Bila tah dalam bulan April tahun 2008, diriku akhirnya berjaya menghabiskan wang hinggit mendapatkan PSP idaman T_T Itupun setelah mendapat wang giliran bermain kutu xD Terus gi kedai jual game untuk beli PSP. Tak pandang yang phat nyer huhuhu~... Terus nak sambar yang lite. Kaler pepel lak tu xD Takper, yang penting konsolnyer. Kaler ble tukar. Bubuh casing ke, tampal sticker ke haha xD
Anyway, sebelum beli psp nih, punyala baca forum pasal psp siang dan malam. Semuanya sebab nak tau camne nak main psp, camne psp berfungsi, camne nak donlot game yang tak berapa sah di sisi undang-undang sebab cetakan lanun hehehe... Haaa... masa tulah dapat tau term-term yang kalau tak buat research pasal sumer ni, sure tenganga masa dah beli psp.
Daripada research yang penuh beriya tu, dapatlah tau, psp nyer os dinamakan firmware. Ada official firmware (ofw) dan ada custom firmware (cfw). Custom firmware nih la yang membolehkan psp dapat main game yang di-donlot dari internet (secara percuma hehe). Custom firmware nih lak ada memacam version. PSP yang saya beli, dianyer dah di downgrade = cfw 3.71 m33-2.
Game yang di-donlot nih, ada nama khas. Homebrew xD Tapi certain homebrew padan dengan certain cfw so kenala pepandai carik. Anyway, kita kenala at least ada satu umd untuk letak kat slot umd tuh agar psp lebih terjaga la konon xD Saya apa lagi, tunggu lebih kurang beberapa minggu pastu, pastu terus sambar Crisis Core (Sephyyyyy-samaaaaa~!! x3)
Itupun harga asal rm229, pastu diskaun lebih kurang, dapatla dalam rm170 huhuhu~... Kira mahal gak tu T__T Memory stick beli yang 4 gig nyer. Pastu siap donlot theme FFVIICC (kena fail format .pft) and then masukkan dalam psp melalui usb connection kat pc. Yosh! xD Kiranya psp ku bertemakan FFVIICC sepenuhnyer! xD
Pastu otouto lak tertarik nak masukkan game yang dia donlot dari torrent. Kiranya dia pun nak try main psp gak xP Anyhow... dia tersilap teknik sket xD Tak pasal-pasal dia tertekan update ke ofw. Aiyakkk!! O_O So skang dari cfw 3.71 dah jadi ofw 3.73. Dengan ini, diisytiharkan semua game donlot dah takble main xD Yang boleh mestilah FFVIICC tu je ^___^|||
Nak tak nak, terpaksa carik jalan nak downgrade semula. Tau mende-mende diperlukan tapi takut sket nak buat sebab takut psp brick. Yelaaa... gue masih baru dalam handling psp nih huhuhu~ Brick nih maksudnya keadaan psp yang ala-ala hang. Tapi lagi teruk sebab dah takleh buat apa dah. At least kalo pc hang, ble reboot. Okay, back to subject, antara mende-mende diperlukan untuk downgrade adalah cfw yang kita nak downgrade kan kepada tu, magic memory stick dan pandora battery. Tu menurut apa yang saya baca kat forum-forum pasal masalah-masalah psp nih la xD
Sebab masih tetakut nak buat sendiri, maka terpaksalah hantar ke kedai untuk downgrade. Dahla kena bayar. Cesss... free-free je terbang duit. Sedih tul T___T
Isnin, Mei 05, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 rantbacks:
Catat Ulasan