Sabtu, September 23, 2006

Dinner kat JW Marriott Putrajaya

JW Marriott Putrajaya entrance

Semalam abah suh balik awal sebab nak sumer gi dinner kat Marriott tuh. Abah mak jadi tetamu vip. Saya dan Pah dijemput gak sebagai ahli kuarga ehehe... tapi kitaorang kena duduk seat tetamu jelah. Bukan sekali ngan vip xD Tak kisahlah. Pergi ke sana, driver abah nama Azli yang drive-kan. Grand giler ah hotel tuh O_o Sesampai kat pintu masuk, ada orang tolong bukak kan pintu keta tapi silap sket sebab dia bukak belah saya duduk ekekeke... Mak terpaksa bukak pintu keta sendiri xP Tapi no hal lah sebab setakat bukak pintu keta, apalah sangat kan? ^_^

Mak abah pakai baju sedondon kaler cam emas-emas gitu. Pah pakai baju kaler hijau. Saya pakai baju Pah kaler biru ahahahah xD Ternyata Pah dan saya sempoi jer padahal yang sambut kedatangan kitaorang pakai grand giler O__O Kalau orang lain tak tau, mungkin diaorang takkan sangka saya dan Pah anak tetamu vip haha xD Memang sempoi sangat. Setakat berpakaian kemas jer. Takdenyer nak grand-grand cam nak beraya ke apa ke xD

Pastu kitaorang dibawa masuk satu dewan nih. Malunyer sebab ada iringan gamelan kompang sumer tuh. Iskkk... tak penah-penah kena camnih. Biasa masuk sempoi jer. Ni dapat sambutan grand giler. Kitaorang dan Pah ke belakang sket daripada mak abah. Segan ahahaha xD Pastu mak abah masuk satu waiting room nih. Memula Pah dan saya nak patah balik kuar sebab cam tak seswai je berada kat situ tapi mak panggil masuk. Niat nak pusing untuk kuar sekali pintu dah kena tutup plak daaa... Terpaksa pergi jelah kat mak padahal bilik tuh bilik menunggu para vip huhuhu... segan giler!!

Kitaorang dihidangkan dengan teh panas sementara tunggu tetamu vip yang lain sampai. Tak lama pastu, ada satu kuarga pun masuk gak. Tapi anak-anak dia pakai grand giler!! Anak pompuan pakai baju putih, skirt putih and tudung putih style Bienda tuh. Anak laki pakai baju batik. Dan diaorang lebih muda daripada saya dan Pah ^__^ Oh yer, speaking of muda, malam tuh banyak kali ditanya staff K yang saya nih form bape O_o Bila cakap umo 25, terkejut beruk kata tak nampak pun cam orang umo camtuh. Nyahahaha xDDD Makanlah ulam selalu yer kengkawan... xP

Anyway, majlis pun bermula and kitaorang dipanggil masuk dalam dewan makan. Mak abah gi kat meja vip kat depan. Kitaorang lak dibawa oleh staff ke student K tuh ke meja tetamu biasa. Patutnyer duduk kat meja number 21 tapi tetiba minah 2 orang yang jadi pengiring tuh kata duduk kat meja nombor 4 ye, dik. Dengan terpinga-pinga, kitaorang dudukla kat situ. Tapi Pah cam tak selesa and kata kita patut berpatah balik ke meja 21 tuh. Sekali datang 2 orang pompuan lain dok tanya korang nih sape? Ni meja khas untuk emcee T_________T

Hampes giler. Nasib baik ada lagi 2 orang pompuan yang turut sama tersalah meja cam kitaorang. Jadilah empat orang pompuan dihalau dari meja nombor 4 tuh. Cess... Cakap bebaik takper gak. Ni kata "Salah meja ni. Boleh tak pergi meja lain?". Takdenyer nak tolong carikan meja baru untuk kitaorang yang dihalau ni ke apa ke. Nasib baiklah awal-awal saya dan Pah dah diberitahu yang kitaorang kena duduk meja nombor 21. Sian gak yang lagi dua orang tuh. Diaorang tak tau nak ke mana, last-last bantai jer duduk meja number 19.

Tu jelah kelemahan pengurusan urusetia kot. Err... di samping pengacaraan yang tak bape umphh. Kalau diaorang tau kitaorang anak sape malam tuh... habislah! xD Tapi nasib baikla kitaorang jenis lantak ko-lah. Asal dapat tempat duduk lain pun kira okayla. Kitaorang ble jer transform jadi gedik and demand meja khas hahahah xD Tapi kitaorang bukan anak dato' '"biasa" ^_________^ Luar biasa tuh!! Aaaahhh... lagipun tak kisahla. Perkara kecik, watpe nak kecoh, ye tak? ^_^

Meja 21 tu plak ada sepasang suami isteri. Kire cam orang kaya gakla. Kitaorang berborak sket and sampai majlis start pun, cuma ada 4 orang jer kat meja 21! xD Jadi, itulah hikmah kerana bersabar atas penghalau-an tadi xP 1. Dapat berkenalan dengan sepasang suami isteri yang ramah. 2. Makanan untuk 10 orang dijamah oleh kitaorang 4 orang xD 3. Tak perlu segan dengan orang lain kat meja makan tuh sebab ada kitaorang 4 orang jer ^___^ 4. Nampak cam satu family la plak xD Cam ayah mak dengan dua orang anak gadis diaorang ahahahah xDDDD

Malam tuh ada persembahan daripada staff dan student K. Dalam banyak-banyak persembahan, yang best masa part satu band nih main lagu Jujur [Radja]. Yang lelain lagu zaman dedolu. Pastu ada tarian tradisional sumer tuh. Yang penari pompuan bertudungla. Persembahan terakhir daripada artis jemputan. Cuba teka? Hehe... diaorang jemput AISHAH. Dia nyanyi lagu Camar Yang Pulang, Janji Manismu pastu lelagu apatah yang kitaorang tak dengar sebab Pah ajak gi toilet xP Tapi sempatla dengar lagu terbaru dia Melukut di Tepi Gantang yang dia kata akan dimainkan kat slot Samarinda Tv3 tuh.

Walaupun badan dia dah over berisi sket, tapi suara dia tetap menten cam dulu O_o Still nyaring and sedap. Abah kata Aishah tak caj mahal sebab tu dinner amal. Dia caj 5 ribu jer. tak cam Waheeda yang hampir 15 ribu O_o Anyway, persembahan dia memang bestla and dia pun berpakaian sopan, pakai tudung sumer tuh. Baju dia pun lawa. Kaler purple pekat ^_^

Oh yer. Nak gak citer pasal makanan. Hidangan dimulakan dengan sup seafood. Sedap gak tapi saya tak makan udang, sotong dan kepah yang dalam sup tuh xP Cuma makan cendawan dan sayur jer. Tu pun ada cilok sket pah punyer xD Tapi Pah sker giler sup tuh. Kata sedap nak mampus. Bagi saya tak seberapa. Munkin sebab rasa bawang agak pekat huhuhu... pastu barula makan hidangan utama. Nasi minyak berbawang goreng [tidaaaakkkk!!!], rendang daging [lembut giler daging! xD], kari ayam, sambal udang, brocolli dan cauliflower serta nasik putih kalo nak tambah lagi. Dah habis tuh, makan plak bubur pisang. Pastu air teh atau kopi. Sesambil tuh, waiter Mariott tuh dok tuang air oren dalam gelas yang dia nampak tak full huhuhu... Bape banyak gelas dah minum @_@

Sebab tula kitaorang gi toilet masa persembahan Aishah tuh xP Bila masuk... mak aih!! Terpegun giler!! Toilet dia 2 kali ruang tamu rumah kitaorang O_O Besar nak mampus!! Lawa plak tuh. Siap ada sofa lak tuh O_o Tapi toilet lelawa cenggini tak semestinyer "selesa" sebab takde hos air ke apa ke untuk cuci setelah "bisnes" selesai xP Dalam erti kata lain, kena guna tisu... xP Air datang dari bawah toilet seat. Alaaa.. cam toilet cecanggih tuh. Tak tau camne nak explain xD Tapi kelakar masa nak tarik tisu kat sinki. Skali tarik je, koyak xD Rabak giler. Cam poyo jer nak amek tisu tapi tak reti ahahahaha xD Nasib baik takdelah ramai sangat masa tuh. Tapi last-last saya berjaya gak tarik kuar tisu yang sempurna xP

Overall, tula pengalaman pertama pergi ke dinner camtuh. Ehhh... penah pergi tapi bukan sebagai anak kepada tetamu vip xP Bila majlis dah selesai and vip nak kuar dewan, saya dan pah pun bangunla gak. Niat nak join mak abah pas diaorang dah kuar dewan makan tapi skali abah berhenti tetangah jalan tuh and ajak balik. Sempat gak terpandang 2 pompuan yang dok halau tadi tuh. Ternganga... ahahahaha xDDD Rasa cam sket puas lak tengok diaorang camtuh. Haaa tulah. Layan orang jangan sembarangan. Kitaorang pun join jelah mak abah jalan kat red carpet tuh ^___^Sekian laporan kali ini. Cewah xDDDD

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...