Rabu, Ogos 30, 2006

Kekura - menatang kawaii seantero alam...!

kuchiki rukia - soul reaper
Hari ni saya bawak Caps gi opis. Ingat nak bawak dia jumpa vet kat UPM pas keje. Tapi masalah gak sebab tak tau fac vet katne ahahaha... Tambah pulak dengan mak abah yang tak kasi keluar sampai ke malam. Nak amek cuti semata-mata kerana kekura sakit, majikan mana akan terima? Huhuhu... nak bawak jumpa weekend nanti, takut dah tak sempat. Infection dah merebak ke mata. Caps mungkin jadi buta huhuhu...

Menjaga peliharaan ni memang kena ada tanggungjawab yang besar. Takble hangat-hangat taik ayam pada permulaan jer. Kena selalu jaga keadaan dia. Dia sejuk ke panas ke. Kena bagi makan. Kena bersihkan tempat tinggal dia. Kepuasan bela kekura? Umm... diaorang tak boleh dibelai cam bela kucing. Diaorang pun tak boleh dilatih bercakap cam parrot. Diaorang pun takble buat aksi cecomel cam hamster. Jadiknyer kenapa bela kekura???

Thru my personal opinion, seronok tengok cara diaorang berenang terkedek-kedek dalam air. Diaorang berjemur kalau malas nak berbasahan. Diaorang lunjurkan kepala, kaki dan tangan keluar. Diaorang tarik kepala, kaki dan tangan masuk. Diaorang try panjat batu tapi kengkadang terbalik and then berusaha betulkan balik kedudukan dengan menggunakan kepala dan kaki. Kawaii desu!! xD Makan pun tak banyak. Setakat 2 3 pellet jer. Kira ekonomi la dalam pembelian makanan diaorang.

Tapi skang salah sorang... eh... sekor... dah sakit :<

2 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

jangan risau...

teruskan usaha koromyst...

chaio!!!

p/s- tadi tengok caps lock rasa tenang aja... tulah salah satu reason bela binatang- menenangkan fikiran & emosi...

muahhahahahhahahahha

k o r o m y s t berkata...

^_^

Mungkin gak kot.
Di samping tanam sikap penyayang xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...