Jumaat, Disember 10, 2010

Gaia Avvies ~ 2nd Showdown


- Sebenarnya nak masukkan lagi banyak tapi malas giler nak ejas coding html untuk setiap gambar fufufufu~ Layan jela apa yang ada xD -

- Avvies yang dipaparkan adalah hakmilik si empunya diri memasing. Bukan Koro. Koro cuma sekadar ternampak pastu tekan save image xDDD~ Jadi kira korang bertuah la sebab berjaya menarik minat Koro untuk feature kan kat dalam blog nih heee... -

Isnin, November 29, 2010

Shadelight

[Wah... cambest font dia kan? =P]

Bertambahlah lagi satu game dalam rutin seharian Koro =D Koro baru terjebak dalam game Shadelight, satu aplikasi Facebook yang boleh dimain secara stand alone tetapi masih memerlukan Facebook Connect untuk login. Shadelight: Road to Elumir masih dalam beta version tapi it looks promising la. Kalau sesiapa suka game jenis RPG di mana outcome journey seseorang bergantung pada decision memasing... haaa... pasti Shadelight akan menjadi begitu addictive. Especially bila adventures korang tak akan sama antara satu sama lain, disebabkan adanya pilihan tadi tu la.

[Koro nya Adventure Log. Baru unlock sket jek xD]

Koro baru Level 3. Koro join Order of the Heron. Tak ingat lak Order tuh pasal apa tapi rasa cam khas untuk mages xD Koro bantai jek wakakaka... memang kalau main game jenis RPG, Koro prefer watak mages. Offense ngan defense sekata sebab ble cover dedua ngan magic xD Koro jap tadi baru try apply guild Hyrulian Knights. Tak sangka lak accepted hehehe... So skang Koro tinggal nak buat party sendiri. Bukan party jamuan tuh. Party untuk sesama mengembara menyelesaikan quest xD Terasa cam semangat Fairy Tail lak kekeke... Tapi nak buat party tuh kena hire members. Mahal tuuuu... (T^T) Gold Koro baru ciput. Iskkk... Nampaknya bergerak solo la buat sementara waktu nih (=A=)


[Hoh lawa giler art untuk item baru nih. Tapi tak tau amende. Cam brooch kot (O_o) ]

Gameplay game ni setakat bagi Koro, cambest gak. Main klik-klik cam main mafia wars =D Tapi lagi bes sket la sebab energy refill tak perlu tunggu sampai berjam-jam. Dalam seploh minit setakat ni Koro rasa. Tak taula kalau makin level up, makin amek masa kot. Oh lupa nak cakap. Nama Shadelight Koro ---> Ash Lucis Zephyr. Wakakaka... xD Masyuk dak? Mestila nak nama canggih-manggih sket yang mampu melambangkan keperibadian seorang knight =P Nama yang pada asalnya nak digunakan untuk beta testing game Final Fantasy Online wakakaka xDDD~

Okay, menyentuh pasal gameplay dia, kita boleh pilih sama ada area adventure, self training mahupun books adventure. Caranya dengan pergi ke Explore > Areas atau Explore > Adventure Log. Self training untuk naikkan stat ngan kumpul gold sesket. Boleh layan mende nih kalau korang tak cukup qualification lagi untuk access area adventures. Tak cukup qualification nih dalam erti kata sesetengah area perlukan stat requirement tertentu cam contohnya Intelligent 15 points ke camtu la baru dapat access.

Grafik game nih menarik amat! Art pun mengkagumkan. Dianyer theme colour black and green pun cam soothing jek rasa xD Koro dah lama tak main game jenis camnih sejak Elven Blood dulu. Eh? Wujud lagi ke Elven Blood ek? xD Dah lama tak layan hahaha xD Oh dan sepertimana konsep game-game Facebook dan memana yang seangkatan dengannya, kalau nak premium items yang lebih cambest, kena la bayar guna real money xD Dalam kes Shadelight, untuk beli item-item masyuk tuh kena guna crystal shards. Kalau dalam currency kita, RM15 lebih untuk 100 shards. Koro setakat nih rasa takde keperluan untuk beli xD Cam Cafe World tuh, sampai skang Koro boleh jek survive tanpa guna premium items dia xDDD~

Papehal pun, untuk sesape nak mencuba game nih, sila la klik link di bawah! xD

Jom main Shadelight!


Dan jangan lupa hantar free craft item kat Koro ekk! xD

Selasa, November 16, 2010

Sedap giler sore! (O_______O)

Koro tadi search 4shared untuk cari lagu Eminem Don't Be Afraid tuh. Pastu tetiba dalam search result ada nama Jason Chen. Dia mash-up kan lagu Eminem Don't Be Afraid dengan Love the Way You Lie. Koro cam tertarik aaa jap. Cane dia ble gabungkan lak. So try aaa dengar.

WHOAAAAAHHHH!!!

Sedap giler sore dia! Soulful abis! And lelagu Eminem tuh dia blend-kan dengan penuh creative. Cam dulu ada orang penah wat dengan lagu Lady Gaga dan Namie Amuro. Memang cambest aaa version Jason Chen tuh.


Bes dak?! xD

Nih siap ada satu site review pasal si Jason Chen tuh: KLIK!

Dan ini Youtube vid memaparkan dia berduet untuk nyanyi lagu Nelly:



Whoaaaaa~ Koro upenyer ketinggalan haha xD Upenyer si Jason nih cam dah makin popular kat tenet. Bagusla. Keep it up!

Rabu, November 03, 2010

One Piece Fever di Gaia! (^O^)

Koro secara officially dah kembali shifted from mood SenBasa ke One Piece xD Hahaha mentang-mentangla akhirnya dah berjaya tengok season 2 Senbasa, which by the way, ada kaitan dengan game SenBasa 3 di PS3, dengan kemunculan watak Ishida Mitsunari dan Tokugawa Ieyasu's new appearance. Tapi Koro still dalam mood layan SenBasa 2 Battle Heroes kat PS2. Tengah dalam misi nak unlock semua stage weapons setiap chara dan alternative attire diaorang. Setakat ni yang betul-betul complete (level max, weapons dan attire fully achieved, chara-related item unlocked) cuma Kasuga ngan Tadakatsu xD

Yang lelain cam Date dan Yukimura, lagi sket lagi. Kennyo, Kenshin, Ujimasa, Xabi, Yoshimoto ke sapetah nama dia dan Hideyoshi belum tempuh lagi stage tournament xD Kenshin sebab Basara Attack dia... alahai... (T^T) Ciput jek. Ujimasa sebab melee, special dan basara attack dia cam hampes sket xD Xabi, Kennyo dan Hideyoshi sebab pergerakan diaorang lembab sket. Anyway, mungkin boleh pasangkan diaorang ngan Tadakatsu or Kasuga (^_^) Dan Yoshi ke sapatah nama dia sebab Koro berdegil nak upkan level dia dulu sebelum kasi dia masuk tournament =P

------

Okay. Tamat citer pasal SenBasa! Kita beralih pula pada One Piece (^O^) Tapi dengan tambahan elemen Gaia Online! Piropiropiro~ xD

Koro skang tengah layan RP guna wewatak OP. Koro sebagai Sanji berinteraksi dengan Gaians lain yang melibatkan diri dalam RP OP secara one-to-one di profile memasing (^_^) Syok owh! Dan rasanya SakiStrife pun dah merasakan yang RP nih syok sebenarnya. Piropiropiro~ xD Barula dia ada semangat nak kembali layan Gaia. Piropiropiro~ xD

Okay, memula kita tunjukkan dulu Tektek hebat karya nukilan SakiStrife menggunakan item-item yang terdapat di Gaia! Owh kagumnyer!


Mempersembahkan... Mugiwara Kaizokudan versi Gaia Online!

Amacam? Terer tak? Sugeeeeee~!!! (^O^) Nampak tak avvy Sanji dalam tu? Itula avvy Koro. Cuma avvy actual ada kelainan dari segi item disebabkan layering item Tektek tak sama macam Gaia. Contohnya, item Angelic Manner yang memberikan wajah senyum Sanji tu Koro tak dapat equip pada actual avvy Koro disebabkan masalah layering dengan item Giacomo's Charm yang juga merupakan aksesori pada wajah Sanji (mata heart dia tuh).

Tektek version ni merupakan appearance diaorang sebelum time skip 2 tahun tuh. Untuk versi time skip, nanti-nanti la buat kot. Lagipun susah nak cari goatee Sanji xD Karang jadi cam muka Mihawk lak piropiropiro~ xD

Haaaa... nampak tak? Dengan avvy Gaia Online pun ble wat cosplay secara tak langsung xD Ini yang wat Koro setia kat situ bertahun-tahun xD Ada try sign up kat avatar-based site lain tapi tak kekal lama. Malah dah lupa site tuh nama apa and apa username ngan pass Koro kat situ. Piropiropiro~ xD

Anyway, setakat ni Koro sampai setup akaun baru semata-mata nak wujudkan avatar Sanji piropiropiro~ xD Dan bakal muncul... Brook! (^O^) Cuma dia masih under construction sebab tak pakai suar. Piropiropiro! xD Apa boleh buat. Item suar dia mahal sangat (=A=) Koro terpaksa beli evo item ShadowLegend 10th gen sebab tuh jela paling murah je pun antara yang listed kat marketplace. Skang nak kena tunggu mende tuh evolve sepenuhnya or at least evolve kat stage yang ada suar tuh pastu cecepat equip sebelum dia evolve lagi xD

Skang Koro tengah dalam mood layan Binksu no Sake (Binks' Sake). Dengar berulang kali tanpa henti keempat-empat version xD ~ mugiwara, brook, sanji, robin dan rumbar.

Koro pun dalam proses menghabiskan tontonan 10th movie One Piece: Strong World. Sebab tula dok piropiro jek manjang xD Koro sker Dr Indigo! Koro rasa nak obses dengan watak nih xD Masa featured jap dalam manga pun Koro tertarik amat dengan watak ni sebab nampak comel giler! Dan bila tengok watak dia secara anime-version... Koro sker amat!!! (^O^) Masey Oda-sama! m(_ _)m

Owh pada SakiStrife, takkan nak wat Garp-chujo jek? Takmo wat marine lain? xP

Jumaat, Oktober 22, 2010

LETSU DANSUUUU!!! (^O^)

Untuk makluman, Koro merupakan kipas-susah-mati untuk semua franchise Sengoku Basara. Sekian, terima kasih.

xD

Anyway, untuk entry kali ini, Koro nak embed dalam ni beberapa youtube vids yang menarik amat melibatkan antara watak-watak favourite Koro dalam Sengoku Basara (^O^)



Masyuk owh tarian Date ngan Yukimura!!! x3




Mula-mula start ngan Yukimura hitam putih yang merupakan base kepada tarian Date ngan Yukimura nanti. MESTI TONTON!!! xD


Ahhhhh!!!! x3~ *fangirl squeal*
Dan banyak lagi la video menarik dalam koleksi tuh. Tak puas nak tengok! xDDD~

Selasa, September 28, 2010

Jeles! (=A=)

[Glamernyer Koro di Gaia hahaha... (walaupun sekadar glitch) xD]


Koro berkata nih dalam konteks Gaia Online. Wahahaha xD

Anyway, Koro sejak layan mp (marketplace) kat Gaia tuh secara lebih serius sket berbanding tahun-tahun sebelumnya, mula la terbukak minda sket tentang cecara invest, vend, hoard semua tuh. Cuma satu jek Koro tak try lagi and masih tetakut nak try --- exchanging.

Exchange dalam konteks Gaia Online bermaksud pertukaran item dengan gold (disebut pure) ataupun dengan item gak; antara Gaians yang mana urusniaga tersebut (trading) dilakukan melalui trade (send/accept trade) dan aktiviti ini memerlukan kepercayaan tinggi antara dua belah pihak (yang berurusniaga). Sebabnya tiada siapa yang suka ditipu (scam) semasa berurusniaga xD

Koro jeles bukannya apa. Koro tengok semua exchangers yang dok melepak dalam tuh jejual item, semua jual item memahal jek (-___-) Range harga dalam 100k ke atas. Giler ah. Koro nak spend 100k pun berkira-kira. Kedekut amat xD Tapi exchangers cam rilek jek trade sampai bermillion-million. Jelesnyerghhhhh...

Koro berhempas-pulas jual item dalam inven dan storage untuk dapatkan capital secukupnya untuk at least terjebak sama dalam dunia hoarding tapi susahnyergh nak capai capital at least satu mill xD Rerata ramai sarankan booty grab secukupnya dulu di samping layan vend tapi masalahnyer Koro takde masa nak layan jenguk tank kat akuarium tuh xD Adusss... Koro rasa cam nak kena dedicatekan satu ari untuk booty grab jek tapi biasanya kenyataan tuh tak kesampaian sebab last-last Koro ter-dedicate-kan seharian tuh kepada apps fesbuk hahaha xD

Papehal pun, walaupun Koro kepingin nak merasa jadi millionaire kat Gaia, tapi Koro takdela cam terdesak sangat xD At least, Koro dah penah merasa sekali cecah 1 mill xD Tuh dah kira rekod terbaik dah tuh sepanjang layan Gaia hampir 5 tahun xP

Owh Koro tak penah layan satu forum selama tuh (O___O) Hebat giler penangan Gaia sampai Koro begitu dedikasi nak stay xD

Sabtu, Julai 24, 2010

Miyagi Ryota - Shohoku Point Guard! (^O^)



Percubaan guna tablet si Pah xD
Lukis dalam flash sebab lagi smooth xP

Fanart si Ryochin, karekter Slamdunk.
Dia ni rasanyer yang terpendek dalam citer tuh wakakakaka xDDD

Karekter Ryota nih kepunyaan Takehiko Inoue.
Enjoy! (^O^)

P/s: Koro ada upload gak kat devart Koro xD


Miyagi Ryota Character Biodata


Name : Miyagi Ryota
DOB : 31st July
Grade : Sophomore
Position : Point guard
Height : 168 cm
Weight : 59 kg
Jersey number : 7
Shoes brand : Converse
Miyagi, who is a second year student of Shohoku High is one of the fastest player in the team, and his capability of running and snatching the ball is as good as Mitsui. Miyagi is quite short compared to his other teammates (168cm), and he has this huge crush on Ayako. He was involved in a fight with Mitsui once, when he first entered Shohoku High. He was beaten up very badly and had since been in hospital and never came back to Shohoku until a year after that.
Miyagi and Sakuragi once fought with each other when Miyagi thought that the redhead was trying to woo Ayako. They fought again that evening in the basketball court, but both finally stopped when Akagi came in and punched their heads. Later that night, after practise, Sakuragi and Miyagi had sort of a man-to-man talk about love, and the next day, they surprised everyone as they entered the basketball court like two old buddies. At the end of the manga series, it is revealed that Ryota would be the captain of Shohoku, replacing Akagi.

Jumaat, Julai 23, 2010

Onemangaaaaa huhuhuhu.... (T^T)

Rest in peace my fwen Dx


Jap tadi Koro dengan hepi-hepi menjenguk status memember kat fesbuk. Di samping screening mencari kalo ada sesape post extra servings untuk cafe world mahupun baking life hehehe...

Tetiba Koro terbaca status Koko ngan Tena kata Onemanga akan di shutdown untuk mungkin selama-lamanya. Oh noes! Dx Koro cecepat klik tab lain and then type url onemanga dalam address bar. Dan terpampang la mesej itewwww dalam satu pop-up box... (T^T)

"There is an end to everything, to good things as well."

It pains me to announce that this is the last week of manga reading on One Manga. Manga publishers have recently changed their stance on manga scanlations and made it clear that they no longer approve of it. We have decided to abide by their wishes, and remove all manga content (regardless of licensing status) from the site.

The removal of content will happen gradually (so you can at least finish some of the outstanding reading you have), but we expect all content to be gone by early next week (RIP OM July '10).

-Zabi-

Sedey owh~ (T^T)

Koro selama ni rely gak kat Onemanga untuk bebaca manga. Selain beberapa lagi sites yang Koro takmo mention sebab takmo sites tuh mengalami nasib yang sama (T^T) Mesti ramai pengunjung tetap Onemanga begitu kecewa saat ini.

Sampai dalam Gaia Forum pun ada isu pasal nih xD

Koro sempat google untuk melihat feedback di tenet tentang isu RIP OM nih ---> Klik!

Yang pastinya, membaca manga online secara free (termasuk yang rare dan uncensored hehehe) ... mungkin cuma mimpi je suatu hari nanti (T^T)

Khamis, Julai 22, 2010

Durarara! (^O^)

Dari depan, counter clock-wise : Ryuugamine Mikado, Sonohara Anri, Heiwajima Shizuo, Orihara Izaya, Kishitani Shinra dan Kida Masaomi

Durarara! (^O^)

Haha sowie~ xD Tengah sebok layan anime Durarara sekarang ni so perkataan tu sokmo terasa nak sebut tak pasal-pasal xP Anyway, anime DRRR tuh shounen themed ~ menepati citarasa kewwww xDDD Koro memula nak cari anime Hakouki: Shinsengumi Kitan kat Metropoint tapi tak jadi lak sebab nampak DRRR nih wakakaka... takper. Yang Hakouki tuh tangguh dulu. Koro tetap akan beli nanti! (^O^) Koro sker ceciter berkaitan Shinsengumi tapi wat masa sekarang, Koro nak habiskan layan DRRR dulu xP (Cettt... Gintama pun tak habis layan lagi hahaha xD).

So, sesape nak layan DRRR ni, kena fokus betul-betul sebab plot citer mostly berdasarkan narative setiap watak. Kira cam point of view diaorang la yang mana setiap penceritaan diaorang tuh saling berkait. Citer ni berdasarkan manga. Nanti nak try cari and baca la xD

Tak sure sape watak utama sebab setiap watak cam diberi exposure yang sama rasanya. Mungkin geng Dotachin tuh kurang sket la bagi spotlight tapi at least diaorang tetap muncul sekali-sekala walaupun sekejap xD

Dah kata anime kan so ada gak la mende ngarut dalam citer nih xD Celty Sturluson, heroin utama juga se-... seorang? ...seekor? Entahla xD Yang pastinya, dia sejenis Dullahan. Dullahan ni kira salah satu spesies Faerie yang ala-ala grim reaper gak la. Terkenal kat Ireland sebagai pencabut nyawa. Memalam naik keta kuda and umah sesape dia singgah, orang tula yang mati. Owh lupa nak cakap. Dullahan takde kepala xD Entah kenapa, Dullahan lebih suka bawak kepala dia merata daripada cari cara untuk gamkan kepala dia balik ke badan xP

Untuk kasi lebih horror, kalau ada sesape tak sengaja ternampak Dullahan lalu (kira cam terbukak pintu umah masa Dullahan lalu), Dullahan tuh akan patah balik dan simbahkan satu baldi ke tong berisi darah manusia. Kira cam penanda orang tuh yang bakal mati lepas tu. Owh ruginyer darah tuh (T^T) Kalau derma kat spital dah boleh selamatkan banyak nyawa xP

So, apa pulak Dullahan bernama Celty ni buat kat Jepun? Ikebukuro lak tuh. Sebabnya, kepala dia dah kena curi la pulak xD Dan dia dapat rasa kepala dia berada di Jepun. Untuk itu, dia terpaksala pergi ke Jepun untuk mendapatkan kepala dia balik. Tapi macamana nak bawak kuda dia ke Jepun gak? Hahaha... Dullahan advance xP Kuda dia posses (rasuk yer harap maklum) sebijik moto buruk. Maka lahirlah satu Dullahan kelas gitewww ~ minah moto! (^O^) Tapi minah moto nih bawak scythe yang panjang. Hati-hati yer xD


Gempaks tak? xD Efek shadow tuh memang menarik amat (^O^)

Setakat nih, watak yang Koro sker dalam citer ni si Celty tuh ngan si Shizuo (sila rujuk gambar pertama ekkk xD). Shizuo nih pakai baju bartender jek manjang ada la sebabnya. Takkan nak bagitau kan? Kena la tengok sendiri xD Cover cd yang Koro beli tunjuk pose Shizuo dan Izaya bersama tapi sepanjang Koro tengok citer tuh, rasa cam makin nyampah giler kat Izaya wakakaka... xD Kemunculan awal dia cam macho tapi lelama cam psycho (-__-) Tapi nama dia cambest. Orihara Izaya xDDDD

So berbalik pada citer tadi, si Celty tuh akhirnya sampai la kat jepun tapi tak dapat jumpa gak kepala dia. Jadi la plot citer ni bercabang sket. Cam kes Mikado (rujuk gambar pertama tadi gak xD), dia dah bosan hidup secara biasa-biasa. Dia datang ke Ikebukuro untuk mencari kelainan. Dalam satu insiden, diaorang bertemu dan persoalan demi persoalan dalam citer nih mula terungkai sedikit demi sedikit. Kira kalau citer ni tayang kat tv dan korang termiss satu episod... habisla! xD Sah susah nak faham punya xD

Okayla. Nanti dah habis layan, Koro sambung citer lagi pasal nih.

Durarara! (^O^)

Selasa, Julai 13, 2010

Gaian Life of Koro ~ With Better Gaia

Untuk makluman, Koro menggunakan add-on BetterGaia untuk lebih meng-cambest-kan layaran Koro di Gaia. Koro sebelum nih pernah menggunakan add-on/aplikasi/tool lain seperti GaiaArch semua tuh tapi Koro rasa, by far, BetterGaia la yang paling cambest. Sekain, terima kasih.

Owh jap! Tak habis lagi entry nih! Tu sekian untuk paragraph tuh je =D

First off, bila dah login sebagai Koro, memula sekali mende yang dibuat adalah klik Draw All pada signboard kecik sebelah Daily Chances cart tuh. Untuk makluman, pengguna BetterGaia sahaja yang ada option nih xP Bila klik Draw All tuh, akan terpapar satu pop-up panjang kesemua Daily Chances yang ada and kita just klik Collect camtuh je untuk rembat semua DC pada hari itu tanpa perlu sesusah melayari semua tab yang ada di menu. Senang kan? xD Nak tengok gambar?


Nampak tak signboard tuh?

Ni la rupanya bila dah klik

Klik dekat Collect and then mende tuh loading la camtuh

Ta-daaa! Dekat page Forum kita dapat rembat 15 gold (^_^)

Hoho... mende yang bagi Koro, amat memudahkan sebab Koro bukan setakat ada satu akaun jek xP Koro ada akaun lain yang memasing ada tugas-tugas tersendiri ahahaha xD Kiranya, Koro senang jek nak buat semua akaun Koro rembat DC sekali login jek. Cambest kan? xD

Selain mende tu, BetterGaia membolehkan Koro settingkan post format Koro. Koro sker guna kaler orangered. Font lak size 9. So cam kalo tetiap kali nak copypaste dari notepad, jenuh la kan? xD So dengan BetterGaia, Koro terus set-kan jek nak post format cane and then tak perlu fikir sesusah dah. Pulak tuh ble tetukar kalau Koro guna akaun lain xD

Dan dengan BetterGaia gak, Koro nyer Gaia screen tak ikut cara Gaia Online nyer. Kira cam, lebih tersusun la sket. Sampai kan bila Koro layan Gaia kat umah parents, Koro rasa pelik giler tengok laman Gaia Online tanpa BetterGaia hahahah xDDD~ Maklumla... dah terbiasa guna xP

Entry akan datang, kalau takde pape topik, Koro nak try citer apa aktiviti seharian Koro di Gaia xD

Khamis, Julai 08, 2010

Wah final cambest! xD

Congrats buat Spain dan Netherlands yang bakal bertemu di final World Cup 2010, tak silap Koro, Ahad nih (11 Julai 2010, 2.30 pagi).

Ahahaha... Koro konpius nak sokong mana sebab dedua Koro memang sker sejak awal =P Takpelah. Tak kisah la sape yang menang. Janji permainan nanti menghiburkan. Go Holland! Go Oranje! Go Spain! Go matadors! xD

Owh dan satu fakta menarik sepanjang world cup nih. Adanya kewujudan sekor sotong kurita dari German bernama Paul. Apa speselnyer menatang nih? Menatang ni merupakan sekor sotong psikik! Kira cam peramal la. Setiap undian yang dia pilih, for sure tepat (O_o) Cam masa dia kena pilih antara German dengan Spain, dia pilih Spain. Dan tak sangka lak prediction dia memang tepat giler. Spain layak dan German tumpas. Bukan setakat match tuh je. Match-match sebelum nih pun Paul ada buat ramalan yang semuanya tepat (o_O)

Paul... owh besonyer mamat nih! (O_O)


Dan ada pulak berita si Paul nak disuruh ramalkan sape bakal menang World Cup lak xD Tapi ada peminat German yang fanatik mintak makan aje la Paul tuh sebab predict German kalah. Adusss.. xD Paul sekadar perdict jek. Bukannya dia yang main bola. Takkan nak salahkan mamat tuh sebab players tak perform untuk rembat kemenangan. Sian Paul. Tak pepasal jadi hidangan sushi nanti hihihi...

Isnin, Julai 05, 2010

Espanyol mara! (^O^)

Koro layan world cup hujung minggu bebaru nih. Tengok match German vs Argentina jap jek. Tapi kalau tengok daripada gaya main German yang sempat Koro tonton sebelum naik tido (hihihi...) cam Argentina bakal kecundang jek. Sekali betul daa xD Sekali kena 4 bijik lak tuh. Adusss... German nyer youngsters memang lebih lincah daripada oldbies Argentina kot. Tapi nak kata Argentina line-up barisan pemain senior, tak jugak. Apa nak buat. Bukan rezeki Argentina masuk semi =P

Villa skor lagi! (^O^) Koro tengok match Spain vs Paraguay tuh. Memula Spain cam goyah sket. 1st half memang sedikit hambar. Paraguay cam main defensive habis. Ramai giler player kat kawasan sendiri. Sesekali Sergio Ramos buat larian breakthrough tapi tak cukup lagi. Bila Torres kena sub ngan Fabregas (masa tuh 2nd half) baru cam livelier sket match tuh.

Anyway, semi final tahun ni menyaksikan 3 pasukan eropah (german, spain, netherlands) dan 1 pasukan amerika selatan (uruguay). Pasukan Afrika dah out xD Owh ye... macamana ekk perkembangan kes Nigeria tuh? Rasanya kalau tak silap, Fifa dah beri amaran kat si presiden kata hentikanla tindakan bangang mu itewww =P

Papehal pun, world cup tahun nih menyaksikan pasukan-pasukan pilihan kecundang di tengah jalan (hint brazil hint). Takpela. Sekali-sekala nak la memuka fresh pegang piala dunia tuh kan? Apa kata kalau Uruguay pulak menang tahun nih? xD Giler ah. Terus melonjak naik rating team bola diaorang =P

Khamis, Julai 01, 2010

Fainaru Eyttoh! (^O^)

Jadual perlawanan yang gempaks dari site Fifa.com dan di-grab penuh bergaya menggunakan add-on ScreenGrabber =D


Haha... final eight dalam gaya percakapan orang Jepun =P
Anyway, final eight teams telah diketahui akhirnya. Meh Koro listkan.

Uruguay vs Ghana
Netherlands vs Brazil
Winner 2 perlawanan tuh akan bertemu dalam semi final.

Argentina vs German
Paraguay vs Spain
Winner 2 perlawanan tuh akan bertemu dalam semi final.

Jika dilihat di situ, hanya ada 2 team yang Koro sokong. Kebetulan lak 2nd fave team ngan 3rd fave team. Nyahahah! xD Ike Spain ngan Holland! (^O^)/~

Dan sian untuk Nigeria sebab terkeluar setelah gah mengalahkan Italy. Lalalala~ Tapi yang kelakarnya, Presiden Nigeria nak suspend team world cup Nigeria selama 2 tahun sebagai punishment kekalahan. Adusss... buat per suspend cenggitu sekali daa... Kalau team tak main 2 tahun, cane nak ada improvement untuk masuk world cup seterusnya? Tau main bola ke dak encik presiden oiii... performance diperbaiki dengan latihan yang kerap. Adoi... gasak ko lah. Koro nak masuk campur pun bukannya dia nak dengar pun. Kekeke~ xD

Papehal pun, Koro harap at least dapat tengok match Holland dengan Spain. Tapi Argentina lawan German cam menarik gak. For sure peminat England beralih arah ke Argentina untuk sementara waktu hahaha xD Dendam kesumat yang mendalam tuh =P

Tapi diaorang nak ke sebab Argentina dulu penah ada kes menang against England menggunakan Hand of God Maradona =P

Isnin, Jun 28, 2010

Kalah lalalala~

Italy kalah. England kalah.

Hadoila.

Paling tak tahan commentator match masa Italy main tuh sempat lak kutuk diaorang haha. Kata "from world cup heroes, into world cup zeroes." Adusss... xD Nih mesti Zidane jampi guna kepala dia =P

Apa boleh buat. Tu antara kejutan-kejutan yang berlaku dalam world cup tahun nih. Koro tak sempat tengok sangat sebab timing tak berapa kena. Lagipun takde tv yang ada astro =P Owh menyentuh tentang mende ni... Koro rasa TV1 (ngan TV2) tuh baik tukar slogan dia jela. Konon stesen penyiar rasmi World Cup tahun nih ... (-__-) ... No comment.

Siarkan perlawanan terpilih jek watpe? Pastu perlawanan lain, siarkan siaran tertunda lak. Apa kes?! Orang kalau boleh nak tengok match live, bukan match basi, okay? Kira tak umph la tengok siaran tertunda. Tapi mungkin korang rasa "takpela delay pun, at least ada siarkan gak daripada tak siarkan langsung". Hadoila.

Matches keseluruhan ada 64 rasanya. Nape takmo siarkan semua? World Cup kan 4 tahun sekali jek? Huhuhu...

Sian bagi sesape yang takde Astro Arena. Kena tengok match yang TV1 pilihkan untuk diaorang lak. Tak bes owh faham dak? Pastu match yang kira agak menarik untuk ditonton cam Brazil vs Portugal... mana owh?! Kalau tak silap Koro, diaorang siarkan match Argentina lak.

TV1 ngan TV2 kena improve performance. Bukan untuk bersaing dengan tv swasta. Tapi at least untuk tunjuk stesen tv kerajaan pun boleh jadi power gaks cam stesen tv swasta.

Owh... dan kalau boleh, komentator masa siaran bola tu, pepandai la sebut nama pemain dengan betul ekk =D

Sabtu, Jun 26, 2010

Sempena World Cup 2010

Tak guna cakap banyak.

Layan jekkkk... xD


Selasa, Jun 22, 2010

Login Facebook Hari-hari Dapat Duit? (O_o)


Meh.

Bila Koro nampak je 'tagline' camtuh, Koro terus jadi skeptikal. Meluat pun ada haha. Bukannya apa. Koro cukup tak sker kalau ada yang menyelewengkan ayat semata-mata nak pancing prospek untuk skim MLM diaorang.

Koro tak paham. Kenapa nak kena tipu? Kenapa nak kaitkan Facebook dalam promosi korang? Kalau login Facebook hari-hari dapat duit camtuh je, Koro dah lama berenang dalam lautan wang.

Antara contoh MLM yang guna taktik hampes seperti di atas adalah seperti penggiat tegar Infinity Downline dan geng-geng RM20 Segera. Ada lagi tapi Koro malas mau siasat. Cukup la dengan dua contoh tuh je.

Diaorang suka benar letak status cam "Hari ni login Facebook, dapat RM100!" ... "Masyuk giler! Login Facebook dapat RM400!" ... "Tak sangka, online Facebook je dapat RM500!" ... "Buat duit dengan Facebook memang masyuk!" ... dan memacam lagila. Pastu nak kasi lebih umphhh letak gambar tunjuk diaorang pegang duit. Tak pun tunjuk statement bank account. Pastu siap hitamkan nombor akaun takut kena rompak. Kekeke... tapi kalau kena rompak pun, korang still boleh jana balik duit tuh 'melalui Facebook korang' kan? =P

Okay berbalik kepada isu nih, Koro hari ni rasa cam nak try berdebat dengan salah sorang penggiat tegar mende nih. Koro fokuskan kat skim/program Inifinity Downline ek. Koro dah lama perati. Wakaka... kira cam siasat dalam diam la. Tulaa... sape suruh memandai je add Koro? Kan dah kena. Kekeke...

Siasatan Koro bermula bila Koro sesaja jenguk group yang dia buat. Koro baca setiap komen/testimoni orang lain. Sampai klik kat Older Posts gitu. Wakaka... Ada yang reragu. Ada yang teringin nak tahu caranya.

Pastu Koro sesaja mesej dia tunjuk minat untuk join. Kat sini Koro dah musykil. Ramai post dalam group atau pun wall dia bertanyakan kaedah menjana wang dia tuh tapi dia asyik dok reply "sila mesej saya" ... "sila pm saya" ... "kita discuss di inbox" ... cam la rahsia besar sangat sampai takleh nak buat public discussion.

Bila dapat reply, dia bagi link ke infinity downline dia. Suruh baca arahan kat site tu and then daftar. Untuk pengetahun bagi sesape yang tak tau, setiap link macam tuh akan ada nama 'penaja' (upline) kat hujung so kalau korang klik link tuh and daftar, secara auto korang akan jadi downline dia gitu jek. Takde pilihan.

Koro biasanya akan pegi ke link tuh dengan memadam nama penaja kat hujung. Tapi kengkadang tak jadi gak. Hahaha. Tah cane, ada gak program yang leh detect korang klik kat link penaja mana. Tapi untuk kes kali ni, Koro klik je link yang dia bagi.

Tetiba dari Facebook, Koro dibawa ke site Infinity Downline (ID). Apa kes? (O_o) Kata login facebook dapat duit, ni pehal lak pegi site ID nih?! Mana kaitannya dengan facebook? Kecewa hati kewwww... Tambah berduka lara bila ada pulak syarat nak join mende tuh kena kuar modal sket.

RM100 sket ka? (-___-)

Mungkin bagi orang lain sket tapi bagi Koro, besar gak modal tuh. Dahla nak bagi RM100 ke orang yang tak dikenali. Pastu kata dapat memenda cam ebook la video la online tutorial la... yang rasanya takde guna pun sebab Koro tengok, lepas dah daftar, diaorang bukan sibuk nak jual memende tuh tapi sibuk nak carik orang lain untuk daftar under diaorang. Lagipun, ebook skang kalau pandai cari ada yang leh dapat for free lalalala~

Dan Koro pun mula menggunakan google untuk melihat feedback orang lain tentang mende nih. Ada feedback positif, ada yang negatif. Ada yang atas pagar. Tapi personally, Koro sebenarnya tak kisah pasal skim MLM tuh. Cuma Koro kisahkan ayat-ayat pancing diaorang yang mengaitkan Facebook.

Dan tak sangka Koro mengambil tindakan drastik dengan menulis komen kat salah satu gambar penggiat tegar ID tuh =D

Sila klik untuk baca xD

Tak sangka lak dapat respon. Ingat tadi si owner gambar tuh nak delete komen Koro kekeke... So sempat la berdebat jap tentang isu nih. Kalau dia delete komen Koro pun, Koro dah ada screengrab komen-komen tuh so bebila masa jek boleh dipaparkan semula memana hihihi...

Koro rasa bagus gak berdebat nih. Sebab Koro nak dia terangkan dua mende jek. Nape kena bagitau info secara private message? Kenapa takleh terangkan cecaranya secara public... kat wall dia ke... kat dalam notes ke... dalam group ke... Dua. Nape nak kaitkan nama Facebook? Sedangkan bukan Facebook yang bagi duit. Bukan dengan cara login Facebook hehari yang membolehkan diaorang dapat duit. Ni kira dah bagi info yang salah ni a.k.a menipu.

Kenapa tak telus kata join program ID untuk jana wang menjadi jutawan? Kenapa tak promote terus ID link tuh tanpa menggunakan ayat 'login facebook'? Kenapa tak kata facebook tuh cuma sebagai medium mencari prospek menjadi downline ID?

Koro rasa tak salah kalau dia dan penggiat tegar yang lain nak gunakan Facebook sebagai medium mengiklankan link ID memasing tapi biar la dengan cara yang jelas dan tak mengelirukan orang. Hentikanla kekata "login Facebook dapat duit" kerana sesungguhnya mende tuh tak berlaku sama sekali.

Dx

Antara komen orang lain pasal isu nih =D
Taktik Kotor
Usaha Tangga Kejayaan
Kurang Etika

Koro mintak maaf kalau ada yang terasa =D Mungkin diaorang kata lu pehal kacau periuk nasi kitaorang. Haha. Tak kisahla. Yang penting, Koro dah sampaikan pendapat Koro tentang mende nih. Ingat ek. Koro bukannya anti skim ID korang. Cuma Koro terkilan sket dengan cara promosi korang.

Papehal pun, untuk sesape berminat nak join ID, bacala dulu and pepandai la pilih pakej idaman korang =D

Dan ada lagi info lebih lanjut di sini.

Ahad, Jun 13, 2010

Seri seri menang! xD


Laporan basi:

MATCH GROUP A

10 June 10:00 malam
South Africa versus Mexico seri 1-1

11 June 2:30 pagi
Uruguay versus France seri 0-0

Laporan terkini:

MATCH GROUP B

12 June malam (tak hengat kul berapa kakaka...)
South Korea versus Greece ~ Korea menang 2-0! xD

12 June gaks
Argentina versus Nigeria ~ Argentina menang 1-0!

MATCH GROUP C

13 June 2:30 pagi (dah dekat nih at the time of posting! xD)
England versus United States!!!
Match nih Koro rasa ramai yang tengok samade kat kedai mamak mahupun ruang tamu umah sendiri.
Yelaaa... kebanyakan dari Malaysians sama ada pilih Brazil atau England =P

Dan perlawanan-perlawanan yang akan menyusul kendian...
Algeria versus Slovenia
Serbia versus Ghana

Serta terselit satu match group D

Germany versus Australia

Demam bola masih belum kebah! xDDD

Jumaat, Jun 11, 2010

Demam Bola Bermula! (^O^)

Screencap dari carian google =D

First off... Koro ter-miss opening World Cup tahun nih! Huwaaaaa! (TOT) Agak-agak ada rerun tak kat mana-mana? Kena gi skodeng Youtube la camnih. Huhuhu...

Second-nya... Koro screengrab pencarian schedule world cup dari Google xD Cambest gak guna add-on screengrab untuk firefox nih. Highlight, pastu dia save cam imej biasa jek dalam My Pictures. Best best... xD Tak perlu guna cara old skool dengan tekan printscreen kat keyboard and then kena crop pulak buang memana tak berkenaan. Muhaha! I like! xD

Third... menurut pencarian Google tadi, match pertama adalah team-team dari Group A. Dan ofkos, Africa sebagai tuan rumah diberi penghormatan untuk kick start match pertama. Lawan diaorang Mexico. Sebutan negara ni meks-see-ko ke meh-hee-ko? Pape jelah xD

Koro tahun ni nak sokong Italy (cam biasa ahahaha) dengan Spain la kot. Third team mungkin England alang-alang Gerrard mungkin ganti Terry sebagai kapten.

Kat pasar malam aritu ada sorang makcik nih jual magnet bendera semua negara yang masuk world cup tahun nih. Cam menarik gak nak beli. Malangnyer takde duit wakaka... kalau tak, dah lama borong. Tapi makcik tu pun cam kreatif gak. Jual magnet camtuh masa musim world cup. For sure punya akan ada orang beli untuk tunjuk sokongan kat negara pilihan memasing. Way to go, makcik! (^O^)v

Rabu, Jun 02, 2010

Tak sukanyerghhhh (=.=)

Arghhhh!!! Marah giler nih!!! Dx




Koro tak suka bila...

[1]
orang tak sempat pun kuar lagi dari koc komuter tapi yang dok menunggu kat stesen dah meluru masuk. Pastu siap memarah kalau yang nak kuar tuh terlanggar diaorang. Weihhh... korang yang takde kesedaran sivik dan etika tuh sape suruh?!

[2]
ada orang suka diri dedekat pintu koc komuter padahal stesen diaorang nak turun tuh jauh giler lagi. Bagi la orang yang nak turun stesen terdekat dok situ. Yang korang tuh gi la masuk dedalam sket. Hadoi...

[3]
ada orang suka bersandar kat tiang dalam komuter cam tiang tuh dia sorang jek yang punya. Weih... orang lain pun ada syer yang sama sebab diaorang pun baya tiket gak cam ko. Hampes!

[4]
dah dengar announcement pasal koc tengah khas untuk wanita, dah ada sticker koc wanita tampal kat cermin ... tapi lelaki-lelaki bangang tetap masuk koc tuh. Bengong!

Hangin nih! Hangin! Dx
Grrr... rasa cam nak gigit jek sekor-sekor.
Rawrrrr!~!! Dx

Selasa, Jun 01, 2010

Masa umur 10 tahun Koro masih ulat buku hahaha...


Cecilia Cassini pereka fesyen umo 10 tahun jek!

Dia minat jahit sejak baby (tapi rasanya time dia 3 tahun la kot baru nampak minat dia sebab masa tuh dah kira toddler dan dah boleh kuarkan pendapat sendiri).
Kira dia diberi kebebasan memain ngan benang, gunting dan kain pada usia yang muda.

Pastu masa umo 6 tahun, famili dia hadiahkan mesin jahit.
Dan sejak daripada tuh, dia mula aktif menjahit pakaian rekaan dia.

Wah... bebudak zaman sekarang makin terer (O.O)

Ahad, Mei 30, 2010

Mari tengok layout cafe! (^O^)

Kali nih pasal cafe world pulak =D

Koro nak syer beberapa layout/design cafe daripada Koro sendiri dan rerakan yang lain. Enjoy, bebeh! (^O^)


Uncle Hir punya layout

Imouto pun main gaks rupanya haha... cikgu matrix pun ada hobi camnih? =P

Cafe Ryu-kun yang masih under renovation tapi still cam smart gaks

Cafe Pah yang ada section khas ala-ala suasana jepun sket xD

Cafe Koro yang cam candy-coloured sket agar sedap mata memandang... cewahhhh! xD



Khamis, Mei 27, 2010

Wild Ones? xD


Bagi yang pernah main Worms, game Wild Ones nih lebih kurang macam tu la. Cuma platform Wild Ones ni dalam Facebook. Koro baru je terjebak dalam game nih angkara si Pah =P Dulu Koro layan gak Worms. Tapi asyik kalah je haha... Wild Ones pun sama gak kesnya. Koro susah tul nak baling bom yang tak melekat kat diri sendiri hahaha...

Anyway, dalam WO nih, diri kita diwakili dengan haiwan. Starter animal nyer sekor anjing yang kita boleh customize-kan warna dan nama. Memang kena mula dengan anjing. Tak boleh pilih xD Tapi bila dah level up, haiwan lain akan di-unlock so pada masa tu, kita boleh memilih sama ada hendak teruskan dengan anjing, atau gunakan haiwan lain. Setiap haiwan ada ceciri unik yang tersendiri. Cam anjing ada timebomb berbentuk tulang, arnab boleh melompat lebih tinggi, kucing boleh cakar untuk serangan jarak dekat... memacam la.

Align CenterSesi regis dan tentukan kaler haiwan memasing

Grafik dia cambest gak. Tu antara yang buat Koro tertarik dan seterusnya tersangkut =P Koro punya Korozen baru mencapai level 11 so tak banyak scenes yang dah unlock. Tapi memang menarik gak la dianyer scene. Sampai ada satu scene tuh terdiri daripada laman web yang dipenuhi teks jek. Confusing gak tuh xD

Kat canyon gituuuu...

Haaa... ini la scene teks yang confusing amat tuh xD

Periuk kotor tak berbasuh xD

Game play dia lebih kurang hapuskan haiwan lain untuk mengumpul markah tertinggi. Sesetengah senjata berikan markah tinggi. Terutamanya senjata jarak dekat sebab risiko untuk mati bersama musuh amat tinggi (yang nih Koro dah expert wakakakaka...). Ada gak senjata bantuan cam grappling hook yang digunakan untuk menyangkutkan diri kat tebing untuk menghapuskan sasaran dengan lebih tepat. Kengkadang akan turun kekotak lifesavers cam nyawa revival (sket jek revive pun) dengan senjata/bekalan bom.

Kira kena ada skill ngan strategi sket nak main WO nih. Koro rasa kalau main selalu, boleh potong level Pah nih kakaka~ xD Pah jadi sifu pulak untuk game nih haha...

Yang kelakarnya, konon kitaorang nak main team play. Tapi rupanya team play tu kita tak bebas memilih dengan sape kita nak main. Kita akan dapat team mate secara random. Takpelah. Mungkin dengan cara tu dapat elakkan ketidakadilan ke apa-apa isu berbangkit yang lain ke (^_^)

Pape hal pun, cuba la main WO dan selamat menjadi kijam xDDD

Nota: Gegambar diperoleh dari google sebab malas nak amek screenshot sendiri =P

Khamis, Mei 20, 2010

Kenapa Koro melekat kat fesbuk? xD

Bukan untuk berkenalan. Bukan untuk meng-hapdet-status. Dan juga bukan untuk singgah di laman fesbuk member untuk memberi komen. Malas. Tau tak? Malas! xD

Punca Koro melekat adalah ... main applications!

Yeshhhh...!!! xDDD

Koro start guna fesbuk pun atas tujuan itu semata-mata. Masa tuh fesbuk pun layout cam bodo-bodo je ahahaha... Tak sangka Koro jadi antara yang terawal menggunakan fesbuk. Masa tuh game paling hangat cam Elven Blood dan siri-siri seangkatan dengannya. Pastu Zynga mula memberi cabaran dengan Mafia Wars nya. Pastu muncul lagi bebanyak apps yang memasing memang cambest.

Tapi sampai skang Koro masih tak reti main Restaurant City milik Fish City walaupun grafik apps tuh lagi lawa daripada Cafe World milik Zynga ahahaha... Apa boleh buat. Dah cara main pun susah nak mampus xD Nak masak kena ada ingredient tertentu. Nak dapatkan ingredient, kena trade ngan kengkawan, jawab daily quiz atau tanam sendiri kat garden kecik memasing. Punyala lecehs amat hahaha... Cafe World at least cuma tekan stove and pilih menu apa nak masak untuk tempoh berapa lama. Dah siap! xD

Koro kira kaki tegar apps milik Zynga (Mafia Wars, Vampire Wars, Cafe World, Farmville, Petville, Yoville) dan Koro rajin explore invites apps lain yang Koro dapat. Kalau cambest, Koro kekal main. Kalau tak, Koro main sekali-sekala bila dah setelkan apps utama xD

Koro tak sker accept group invites =P Koro biasa tekan butang ignore jek kalau dapat. So memana groups yang Koro tekan accept tuh, kira bertuah la diaorang sebab Koro sudi join. Mwahaha! xD

Mungkin nanti Koro nak beri liputan pasal perkembangan Koro dalam sesatu apps. Kira cam nak tunjuk screenshots ke hape ke xD Koro nak cari add-on firefox untuk memudahkan grab screenshots and edit terus kat web tanpa perlu save pastu edit pulak kat memana image editing program ke.

Tunggggguuuuuu...!!!

xD

Selasa, Mei 18, 2010

Koc Wanita? (O_o)

Pagi ni Koro naik komuter. Dah seminggu tak naik so dalam seminggu tu, rupanya ada perubahan sikit kat stesen komuter UKM tu. Ada beberapa tiang dicat pink. Lepas tu ada kain rentang mengumumkan pasal koc wanita.

Koro menyimpulkan, tiang-tiang pink tu dianggap sebagai waiting area untuk sesapa yang ingin menaiki koc pink. Kebetulan Koro duduk kat area tu. Tapi Koro tak terasa nak naik sebab bila Koro pandang kiri dan kanan... mak aihhhh... ramai giler perempuan kat situ. Kalau kesemuanya nak disumbatkan ke dalam koc tuh, rerasa cam tin sardin jam-packed dah tu (O_O)

Di sini Koro mula terfikir... praktikal kah koc wanita itu? Memang praktikal kalau ... KTM tambah lagi satu koc so ada 2 koc wanita dan 2 koc umum. Barula wokeh sket. Sebab KTM kena sedar, yang guna kebanyakannya perempuan xD Yang laki pun kira ramai sebab ada warga asing (samada yang PATI atau yang sah) join skali =P

Satu koc tak cukup weihhhh... dan ini dibuktikan apabila sebaik sahaja tren sampai, berpusu-pusu wanita berusaha memboloskan diri memasuki koc tersebut. Cam sendat jek rasa so Koro terpaksa beralih memilih koc biasa di hujung seperti biasa.

Tapi tuh kira okay lagi tu sebab yang masuk tu semua perempuan. Kiranya para ktm-ers di UKM memang berhemah tinggi la dan tau membaca kekekeke... Tapi keadaan sebaliknya berlaku kat stesen Serdang. Diulangi. Stesen Serdang.

Masa Koro turun di situ, Koro sempat berpaling melihat koc wanita tadi. Memang ramai nak sendat masuk. Tambah hampes bila antara reramai tuh, ada gak lelaki-lelaki bangang bodo alam pun nak sumbat skali. Nih sama ada tak nampak sign tulis koc wanita tuh atau tak reti baca atau memang diaorang buat bodo jek. Koro pilih option yang akhir (-___-)

Lelaki camni memang spesies sesuai untuk ditendang masuk lubang Sparta dalam citer 300 tuh.

Koro rasa, koc wanita tuh patut disiram cat pink terang nyala. Pastu hias la dedalam dia ngan bebunga sket ke. Tingkap kasi ada langsir sket. Biar sampai laki nak masuk pun rasa segan. Barula koc wanita sesuai dengan tema dan sasaran penggunaannya. Kalau setakat tampal sign kat cermin and kaler koc cam biasa je and harapkan pengumuman kat kain rentang kat stesen jek... hoh... sampai bebila pun lelaki spesies bangang camtuh akan wujud.

Owh... dan stesen Serdang la yang Koro selalu nampak kena ada cam pegawai kawal pengguna komuter kuar masuk koc. Siap ada bebunyi wisel lagi xD Adakah ini bermakna ktm-ers Serdang kurang berhemah tinggi dan kurang arif dengan peraturan menaiki komuter? Lalalala... xD

Malah, Koro malas tul nak kuar dari komuter bila sampai Serdang. Yang menunggu kat luar, memang tak bagi can orang dalam komuter nak kuar. Berkumpul depan pintu koc cam nak buat rusuhan apa jek. Koro seringkali terpaksa henshin jadi bulldozer untuk merempuh kuar dari koc. Koro tak peduli kalau terlanggar sesape sebab yang korang dah line up dalam gitu nyer formation, sape suruh?! (-____-) Ktm-ers Serdang cuma akan memberi laluan untuk keluar kalau ada pegawai ber-wisel kat situ (-___-) Kalau tak, jangan harap la.

Nape korang macam tu? Uhuhuhu...

Koro rasa macam tetiap hari berlatih main american football rasanyer (=.=)

Rabu, Mei 12, 2010

Gaia avatar styles yang cambest Koro penah jumpa! (^O^)








Ta-daa!!! xD

Koro memang sker tekan save image as kalau terjumpa avvy cambest. Kira macam hobby sampingan gitu bila layan Gaia. Hahaha... Koro sker tengok cara para gaians yang lain menggunakan kekreativitian diaorang untuk menghasilkan avvy diaorang. Ada yang sker guna item mahal. Ada yang sker guna item murah tapi kreatif.

Ada gak avvy yang menjadi sumber ilham Koro untuk ubahsuai avvy Koro sendiri =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...