Selasa, Mei 11, 2010

Koro dan Gaia Online ... lagi xP

Koro masih dalam proses liquidating aset Gaia Koro. Liquidating tuh apakemende ekk? Haha. Maksudnya, Koro dalam proses nak jual semua item yang Koro rasa Koro takmo guna dah. Koro nak jual untuk dapatkan gold. Bila dah ada gold secukupnya, Koro nak invest pulak untuk beli bundle RIG/CI terkini.

Satu bundle tuh price biasa sekarang dalam range 550k ke atas. Koro nak target beli bundle sebab nanti boleh jual singles sebijik-sebijik. Lagi untung camtuh.

Haha... setelah 5 tahun dok melayan Gaia, tahun ni jela baru Koro serius sket nak terjun dalam dunia mp Gaia tuh. Koro join memacam investing guilds semata-mata nak cedok ilmu vending. Kiranya, Koro dah ada matlamat la dalam Gaia nih. Dari dulu lagi Koro nak jadi kaya dalam Gaia tapi Koro sekadar memasang impian jek. Tak serius xD Skang Koro dah tau cara, Koro nak praktik-kan la xD

Tapi liquidate aset nih bukan keje mudah. Pertamanya, Koro list-kan pada harga yang akan memberikan profit pada Koro. Koro tak list-kan item ikut harga lowest buy. Koro bukan list untuk item cecepat dijual. Koro list untuk dapatkan untung. Koro penah catit Koro beli item tuh pada harga belian apa untuk senang menentukan harga jualannya di kemudian hari. Nampaknya, cara Koro tuh memang berbaloi sebab Koro dah dapat kaut untung banyak camtuh wakakaka...

Di samping tunggu bebarang Koro dibeli orang, Koro kena cari sumber gold cara lain gak. Harapkan vending je takkan ke mana. Koro try stay active kat forum. Post bebanyak. Dapat gak gold sesket. Sket pun takpe. Yang penting dapat gold xD Kalau ada masa, Koro layan booty grab. Tapi Koro bukan BG hardcore so Koro takble nak kata Koro ble kaya dengan main BG jek. Sebab tuh Koro sker diversify teknik pencarian gold xD

Dan keuntungan daripada join bebanyak guild investing nih, kita dapat info cambest yang takkan dapat kat guild biasa. Cam contohnya, link untuk mendapatkan item free, updates untuk item free mana yang cambest untuk dikumpul bebanyak pastu diperap pastu dijual di kemudian hari... memacam lagila! Koro sker! xD

Koro ada stok letters/mc dari tahun 2007. Koleksi lengkap lak tuh hahaha... Koro ingat nak jual tapi tuh Koro tangguh dulu. Yang penting, Koro nak setel-kan 'membersihkan' inven Koro dulu. Pastu baru fokus kat inven-inven mule-mule Koro. Especially yang ada letters tuh. Muhaha! xD

Setakat nih Koro dah jual balik beberapa Crimson Tatsu Helms yang Koro beli dulu pada harga 3k sebijik. Koro jual balik 8k-10k sebijik. Giler untung. Wakakaka... Pearls yang Koro beli dalam 1k lebey, skang lowest buy price dalam 3k lebey. Koro list-kan pada 5k. Saje jek. Kengkadang terjual gak... muhaha! xD Koro sker!

Koro nak invest dalam RIG dulu. Bila modal dah cukup umph, Koro baru nak terjun dalam dunia investment EI lak (evolution items). Tapi Koro kena bersabar (T^T) Koro tak cukup modal lagi. 1 million gaia gold tak memberi makna sangat sekarang sebab kadar inflasi dalam Gaia terlalu tinggi! Owh~ Dx

Sekarang mc paling murah dalam 50k lebey. Dulu mc paling mahal pun dalam 40k lebey. Giler ahhh!!! Koro windukan Gaia dedolu... (T^T)


---
Maksud bagi terms yang Koro gunakan:

RIG = random item generator. Premium item yang boleh memberi sama ada kepuasan atau ketensenan sebab mende nih cam cabutan bertuah. Kalau nasib baik, dapatla item rare yang cambest giler. Kalau tak, dapat crappy item yang cam hampes xD

CI = chance items. Nama baru bagi RIG

MP = marketplace

Guild = komuniti online cam forum yang dikhaskan untuk sesape yang join sebagai member guild tuh. Dalam Gaia ada pelbagai guilds dengan pelbagai tema

Invest = melabur, yakni membelanjakan gaia gold untuk membeli item yang akan dijual di kemudian hari

Inven = singkatan kepada inventory, iaitu kira macam 'storan' untuk item kita, sama ada yang di-equip-kan pada avvy atau tidak di-equip

Bundle = merujuk pada pakej RIG/CI yang berharga 999 GC yang mengandungi 9 item RIG/CI dalam satu pakej

Singles = merujuk pada sebijik item RIG/CI

GC = gaia cash. Mata wang alternatif Gaia yang dibeli menggunakan 'duit sebenar' dalam nilai USD. Contohnya, USD10 memberikan kita 1000 GC. GC digunakan untuk membeli item premium Gaia cam MC, RIG/CI atau bebarang aquarium

BG = booty grab. Sejenis permainan menangkap gaia coins/gold dalam aquarium milik Gaian lains. Salah satu alternatif terkini untuk mendapatkan gold dengan mudah

MC = monthly collectibles. Item premium yang diedarkan khas untuk bulan tuh jer and takkan dikuarkan lagi bila bulan tuh berakhir. Dulu penah menjadi item yang hangat untuk diburu tapi skang orang pandang sebelah mata sebab RIG dengan EI lebih gempaks

Letters = nama lain untuk mc sebab mc yang masih sealed dalam bentuk letter. MC yang dah reveal dalam bentuk letter yang terbukak

EI = evolution items. Premium item yang mengandungi evolusi dengan memacam pose yang menarik untuk di-equip pada avvy. Mahal nak mampus hahaha...

Vending = Jual beli. Dalam erti kata lain, buat bisnes xD

---------

Masih pening? Jadi joinla Gaia Online dulu untuk familiarize-kan diri dengan terms-terms tuh wakakaka... xD

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...