Jumaat, September 01, 2006

Salam Merdeka~!!

kuchiki byakuya looking as cold as ever ^_~
Yesterday was Malaysia's Independence Day and the 49th celebration. Tapi tak tengok tv so tak tau sambutan camner. Malam sebelumnyer letih giler so tido awal. Rasa cam dengar letupan bunga api dalam mimpi xD Tapi Pah kata memang ada bunga api kul 12 tengah malam tuh. Sepanjang hari, tengok citer Taiwan "Mr Fighting". Pelakon utama Renfu dan Tony Sun daripada kumpulan 5566.

Dapat citer tuh melalui sewaan. Saje je try out ANE [Amazing Network Enterprise] punya kaedah penyewaan. VCD/DVD akan dihantar ke rumah setelah mendapat tempahan melalui sms. Tempoh paling lama pinjam, 3 minggu tapi harga sewa mahal la sket. Cadang nak habiskan dalam masa seminggu sebab masa tuh sekeping cd dalam 50 sen. "Mr Fighting" ada seploh cd. Tu baru part 1 O_o samada part 2 kena sewa lain ataupun diaorang akan hantar part 2 bila dah pulangkan part 1. Entahla xD

Tapi hampes gak sebab citer tuh takde sub langsung T____T Terpaksala tengok Taiwanese version sambil agak-agak jalan citer berdasarkan ekspresi muka hahaha xD Takper. Dah penah wat dulu. Masa tuh tengok My MVP Valentine [lakonan sumer ahli 5566] versi Taiwan tanpa sub gak. Nganga... hahaha xD Tapi last-last sebab syok giler [basketball, konflik cinta, lagu jepun!!!], kitaorang pun beli full box set yang ada sub punyer. Tengok-tengok, 8tv pun ada siarkan. Hampes... xD Tapi xperlah. Citer MVP Val tu memang best ^_^

Berbalik pada citer MF nih... citer berkisarkan pada TFKC dan seorang fighter nih. Sebab dalam Taiwanese so agak-agak jelah maksud TFKC tuh the fighting king championship haha. Anyway, fighter nih si Tony Sun tula. Dipendekkan citer, dia jatuh chentan kat awek pemilik gelanggang dan kebetulan Renfu pun syok gak kat aweks tuh walaupun dia ada aweks comel yang syok kat dia dediam. Seperti biasa, Tony dapat watak lelaki kaya dan Renfu lelaki err... miskin... tapi rumah lawa giler... hmm... kurang kayalah kot hehe tapi dah ditakdirkan dalam opening credits lagi, aweks tuh dengan Tony dan Renfu akhirnyer dengan aweks comel tuh ^_^

Kebanyakan lagu dalam MF tuh nyanyian 5566 daripada album kedua diaorang. Tau sebab saya beli album tuh wahahaha xD Nak beli album ke3 plak tapi kena lalui saat-saat dipandang pelik oleh tauke kaset sebab beli kaset cina xP Takper... dah biasa. Masa beli lagu grup Energy dan Jay Chou pun sama xD Nak beli Leehom nyer tapi lagu dia tak berapa menarik untuk dikumpul ^_~ Jadinyer tengok mv dia kat youtube jela xD Skang tengah berhempas pulas carik lagu collab KangTa VannessWu. Lagu Scandal best giler!! Siap wat ringtone lagi hahaha xD

Last but not least, ada satu berita sedey :( Pagi 31 Ogos, Caps dah pergi meninggalkan dunia nih. Tak sempat nak hantar dia ke UPM :( Masa Rabu tuh pergi tapi tengok-tengok klinik vet UPM tutup kul 4ptg. Masa gi tu pas office hour so 6ptg. Cadang nak gi hari nih. Sempat singgah klinik haiwan kat Bangi untuk bagi ubat supaya dia ble bertahan tapi nampaknyer dah tak boleh :( Masa pagi tu nak tukar air diaorang. Num cam biasa, beriya meronta. Caps lak terlentang dengan kaki tangan sumer kuar. Cuma kepala dia jer ke dalam. Bila sentuh tangan dia, dia tak beri sebarang reaksi cam biasa. Layu jer. Sedihnyer :( Skang Num tinggal sesekor. Dia cam tau Caps mati sebab sepanjang aritu dia tak makan. Pagi tadi baru dia makan huhuhu... Petang nih nak try cari kekura. Kalo tak petang nih, mungkin esok. Nakler at least ada teman untuk Num...

2 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam merdeka koromyst....

jgn sedih-sedih ye, setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua...

(~_~)q

k o r o m y s t berkata...

Sankkyu ^_^

Lagipun dia dah cukup menderita huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...