Pagi tadi dekat HitzFm terdengar berita tentang pemergian Din Beramboi. Macam tak caya jek. Macam baru jek pas tengok dia jadi juri Raja Lawak, borgoyang sakan bersama jejuri lain dan Idlan masa persembahan final Idlan. Takziah buat keluarganya (T^T)
---
Okay lupakan seketika kisah sedih itu. Kita kembali kepada topik favourite Koro. Gaia Online =D
Okeh kali ini Koro nak bagitau cecara nak jadi kaya kat Gaia. Haha. Tak taula berapa banyak search engine yang akan pickup Koro nyer blog pasnih =P
Perkara pertama sekali dalam usaha nak jadi kaya ... leburkan semua item yang korang tak pakai! xD Sayang item tuh? Takpe. Nanti dah kaya tak hengat, ble beli balik. Mana ada usaha tanpa pengorbanan ye dak? Dalam kes nih, kita takde korbankan pape nyawa xD Cuma item virtual jek =P
Anyway, cara utama bagi Koro adalah vending dan hoarding. Vending bermaksud jual beli. Yakni me-nerjun-kan diri dalam dunia bisnes xD Dalam terms gaianyer adalah melepak kat MP wahahaha~ xD Tapi untuk vending, kita perlu modal. Sebab nak beli item untuk dijual, kita mestila ada gold secukupnya untuk beli item tuh dulu kan?
Haaa... kat sini la datangnya sumber pencarian gold kedua iaitu booty grabbing =D
Bermula sekitar 2008-2009 camtuh, Gaia mula wujudkan satu aplikasi baru untuk membolehkan gaians menjana gold 'secara mudah'. Perhatikan perkataan tersebut yang Koro bubuh apostrophe =P Booty grab memang nampak mudah. Klik untuk main pastu kutip la bebanyak gold. TAAAAAAAAPI. Ha. Ada tapi tuh xD Main booty grab nih perlukan kesabaran dan daya tahan mengadap komputer sambil menggerakkan mouse ke kiri dan ke kanan yang cukup tinggi. Wakakaka.
Yakinla bahawa setelah hampir sejam lebey mengadap tanks tuh, korang akan terasa bosan yang amat sangat xD Kat sinila korang kena tanam dedikasi. Letak target. Contohnya, hari nih nak capai 10k la. Baru stop main. Tu baru target umum. Letak gak target spesifik. Satu tank tuh nak rembat dalam 1k paling lowest. Kurang daripada tuh, kira tak valid la dalam usaha nak capai 10k sehari =P Nak kasi kurang bosan, off-kan sound booty grab tuh. Bukak player sendiri cam winamp ke apa ke. Layan lelagu peberet sendiri. Lagi syok xD
Kalo korang berusaha bersungguh-sungguh, bukan takat 10k jek boleh rembat. Malah, kalau main berjam-jam, korang leh dapat 100k lebih! Masyuk owh! xD Dan bayangkan la 100k tuh korang dapat dalam sehari jek. Cuba kalo korang main 7 hari berturut-turut. 700k camtuh jek dalam tangan. Nampak cam mudah kan? Wahahaha. Tapi sekali dah main, kalo korang cepat bosan, takde maknanya nak dapat gold sebanyak tuh. Moralnya di sini, kejayaan takkan datang tanpa usaha. Untuk kaya, kena korbankan masa layan booty grab bagai nak giler xD
Cuma Koro tak sarankan korang main booty grab jek untuk capai target 1 million. Giler hape xD Diversify your gold getting strategy. Cewah speaking pulak. At least dapat dalam 500k-600k, dah cukup masyuk untuk korang laburkan beli bundle RIG terkini, at least sebijik. Dalam sebundle dapat 9 singles. Korang peram aaa mende alah tuh (simpan dalam inven dan lupakan kewujudannya wakakaka) sehingga la korang rasa harga kat mp dah boleh mendatangkan keuntungan pada korang kalau menjual balik RIG yang korang peram tuh.
Contohnya, korang beli satu bundle RIG terkini. Kita amek Code Alpha sebagai contoh. Korang beli masa harga dia 585k. Simpan dalam inven dan lupakan. Teruskan usaha booty grab mu itew xD Masa berlalu... at least dalam sebulan dua, korang tengok balik harga Code Alpha tadi kat MP. Tetiba harga sebijik bundle dah 700k lebey. Rejoice, bebeh! Masa tuh kalo korang jual bundle korang tadi, korang memang dapat profit gegiler. Tapi lagi untung kalau korang pecahkan bundle yang korang ada dan jual sebagai 9 singles. Sebab ikut trend, bundles memang 'lebih murah daripada singles'.
Secara kolektifnya, memang nampak bundles cam mahal giler, bukan? Tapi cuba tengok kes nih.
Bundle : 585k
Single : 75k
Korang tengok kat MP listing camtuh. Mesti korang rasa alemak mahal sangat la bundle, beli single jela. Tapi korang nak beli 9 singles la pulak. Meh kita try darab.
75 x 9 = 675!
Hark! (O_O) Baik korang beli sebijik bundle kalo camtuh daripada beli 9 singles berasingan! Bandingkan la 585k dengan 675k. 90k beza tuuu! Bagi yang kedekut gold cam Koro, 90k tuh kira dah banyak bezanyer tuh =P
Tapi tuh kalau korang guna gold hasil usaha booty grab korang tuh ke arah RIG investment. Korang pun ble melabur dalam pembelian MCs bagi bulan tuh or bulan-bulan lepas. Yang penting kat sini, kena bijak memilih MC mana. Untuk tahun nih, Koro rasa Silver Laurels dan Nightmare Sash yang mendapat sambutan hangat. Scarlet Rose dan Grim Reaper nampaknya bakal meletop gaks.
Owh Koro lupa nak cakap. JANGAN BELI RIG TERKINI MASA RIG TUH BARU KELUAR! Masa tuh harga dia memang giler mahal (-__-) Bersabar dan tunggu at least seminggu pas dia kuar. Pastikan korang bookmark RIG tuh kat MP supaya korang leh skodeng hehari tengok perkembangan dia. Dan yakinla akan ada satu hari tuh korang kata inila harga yang aku nak beli. Click BUY. Ta-daa! xD Koro dah banyak kali skodeng trend RIG. Memang akan ada masa diaorang akan turun gegiler sebab supply dah banyak dan penjual memasing try turunkan harga untuk kasi diaorangnyer RIG yang terjual. Masa tuh la kita sebagai vendor/hoarder berkata ini la masa prime time untuk melakukan belian.
Jangan lupa join guilds yang berkaitan dengan vending/hoarding. Sebab ada antara guilds tuh yang tak lepaskan info vending diaorang ke public. Hanya kepada ahli guild. Kalo korang bukan ahli, rugi la kan? xD
Papehal pun, harap dengan sedikit info nih (kalau ada yang baca wakaka) korang dapat jadi kaya huhuhu~ Untuk pengetahuan, Koro miskin jek =P Sebabnya Koro tak serajin itew untuk layan booty grab muhaha... Koro tengah dalam proses liquidate item-item Koro. Bila dah habis buat mende alah tuh, baru Koro nak full stream booty grabbing jek. Doakan Koro jadi kaya ekk? xD
Jumaat, April 02, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 rantbacks:
Catat Ulasan