First off, gomen nasai~!! Lama giler tak update!! Kira cam blog terabai sejak minggu lepas!! Huhuhu... siap sempat tengok Ninja Turtle lagi xP By the way, best giler citer tuh! Komen daripada seorang fanatik tetel haha xD Lagi satu, soklan soklan bebanyak dalam entry sebelum nih, saya jawab kendian la ekk haha xD
Fokus saya kali nih adalah si mamat bishie Gacchan xD [Lagi??? Hahaha xP] Sesaja la gatal nak survey kepopularitian
Gackt di Malaysia. Secara spesifik, kepopularitian dia di kalangan kedai kedai muzik
YANG SEPATUTNYA TAU PASAL DIA sebab diaorang
PATUT ARIF tentang perkembangan dunia muzik tak kiralah kat ceruk mana sekali pun lebih lebih lagi kalau
DIAORANG JUAL CD LAGU LAGU JEPUN kat kedai diaorang.
Sila ambil perhatian kat perkataan yang di capslock kan yer. Okay, sampel sasaran yang terpilih adalah kedai kedai muzik di sebuah shopping mall yang gabak, tingkat yang sama level ngan cinema. Nama asal ditukar bagi melindungi maruah memasing xP Tapi yang terasa tuh, pepaham sendiri la ekk...
Kedai pertama – Mena – YANG JUAL CD JEPUN – tapi kebanyakannya outdated... hampesss...
Koro & Ryu-kun : Ada jual cd Gackt tak? Kat rak takde.
Mena : Gackt? Camne eja?
Ryu-kun : G-A-C-K-T
Mena : Jap ekkk... *cek record cd kat pc* ... Ohhh yang album December Love Song ni ker?
Koro : ... U___U [De-cem-ber-love-song jer??? Giler outdated!!]
Ryu-kun : Err... takde yang terbaru ke?
Mena : Takde. Yang December Love Song ni pun takde dalam stok.
Ryu-kun : Okaylah. Takper. Terima kasih ye.
Mena : Ok
Koro : ... T____T#
Ryu-kun : Takper aaa... kita cari kedai lain.
Strike One.
Kedai Kedua – Tak ingat nama tapi kekonon jual lagu lagu rock – KEKONON!! – hampes darab dua... – KEDAI NIH ADA JUAL CD JEPUN...
Ryu-kun : Kat sini ada jual cd Gackt? Dia artis rock jepun.
Rock : G-a-apa?
Ryu-kun : Gackt. G-A-C-K-T. Gackt.
Rock : ...
Koro : Gackt. Lelaki.
Rock : Jap ehhh...*panggil geng – bisik-bisik*
Rock2 : Nama dia sape tadi?
Ryu-kun : Gackt.
Rock2 : Camne eja?
Koro : ... T__________T#
Ryu-kun : G-A-C-K-T.
Rock2 : Nah kertas. Tulis ejaan.
Koro : T______________________________T
Rock2 : Ohhh Gackt.
Yang berlakon citer Long Vacation tu? Takde. Kitaorang dah habis stok *DENGAN MUKA PENUH CONFIDENT CAMPUR KNOW-IT-ALL*
Koro : HAH??? HAPE? Tapi Gackt bu-...
Ryu-kun : Dahla. Jom kita blah.
Koro : Tapi Gackt bukan ber-...
Ryu-kun : Diaorang tersilap tuh...
Koro : Tersilap apa?! Diaorang memang tak tau langsung tapi buat buat tau!! Tu Kimura Takuya laaa!!
Ryu-kun : Takperla. Diaorang tak kenal Gackt...
Koro : Mana boleh tak kenal! Diaorang bukak kedai muzik! Diaorang jual cd jepun!! Lagu rock pulak tuh!! Tapi yang dijual bukan lagu rock pun kebanyakkannya!!
Ryu-kun : Err... apsal orang lak cam kena marah nih? Eheh... *sweat*
Koro : Ohh... gomen hihihi... meletup sket sebab tensen xP Sori ekk... xD
Ryu-kun : Hahah... xD
Strike two.
Kedai ketiga – Vroom – jangan cakap arr... kedai nih glamer ngan stok jepun korea nyer... tapi malang sekali...
Ryu-kun : Sini tak jual cd Gackt ekk?
Vroom : Err... tak kot. Sorry ekk.
Ryu-kun : Takper. Terima kasih ekk.
Vroom : Sama-sama :)
Strike three.
Haha... paling bengang kat kedai Rock tuh T___T Muka pun cam kerek jer kata Gackt tuh berlakon citer Long Vacation. HAMPES GILER!! Nak jer suh dia google Gackt ker... main game Crisis Core yang mana Gackt jadi Genesis, antagonis game tuh – juga dapat dilihat masa ending game Dirge of Cerberus. Genesis, Anjeal dan Sephy – woohoo~!! xD Nak cecepat sambar psp untuk main Crisis Core!! Huhuhu...
Anywayz, kesimpulannya di sini... kepada semua fanatik Gackt di Malaysia, saya AMAT bersimpati dengan anda semua kerana sesungguhnya, para pekedai muzik cam tak menghiraukan kewujudannya yang seakan dewa di Jepun tuh. Iskk Iskk... Mujurlah Laruku dikenali la jugak sesket.
Tapi tu baru tanya pasal Gackt. Belum lagi pasal Psycho Le Cemu ke... Alice Nine ke... Nightmare ke... T________________T