Selasa, Jun 14, 2011

Tomica Hero: Rescue Fire

[Rescue Fire ~ sequel kepada Rescue Force]

Koro jarang layan Tokusatsu series jenis super sentai nih. Koro punya taste lebih kepada Kamen Rider xD Ultraman sikit-sikit la. So apsal tetiba Koro nak citer pasal mende alah nih kan? xD Sebenarnya, Koro tertarik sebab creator series ni yang buat series Ryukendo tuh gak. Koro pulak kebetulan memang layan Ryukendo so tu yang cam iskkk... cam nak tengok pulak xD Mana tau kalau THRF tuh sekelakar Ryukendo ke... xP

Akhirnya impian Koro nak tonton THRF nih termakbul. Ecehceh. Rupanya ada disiarkan kat TV2 pepagi Ahad. Tapi macam biasala siri tokusatsu kat Malaysia ni, dub dalam BM. Uhuhuhu... takpela. Layan jela. First impression... peliknyerghhhh tengok female sentai dia pakai suit hijau! Yelaaa... kan kita dah biasa tengok kalau pompuan mesti pink ke kuning ke putih ke biru ke... mana ada hijau! So cam iskkk... tak berapa nak terima si Fire-3 tuh suit hijau xD

Oh nak cerita ni kenala bagi briefing serba sket kan? (^3^) Dalam siri nih diaorang tuh under unit Chōkasai Tokka Butai atau Super-Fire Specialist Team. Diaorang mempertahankan manusia sejagat daripada serangan menatang cam kaijin (raksaksa la tuh xP) yang dalam citer nih digelar Jakaen kalau tak silap. Basic members ada tiga. Oren, Silver dan Hijau. Oren nombor 1, Silver nombor 2 dan Hijau nombor 3. Pastu nanti akan diperkenalkan pulak lagi 2 members iaitu Biru nombor 5 dan Hitam nombor 4. So dengan gabungan nih (dan vehicles memasing) diaorang pulun fight off serangan geng Jakaen tuh.

Dalam eppy yang Koro sempat tengok, memang kelakar xD Sekor Jakaen nih dengan dia punya minions gi serang penjual-penjual sotong sebab nak rembat sotong untuk dijadikan raksaksa gergasi. So bila dia try tukarkan sotong tuh kepada raksaksa gabak, saiz sotong tuh pun membesar dan cam ganas habisla tapi tetiba belum sempat wat apa, sotong tuh tetiba kojol xDDD~ Pastu Jakaen tuh pun cam..."Arghhh!! Ni sotong yang dah mati! Aku nak sotong segar!!" Hahaha xDDD~ Pastu scene seterusnya, Rescue Fire team sampai and tengok-tengok si Jakaen tuh dengan minions dia tengah lepak memancing untuk mendapatkan sotong segar. Hampes! Hahaha xDDD~

Koro nak try cari series nih tapi mesti kalau ada pun yang dah dub BM huuuuu... (=3=) Nampaknyer cam nak kena cari kat tenet nih xP

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...