[ Koro sker suit diaorang!! xD -- Kamen Rider Hibiki dalam basic form ]
[.] Nama siri: Kamen Rider Hibiki
[.] Kamen Rider utama: Kamen Rider Hibiki
[.] Kamen Rider lain: Kamen Rider Ibuki, Kamen Rider Todoroki, Kamen Rider Zanki ... dan beberapa "oniki-oniki" yang lain hahaha... xD
[.] Organisasi/Makhluk antagonis: Makamou, Man, Woman
[.] Tema: Lebih berkisarkan kepada penggunaan alat muzik untuk menghasilkan resonan bunyi sebagai cara menghapuskan makamou
[.] Kenderaan utama: Tiada yang spesifik. Hibiki pada mulanya menumpang kereta Kasumi dan pada pertengahan siri, menunggang motosikal jenis Harley. Ibuki selesa dengan moto manakala Todoroki memandu kereta milik Zanki.
[.] Cara henshin: Hibiki menggetarkan tala. Ibuki meniup wisel (hahaha agaknya la sebab nak kata trumpet mini, takde rupa trumpet pun...) dan Todoroki menarik tali alat di pergelangan tangannya seakan memetik tali gitar la kononnya
[.] Etc: Siri Kamen Rider yang ada konsep anak murid dan shishou (master/sensei/tok guru). Menariknya dalam KRH nih, anak murid Hibiki (Kyousuke Kiriya) adalah pelakon yang memegang watak sakurai Yuuto (KR Zeronos) dalam KR Den-O iaitu Nakamura Yuichi.
[.] Review siri/synopsis/summary:
First impression tengok eppy pertama siri nih ---> BOSAN GILERRR!!! (=3=) Sorry ekk bagi para peminat Hibiki di luar sana. Dalam eppy pertama dah diperkenalkan watak Hibiki dan Asumu dan camne pengenalan singkat diaorang bermula kat kapal tuh. Koro cukup tak sker watak Asumu tuh. Kalau takde pun takpe Dx Jap nak jadi anak murid, jap tak nak jadi. Arghhh!! Pastu diperkenalkan gak watak makamou. Serious hudus. Lagi hodoh daripada makhluk jahat dalam KR Kuuga. Arghhh!! Malas tul nak review siri nih tapi terpaksa gak. Alang-alang dah tengok xP Tu pun buat review selepas setahun berlalu wakakaka... tengok tahun lepas tapi baru nak buat review tahun nih? Apa kes kan? Wakakaka...
Dalam siri nih suit Kamen Rider adalah sebahagian dari diri diaorang. Bukan sekadar suit yang boleh tanggal gitu jek. Kalau hilang power, hilang la suit tuh and tinggal la diaorang dalam keadaan togel yakni tidak berpakaian seurat benang pun. Kalau Kamen Rider siri lain, at least kalau hilang power, diaorang revert balik ke dalam keadaan berbaju =P Siri KRH nih saje nak wat kelainan kot (=3=) Ini dibuktikan dengan scene di mana Todoroki kepenatan lalu hilang la power dia jap dan terbaring la dia dalam keadaan togel tetengah hutan. Begitu gak scene masa Zanki dah {insert spoiler here hehehehe...} dan juga scene Akira masa dia gagal kawal pertukaran dia. Owh... Akira tuh pompuan yek. Jeng je jenggg... xDDD~ Sape pulak Akira nih? Hehehe... cuteka cuteka! xP Akira tuh anak murid Ibuki. Taaaaaapi. Adakah Akira bakal menggalas tugas sebagai Oni seperti mana Ibuki? Atau berhenti di tengah jalan? Dun dun DUNNNN!!! xP
Riders dalam siri ini dikenali sebagai Oni. Bukan raida seperti dalam siri KR yang lelain.
Anywayz, dalam siri nih, para Oni bergerak bawah satu pertubuhan yang dinamakan Takeshi. Asal-usul pertubuhan ini boleh ditonton dalam special movie Hibiki (yang turut memperkenalkan beberapa Oni baru yang takde dalam versi siri). Haiks. Koro tak sker siri ni tapi siap boleh tonton dia nyer movie pulak! Aduyai xD Nak wat cane. Dah alang-alang Koro tengok siri nih. Terpaksala layan movie dia sekali untuk lebih memahami cerita di samping nak carik apa yang best sangat pasal KRH nih sampai ada peminat dia tersendiri. Kekekeke...
Pertubuhan Takeshi tuh banyak cawangan (waaaa... bisnes cam maju jek xP) and salah satunya beroperasi bawah samaran satu kedai minum jepun (cam kedai kopi tradisional la) kendalian Tachibana Ichirou dan anak-anak pompuannya, Kasumi dan Hinaka. Juga ada sorang jurutera gear diaorang, Takizawa Midori. Awal-awal nampak cam Hibiki kapel ngan Kasumi tapi dalam pertengahan jalan citer, Kasumi rupanya dengan Ibuki daaa... Hinaka dengan Todoroki. Habis? Hibiki dengan sape? Haha... cam takde sape tapi rasanya calon paling sesuai adalah Midori =P
Oni-oni tuh ada banyak tapi siri nih mainly fokus kat Hibiki, Ibuki dan Todoroki. Zanki pun kadang-kadang masuk spotlight gak. Sape lak Zanki nih? Well, Zanki nih shishou pada Todoroki sebelum resign jadi Oni disebabkan masalah kesihatan dan tempat dia sebagai Oni diambil alih oleh Todoroki (yang rembat sekali keta Zanki wakakaka...). Zanki ni watak favourite Koro dalam citer nih sebab Koro kenal dia sebagai Jirou si serigala biru dalam KR Kiva. Ada sesape ingat? xDDD Huh. Tak sangka ada dua pelakon siri nih berlakon balik dalam siri KR lain (Den-O dan Kiva).
Oni tuh semua battle against Makamou (diulangi... yang hudus teramat! Dx) dan Man and Woman (yang sampai sekarang Koro tak paham sape diaorang nih) yang cuba menghuru-harakan keadaan semata-mata mau cari makanan (diaorang makan manusia daaa...). Owh... lupa nak selit info "penting la sangat nih" kat sini. Man tuh bersuara pompuan. Dan Woman tuh bersuara lelaki. Haaa??? (=A=) Dan untuk lebih menghangatkan kepala yang tengah sedia pening, ditambah lagi watak Man dan Woman yang bersuara betul, yang bertindak macam leader untuk semua makamou termasuk Man and Woman yang bersuara songsang tuh. HAAA??? (TAT) Perlu dimaklumkan, setiap kali selepas habis tengok satu eppy, Koro dilihat pergi ke satu sudut lalu menghantukkan kepala ke dinding beberapa kali disebabkan perasaan tensen teramat... (=A=)
Oh lupa nak cakap. Pada mulanya, siri ini diselitkan efek tulisan kanji tapi bila midway citer nih, especially bila watak Kiriya diperkenalkan (ingat ekkk... dia nih Sakurai Yuuto aka Zeronos lalalala xDDD) memende tulisan kanji tuh sumer dah takde. Koro try google cari sebab. Yela. Drastik sangat perubahan jalan citer. Rupanya pertengahan penggambaran berlaku pertukaran staff produksi so ada la ubah siri tuh kat sini sana. Sebenarnya, Koro tak paham apa motif watak Kiriya diperkenalkan. Tapi Koro rasa mungkin sebab nak buat Hibiki nih akhirnya ada gak anak murid. Pastu nak wat Kiriya tuh sebagai saingan Asumu. Perangai Kiriya memang menjengkelkan (masa dia jadi Kiriya la... masa jadi Yuuto comel! xDD) tapi usaha dan cecita tinggi Kiriya nak jadi Oni memang admirable =D
Dan ending citer nih... ending citer nihhhh!!! HAMPES. Tu jer Koro leh cakap. Kenapa dilabelkan sebegitu rupa? xD Wokeh. Dengar sini, bebeh. Apsal dedekat akhir tuh Man and Woman nak tulun Oni-oni pulak?! Apsal lak diaorang siap bagitau Ichirou info pasak forest bergerak tuh pulak?! Seal makamou kena guna gendang lama tuh?! Apsal tak wat masa awal-awal citer lagi, kan senang?! Adusss... Lum lagi sebut pasal eppy kemunculan Shuki lak. Koro tak sker eppy tuh sebab eppy tuh la Zanki dot dot dot... xP Dan apsal tak terangkan nape ada Man and Woman bersuara betul tuh dalam bentuk manusia sedangkan makamou sumer hudus?! Dan kenapa diaorang create lak Man and Woman bersuara songsang?! ARGHHHH!!!
Lagu siri nih lak... memang bosan xD Tapi sebab selalu tengok (terpaksa...) rasa cam lagu tuh dah melekat kat telinga lak. Siap ada satu episod khas kemunculan penyanyi lagu tuh. Pastu bila Koro cam agak-agak dah boleh terima lagu ending, tetiba tukar pulak lagu opening dalam second arc siri tuh. Guna penyanyi yang sama. Adoilaaaa... (TAT)
Pape hal pun, Koro nak mintak maaf kepada para peminat Hibiki. KRH nih ternyata bukan taste Koro wakakaka... xD Tapi suit Oni sumer lelawa especially Hibiki la. Tuh jela Koro boleh tabik =D
0 rantbacks:
Catat Ulasan