Selasa, Jun 22, 2010

Login Facebook Hari-hari Dapat Duit? (O_o)


Meh.

Bila Koro nampak je 'tagline' camtuh, Koro terus jadi skeptikal. Meluat pun ada haha. Bukannya apa. Koro cukup tak sker kalau ada yang menyelewengkan ayat semata-mata nak pancing prospek untuk skim MLM diaorang.

Koro tak paham. Kenapa nak kena tipu? Kenapa nak kaitkan Facebook dalam promosi korang? Kalau login Facebook hari-hari dapat duit camtuh je, Koro dah lama berenang dalam lautan wang.

Antara contoh MLM yang guna taktik hampes seperti di atas adalah seperti penggiat tegar Infinity Downline dan geng-geng RM20 Segera. Ada lagi tapi Koro malas mau siasat. Cukup la dengan dua contoh tuh je.

Diaorang suka benar letak status cam "Hari ni login Facebook, dapat RM100!" ... "Masyuk giler! Login Facebook dapat RM400!" ... "Tak sangka, online Facebook je dapat RM500!" ... "Buat duit dengan Facebook memang masyuk!" ... dan memacam lagila. Pastu nak kasi lebih umphhh letak gambar tunjuk diaorang pegang duit. Tak pun tunjuk statement bank account. Pastu siap hitamkan nombor akaun takut kena rompak. Kekeke... tapi kalau kena rompak pun, korang still boleh jana balik duit tuh 'melalui Facebook korang' kan? =P

Okay berbalik kepada isu nih, Koro hari ni rasa cam nak try berdebat dengan salah sorang penggiat tegar mende nih. Koro fokuskan kat skim/program Inifinity Downline ek. Koro dah lama perati. Wakaka... kira cam siasat dalam diam la. Tulaa... sape suruh memandai je add Koro? Kan dah kena. Kekeke...

Siasatan Koro bermula bila Koro sesaja jenguk group yang dia buat. Koro baca setiap komen/testimoni orang lain. Sampai klik kat Older Posts gitu. Wakaka... Ada yang reragu. Ada yang teringin nak tahu caranya.

Pastu Koro sesaja mesej dia tunjuk minat untuk join. Kat sini Koro dah musykil. Ramai post dalam group atau pun wall dia bertanyakan kaedah menjana wang dia tuh tapi dia asyik dok reply "sila mesej saya" ... "sila pm saya" ... "kita discuss di inbox" ... cam la rahsia besar sangat sampai takleh nak buat public discussion.

Bila dapat reply, dia bagi link ke infinity downline dia. Suruh baca arahan kat site tu and then daftar. Untuk pengetahun bagi sesape yang tak tau, setiap link macam tuh akan ada nama 'penaja' (upline) kat hujung so kalau korang klik link tuh and daftar, secara auto korang akan jadi downline dia gitu jek. Takde pilihan.

Koro biasanya akan pegi ke link tuh dengan memadam nama penaja kat hujung. Tapi kengkadang tak jadi gak. Hahaha. Tah cane, ada gak program yang leh detect korang klik kat link penaja mana. Tapi untuk kes kali ni, Koro klik je link yang dia bagi.

Tetiba dari Facebook, Koro dibawa ke site Infinity Downline (ID). Apa kes? (O_o) Kata login facebook dapat duit, ni pehal lak pegi site ID nih?! Mana kaitannya dengan facebook? Kecewa hati kewwww... Tambah berduka lara bila ada pulak syarat nak join mende tuh kena kuar modal sket.

RM100 sket ka? (-___-)

Mungkin bagi orang lain sket tapi bagi Koro, besar gak modal tuh. Dahla nak bagi RM100 ke orang yang tak dikenali. Pastu kata dapat memenda cam ebook la video la online tutorial la... yang rasanya takde guna pun sebab Koro tengok, lepas dah daftar, diaorang bukan sibuk nak jual memende tuh tapi sibuk nak carik orang lain untuk daftar under diaorang. Lagipun, ebook skang kalau pandai cari ada yang leh dapat for free lalalala~

Dan Koro pun mula menggunakan google untuk melihat feedback orang lain tentang mende nih. Ada feedback positif, ada yang negatif. Ada yang atas pagar. Tapi personally, Koro sebenarnya tak kisah pasal skim MLM tuh. Cuma Koro kisahkan ayat-ayat pancing diaorang yang mengaitkan Facebook.

Dan tak sangka Koro mengambil tindakan drastik dengan menulis komen kat salah satu gambar penggiat tegar ID tuh =D

Sila klik untuk baca xD

Tak sangka lak dapat respon. Ingat tadi si owner gambar tuh nak delete komen Koro kekeke... So sempat la berdebat jap tentang isu nih. Kalau dia delete komen Koro pun, Koro dah ada screengrab komen-komen tuh so bebila masa jek boleh dipaparkan semula memana hihihi...

Koro rasa bagus gak berdebat nih. Sebab Koro nak dia terangkan dua mende jek. Nape kena bagitau info secara private message? Kenapa takleh terangkan cecaranya secara public... kat wall dia ke... kat dalam notes ke... dalam group ke... Dua. Nape nak kaitkan nama Facebook? Sedangkan bukan Facebook yang bagi duit. Bukan dengan cara login Facebook hehari yang membolehkan diaorang dapat duit. Ni kira dah bagi info yang salah ni a.k.a menipu.

Kenapa tak telus kata join program ID untuk jana wang menjadi jutawan? Kenapa tak promote terus ID link tuh tanpa menggunakan ayat 'login facebook'? Kenapa tak kata facebook tuh cuma sebagai medium mencari prospek menjadi downline ID?

Koro rasa tak salah kalau dia dan penggiat tegar yang lain nak gunakan Facebook sebagai medium mengiklankan link ID memasing tapi biar la dengan cara yang jelas dan tak mengelirukan orang. Hentikanla kekata "login Facebook dapat duit" kerana sesungguhnya mende tuh tak berlaku sama sekali.

Dx

Antara komen orang lain pasal isu nih =D
Taktik Kotor
Usaha Tangga Kejayaan
Kurang Etika

Koro mintak maaf kalau ada yang terasa =D Mungkin diaorang kata lu pehal kacau periuk nasi kitaorang. Haha. Tak kisahla. Yang penting, Koro dah sampaikan pendapat Koro tentang mende nih. Ingat ek. Koro bukannya anti skim ID korang. Cuma Koro terkilan sket dengan cara promosi korang.

Papehal pun, untuk sesape berminat nak join ID, bacala dulu and pepandai la pilih pakej idaman korang =D

Dan ada lagi info lebih lanjut di sini.

2 rantbacks:

Tensai7 berkata...

kira mende tu tipu lah ek?

k o r o m y s t berkata...

ikut Pah nak nak percaya yang mana =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...