Khamis, Mei 27, 2010

Wild Ones? xD


Bagi yang pernah main Worms, game Wild Ones nih lebih kurang macam tu la. Cuma platform Wild Ones ni dalam Facebook. Koro baru je terjebak dalam game nih angkara si Pah =P Dulu Koro layan gak Worms. Tapi asyik kalah je haha... Wild Ones pun sama gak kesnya. Koro susah tul nak baling bom yang tak melekat kat diri sendiri hahaha...

Anyway, dalam WO nih, diri kita diwakili dengan haiwan. Starter animal nyer sekor anjing yang kita boleh customize-kan warna dan nama. Memang kena mula dengan anjing. Tak boleh pilih xD Tapi bila dah level up, haiwan lain akan di-unlock so pada masa tu, kita boleh memilih sama ada hendak teruskan dengan anjing, atau gunakan haiwan lain. Setiap haiwan ada ceciri unik yang tersendiri. Cam anjing ada timebomb berbentuk tulang, arnab boleh melompat lebih tinggi, kucing boleh cakar untuk serangan jarak dekat... memacam la.

Align CenterSesi regis dan tentukan kaler haiwan memasing

Grafik dia cambest gak. Tu antara yang buat Koro tertarik dan seterusnya tersangkut =P Koro punya Korozen baru mencapai level 11 so tak banyak scenes yang dah unlock. Tapi memang menarik gak la dianyer scene. Sampai ada satu scene tuh terdiri daripada laman web yang dipenuhi teks jek. Confusing gak tuh xD

Kat canyon gituuuu...

Haaa... ini la scene teks yang confusing amat tuh xD

Periuk kotor tak berbasuh xD

Game play dia lebih kurang hapuskan haiwan lain untuk mengumpul markah tertinggi. Sesetengah senjata berikan markah tinggi. Terutamanya senjata jarak dekat sebab risiko untuk mati bersama musuh amat tinggi (yang nih Koro dah expert wakakakaka...). Ada gak senjata bantuan cam grappling hook yang digunakan untuk menyangkutkan diri kat tebing untuk menghapuskan sasaran dengan lebih tepat. Kengkadang akan turun kekotak lifesavers cam nyawa revival (sket jek revive pun) dengan senjata/bekalan bom.

Kira kena ada skill ngan strategi sket nak main WO nih. Koro rasa kalau main selalu, boleh potong level Pah nih kakaka~ xD Pah jadi sifu pulak untuk game nih haha...

Yang kelakarnya, konon kitaorang nak main team play. Tapi rupanya team play tu kita tak bebas memilih dengan sape kita nak main. Kita akan dapat team mate secara random. Takpelah. Mungkin dengan cara tu dapat elakkan ketidakadilan ke apa-apa isu berbangkit yang lain ke (^_^)

Pape hal pun, cuba la main WO dan selamat menjadi kijam xDDD

Nota: Gegambar diperoleh dari google sebab malas nak amek screenshot sendiri =P

4 rantbacks:

Tensai7 berkata...

bila kita nak battle sesama sendiri ha~?

k o r o m y s t berkata...

Camne nak battle sesama sendiri? Boleh setting ka? (O_o)

Tensai7 berkata...

gi kat multiplayer then create a room pastu ajk masuk room yg dh created to kendian lwn ah. syaratnya kena lain pc or browser ah

k o r o m y s t berkata...

Owh wiken nanti jom wat? Ajak Syahmi skali xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...