Isnin, Mei 03, 2010

Freedom of Speech? (-___-)

Pagi tuh seperti pagi-pagi yang lain. Waktu rehat. Waktu paling sesuai nak skodeng Gaia Online di opis hehe... Tanpa mengesyaki apa-apa, Koro bukak la akaun mule Koro untuk mengutip daily chances cam biasa. Tapi perhatian Koro tertarik kat satu notification nih. Katanya ada guild announcement.

Koro bukak, rupanya ada member guild announce pasal kewujudan dua thread yang langsung tak menghormati Islam. Kenapa? Sebab si thread creator menganjurkan "Draw Muhammad Day" untuk support event yang kekonon dicanangkan untuk disambut pada May 20. Semuanya gara-gara si Molly Noris melukis satu kartun satira in support of episod South Park yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam sut beruang. Si Molly lukis kartun tuh dengan tajuk "will the real likeness of the prophet muhammed please stand up?" dengan menggambarkan beberapa karekter cam cawan, kepingan domino, sekotak pasta, gulungan benang, beg bermuka anjing dan sebijik epal... semua mengaku diaorang tuh la resemblance terdekat.

Skang Molly tuh cam dah takut and dia tak nak ada kaitan dengan memana individu atau group yang masih meneruskan event tuh.

Hoh. Tau pulak takut (-___-)

Anyway, back to Gaia.

Hangin ooo baca dedua thread tuh. Rata-rata orang barat (Koro anggap mereka tuh penganut Kristian aka anti Islamic tipikal ... dan Koro rasa mungkin ada yang ateis) yang post dalam threads tuh memberi sokongan. Diaorang sokong atas alasan 'freedom of speech, freedom of art'. Sesiapa poster Islam yang cuba menyarankan agar thread tuh ditutup kerana kewujudan thread tuh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam Gaians, mesti kena lashback dengan ramai posters omputih tuuut tuuut tuh (maaf sebab beberapa perkataan terpaksa ditapis sebagai menghormati censorship huhuhu...). Diaorang kata Islam people are so narrow minded blablabla... siap kata orang agama lain tak kisah pun kalau deities diaorang dilukis tah pape.

Tuuut tuuut korang la! Itu korang. Kitaorang mana sama ngan korang yang tak sker hormat tuhan sendiri.

Lagi hangin bila si thread creator kata dia bukak thread tuh bukan untuk insult Islam tapi sebab atas dasar hormat la dia bukak thread tuh. TUUUUUT!!! Hormat apa kemendenyerghhhhh?! Dah tau Islam melarang sesiapa pun menggambarkan Nabi Muhammad (s.a.w) apehal ko sesibuk nak suruh orang lukis Baginda camne lak ikut interpretasi korang?! Apsal ko tak suruh orang lukis holy figure agama ko sendiri? Kenapa nak amek agama orang lain?!

Ahhhh!!! Tensen Koro baca thread tuh dari first page sampai abis. Lagi rasa nak ngamuk bila ada sorang tuh submit art dia dengan melukis seorang Arabian lelaki memakai make-up dan menamakan orang tuh sebagai Muhammad. Giler melampau! And kalau nak kata dia melukis secara random... apakah maksudnya ... "this is my submission" ... dah tentunya dia submit art untuk menyertai kempen draw muhammad tuh. Tuuutttt!!

Sakit hati giler owh Dx

Koro terus report dedua thread tuh. Siap report posters secara individu. Yang post untuk menyokong dengan membantai the narrow-mindness of Islam people, yang menyokong dengan menghantar art, yang menyokong dengan memaparkan banner untuk cause tuh, yang menyokong dengan menimbulkan isu episod South Park... semua aaaa!!

*hangin ... hangin ...*

Itupun Koro bersusah payah taip ayat masa tulis report tuh kasi nampak tengah cool. Cam tulis report berilmiah. Walaupun dalam hati mendidih bagai.

Apsal la korang sker mempersendakan agama orang lain? Duduk dediam takble ke? Nak buat thread camtuh, fikirla dulu akibatnya. Kalau orang lain buat agama ko camtuh, ko marah menggila. Tapi buat kat agama orang lain, ko kata freedom of speech lak. Giler tak adil Dx

Dan semalam Koro dapat feedback daripada Gaian moderators yang kata threads tuh dah pun ditutup bagi tidak membesarkan isu kontroversi yang mungkin timbul. Kang jadi pergaduhan pulak dalam Gaia. Hoh. Tapi Koro tak puas hati gak sebab mod tuh sempat nyelit kata si thread creator mungkin terlupa yang perbuatannya boleh menimbulkan kekecohan sebab dia cuma ikhlas untuk support a cause yang dia believe in.

Hampes.

Koro rasa tak bes la campur adukkan online community life dengan real life issues especially yang sentuh pasal belief, faith, ritual, race sumer tuh. Kalau nak sentuh, boleh jek, tapi buatla dengan cara bijaksana sket. Diskusi berilmiah ke. Jangan la selamba badak tetiba bukak thread kat art subforum suh lukis Nabi junjungan pulak. Akal kan ada.

Tapi sebab threads tuh dah ditutup buat masa skang, Koro rasa patut biarkan isu tuh reda. Biarpun kat luar Gaia, dah mula bersepah dengan support untuk event tuuuut tuh. Tak caya, try aaa google. Koro dah try tadi. Ada dalam 2, 120, 000 results yang Koro malas nak klik untuk tengok satu per satu.

Anyway, moral of the story... kalau tak sker orang kacau agama kita, jangan la pepandai kacau agama orang lain dalam cara yang tak sepatutnya. Ble?

Renung-renungkanlah.

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...