Selasa, Mei 18, 2010

Koc Wanita? (O_o)

Pagi ni Koro naik komuter. Dah seminggu tak naik so dalam seminggu tu, rupanya ada perubahan sikit kat stesen komuter UKM tu. Ada beberapa tiang dicat pink. Lepas tu ada kain rentang mengumumkan pasal koc wanita.

Koro menyimpulkan, tiang-tiang pink tu dianggap sebagai waiting area untuk sesapa yang ingin menaiki koc pink. Kebetulan Koro duduk kat area tu. Tapi Koro tak terasa nak naik sebab bila Koro pandang kiri dan kanan... mak aihhhh... ramai giler perempuan kat situ. Kalau kesemuanya nak disumbatkan ke dalam koc tuh, rerasa cam tin sardin jam-packed dah tu (O_O)

Di sini Koro mula terfikir... praktikal kah koc wanita itu? Memang praktikal kalau ... KTM tambah lagi satu koc so ada 2 koc wanita dan 2 koc umum. Barula wokeh sket. Sebab KTM kena sedar, yang guna kebanyakannya perempuan xD Yang laki pun kira ramai sebab ada warga asing (samada yang PATI atau yang sah) join skali =P

Satu koc tak cukup weihhhh... dan ini dibuktikan apabila sebaik sahaja tren sampai, berpusu-pusu wanita berusaha memboloskan diri memasuki koc tersebut. Cam sendat jek rasa so Koro terpaksa beralih memilih koc biasa di hujung seperti biasa.

Tapi tuh kira okay lagi tu sebab yang masuk tu semua perempuan. Kiranya para ktm-ers di UKM memang berhemah tinggi la dan tau membaca kekekeke... Tapi keadaan sebaliknya berlaku kat stesen Serdang. Diulangi. Stesen Serdang.

Masa Koro turun di situ, Koro sempat berpaling melihat koc wanita tadi. Memang ramai nak sendat masuk. Tambah hampes bila antara reramai tuh, ada gak lelaki-lelaki bangang bodo alam pun nak sumbat skali. Nih sama ada tak nampak sign tulis koc wanita tuh atau tak reti baca atau memang diaorang buat bodo jek. Koro pilih option yang akhir (-___-)

Lelaki camni memang spesies sesuai untuk ditendang masuk lubang Sparta dalam citer 300 tuh.

Koro rasa, koc wanita tuh patut disiram cat pink terang nyala. Pastu hias la dedalam dia ngan bebunga sket ke. Tingkap kasi ada langsir sket. Biar sampai laki nak masuk pun rasa segan. Barula koc wanita sesuai dengan tema dan sasaran penggunaannya. Kalau setakat tampal sign kat cermin and kaler koc cam biasa je and harapkan pengumuman kat kain rentang kat stesen jek... hoh... sampai bebila pun lelaki spesies bangang camtuh akan wujud.

Owh... dan stesen Serdang la yang Koro selalu nampak kena ada cam pegawai kawal pengguna komuter kuar masuk koc. Siap ada bebunyi wisel lagi xD Adakah ini bermakna ktm-ers Serdang kurang berhemah tinggi dan kurang arif dengan peraturan menaiki komuter? Lalalala... xD

Malah, Koro malas tul nak kuar dari komuter bila sampai Serdang. Yang menunggu kat luar, memang tak bagi can orang dalam komuter nak kuar. Berkumpul depan pintu koc cam nak buat rusuhan apa jek. Koro seringkali terpaksa henshin jadi bulldozer untuk merempuh kuar dari koc. Koro tak peduli kalau terlanggar sesape sebab yang korang dah line up dalam gitu nyer formation, sape suruh?! (-____-) Ktm-ers Serdang cuma akan memberi laluan untuk keluar kalau ada pegawai ber-wisel kat situ (-___-) Kalau tak, jangan harap la.

Nape korang macam tu? Uhuhuhu...

Koro rasa macam tetiap hari berlatih main american football rasanyer (=.=)

2 rantbacks:

Tensai7 berkata...

jadilah cam Sena main nyelit2 xD

oh, mende tu dh wat kat ktm gak ek? ingtkan wat kat lrt je

k o r o m y s t berkata...

Owh ada kat lrt gak yek?
Ingat wat kat stesen ktm jek.


Eh.. apsal rasa cam terbalik kan ayat je ekk?
Kakakaka... xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...