Isnin, April 20, 2009

O.o

Hurmmm...

Memandangkan Koro jarang baca surat khabar, even online punya pun, Koro agak blur-blur dengan kes USIM ngan 'cik nor' tuh. Terpinga-pinga jap bila ada yang diskas pasal tuh. Tapi Koro tertarik mau tau! xD

So, untuk puaskan hati yang ingin mengorek dengan lebih lanjut, sesaja la Koro try godek-godek pasal mende tuh. Owh~ rupanya mende resign tuh dah lama berlaku tapi bebaru nih jek dok diungkit semula oleh 'cik nor' kita tuh. Apsal ekk? Koro menggaru paler sambil mempamer muka konpius. Tapi takde orang nampak. Hahaha xD~

Dan sebagai journalist tak bertauliah, takde gaji and bukannya keje reporter pun, Koro cuba mengorek lebih jauh dengan menyelak archive Kosmo yang memaparkan berita dari 'cik nor' tuh serta bidasan daripada orang kuat USIM dekat tenet.

Cam biasala dalam kes debat. Memasing pertahankan diri sendiri. Koro sebagai orang luar cuma mampu berkata owhhh camtuh ke citernyer bila baca side 'cik nor' dan owhhh camtuh rupanya kes nih bila baca side USIM pulak. Tapi yelah. Cuma 'cik nor', USIM dan pelajar-pelajar 'cik nor' jelah tau kebenaran citer sebenarnya. Kita yang outsiders nih tak tau mende.

And then Koro tergerak hati nak google pasal kes nih kat tenet. Terdamparla Koro kat satu blog nih yang diwujudkan khas untuk memperjuangkan kebenaran insiden nih. Pepandai la ekk korang cari blog nih sebab Koro takde motif nak share huahahaha... mana bley. Pepenat Koro selidik, korang lak dapat hasilnyer gitu jek. Kenala usaha carik cam Koro. Huahahah xDDD~

Anyway, daripada sumber tuh, sedikit sebanyak dapat taula yang 'cik nor' nih amat detail dalam english dia masa ngajor. Especially tang grammars. Waaa~ Mesti dia expert giler dalam english. Mana dia belajar dulu ekk?

I would really like to know. I mean, as a Malaysian, I was born here but raised for a while in England. And it was during that short period, I came to learn english and take it as my second language. I hated the grammar lessons but ironically, excelled in that area during my studies here in Malaysia, allowing me to get an A each time in English.

Heee~ not that I'm showing off or anything but it takes quite a number of practice to get good in grammar and that generally here in Malaysia, most students do not come from an English speaking background so it's pretty much unfair to grade them grammarwise in such a strict manner. Unless this 'cik nor' is dealing with top graded english people, then it is trully understandable in her actions at failing most of the law students.

But these are Malaysian students, we're talking about. Some hail from the countryside. I think they did try to the best of their capabilities to learn English, especially the grammar lessons, but of course, logically, some would fail to follow 'smoothly'. Obssessing for perfect grammars is quite impossible, sadly.

Nak buat camne kan? (Owh ter-BM balik pulak hahaha xDDD). Walaupun English tuh bahasa global, tapi tak semua orang mampu menguasainya. Tambah lagi ada pulak perbezaan ejaan antara english UK ngan english US. Huahuahua... kan ke pening? xDDD Tu belum masuk lagi dialek english US tuh memacam. Cuba bandingkan pulak dengan cara orang Australia cakap english dia. As one who is dealing with content editing, memang pening nak sort out the differences nih. Student apa tah lagi xDDD

Unless kalau 'cik nor' kita nih ada mengadakan kelas intensif gegiler bahasa inggeris khas untuk student-student dia ataupun sesape yang dia fikir perlu untuk hadiri (bukan sekadar kelas nyanyian semata-mata lalala~...). Buatla secara percuma and fun. Barula orang nak datang. So sesama boleh puas hati. Student dapat belajar ilmu secara percuma dan senang hati. 'Cik nor' kita dapat mould student untuk cakap and tulis english dengan grammar yang cukup kaw-kaw sampai omputih sendiri pun ternganga kekaguman.

So takde la kes gagal meng-gagal sumer tuh. Tak perlu ada sidang akhbar sumer tuh untuk kemukakan aduan ke hape ke.

Koro atas pagar. Koro sker dengan semangat 'cik nor' untuk menjadikan student dia kaw-kaw dalam english sebagai salah satu kriteria utama seorang law student tapi Koro gak harap yang seiring dengan semangat berkobar-kobar dia, disertai dengan kesederhanaan (tak perlu bongkak dengan ke-terer-an diri sendiri apatah lagi mentertawakan mereka-mereka yang lemah penguasaan english huhuhu...) dan usaha yang tinggi untuk menjadikan impian dia satu realiti. Wah cam ayat Akademi Fantasia pulak. Hahahah xDDD Cuma skang AF guna tagline 'satu transformasi akan berlaku'. Transformasi apa ekk? Jadik transformers kot. Ohohoho~ xD Ahhh... pedulik kan AF tuh. Luar topik perbincangan tuh.

Anyway, Koro cuma nak luahkan pendapat Koro pasal kes nih untuk entry kali nih. Gomen nasai kalo ada yang rasa pendapat Koro tak bes langsung and wat kepala terasa berasap jek xD Yelaaa... semua orang ada pendapat memasing. Cam kalau kita berdebat. Kena ada opposition side. Kena ada supporting side. Dalam court pun camtuh. Cuma tambah panel juri ngan hakim jek.

Buat 'cik nor', teruskan usaha untuk mengajar dengan penuh dedikasi! ^O^ Kalau takde uni lain nak amek 'cik nor' bekerja, bukak la kelas tuisyen or institut pengajian sendiri. With that, you can make your own set of rules to adhere. Owh? Tak tau adhere tuh apa? Di sini kita boleh lihat, bukan sahaja grammar jek penting, keluasan vocab pun perlu diberikan keseimbangan sewajarnya hohoho~

Anyway, tak perlu memarah ekk. Ditekan untuk resign bukannya bermakna the end of the world. Kalau niat ikhlas dan hati baik untuk menyebarkan ilmu, rezeki sure murah punya. Sure dapat kerja lain. Or bukak sendiri tempat ngajo seperti yang disarankan tadi xD Lahirkan la para graduan 'cik nor' seperti yang 'cik nor' idam-idamkan. All the best! ^O^

Tapi kat sini setelah Koro baca balik apa yang Koro tulis dengan panjang lebar, 'cik nor' kita nih ngajo apa sebenarnya ekk? English ke Law? Konpius pulak rasa. Eheh.

Owh~ Koro juga dapat tau daripada google meng-google pasal kes nih, 'cik nor' kita ada blog. Koro pun nak gak tau apa feedback 'cik nor' kita pasal kes dia tuh so try la klik link blog tuh. Tapi owh sayangnyer~ T^T

Terpapar pula kekata "THIS BLOG HAS BEEN DELETED BY ITS AUTHOR". Why? Why? Duishite? Naze yoooo~~~?!

Takpelah. At least daripada link blog tuh, dapat tau nama sebenar 'cik nor' kita. Tapi tu menurut sumber tuh la. Koro tak kuasa ah nak amek tau pasal real name 'cik nor' kita. Sebab Koro rasa, nama -'cik nor' kita- cam lebih comel nak sebut. Hehehehe...


++++++++++++++++++++++


Owh ground-breaking news! xD Setelah menyelongkar tenet lagi pasal kes tuh, dapatla jumpa kenyataan 'cik nor' kita yang kata dia penah buat rupanya kelas ngajo english tuh.

Kita petik kekata dia...

"... I spent 6 to eight hours (free of charge) giving them extra classes due to their poor performance in the mid semester examination . I also spent 2 to 3 hours perweek (free of charge) for ten weeks teaching English to my students in order to enhance their vocabulary)."

Hurmmm... kuat sungguh usaha 'cik nor' kita. Bagus bagus... tapi yelah. Mungkin tempoh tuh tak cukup untuk memperkasakan student-student dia dalam english. Weihhh... bukan senang nak belajar bahasa melainkan orang tuh sendiri yang beriya nak belajar! Gitu la cabarannya sebagai seorang pengajar. Kena dedikasi ngajo and at the same time kena tahan sabar gegiler.

Ada gak Koro baca cecontoh jawapan student yang dia paparkan kat satu blog tuh. Yup yup. Ayat english tak berapa perfect. Tapi rasanya student tau jawapan pada soklan tuh cuma masalahnyer nak convey jawapan tuh dalam english. Huuu... macam yang Koro rasa masa nak jawab kertas pekse French masa sekolah dulu. Koro tau jawapan dia tapi Koro tak tau vocab french yang patut digunakan. Last-last jadik ayat french tunggang-langgang hahaha xDDD~

And Mademoiselle Sheela sendiri kata kat kitaorang, dia ada fun time gelak gegiler ngan jawapan kitaorang tapi dia tau yang kitaorang faham soklan tuh and tau jawapan. Cuma sebab vocab kitaorang limited so tak dapat nak sampaikan jawapan tul-tul ikut skema. So dia tanda ikut standard kefahaman kitaorang and bagi extra homework pas exam tuh untuk pertingkatkan lagi kitaorang nyer french walaupun masa tuh sepatutnya kitaorang dah habis semester untuk belajar french. But we all terima jek and tak kisah untuk wat homework tuh sebab french adalah satu bonus untuk dikuasai. Lagipun cara Mademoiselle Sheela ngaja bahasa, takde tekanan, walaupun ramai dapat markah merah untuk grammar french. Huahaha xDDD~

But learning languages should be fun. That is the secret to score high. Walaupun seboring mana pun grammar, ianya akan jadik menarik kalo cara ajarnya menarik. Dalam erti kata lain, try tak ngaja secara skema jek. Go beyond the rules of the book. Kreatifkan cara ngajar. Kalau cara nyanyi takble, guna cara lain. Bercerita ke, wat puppet theatre ke... contohnya cam beberapa lesson plans on grammar yang boleh dijumpai kat sini:

http://www.webenglishteacher.com/grammar.html

So nampak gayanyer, 'cik nor' kita kena tukar profesion jadik cikgu english. Try elak ajar law, wokeh? Your english kan perfect giler? Sampai anak dalam kandungan pun dah diajar cakap english (menurut kekata 'cik nor' yang dipetik daripada beberapa blog yang bertebaran kat tenet nih hasil nukilan mereka-mereka yang mengenali 'cik nor').

Ajarla english ekk... Semuanya demi memastikan student kita nih really reaaally reaaaaaaaaaaalllly proficient in english seperti tahap mana yang 'cik nor' nak sangat tuh. Gambatte! xDDD~

--- eh chotto matte~ 'cik nor' dah ada anak? O_o Hurmmm...

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...