Ahad, Ogos 27, 2006

Kurosagi aka Black Swindler

YamaP as Kurosaki
Keadaan Caps masih tak berubah but I hope for the best huhu... :(

Anyway, petang tadi gi PKNS Bangi dengan Pah. Saje nak survey vcd anime dan jepun yang best-best ^_^ Then Pah terjumpa citer idamanku cewah xD Memang dah lama nak cari citer KUROSAGI sejak terbaca ulasan dia dalam majalah apatah. Kreko ke, Arena ke, Hype ker... ahaha xD Takper. Tu tak penting. Yang penting, nak carik sebab Yamapi berlakon xP

KUROSAGI ni berkisarkan kisah para penipu. Opening citer dah citer pasal jejenis penipu yang wujud kat dunia kita nih. SHIROSAGI atau white swindler merupakan para penipu yang menipu berasaskan wang dan kedudukan. AKASAGI atau red swindler menipu berkaitan percintaaan dan perhubungan. Tapi penipu yang terhebat antara 2 penipu tu semestinyer KUROSAGI atau black swindler yang cuma menipu shirosagi dan akasagi.

Kurosaki [Yamashita Tomohisa] mempunyai pengalaman pahit. Ayah dia ditipu shirosagi hingga dia jadi cam giler [sebab duit lesap gitu jer... dia plak tetiba tanggung hutang banyak tak pepasal] so tak pepasal, dia bunuh ahli keluarga sendiri dan diri dia sendiri. Cuma yang terselamat, Kurosaki tulah. Kurosaki pun berdendamlah dengan para shirosagi jadi dia pun mula jadi kurosagi untuk balas dendam. Dah tentunya shirosagi yang paling didendaminyer, shirosagi yang kenakan ayah dia.

Dia pun ada gak tipu akasagi walaupun sasaran dia lebih kepada shirosagi. Setakat nih, saya baru tengok eppy pertama so takleh ulas bebanyak xD But in the first eppy, kita dah diperkenalkan dengan heroin utama citer. Horikita Maki nama pelakon tuh dan bagi mereka yang dah tengok Nobuta wo Produce... hahaha... dialah orangnyer!!! xD Nobuta dan Akira kembali bersama!! xDDDDD Dia juga berlakon dalam Densha Otoko ^_^

Secara pandangan pertama, citer nih memang menarik. Cam mempersoalkan tindakan 'robinhood moden" yang menipu para penipu untuk membantu yang tertipu. Siapa yang bersalah sebenarnyer? Yang menipu si penipu? Patutkah dia dipenjarakan kerana itu? Bagi polis dan undang-undang, memang nampak dia bersalah. Dan heroin citer tuh dan juga satu polis nih berpandangan sedemikian. Tapi dari segi kemanusiaan, tindakan dia untuk membantu yang tertipu dengan menipu daripada yang penipu... secara logik, memang berpatutan. Dia bukannyer tipu orang lain yang tak bersalah. Dia cuma menipu si penipu. Huhu... jadik, itula tema citer nih yang menjadi persoalan. Menarik tuuuuhhhh!! Silalah dapatkan vcd atau dvd citer nih yang original untuk sesama kita fikirkan xP


Untuk keterangan lanjut, try klik kat link nih dan yang nih atau google jer "Kurosagi" xD Oh... Yamapi dalam citer nih berambut hitam ahahaha xD Mungkin sebab nak berkait rapat dengan ke-kuro-ness watak dia xP Kat bawah ni ada pv lagu DAITE SENORITA nyanyian Yamapi sendiri yang digunakan sebagai opening citer Kurosagi. Enjoy!! xD



Oh yer. Masa kat PKNS tadi, sebelum naik ke tingkat atas tempat vcd, saya dan Pah-imoutochan terserempak dengan seorang pompuan nih yang berdiri statik. Mati-mati ingat patung yang diletakkan kat luar kedai jap. Tapi bila tengok betul-betul, memang orang sebenar. Masalahnyer... dia berdiri statik dalam gaya yang pelik!! Lama plak tuh!! Bila kitaorang naik escalator, dia ubah posisi kepala dengan memandang ke arah kitaorang tapi masih dalam gaya pelik yang sama!! Sebab tulah kitaorang berani jamin dia manusia sebenar. Takkan patung boleh ubah posisi kepala dengan sendiri!!

Huuu... seram gak. Mata tak berkelip. Pandangan semacam. Gaya pelik. Langsung tak bergerak!! Sempat gak tengok pakcik makcik kat kedai jam pun melontarkan pandangan pelik tengok dia yang bekeadaan pelik camtuh. Huhu... Tak taula dia waras ke tak tapi memang seram... huhu... lagi seram daripada Sadako ker... Kayako ker... chibi Maruko ker... ehh.. silap xP Papehal pun, masa nak balik, dia dah takde. Dah balik gak kot... xD Fuhhh... memang pengalaman yang sukar dilupakan!

3 rantbacks:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

yamapi ngan nobuta berlakon dalam cite tu?... weh.. nobuta betul ke dah mati? ke hidup lagi?

muahahahahhahaha..

takpe.. yg penting, lepas nani tengok nak pjm ye...

muahhahahhahahah

k o r o m y s t berkata...

Umm takdelah dengar khabar dia dah mati O_o

Tapi citer nih best xD

Terpaksa tangguh Lake House sebab lebih tertarik dengan YamaP ... xPPP

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

cite tu koromyst nak amik pun bleh... tak best sgt! tunggu gaji nak beli cite lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...