Selasa, Januari 23, 2007

Tomoya fever~!! x3

Makio trying to scare the teacher away just because he didn't want to be picked LOLz


Huu... setelah sekian lama tertangguh [asyik-asyik tangguh daa...], akhirnya malam tadi berpeluang gak tengok MY BOSS MY HERO. J-dorama lakonan Tomoya Nagase [vokalis dan lead Tokio]. Tapi citer ni ada versi korea gak. Tak tau versi mana yang asal (^_^) Tapi rasanya versi korea tu versi asal xD

Ni ada review sikit dan beberapa gambar :
Waaaaterrr!! (^O^)
YES! NO!

MY BOSS MY HERO ni mengisahkan si Tomoya sebagai Sakaki Makio, anak seorang Yakuza yang bercita-cita besar untuk mewarisi kumpulan Yakuza bimbingan ayah dia. Nama kumpulan diaorang Mafia Taring Tajam daerah Kantou. Err... nama dalam english lebih menarik xD Kantou Sharp Fang Mafia Organization. Berumur 27 tahun, kita ditunjukkan pada awal-awal cerita camne kebangangan dia dalam maths sebab gagal mengira sekali gus menggagalkan rundingan bisnes sebanyak 2.7 billion.

Disebabkan ini, bapak dia marah giler dan gelar dia bodoh. Dia suruh si Makio gi bersekolah semula dan selagi dia tak dapat sijil tamat sekolah, jawatan sebagai bos generasi ketiga Sharp Fang Mafia akan diserahkan pada adik dia, Mikio. Makio tak nak perkara tu berlaku. Begitu juga dengan orang-orang bawahan Makio yang setia. Jadi terpaksalah dia mendaftar sebagai pelajar sekolah berumur 17 tahun di sekolah St. Agnes.

Citer nih memang kelakar xD Ekspresi muka Tomoya yang paling mahal tuuu~!! xD Awal-awal dah kelakar tengok dia dalam kelas. Masa tu kelas sains kot and cikgu tengah cari orang untuk tolong jawab soalan kat papan hitam. Makio cam sedar cikgu tu cam nak tanya dia padahal dia langsung tak tau jawapan. So dia buat muka cam garang giler! xD Kelakar! Cam muka nak berak jer hahaha! Cikgu tu pulak takut and tak jadi nak soal! xDDDD Tapi taktik tu cuma berkesan pada cikgu tu je kot sebab bila dia buat kat cikgu maths merangkap cikgu kelas dia, langsung tak berkesan. Malah cikgu tu siap ingat Makio cam marah sebab tak nak panggil dia untuk menjawab! xDDD

Lagi satu, Makio ni sker gila kat puding. Dia dapat tau kantin sekolah tu jual puding. Malangnya puding tu dijual dalam amaun yang sikit giler. Cuma satu dulang! Makio berazam, esoknya, dia mesti dapatkan puding tu yang hanya akan mula dijual tepat pukul 12. Esok harinya, sebaik sahaja kelas tamat pukul doblas tu, dia terus memecut ke kantin. Masa tu gak dia menerima kejutan terbesar. Bukan dia sorang jer yang memburu puding tu!!

Bagaikan stampede wild wildebeast dalam citer Lion King, begitulah suasana sekolah apabila ramai pelajar bergegas ke kantin untuk mendapatkan puding yang terhad tu. Memasing cam dalam battle royale, demi puding! Makio berjaya mencelah antara ribuan orang tu untuk mencapai puding terakhir tetapi berjaya dirampas pelajar lain yang sempat menendang dia kat pipi. Sian!! Dengan penuh kecewa, Makio mengasingkan diri bawah pokok sambil merungut kehidupan sekolah begitu teruk.

Dia dihampiri Sakurakoji lakonan Tegushi Yuuya kot tak silap [Makio panggil dia 'Sakura-nanto-ka' atau terjemahannya, 'Sakura-apa?' ... haha xD Tegushi ni ahli NEWS sama cam YamaP @ Yamashita Tomohisa]. Anyway, Sakurakoji tu menjelaskan yang dia dan ahli kelas diaorang yang lain dah give up nak kejar puding tu sebab kelas diaorang terletak paling jauh dari kantin. Tapi dia kagum tengok Makio yang berusaha mendapatkan puding walaupun mustahil. So dia bercadang nak tolong Makio.

Pelbagai rujukan dibuat oleh diaorang berdua, akhirnya, masanya telah tiba. Makio akan terbang dari blok kelasnya ke blok paling hampir dengan kantin! Bersyaratkan pecutan 12 saat [rasanyela... tak ingat xD] dan lonjakan 45 darjah bersertakan bendera sekolah sebagai 'sayap', Makio berjaya terbang!! xD Dia juga berjaya memotong pelajar-pelajar dari blok berhampiran dan akhirnya... puding terakhir dirampas dengan jayanya!! xD

Citer pasal sekolah yang sama best dengan GTO.Baru tengok 2 episod, dah terhibur gila-gila cam nih. Geng Yakuza Makio pun kelakar gak, terutama sekali penolong muda dia, Kazuya [lakonan Tanaka Koki, rapper KAT-TUN yang comey x3] yang sering kali naik angin setiap kali terdengar Sakurakoji panggil Makio sebagai Maki xD Kazuya memang comel! Dia yang tolong jahitkan jersi bola keranjang untuk pemain-pemain kelas 3-A, kelas Makio tu la xD Kazuya yang panggil Makio, ani-ki, terjemahannya abang, memang hormat gila kat Makio dan sangat berharap bukan Mikio yang take over kumpulan mafia tuh.

Ahhh... tak sabar nak tengok episod seterusnya! x3

6 rantbacks:

Tanpa Nama berkata...

KORO KORO KORO...

nak pinjaaammmm...

bleh ye? nanti koromyst habis tgk nak pjm ye..

ohohoohoh

menariknya, sinopsis cerita koromyst!

k o r o m y s t berkata...

Citer tu memang menarik ^_^

Tema pasal sekolah memang menarik minat puteh ye? xD

Tanpa Nama berkata...

ohoohoh..

rindu kat sekolah...

rindu kat anak2 murid

rindu suasana belajar

:)

k o r o m y s t berkata...

Hee... xD
Tapi sekolah kat Jepun memang giler sikit kan?

Mujurlah Malaysia tak macam tu xD

Tanpa Nama berkata...

nk beli jgkla..besla koromsyt wat review..teruja gile..n puding tu mmg nmpk sedap gilos..hehe

k o r o m y s t berkata...

Hehe xD
Tula pasal.

Rasa cam puding karamel kot.
Nampak gegaya camtu jer.

Belilah citer tu.
Tak rugi punya!! xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...