Khamis, Mei 31, 2007

Iskkk...

Hari tu try edit template. Ingat nak buang menatang iklan kat atas tu. Tapi bila delete coding tuh, dengan background skali hilang T___T Apsal haaa? Tensen sket sebab cam cacat jer dok tempek kat atas tu haaa. [Haha... baru sekarang rasa benda tu mencacatkan padahal benda tu dah berkurun lamanya xDDD]

Sama la kesnya cam iklan kat fwenster tu. Asyik dok tayang iklan pasal gigi jer. Siap dengan gambar dua gigi yang kuning semacam. Arghhh!! Spoil layout kuuuu!! Dahler tema Final Fantasy VII Advent Children. Gambar Vincent yang machos tuh. Tapi spoil giler dengan adanya gigi-gigi tak diundang tuh!!

Last-last terfikir. Mesti si Google Adsense tu bantai ikut apa yang saya tulis dlm profile. Huhuhu... nak tak nak, terpaksa edit profile. Dan ta-daaa!! Gigi kuning? Tiada lagi!! xDDD

Tapi memandangkan promo FFVII Crisis Core makin rancak, nanti nak tukar layout Vincent kepada layout Genesis. Biar Pah jeles. Mwahahaha!! Genesis tuh Gackt, kalau korang tak tau lagi. Seiyuu Gackt, rupa pun Gackt. Pendek kata, Genesis adalah Gackt yang di-CGI-kan untuk dimasukkan ke dalam game FFVII Crisis Core. Pendek kata lagi, game tuh adalah prequel kepada FFVII, FFVII Advent Children dan FFVII Dirge of Cerberus. Tu lum lagi amek kira FFVII Before Crisis sumer tuh xD

Memandangkan saya main FFVII Dirge of Cerberus baru separuh jalan, saya tak dapat la lagi unlock ending yang mana Gackt akan muncul sebagai Genesis yang terbebas daripada seal dia dalam earth's core lalu mendukung Weiss yang masa tuh tertewas ngan Omega ke Chaos. Tak hingat xD

Hmm... saya bukan fanatik Gackt. Hahaha... tapi mungkin terpengaruh sket ngan Pah yang sker dia. Saya cuma sker lagu Gackt jer xD Tapi jangan harapla nak cari album dia kat Malaysia. Hampes!! Even kedai muzik yang KONONnya menjual cd lagu-lagu jepun, takde pulak jual cd dia padahal diala penyanyi tersohor kat sana. Hmph. Sama ada diaorang jual ikut permintaan tempatan KONONnya ataupun diaorang main jual cd jer tanpa mengikuti perkembangan industri muzik dari negara cd-cd yang diaorang jual tuh.

Kelakar gak baca info kat satu site peminat Gackt Malaysia. Diaorang cam nak buat tunjuk perasaan kat kedai-kedai muzik yang KONONnya jual cd-cd lagu jepun yang POPULAR KONONnya tapi langsung takde satu cd Gackt pun. Hahaha.. Tu baru fanatik namanya xD

Tapi nak ucap tahniah jugakla kat Tower Records One Utama. At least ada inisiatif untuk jual cd Gackt walaupun outdated haha xD Tapi masa pergi tanya tu, diaorang kata out of stock tapi at least pernah ada dalam database jualan diaorang xP

5 rantbacks:

Unknown berkata...

huhu... ku dah abis main FF7:DoC tapi skrang tengah main balik.. Masih tak lepas nak lawan mangkuk yang ada kaki cam lelabah tu.. pastu siap ada shield lagi.. Pastu siap boleh baling kotak guna power ala-ala Demi (Black magic dalam Final Fantasy).. Huh.. susah nak mampus... tension gue... Camner aritu boleh lepas?

Butaseni@Wan Raja berkata...

salam konichiwa,
best ek lagu diorang?setaraf loudness tak?
kalau best aku nak kirim kat lu..
taulah kat sini lagi hampeh

tegezoot berkata...

FFVII separuh jalan? Ahaks! sama la kita! Bukan tu je FFX pun sama, FFIX pun sama!

tegezoot berkata...

boleh kata semua FF pun sama la! tak pernah habis!

k o r o m y s t berkata...

Oro-san~
Wahhh.. dah jauh tu! Siap boleh abis main dah tuuu! Saya lak still tersekat kat part Cait Sith nak mengendap masuk base DeepGround secara curi-curi.

Butaseni-san~
[wah kalau sebut cam sedap je bunyi xD]
Lagu diaorang? Diaorang sape? O_o Gackt cuma seorang huhuhuhu... dia penyanyi solo huhuhu...

Tegezoot-san~
Samala kita!! xD Paling malas nak main FFVIII sebab leceh giler nak draw draw power. Kalau guna materia je ke, kan ke senang? Huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...