*Ahem* Berbalik kepada topik kita, kali ni saya nak sentuh pasal Crisis Core. Flashback kepada FFVII dan FFVIIAC serta FFVIIDoC. Watak utama yang menjadi fokus, tak lain dan tak bukan adalah Zack Fair, seorang SOLDIER 2nd class yang berjaya mencapai 1st class setelah melakukan misi memburu Angeal dan Genesis yang sepatutnya disandang oleh Sephy xP Apa boleh buat. Sephy tak sker nak ngadap geng dia dalam keadaan camtuh so suruh Zack ambil alih xD Lagipun, Sephy nak bagi peluang kat Zack untuk naik 1st class (konon xD).
Anyway, bagi mereka yang tak penah kenal dunia FFVII memang cam penin sket. Nak paham apa tu Gaia, sumber tenaga mako, para Ancients, Jenova dan kenapa Sephy mengamuk semua tuh dan pose glamer dia - dikelilingi api bandar Nibelheim xD Secara ringkas, FFVII mengambil tempat di sebuah dunia fantasi moden (tapi still lawan guna pedang xD) dan planet diaorang bukan bumi sebaliknya Gaia.
Gaia lak ada cam sumber tenaga Mako (kira lebih kurang cam tenaga nuklear semua tu la) untuk melindungi planet tu daripada sebarang ancaman. Syarikat Shinra lak (Shinra Electric Company) yang diuruskan oleh bapak Rufus pada awalnya dan akhirnya Rufus (bila bapak dia mati xP) bertanggungjawab menjanakan tenaga mako tuh menjadi sumber kuasa. Lebih kurang cam TNB la hahaha xD Pusat diaorang kat Midgar. Tapi Shinra ni ada masalah sket dengan Wutai, salah satu bandar kat situ yang didiami penduduk ala-ala cina/ninja semua tuh.
Shinra nak sumber mako kat Wutai. Wutai people lak tak mau bandar diaorang dicerobohi Shinra. Jawapannya? Of coursela perang xD Zack, Sephy, Angeal dan Genesis, antara yang ditugaskan untuk menumpaskan askar pemberontak Wutai. Tapi dalam misi tuh, Genesis (SOLDIER 1st class) menghilangkan diri. Siap bawak sekali beberapa koloni askar 2nd class dan 3rd class. Berita tuh menggemparkan SOLDIER dan Shinra. Juga menyedihkan Angeal, selaku kawan baik Genesis sejak kecil. Dan tak lama pastu, Angeal pun lesap. Maka dalam sibuk-sibuk nak tumpaskan pemberontak, Zack kena gak ditugaskan jejakki Genesis dan juga Angeal.
Oh yer. Apa kaitan dumbapples? xD Sebenarnya ada satu scene nih di mana Angeal dan Zack ditugaskan ke Fort Tamblin kat Wutai. Jap. Copy dan paste daripada sumber dipercayai xD
----------------------
Angeal: Zack... Do you know about dumbapples?
Zack: No, what is that?
Angeal: Unbelievable... How can you not know about dumbapples? You'll never make 1st at that rate.
[Angeal walks off]
Zack: Whoa, wait! What are dumbapples?!
[A bit later, Zack catches up]
Zack: So Angeal, what's the deal with "dumbapples"?
Angeal: The offical name is Banora White. The trees bear fruit at random times during the year. Because of that, the townspeople affectionately call the dumbapples. The local farms had plenty to spare.
Zack: Oh, really? So you stole them.
Angeal: We were poor, Zack.
Zack: Nice excuse!
Angeal: But even then, I had my honor. The largest Banora White tree grew on a wealthy man's estate. It was rumored that those apples tasted the best. But I never stole from that tree, because the wealthy man's son was my friend.
Zack: If he was a friend, you should have just asked for some!
Angeal: honor can be quite a burden at times.
Zack: ...And what exactly does this have to do with me?
Angeal: No story is not worth hearing. [laughs while walking off]
Zack: What? That's it? Yeah, well, thanks a lot!
Menurut scene kat atas, Angeal tetiba tanya Zack pasal dumbapples. Zack yang tak tau pape, mestila terpinga-pinga. Pastu Angeal kata laaa... patutnya kalau nak naik 1st class, mestila tau pasal dumbapples. Itu membuatkan Zack teruja nak tau xD Sebab dia nak naik 1st class. Dia nak jadi cam hero dia, Sephiroth xD So Angeal pun bukak la citer pasal dumbapples. Last-last Zack konpius sebab tak nampak cam ada kaitan jer antara nak jadi 1st class dengan dumbapples xD Pastu Angeal selamba cakap setiap kisah tuh berbaloi untuk didengar, walaupun takde kaitan pape xD Tu yang Zack bengang tuh xD
Well, game nih, ending dia semua orang tau. Zack tewas huhuhu~ Cloud menggalas misi berat meneruskan kehidupan di samping pedang Buster tinggalan Zack yang diwarisi daripad Angeal. Sedih giler scene tuh diringi lagu Why. Zack berkorban supaya Cloud dapat terus hidup. Sayu giler! (Yeah, saya sememangnya anti-Cloud xD).
Kita tinggalkan scene sayu tuh jap xD Antara yang menarik pasal game nih adalah si Genesis tuh sendiri. SquareEnix berjaya dapatkan kerjasama Gackt, j-rocker glamer giler kat Jepun untuk menjadi watak Genesis dari segi penampilan dan suara secara full time. Gackt yang memang sker ada watak dalam game (Bujingai, FFVIIDoC, etc.) apa lagi... terimala! xD Sebelum nih, dalam FFVIIDoC, dia cuma buat penampilan khas je di samping sumbangkan 2 lagu ost.
Cara main pun lain sket sebab kita banyak kawal Zack yang bergerak solo. Contohnya macam dia gi misi bersama Angeal, tapi dia tetap lawan sengsorang. Dia gi misi dengan Tseng, tapi still dia gak yang lawan solo. Setakat yang saya main, takde lagi party yang Zack lead atau Zack join. Still guna konsep materia. Yang lain sket adalah cara nak dapatkan limit break dan level up. Kena bergantung pada DMW (sudut atas kiri yang macam slot machine tuh). Kalau dapat 777, Zack akan level up. Kalau dapat muka Angeal tetiga, dapat limit break 'ajaran' Angeal. Watak-watak yang ditemui Zack sepanjang game nih akan dimasukkan sebagi DMW.
Pape hal pun, game ni memang syiok xD Tak rasa bosan main. Tambah-tambah lagi ada side mission untuk dapatkan item tambahan dan kadang-kadang materia rare. Cutscene pun lawa. English version agak setaraf dengan japanese version xD Sound... grafik... memang cun xD A must have game buat peminat Gackt dan FFVII ^O^
0 rantbacks:
Catat Ulasan