station cawangan Metro Point (Kajang) tuh jela yang sudi memasang lagu latar bukan Melayu mahupun Inggeris. Malah, lebih cambest, diaorang pasang lagu Korea dengan Jepun.
I like! x3
Tapi kalau ikutkan, Sushi King pun pasang lagu Jepun. Tapi kenapa Koro tak berterima kasih lak kat diaorang? xP Jawapannya senang. Sushi King dok pasang lelagu outdated je. Tak terfikir ke at least nak pasang jpop ke jrock terkini ke... lelagu anime ke... baru la masyuk sket. Ni balik-balik Mirai... SMAP... ahhh buhsan (-___-)
Rasanyer Chelos Bangi pun penah mengalami suasana JRock untuk seketika =P Mana taknyer. Ada 'sorang pekerja' dia tuh dok bawak cd jrock dia dari rumah untuk dipasang kat situ =P Malangnya, cuma dalam dapur jela jelas kedengaran hahaha...
Kan? Kan? Pada orang yang berkenaan... =P
Kalo Koro kaya, Koro nak bukak cafe bertemakan manganime xD Lelagu latar sumer lelagu anime terkini. Pelayan laki kena pakai cam butler. Pelayan pompuan pun sama. Takde dress cam maid sumer tuh sebab tuh tak menutup aurat hahaha xDDD~ Pastu ada sudut bacaan manga. Letak sket jek. Kalau nak baca full collection, kena beli wakakaka~ xDDD
Pastu ada sudut jual merchandise manganime gak xD Dan tv skrin besar tayang anime yang Koro jek leh tentukan hahah... Nak spesel request untuk tayang anime lain, kena bayar. Hohaha... mata duitan tul Koro nih xD
Makanan lak fusion. Melayu ngan Jepun. Kelas gituuuu~ xD
Pastu weekend lak minggu jrock =D Masa tuh lelagu jrock jek pasang. Kat skrin tv lak konsert tour memana jrockers wakakaka~ Pakaian pelayan pun ala-ala jrock gitewww xD
Pastu wat contest sebulan sekali. Terbuka pada memana pelanggan untuk nyanyi lelagu jrock jek. Jpop ke lelagu tema anime ke tak main aaa sebab tuh senang jek nak nyanyi. Jrock la mencabar sket =D
Wahhhh... dasat tak impian? xD
Khamis, April 29, 2010
Ten Things You Should Avoid Having on Your Website
Website layouts can actually show to the audience what type of person you are. If you come across a nice and simple website, it goes to show that you’re a neat and tidy person. It also let the audience feel comfortable to look at your site. A nice and simple layout is the way to go if you want to appear professional in your field.
However, I’ve came across MANY sites that literally caused my eyes to strain and thus, I closed the window almost immediately. Why almost immediately? Because I was taking down notes on what to avoid on the design of the website.
So, I’ve compiled the top ten stuffs that should NOT be on your site.
1. Neon colorsNeon colors are way too bright to be used on a website. It is too glaring to be look at a few minutes, especially so if you use neon colors as your background color. Imagine having a neon yellow color as your background. Wouldn’t it be too straining for you to look at? People will get turned off by such colors and thus, you will lose your audience in just 1 or 2 minutes time.
2. Black or dark background
Audiences usually associated a dark background website with a hacker’s website or sleazy website. So, the recommended color for a background is either a light color or white.
3. No paragraph spacingThis may sound basic to you, but I come across this mistake ALL the time! People post up articles to their sites without any paragraph spacing and this makes it extremely difficult for the readers to finish reading the whole article. If I come across such articles, I will close the window immediately as I dislike reading without any paragraph spacing.
Imagine having to read this entire article without any paragraph spacing. Are you able to finish reading it? I highly doubt so. Most likely you will read the first few sentences and switch your concentration to another thing.4. Pop ups or pop under that cannot be closed
Many people resorted to using this method to force their customers to subscribe to their list. Is that necessary in the first place? I don’t think so. Yes, your number of subscribers on your list will increase tremendously BUT this goes the same for the number of unsubscribe too! Why so? Simply because you literally forced these people to subscribe to your site! That’s how simple and easy it is.I have nothing against pop ups or pop under. Just avoid using pop ups or pop under that cannot be closed at all.
5. Own variation of English wordsUse the standard spelling for English words. I have seen many people using words that have the same pronunciation but with a different spelling. Take for example, the word “you”. People spelled it as “euu”. What kind of language is that? No doubt others might know what you are trying to say but such usage of spelling reflects your professionalism and credibility in your field. Would people trust what you say? I doubt so.
6. No punctuationPunctuations are invented for a purpose. That is, to allow the reader to know when to stop, when to continue and so on. I have come across many sites where the authors do not use any punctuation at all. This makes reading extremely tough. Can you imagine reading this whole article without any punctuation? You will not even know when I am asking a question!
So, please use punctuation in everything that you type. Also, do note that there is a correct way of using punctuation. Take this sentence for example. “You are, reading this article, now.” There are too many “commas” in this sentence. So, please use the right punctuation at the right place.7. Messy layout
Have you come across a website where it is too messy to be viewed? What I mean by messy is that there are too many stuffs on the sites positioned without any order and overlapping items.
Site layout should make sense, period.8. All caps
Text set in all caps make people think that you are shouting at them which is unnecessary. Therefore, only important words should be capped to let the readers know that this is the important point in the whole paragraph. Other than that, you should not use any text set in all caps in any part of the articles or posts.
9. Capped letter in any placement of the wordI have seen people typing like tHis in tHeir BlOg pOsT. You can type like this on MSN or social media sites with your friends BUT definitely not your professional website.
10. Spelling or grammatical errorMany people post their articles or blog posts without doing a spell check for spelling mistakes. Spelling errors are among the most common surface errors as well as the most easily corrected.
To correct spelling errors, use a spell-checker, regardless of your spelling skill, along with a dictionary to help you find the right alternative for a misspelled word.Grammatical errors are also common on sites. People always misuse “it’s” and “its”. So, be sure that to correct the grammatical errors on your article before posting it to your site!
----Jadi jika ada buat perkara-perkara di atas tu sebelum ni, sila-sila la berubah demi kebaikan sejagat. Haha xD
Rabu, April 28, 2010
Gintama! xD
Koro dah lama teringin nak tengok Gintama. Tapi setiap kali singgah kedai cd, setiap kali tu la Koro terpaksa pendam niat ahahaha~ Mana taknya. Box set sebijik dah dekat nak seratus hengget (-___-)
Tapi dalam bulan lepas, Koro terpaksa rembat gak la sebijik xD Yela... Gintama tuh banyak giler box set nyer. Cam kes One Piece ngan Bleach la nih =P So, daripada melangok meliur je tengok kat shelf kedai tuh, baik korbankan sket duit untuk beli xDResult nya? Anime dia sebest manga dia xD Lebih cambest sebab wewatak 'Gintama' hidup! (^O^) Watak yang Koro paling sker Katsura ngan Elizabeth. Diikuti dengan Gintoki, Hijikata ngan Kondou (^__^) Ada banyak lagi tapi Koro letak yang utama jela xD
Meh kita kenal sket ngan Katsura. Katsura nih member Gintoki yang masih bersikap ala terrorist terhadap 'pencerobohan' alien kat Edo. Tagline utama dia ... "Zura ja nai! Katsura daaa!" xD Sebabnya si Gintoki asyik panggil dia Zura je and dia tak sker xDDD~
Tapi tagline dia bertambah lawak dalam episod Shinpachi dengan Kagura kena culik dengan geng pirate. Gintoki dan Katsura nyamar jadi pirate. Gintoki cam cosplay jadi Luffy jek haha xD Sebab ada scar kat mata cam Luffy. Cuma baju tak sama la =P Masa tuh Katsura ubah sket dia punya ayat ... "Zura ja nai! Captain Katsura daaa!" xDDD Sempat lak nak pangkat tinggi sket hahaha...
Terasa nak buat fanart Gintama lak. Heheh~ xD
By the way, Koro dah tukar mixpod Koro kepada lagu Pray nyanyian Tommy Heavenly. Opening anime Gintama nih. Pasnih Koro nak carik kat 4shared xD
Selasa, April 27, 2010
Score A? (O_o)

Tagline yang Koro selalu jumpa pasal mende nih ---> Pelajar skor A, ibubapa skor RM.
Memula Koro tak amek kisah sangat pasal program nih. Tahu gitu-gitu jek. Takdela berminat nak amek tau dengan beriya.
Tapi aritu Koro sesaje la join dengar Preview/BOOM diaorang. Dekat pejabat ZRB, Bandar Tasik Selatan. Punyala ramai umat manusia kat situ xD Semua bakal-bakal usahawan/pengedar Score A kot. Ahaks. Dalam preview tuh diaorang bagitau secara brief apa itu Score A, cane pelajar boleh jadikan Score A sebagai 'supplemen' kepada lessons yang diaorang dah belajar kat sekolah, cane ibubapa/usahawan boleh untung dengan Score A... semua secara basic jek. Kalau nak details gegiler, kena sign-up ikuti kursus NDO diaorang (New Distributer Orientation). Tu pun ramai gak yang attend. Koro tau sebab peserta kursus kena lekat sticker tulis NDO kat baju diaorang. Sticker florescent giler lak tuh. Haha xD Tapi tulisan NDO tuh tulis guna marker jek =P
Preview tuh free jek. Kursus tuh yang kena bayarnya. Tak silap Koro, RM70 untuk sesi dari pagi sampai petang. Kira one whole day aaa...
Sebenarnya, sebelum gi preview tuh, Koro dah skodeng sedikit sebanyak tentang program nih. Kebanyakan blog/site promo amek info dari main site Score A tuh hahaha xD Cuma diaorang ada la tambah kekata yang cam tarik minat orang untuk join. So bila gi preview tuh, Koro cam kira ulang dengar jela apa yang Koro dah baca =P
Koro dapat simpulkan camnih la. Score A tuh tak ubah cam portal education yang bersepah-sepah kat dunia online nih. Kekuatan dia bersandarkan set soalan yang diiktiraf Kementerian Pendidikan. Juga pada beberapa event yang ada usahasama dengan kementerian tuh. Bezanya, Score A dijadikan satu produk bisnes. Penjualannya? Melalui penjualan kad akses portal ... cam topap gitu. Income tambahan? Dengan mencari downline berdasarkan sistem MLM (multi level marketing). Nak jadi jutawan? Dengan melakukan kedua-dua aktiviti tersebut secara serentak =D
Ada beberapa pakej ditawarkan. Ada dua untuk langganan biasa. Dan tiga untuk sesape yang serius nak jadi pengedar Score A sama ada part time atau full time. Yang langganan biasa tuh, biasanya orang (ibubapa) beli untuk kasi anak-anak diaorang akses portal tuh. Minimum 3 bulan (RM298). Maksimum 6 bulan (RM596). Yang pakej pengedar lak eP (ePartner), eE (eEntrepreneur) ngan eMax (eMaximum kot haha...).
Pakej eP kalau nak amek, kena bayar dalam RM1788. Pastu kita akan dapat 5 set SAP (start a programme) yang mana satu set SAP ada 2 kad akses portal. Kat satu kad akses portal tuh ada kod pengaktifan untuk satu akaun dan kod top-up untuk 3 bulan. So, satu set SAP tuh ada 2 kad, maknanya ada 2 kod pengaktifan (kiranya dapat 2 akaun la) dengan 2 kod top-up (kalau gores dedua dapat la akses portal tuh 6 bulan --- 3 bulan + 3 bulan = 6 bulan).
Kalau ikut harga sebenar, pakej tuh dalam RM2 ribu lebey. Tapi diberi diskaun so jadi RM1788 jek. Sebab apa 2 ribu lebey? Sebabnya kod pengaktifan tuh sebenarnya RM50. Tapi dalam pakej nih dapat dua, so RM100 (RM50 x 2 = RM100). Kod top-up lak, satu kod tuh RM248. Tapi dalam pakej nih ada dua kod, so RM496 (RM248 x 2 = RM496). Tambah dedua amaun tuh --- RM496 + RM100 = RM596.
Tuh baru kira untuk satu set SAP. Dalam pakej eP nih ada 5 set SAP. Makanya... RM596 x 5 = RM2980. Tu la harga sebenar pakej nih. Tapi kita leh dapat dengan RM1788 jek. Kiranya jimat RM1192 la.
Huh. Penatnyer kira! Dx Tuh baru Koro jelaskan pasal pakej eP. Kalau kita masuk program nih and amek pakej eP, kita boleh pulang modal dengan hanya menjual 3 set SAP. Satu set SAP kan kita dah kira tadi, berharga RM596. Kalau kita jual 3 set --- RM596 x 3 = RM1788. Dapat balik! xD Dah la ada baki 2 set lagi yang kita boleh jual untuk untung tambahan.
Tu baru duit yang kita dapat daripada menjual set-set SAP tuh. Belum masuk lagi bonus kalau kita dapat tarik orang jadi downline kita (diaorang masuk program Score A under kita and amek sama ada eP, eE atau eM). At least carik 4 orang. And then pastikan 4 orang tuh, memasing ada 4 orang bawah diaorang. Tu kira dapat side income kencang dah tuh. Kalo nak jadi jutawan segera, kempen la beriya and carikla reramai orang, bukan 4 jek.
Kalo malas nak kempen and sesaje try mende alah nih one time (kira jual set SAP sampai habis pastu stop dah), pun takpe je. Terpulang aaa pada korang nak cari duit cane kan? Jalan dah ada. Cuma nak tak nak jek xDDD~
Koro rasa masyuk gak tuh haha... cuma Koro tak join lagi sebab takde modal RM1788 tuh xD Tapi Ryu-kun dah join. Jadi sesape nak info lebih lanjut, nak arrange masa untuk pegi dengar preview ke... join kursus NDO ke... bolehla try contact dia.
ryu.kamitake@gmail.com
Anyway, satu jek Koro nak tambah. Kebanyakan blog/site yang Koro baca pasal Score A, tak banyak yang detail-kan cane pakej portal tuh sebenarnya. Koro sendiri terpaksa buat kupasan sendiri cane nak kira harga pakej tuh. Apa yang ada dalam pakej tuh. Dan apa yang kita akan dapat kalau kita langgan Score A tuh.
Frust gak sebab bila baca, balik-balik citer pasal pakej ngan harga dan pujukan untuk join. Jarang yang citer pasal dalam pakej tuh ada dua ke satu kad .... satu kad tuh pulak ada apa isinya... Itu yang orang nak tahu patutnya (-___-) Dalam preview pun tak cakap. Haha xD Mungkin dalam kursus NDO kot baru ada detailsnya. Koro tak tau sebab Koro tak join kursus tuh xD
Rasanya bila orang tau pasal tuh, baru cam diaorang cam ... "owh~ cambest gak ekk program nih"... ke apa ke.
Pape hal pun, Koro rasa mende ni berbaloi untuk try out. Nak kaya, kena la kuat berusaha. Kena la pepandai cari peluang. Ye tak? (^O^)
Isnin, April 26, 2010
Superman moto (-___-)
Koro dalam perjalanan dari Nilai ke Bangi. Kira tetengah highway la ni, Tetiba lalu 3 bijik moto. Moto kapcai jek. Tak lawa mana pun. Tapi yang buat Koro tertarik nak tengok adalah aksi si pemandu nya. Eh... pemandu moto cam kelakar je bunyi hahaha... xD
Tetiga mamat moto tuh tengah beraksi seakan superman atas seat moto memasing. Hoh. Memang rempit sejati tuh. Sampai sesiang kat tetengah lebuh raya pun gian nak beraksi camtuh.
Koro try google gambar aksi camtuh. Terjumpa satu haha. Lebih kurangla gaya diaorang camnih =P

Adoi... Tak senak ke, bang? xD
Tapi diaorang pakai baju la hahaha... xD
Ahad, April 25, 2010
Akhirnya dah tukar! (^O^)
Jumaat, April 23, 2010
Amacam t-shirt Koro? xD
Hmm cam drama pulak rasanya...
Kira cam petition via blog la nih.
Perjuangan tentang apa? Haaa... di sini la dramanya. Kalau kita tengok kes ni, sebijik cam drama kepolisan/kehakiman/keadilan tuh sumer di mana tema utamanya adalah menentang korupsi dan menegakkan hak kemanusiaan dan keadilan. Biasakla kan. Manusia mana ada perfect. Termasuk juga polis. Dalam banyak-banyak polis yang baik, mesti ada segelintir yang merosakkan susu sebelanga. Kalau sesape terasa, diala yang tuang nila tuh xD~
Anyway, Koro mungkin tak bubuh post tuh kat dalam blog Koro nih tapi Koro akan bagi link ke url blog yang member Koro kasi untuk korang baca. Kalau ada yang nak bacala sebab Koro rasa, tak ramai pun baca blog Koro pun hahaha so Koro rasa kalo letak sini pun tak guna sebab mesej takkan sampai xD Mende tuh kena letak kat blog yang tinggi trafiknya, baru berkesan gegiler =D
So nih url nyer. Klik la kalo nak baca.
Pastu kalau nak sambung perjuangan tuh, teruskanlah! Koro sokong dari sideline =D
Khamis, April 22, 2010
Test buat widget kat wix.com
Tak sabarnya tunggu Jrock masuk RockBand! xD
Tapi takperla. Walaupun tak sempat vote, Koro happy gak tengok final poll result. Koro skodeng kat jrockevolution.com.
Rock Band Poll Final Top 10 Results
1. the GazettE
2. Dir en grey
3. X JAPAN
4. MIYAVI
5. GACKT
6. An Café
7. D'espairsRay
8. Nightmare
9. L'Arc~en~Ciel
10. Versailles ~Philharmonic Quintent~
Walaupun Kagrra tak termasuk tapi takpela sebab ada Gazette sumer tuh. Tak sangka Kamijo-mijo (saje panggil camtuh, kan, Pah? xD) nyer band sempat nyelit kat nombor sepuluh hahaha xD
Bagi yang masih blur, RockBand tuh game cam ala-ala Guitar Hero. Dah makin femes lak game tuh ekk? (^_^) Pah! Jangan lupa beli gitar RockBand lepas nih. Muhaha!
Selasa, April 20, 2010
Misi : Mencari template blog baru!
Nampaknya nak tak nak, Koro terpaksa memburu template baru. Ini berikutan Koro nak perluas ruang untuk letak lebih banyak iklan dalam blog. Muhaha! xD
Apa boleh buat, Koro nak carik duit melalui ads ngan program affiliates so the best thing to do is to totally revamp the whole template. Cari template yang ada space ads yang cukup besar wakakaka~ xD
Google Adsense dah rijek request Koro dengan alasan content blog tak compatible dengan target sebab bukan dalam english. Meh (-___-''') Terpaksa la carik sumber lain. Koro berpaling la pulak kat Nuffnang. Tapi bebaru nih diaorang hantar email kata ble dak besarkan sket space untuk ads haha xD Tuh yang terpaksa gak la carik template baru. Yela. Nak duit ke nak kekal dengan template nih? Mesti la duit lebih penting. Kekeke~
Skang nih pikir nak carik duit jek. Koro skang sambil wat keje official kat opis, sambil nyelit skodeng info pasal internet biz, network marketing ngan affiliate programs. Koro masih newbie so Koro skodeng dulu sebelum nak terjun dalam dunia tuh xD Buat masa skang layan Gaia ngan fesbuk la dulu hahaha...
Tapi tu la. Koro nak kena gak tukar template baru nih. Tapi setakat yang Koro skodeng, sumer cam tak best (T^T) Takde orang sker wat template kaler oren hitam ke huhuhu... Buat sendiri, Koro takde tools berkenaan. Koro takde pc sendiri. Kalo tak, dah lama Koro dump segala macam software editing dalam tuh xD
Ada sesiapa sudi tulun? (^-^)
Jumaat, April 16, 2010
Apa guna service charge kalau servis hampes? (-___-)
Koro rasa agak dukacita. Cewah ayat. Koro sebenarnya tak berapa gemar makan kat tetempat yang dalam bil, di-caj skali kat kita dengan service charge. Kalau servis wokeh, Koro tak kisah sangat. Tapi kalau servis cam layak dihumban dalam tong sampah... apa kes? (-___-)
Minta maaf ekk kat Pizza Hut Mines kerana terpaksa mention nama korang dalam nih. Tapi nak buat camne kan. Dah korangnyer servis masa tuh hampes teramat. Waktu tuh peak hour. Lunch waktu opis so pahamla korang sibuk giler amek order sumer tuh. Tapi perlu ke sampai jalan hantar makanan lelanggar kerusi pelanggan? (O_o)
Perlu ke jalan luas takmo amek sebab jauh nak pusing, nak jugak jalan kat tempat sempit sampai pelanggan pun terpaksa la pulak sempitkan diri masukkan kerusi diaorang dedalam lagi kat meja agar pelayan pizza hut tuh leh lalau tanpa melanggar kerusi diaorang? Koro tak kena tapi Koro nampak sorang ibu dan dua anaknya kena. Begitu jugak dengan sepasang kapel. Pelayan tuh syiok kot dapat langgar kerusi (O_O)
Perlu ke pelanggan tekan button call, korang tak sesampai hampir 15 minit? Pastu ble pulak kata "tekan button cancel tuh." Wah... mengarah nampak (=___=) Takde perkataan cam "minta maaf yek tapi boleh tolong tekan cancel?" atau ayat-ayat seumpamanya yang kalau kita dengar, takdela panas telinga. Muka pun toye masa nak amek order. Mana pergi semangat kemesraan semasa melayan pelanggan? (>_>)
Masa nak buat bayaran kat kaunter, sempat gak sound jap xD Kata apa guna bayar service charge memahal tapi servis korang cam bangang giler. Rasa cam nak sepak sekor-sekor jek ahaks. Tapi tak sangka lak si pekerja jaga kaunter tuh pun kata ha ah memang servis kitaorang teruk sket hari nih. Wakaka... terkedu jap. Laaa... pekerja tuh sendiri pulak ngaku.
Pastu dia sambung dengan bagi alasan pekerja tak cukup orang blablabla... Tapi mende tuh takble dijadikan alasan. Korang dah caj pelanggan dengan service charge. Maknanyer kitaorang bayar korang untuk layan kitaorang sewajarnya tak kira la keadaan macamana sekalipun. Improvise la. Kalau servis gitu nyer teruk, baik kitaorang sendiri serve makanan. Korang tutup kedai jela camtuh. Hangin nih. Hangin nih.
xD
Papehal pun, sebab layanan korang masa tuh, Koro rasa tawar hati dah nak makan kat pizza hut mines tuh. Baik layan Domino's pizza jek. Koro ada lagi beberapa kupon domino yang belum guna lagi nih.
Jom pizza! xD
Khamis, April 15, 2010
Updated mah blog! *announces*
Also updated the mixpod thingy. Skang Koro nak guna lagu tema citer atashinchi no danshi. Infinity. Kasi upbeat sket ini blog. Muhaha! xD Koro upload lagu tuh kat fileden sebab takmo guna yang load dekat youtube. Takut tersekat.
Tapi kalau yang url host nyer pun tersekat, terpaksa la ejas balik setting mixpod and rembat lagu versi youtube punya huhu...
Koro still looking for more widgets nak improve blog nih. Pasal tema, Koro tak mo pikir lagi sebab Koro takde cadangan nak tukar theme layout nih. Muhaha! Koro sker seksa korang untuk scroll sampai ke bawah =P
Jumaat, April 02, 2010
Shinjire nai (>_<)
---
Okay lupakan seketika kisah sedih itu. Kita kembali kepada topik favourite Koro. Gaia Online =D
Okeh kali ini Koro nak bagitau cecara nak jadi kaya kat Gaia. Haha. Tak taula berapa banyak search engine yang akan pickup Koro nyer blog pasnih =P
Perkara pertama sekali dalam usaha nak jadi kaya ... leburkan semua item yang korang tak pakai! xD Sayang item tuh? Takpe. Nanti dah kaya tak hengat, ble beli balik. Mana ada usaha tanpa pengorbanan ye dak? Dalam kes nih, kita takde korbankan pape nyawa xD Cuma item virtual jek =P
Anyway, cara utama bagi Koro adalah vending dan hoarding. Vending bermaksud jual beli. Yakni me-nerjun-kan diri dalam dunia bisnes xD Dalam terms gaianyer adalah melepak kat MP wahahaha~ xD Tapi untuk vending, kita perlu modal. Sebab nak beli item untuk dijual, kita mestila ada gold secukupnya untuk beli item tuh dulu kan?
Haaa... kat sini la datangnya sumber pencarian gold kedua iaitu booty grabbing =D
Bermula sekitar 2008-2009 camtuh, Gaia mula wujudkan satu aplikasi baru untuk membolehkan gaians menjana gold 'secara mudah'. Perhatikan perkataan tersebut yang Koro bubuh apostrophe =P Booty grab memang nampak mudah. Klik untuk main pastu kutip la bebanyak gold. TAAAAAAAAPI. Ha. Ada tapi tuh xD Main booty grab nih perlukan kesabaran dan daya tahan mengadap komputer sambil menggerakkan mouse ke kiri dan ke kanan yang cukup tinggi. Wakakaka.
Yakinla bahawa setelah hampir sejam lebey mengadap tanks tuh, korang akan terasa bosan yang amat sangat xD Kat sinila korang kena tanam dedikasi. Letak target. Contohnya, hari nih nak capai 10k la. Baru stop main. Tu baru target umum. Letak gak target spesifik. Satu tank tuh nak rembat dalam 1k paling lowest. Kurang daripada tuh, kira tak valid la dalam usaha nak capai 10k sehari =P Nak kasi kurang bosan, off-kan sound booty grab tuh. Bukak player sendiri cam winamp ke apa ke. Layan lelagu peberet sendiri. Lagi syok xD
Kalo korang berusaha bersungguh-sungguh, bukan takat 10k jek boleh rembat. Malah, kalau main berjam-jam, korang leh dapat 100k lebih! Masyuk owh! xD Dan bayangkan la 100k tuh korang dapat dalam sehari jek. Cuba kalo korang main 7 hari berturut-turut. 700k camtuh jek dalam tangan. Nampak cam mudah kan? Wahahaha. Tapi sekali dah main, kalo korang cepat bosan, takde maknanya nak dapat gold sebanyak tuh. Moralnya di sini, kejayaan takkan datang tanpa usaha. Untuk kaya, kena korbankan masa layan booty grab bagai nak giler xD
Cuma Koro tak sarankan korang main booty grab jek untuk capai target 1 million. Giler hape xD Diversify your gold getting strategy. Cewah speaking pulak. At least dapat dalam 500k-600k, dah cukup masyuk untuk korang laburkan beli bundle RIG terkini, at least sebijik. Dalam sebundle dapat 9 singles. Korang peram aaa mende alah tuh (simpan dalam inven dan lupakan kewujudannya wakakaka) sehingga la korang rasa harga kat mp dah boleh mendatangkan keuntungan pada korang kalau menjual balik RIG yang korang peram tuh.
Contohnya, korang beli satu bundle RIG terkini. Kita amek Code Alpha sebagai contoh. Korang beli masa harga dia 585k. Simpan dalam inven dan lupakan. Teruskan usaha booty grab mu itew xD Masa berlalu... at least dalam sebulan dua, korang tengok balik harga Code Alpha tadi kat MP. Tetiba harga sebijik bundle dah 700k lebey. Rejoice, bebeh! Masa tuh kalo korang jual bundle korang tadi, korang memang dapat profit gegiler. Tapi lagi untung kalau korang pecahkan bundle yang korang ada dan jual sebagai 9 singles. Sebab ikut trend, bundles memang 'lebih murah daripada singles'.
Secara kolektifnya, memang nampak bundles cam mahal giler, bukan? Tapi cuba tengok kes nih.
Bundle : 585k
Single : 75k
Korang tengok kat MP listing camtuh. Mesti korang rasa alemak mahal sangat la bundle, beli single jela. Tapi korang nak beli 9 singles la pulak. Meh kita try darab.
75 x 9 = 675!
Hark! (O_O) Baik korang beli sebijik bundle kalo camtuh daripada beli 9 singles berasingan! Bandingkan la 585k dengan 675k. 90k beza tuuu! Bagi yang kedekut gold cam Koro, 90k tuh kira dah banyak bezanyer tuh =P
Tapi tuh kalau korang guna gold hasil usaha booty grab korang tuh ke arah RIG investment. Korang pun ble melabur dalam pembelian MCs bagi bulan tuh or bulan-bulan lepas. Yang penting kat sini, kena bijak memilih MC mana. Untuk tahun nih, Koro rasa Silver Laurels dan Nightmare Sash yang mendapat sambutan hangat. Scarlet Rose dan Grim Reaper nampaknya bakal meletop gaks.
Owh Koro lupa nak cakap. JANGAN BELI RIG TERKINI MASA RIG TUH BARU KELUAR! Masa tuh harga dia memang giler mahal (-__-) Bersabar dan tunggu at least seminggu pas dia kuar. Pastikan korang bookmark RIG tuh kat MP supaya korang leh skodeng hehari tengok perkembangan dia. Dan yakinla akan ada satu hari tuh korang kata inila harga yang aku nak beli. Click BUY. Ta-daa! xD Koro dah banyak kali skodeng trend RIG. Memang akan ada masa diaorang akan turun gegiler sebab supply dah banyak dan penjual memasing try turunkan harga untuk kasi diaorangnyer RIG yang terjual. Masa tuh la kita sebagai vendor/hoarder berkata ini la masa prime time untuk melakukan belian.
Jangan lupa join guilds yang berkaitan dengan vending/hoarding. Sebab ada antara guilds tuh yang tak lepaskan info vending diaorang ke public. Hanya kepada ahli guild. Kalo korang bukan ahli, rugi la kan? xD
Papehal pun, harap dengan sedikit info nih (kalau ada yang baca wakaka) korang dapat jadi kaya huhuhu~ Untuk pengetahuan, Koro miskin jek =P Sebabnya Koro tak serajin itew untuk layan booty grab muhaha... Koro tengah dalam proses liquidate item-item Koro. Bila dah habis buat mende alah tuh, baru Koro nak full stream booty grabbing jek. Doakan Koro jadi kaya ekk? xD
Khamis, April 01, 2010
Haluuuu!
Tapi keluruhan hati tuh at least terubat bila layan Gaia. Kat situ baru terasa cam orang kaya sikit. Haha. Bukan senang wooo~ Hasil usaha selama 5 tahun lebih layan Gaia. Herk. 5 tahun?! Giler ah! Tak penah Koro begitu dedikasi sekali kat sebuah forum selama itu. Hebat. Hebat.
Tetambah lagi Koro dah makin educated sket bab-bab vending ngan hoarding. Cuma dunia exchange je Koro tak berani terjah masuk lagi xD Malas nak deal dengan vendor/hoarder/exchanger lain =P Koro lebih sker layan MP jek. Harga final walaupun gaia rembat sket dengan tax 2% tuh. No hal. Koro still profit xD
Pape hal pun, saksikan la rupa terkini Koro di Gaia. Amacam? Cambes kan? xD Walaupun Koro punya wish list panjang berjela gara-gara banyak item masyuk keluar, Koro masih berupaya menten diri untuk tidak memboroskan gold xD Rahsia kekayaan? Booty grab la apa lagi xD Dan juga vending sekali-sekala. Koro nak aim capai 1 juta gold lagi sekali. Dulu pernah dapat. Disember 2009 =D Tapi skang dah turun balik sebab Koro beli beberapa hoards untuk diperam =D
Aaaa~ I miss my blog =D
Khamis, Oktober 15, 2009
Rabu, September 16, 2009
Okaeri! xD
Ni kira Halloween terawal tarikh nih (O_o)a
Anyway, Koro kembali! (^O^)
Setelah lama meninggalkan blogku ini bersendirian.
Owh~ (T^T)
Sepanjang masa tu, memacam telah berlaku.
Koro buat rumusan jela ekk?
[1] Koro dah kembali aktif layan Gaia jadi kebanyakan masa Koro spent kat Gaia. Tambah pulak Koro ada misi untuk jadik millionaire kat situ (^O^)
[2] Koro spend masa terluang layan Facebook pulak. Application games punyala banyak Koro join!
[3] Koro busy dengan real life. Alasan tipikal. Haha.
[4] Koro cuma online bila ada pc dan tenet. Biasanya kat opis (hehehe) dengan kat umah mak abah sebab kidnap laptop Dell adik xD~
[5] Koro agak malas (alasan yang paling dipercayai xDDD)
Apa-apa hal pun, Koro harap ada sesuatu yang menarik kat iklan kat sidebar tu haaa.
Kalau menarik, klik and cekiaut la ye?
Pastu bagitau Koro (^O^)
Sebab Koro tak nampak ada mende kat situ tapi cek kat template codes, ada pulak mende nya huhuhu
Selasa, Jun 23, 2009
zomg!
zOMG! merupakan satu cabang daripada gaia online yang menjurus lebih ke arah mmo tetapi lain sket daripada mmo yang biasa.
Pendek kata, tak perlu donlot untuk main! (^O^)

Cukup sekadar kita ada avvy Gaia.
Kalau takde pun takpe sebab boleh main as a guest tapi lebih syok kalau kita main sebagai gaia avvy kita sendiri!

Okay mari Koro terangkan basis zOMG! nih.
[o] --- Dalam zOMG! tiada senjata macam pedang ke lembing ke mesingan ke yang akan digunakan, sebaliknya cincin-cincin yang ada power tertentu yang akan bertindak sebagai weapon kita
[o] --- Setiap Gaians secara default memiliki 8 slot untuk rings
[o] --- Dalam permulaan game, kita akan (terpaksa sebenarnya hahaha) melalui satu tutorial bersama Frank di dalam keretapi menuju ke Barton Town. Bila kita dah sukses melawan tong sampah (jangan tanya xDDD), Frank akan memberikan kita Solar Rays ring secara percuma. Kita kemudiannya akan diberikan akses ke Barton Sewers untuk diberikan quest pertama kita
[o] --- Kita boleh memilih sama ada untuk menjelajah dunia zOMG! begitu aje atau pergi menyelesaikan quest-quest yang ada. Koro lebih prefer agar korang selesaikan dulu quest-quest yang ada kat certain-certain area sebelum mula menjelajah area tu sepenuhnya
[o] --- Monsters dalam zOMG! ni digelar Animated. Ada yang comel giler. Ada yang hudus. Ahaks xD Setiap kali korang belasah menatang ni, diaorang akan tinggalkan drops dan antaranya adalah gold dan purple orbs serta beberapa bahan spesifik lain. TAPI! Jika korang belasah Animated yang sedia lemah daripada korang, korang takkan dapat pape. Jika korang gi bantai Animated yang lebih kuat daripada korang, sama ada korang akan mati katak ataupun kalau bernasib baik, dapatla drops yang lebih umphhh xDDD~
[o] --- Setiap ring mempunyai slot untuk Charge Level atau nama manjanya, CL hahaha... xD Ring paling kuat adalah ring yang telah diupgrade menjadi CL 10. Untuk upgrade rings, sejumlah purple orbs diperlukan. Orbs ini boleh didapati daripada penyelesaian quest mahupun Animated drops
[o] --- Korang juga ada tahap Ghi yang akan menentukan kualiti drops daripada Animated. Lebih tinggi tahap Ghi, lebih best drops yang akan didapati. Tahap Ghi makin berkurangan mengikut masa. Untuk recharge semula, cara paling senang ialah pergi ke tempat ramai suka berkumpul --- Barton Town! (^O^)
[o] --- Korang hanya boleh upgrade rings dan tukar slot rings dalam satu area yang dipanggil Null Chamber. Ni kira safehouse la untuk korang rilek-rilek sambil main cincin. Ahaks xDDD~
[o] --- Tak ada "kematian" dalam kamus zOMG! xD Bila HP (health points) korang sifar, korang dikira sebagai "Dazed". Ini ditunjukkan dengan avvy gaia korang tetiba pening-pening lalat siap dengan efek bintang pusing-pusing keliling kepala xD
[o] --- Bila korang dah Dazed, ada dua je option. Sama ada pilih "Awaken" untuk kembali ke Null Chamber dan berehat sebentar kat situ atau dengan tanpa segan silunya merayu kat chat channel agar ada tak sesape yang sudi defibrillate korang atau nama manjanya defib xD Kalau ada, orang tu akan defib-kan korang dan korang pulak tak perlu pergi Null Chamber sebaliknya berehat je kat area yang korang pergi tu. Kebaikannya di sini, korang tak perlu bersusah-payah meredah Animated lagi untuk sampai ke kawasan yang sebelum tuh korang dok lepak sebelum kena dazed tu
[o] --- Untuk selesaikan quest, lebih elok secara dalam crew. Untuk drops yang lebih umppphhh pastikan crew korang agak-agak sama level ngan korang. Ini boleh ditentukan dengan melihat warna aura mereka yang korang nak ambil sebagai crew member. Kalau hijau, itu yang terbaik untuk korang xD
[o] --- Untuk refill HP, korang boleh 'telan' Energy Charger ataupun buat gaia avvy korang 'kneel' yakni duduk lepak je kat memana xD
[o] --- Selain HP, korang pun kena berjaga gak ngan Stamina level korang. Recharge stamina dengan duduk gak. Tak guna gak kalau HP tinggi tapi Stamina sifar sebab nanti korang takde kudrat nak guna kuasa cincin. Angkat jari pun terasa cam angkat gajah
Huuu~ kalau nak teruskan memang panjang lagi nih sebab banyak lagi Koro belum sentuh pasal zOMG! xDDD~
Jumaat, Mei 29, 2009
Mau jadi kayaaaaa!!!
Akhirnya berjaya jugak ingat balik password Noctis. Lega rasanya haha. Sebab Noctis ni bertindak sebagai storan penyimpan mcs (monthly collectibles) yang Koro kumpul sejak tahun 2006 lagi masa start main Gaia. Ahaks. Jadi kalau tak dapat guna Noctis, meraung arr Koro xDDD~
Sekarang Koro nak kembali aktif kat Gaia. Tapi sekadar buat urusan jual beli jelah kat Marketplace. Sebabnya Koro nak rembat mcs untuk tahun ni pulak. Hahaha... sekarang dah miskin giler (sama cam situasi Koro dalam dunia sebenar huhuhuhu~) so tu pasal Koro dah tak boleh nak layan forum sangat.
Koro nak kena cari jalan bebanyak untuk kumpul gaia gold bebanyak xD
Antaranya, mungkin kena utilize balik skill lukisan yang dah berkarat tuh hahaha xD Kena try masuk mana-mana art contest yang ada kat Gaia. Tapi kena pilih yang tak kisah kalau art tu tak berwarna la. Ekekeke~ Koro masih lum pakar untuk mewarna secara digital. Huhuhu~
[ v_Noctis-Lucius-Caelum_v ]
Isnin, Mei 25, 2009
selamat! xD









Khamis, Mei 21, 2009
ARGHHH!!!
Tambah haru lagi bila dah terlupa gak email apa yang digunakan untuk buat akaun tuh.
Argh tidak! Dahla baru je terniat nak pindahkan semua MC balik ke Koro nyer main account. Huhuhu... cane nih? Cane nih? (T^T)
Akaun lain Koro ble je ingat password diaorang. Tapi apsal yang si Noctis nih cam dok tak betul jek password haaa? Seingat Koro, Koro tukar nama dia jek and bukan password (O_o)
Ke si Noctis dah kena hack? Huhuhu... siannyer dia (T^T)
Nak cuba insert password beberapa kali tapi Koro cuma max 2 kali satu hari. Kalau tak, ip kena ban and kalau ip kena ban, takble pulak main Gaia kat sini ekekeke~
Pencarian password bermula! Owh~ (T^T)
Rabu, Mei 20, 2009
Eksklusif! - Aktiviti seharian Koro di opis
- Sampai opis setelah meredah lautan manusia di pintu keluar komuter, menyeberangi jejantas yang kadang-kala dihiasi seorang peminta sedekah yang kudung kakinya namun mampu pula pakai kaki palsu (O_o) dan seterusnya singgah 7e kalau ada duit, dan kalau tak ade, buat dunno lalu terus melulu ke opis...
8.05 am
- Setel upacara boot pc dan login windows.
- Pergi buat air kat pantry.
- Duduk balik kat meja lalu bukak Facebook.
- Layan Mafia Wars, Vampire Wars, SuperPokePets dan FluffPets...
- Sesambil tuh kunyah makanan yang ada sebagai breakfast.
8.30 am
- Patutnya dah mula kerja owh~? xD
- Leka layan Facebook dan sesambil tuh bukak windows keje-keje yang patut dibuat aritu. Cover line? Hehehe...
9.00 am
- Mula keje secara rasmi. Yosh! Ikuzo! ~ o(^O^)o
10.00 am
- Rasa ngantuks mencengkam giler. Try hilangkan senggukan paler dengan buat keje sambil layan lelagu J-rock.
12.30 tgh
- Stop keje secara automatik and terus layan tenet xD~
- Biasanya Facebook (lagi) atau Gaia (akaun Mitkun hikhik~).
- Kengkadang main Sworbs dalam Hi5 tapi yang tuh biasanya aktiviti hari Jumaat xD
1.30 pm
- Sambung keje balik huhuhuhu~ (T^T)
5.00 pm
- Secara automatik terasa malas nak habiskan keje.
- Bukak tenet secara curik-curik tapi still wat keje xD~
5.30 pm
- Opis hour tamat! Yatta!!!
- Tapi still layan tenet kat meja walaupun ada sms dari Ryu-kun suruh blah untuk balik umah xD
5.40 pm
- Mula aktiviti menutup pc secara official xP
5.45 pm
- Balik umah!
- Naik keta so tak perlu redah lautan ketiak masam kat stesen komuter hik hik~ xD
Selasa, Mei 19, 2009
bolehla layan dabaru wooo xDDD
Sebenarnya nak bubuh Daybreak's Bell gak (Hyde-samaaaaa! xDDD) tapi tu nanti-nantila. Ikut rotation lagu mana yang tengah melekat kat kepala hotak ni sekarang. Ahaks.
Meh kita sesama layan salah satu opening Gundam 00 nih ekk! xD
Isnin, Mei 11, 2009
anugerahi? anugerahkan?
Kali ini kita menyentuh topik perbezaan antara perkataan menganugerahi dengan perkataan menganugerahkan.
Apa bezanya ekk?
Cuba lihat ayat di bawah:
Pengetua menganugerahkan Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Betul tak ayat tu? Nampak macam betul, kan? Tetapi sebenarnya ayat di atas itu salah! Kenapa, ya? Kerana sepatutnya perkataan yang digunakan adalah menganugerahi!
Kita lihat ayat yang betul:
Pengetua menganugerahi Cikgu Faridah Piala Guru Cemerlang di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Yay! Ayat dah betul! Tetapi kenapa kalau guna menganugerahkan salah ekk?
Menganugerahi membawa maksud memberi seseorang sesuatu.
Menganugerahkan membawa maksud memberi sesuatu kepada seseorang.
Yay! Sudah tahu akan perbezaaannya? Baguslah!
Jadi kalau perkataan menganugerahkan hendak digunakan dalam ayat yang sama:
Pengetua menganugerahkan Piala Guru Cemerlang kepada Cikgu Faridah di atas kecemerlangannya sebagai seorang pendidik.
Sudah jelas?
Kelas tamat. KRINGGG!!!
------
Uhhh… susah giler nak taip dalam bm formal ekekeke~ tapi tulaaa… selama ni main tibai je mende alah ayat camtuh. Rupanya ada perbezaan yang ketara giler. Hohoho… lepas nih kena lebih berhati-hati buat ayat! XD
Khamis, Mei 07, 2009
lego! ^O^
Lego memang menjana kreativiti ke tahap maksima.
Ingat lagi, masa kekecik kat England dulu, Koro rajin mintak otou-san Koro belikan Lego. Siap ikut set tuh. Ada set polis la. Set lanun la. Set zaman medieval la. Set koboi la. Set angkasa la. Set pulau la. Set kedai. Set kereta lumba. Balik Malaysia pun still teruskan usaha kumpul set-set Lego tuh. Cuma tak beli yang set gabak tuh la. Tu memang mahal nak mampus. Daripada beli tu, baik beli kit Gundam skala 1/60. Hahaha xDDD~
Tapi memang bes la main Lego nih. Daripada dah beli memacam set tuh, gabungkan pulak. Jadik la set cacamarba. Hahaha. Kira cam lanun campur ngan angkasa ke, koboi campur dengan kereta lumba ke... bes bes! xD Ini namanya kreatif habis! xD Siap bina keta sendiri yang entah pape, konon futuristik habisla xD Dan yang paling jadik rebutan antara adik-beradik adalah lego kaler-kaler yang biasa buat lampula kononnnya. Entahla. Apsal ekk sker rebut mende tuh? Hahaha...
Selain lampu-lampu tuh, kitaorang ada gak rebut rambut ngan topi. Hahaha xD Konon kalau yang pakai helmet nampak macho sket. Tetambah lagi kalau dianyer glass (plastik sebenarnya haha) cover tuh kaler hijo. Machos gitewwww! Pastu takde sape nak orang lego dia guna rambut tocang kaler merah tu. Hahaha... Seronoknyerghhh! xDDD~
Tapi sekarang, entah ke mana koleksi lego-lego tuh ekk? (T^T) Sayangnyeeee~ dah bersepah-sepah semua. Dahla ada di antaranya kecik-kecik jek. Cam pistol ke, burung nuri ke... kecik tuuu! Rasa cam nak selongkar umah untuk cari balik. Pastu main balik cam kanak-kanak ribena. Wakakakaka~ xD
And kalau ada wang lebih, nak start balik collect Lego nih. Yela. Nostalgia masa kecik tuuu! Tambah pulak Lego dah keluarkan edisi khas cam untuk Star Wars ke... Batman ke... mestila nak kumpul kan? Tapi kalo leh, nak kumpul Gundam dulu baru Lego. Ekekeke~
Nak main Lego!

Selasa, Mei 05, 2009
Okaa-san, aishiteru~!! x3
Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... mak
Bila bangun tidur, aku cari... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang... mak
Bila nak bermanja, aku dekati... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... mak
Bila takut, yang tenangkan aku... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... mak
Aku selalu teringatkan... mak
Bila sedih, aku mesti telefon... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada... mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmmaaakkkk!!"
Bila sakit, orang paling risau adalah... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... mak
Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... mak
Yang selalu nasihat aku... mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari... pasanganku
Bila sedih, aku cari... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... mak
Bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... mak
Bila nak bercuti, aku bawa... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... mak
Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada... pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan... "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..."
Berderai air mata jika kita mendengarnya...
Tapi kalau mak sudah tiada...
MAKKKKK... RINDU MAK.... RINDU SANGAT...
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
++++++++++++++++++
Hee~ jadi sayangilah ibu anda! Mmmuahhh~!! x3
Isnin, Mei 04, 2009
obsesi

Beberapa bulan yang lepas, ada ternampak satu kereta ni. Kelisa kalau tak silap. Dan pemandunya perempuan.
Apa kaitannya dengan tajuk entry kali nih?
Haha. Kelisa tuh sebenarnya penuh dengan barangan Hello Kitty daa... sure pemandu tuh obses giler dengan kucing takde mulut sangat tuh. Daripada belakang, boleh nampak dashboard belakang dia penuh dengan plushie Hello Kitty dengan kengkawan dia. Bantal jangan cakap aaa... Interior kereta pun modify bertemakan Hello Kitty.
Tapi tuh biasa jek.
Yang luar biasanya... bila diamati betul-betul, Koro perasan ekzos dia cam bengkok sket. Cam ekzos kena eksiden la kiranya. Tapi bila diperatikan secara terperinci... aits! Bukan bengkok daa! Rupanya ekzos dia pun dia buat macam bentuk kepala Hello Kitty! Siap ada whiskers lagi tuuuu!!
Wahahaha~ Koro sker! Koro sker! xDDD Ini namanya peminat sejati! xD Cuma lagi bes kalau dia hias luaran keta dia ngan Hello Kitty gak. Baru lengkap satu pakej (^___^)
Nih ada contoh Hello Kitty modification xD
Mitsubishi i Princess (Hello Kitty)


Teringin nak buat kereta macam gundam. Wakakaka~ xD