Rabu, April 15, 2009

godek godek blog lalala~

Okeh semalam dengan hari ni, Koro ada la try surf memana site untuk kasi blog cantek sket xD Kira ubah coding template sini sana. Godek godek~ godek godek~ xDDD

Siap berkunjung kat blog orang lain nak tengok mende apa yang diaorang bubuh hahaha...

Dan hasilnya seperti yang korang nampak kat menu sebelah kiri tu haaa... Takdela banyak mana pun perubahan. Koro masih mencari widget dan memende yang baru. Lalalala~

Antara yang Koro try bubuh adalah survey form yang dihasilkan bila sign up kat wufoo.com. Menarik gak tuh. Tak ada apa lagi kepentingan untuk form tuh so Koro setakat nih buat form survey jela pasal pengunjung Paradisu. Ekekeke~ Nanti rerajinla klik link kat bawah cbox tuh ekk? Nampak tak perkataan oit oit tuh? xDDD~

Dan masa tengah godek-godek coding template, Koro pergi gatal tangan klik kat tab Monetize yang secara tak langsungnyer telah menghasilkan satu button Adsense untuk Paradisu nih. Huahaha xDDD~ Menurut apa yang Koro baca, kalau pengunjung blog klik kat Adsense yang ada kat blog kita, kita dapat duit O.o Betulkah? Atau Koro yang salah baca? Hentam sajalaaa... xD

Bubuh jela alang-alang blogger dah penat-penat generate-kan button Adsense tuh haha. Tapi cettt... masa sign up untuk Adsense tuh takde pilihan untuk content BM. Yang ada, bahasa indon. Maka dengan konpidennyer, Koro pilih English sebagai 'bahasa ibunda' Paradisu nih sebab Koro tak sanggup nak anggap bahasa indon sama dengan BM. Ekekeke~ Pastu bila dah send, Google kata kena tunggu approval dulu baru diaorang bagi greenlight kata blog nih okay and sesuai ke tak untuk join sama dalam Adsense program nih. Tapi rasa macam tak sesuai jek sebab Koro tak tulis dalam english pun xDDD Sket-sket jek. Itu pun jarang xD~

Aaaahhh... lantak ko la Google oiii... Koro letak jela ko nyer Adsense tuh untuk hiasan dinding Paradisu nih. Haha! xD

Anyway, satu lagi tambahan baru kat Paradisu, Koro dah letak share button untuk memudahkan bookmarking Paradisu nih. Yelaaa... bagi sesape yang teringin la. Tak sudi takpe... *suara sayu*

xDDD~

Koro ada terjumpa satu site yang menarik amat! --- doll-doll.com. Site nih bila kita sign up, dapat 'doll' pilihan kita. And then pengunjung blog boleh memain dengan dia, bagi dia makan semua tuh... owh syioknyergh!!! xD Malangnyer... Koro tak tau camne nak ejas coding untuk letak dia kat Paradisu! Huwaaaa~!! Dx

Dah try embed javascript, tak kuar lak gambar dia. Try bubuh html link, lambat giler plak loading bila dah klik. Last-last give up jek. Sedeyyyy... T^T Ni yang terasa nak tukar ke template baru untuk senang tambah widget. Tapi owhhhh~ Koro sayang giler template nih and tak mo tetukar sampai bebila! ^O^ Jadi, daripada korbankan template Ichigo nih, baik korbankan jela doll-doll tuh xP

Okehla. Koro nak sambung widget hunt lagi. Nak cari blogging tools yang menarik xD Setakat nih pencarian berhasil bila Koro berjaya carik widget clock Rukia, ip tracker, favicon generator, wufoo form generator, blablabla... Koro pun ada gak tinjau-tinjau html and css codes untuk menggempakkan lagi blog. Tapi tak terbubuh lagi dalam nih sebab malas nak bersengkang mata ngadap html ngan css tuh betulkan error yang biasanya muncul bila letak kat blog hahaha xDDD

Tapi Koro tingin nak cari coding yang bila pengunjung klik kat memana link dalam ni, akan bukak window baru and Paradisu still menten xP

Okehla nak gi tool hunting nih. Mata naa! ^O^

0 rantbacks:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...