Isnin, Jun 13, 2011

Cafe World dan Koro~ x3

Okay, Koro dah tinggalkan blog nih bersawang giler. Spiderman pun geleng kepala tengok xD Haha anywayz, Koro sebenarnya busy layan balik Cafe World =D Dulu Koro stop main sebab frust CW tuh lambat giler loading Dx So Koro cam give up giler nak main. Padahal sebenarnya masih addicted xD Disebabkan keadaan tuh Koro ter-miss beberapa event huuuu... (=3=)

Tapi sejak seminggu lepas, Cafe World dah running dengan smooth. Koro sempat buat satu catering mission and dapat full stars untuk unlock dish baru. Sankkyu pada semua yang menolong! Koro siap add beberapa fwen baru semata-mata nak dapatkan items yang kena ask daripada kengkawan tuh. Ahaks! Sanggup tuuuu! xD So... jangan terkejut kalau fwen Koro beribu-ribu and Koro kenal sket jek secara personal xDDD~ Tapi Koro kagum kat diri sendiri sebab tau mana satu fwen yang biasa main Cafe World ka... Farmville ka... Mafia Wars ka... Monster Galaxy ka... (and the list goes on xD) so biasanya setiap kali ask for items, memang akan dapat dengan cepatla =D Especially Koro jenis sker balas balik gifting tuh. Mwaha!

Sekarang cafe coins dah cecah 11 juta. Layout masih sama daripada tahun lepas. Dasar malas nak renovate xDDD~ Tapi rasanya dah makin sesak dengan pertambahan item-item cam oven la... fridge la... cooking pot la... Adusss... spoil betul la decor (=3=) Koro terpaksa selit-selit je memenda tuh cecelah ruang yang ada.

Quests Koro lak masih tergantung. Especially bila ada yang kena memintak item tuh. Adusss... malasnyerghhhh nak mintak xD Kenapa diaorang wat konsep camtuh haaa? Owh. Koro tau. Sebab dengan cara tuh, dapat sebarkan kewujudan Cafe World ni pada sesiapa yang baca wall post diri sendiri or kengkawan, sekali gus menarik lebih banyak players yang ada di antaranya akan menggunakan real money untuk mendapatkan cafe cash dan seterusnya membuatkan Zynga dapat duit. Huahua... tanya sendiri jawab sendiri lak xD

Anyway, Koro tak sangka Koro dah jadi player tegar sejak Cafe World tuh diperkenalkan sampai la sekarang. Huiyoooo... dahsyat! xD Cuma Koro masih belum terdetik di hati nak beli cafe cash la. Oh nonono~ Koro masih boleh survive tanpa deco cafe dengan item cecanggih xD Guna item cafe coins pun menarik gak kalau tau susun dekorasi secara kreatif. Lagipun, Koro lebih tumpukan pada nak cari duit bebanyak, nak master semua resipi, nak complete semua side quest dan catering missions... huuuu... busy busy. Dulu awal-awal tuh masa takde catering apa sumer tuh, Koro rajin gak ubah-ubah deko ikut tema event. Tapi skang... malas! xD Yang penting cafe nampak selesa pada pandangan mata dan customers boleh navigate dalam cafe dengan mudah aka dapat duduk kat semua kerusi yang disediakan. Itu pun dah wokeh bagi Koro (^O^)

Oh... dan Koro pun kidnap cafe si Pah kalau Koro tengah buat catering mission hehehe...

3 rantbacks:

Tensai7 berkata...

hebat. masih meneruskan perjuangan di dunia kafe

k o r o m y s t berkata...

Biasakkkk... xD
Bila mau buat j-rock cafe ekk? xP

Tensai7 berkata...

haha! masih ingt lagikah impian itu? xDD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...