Khamis, Mei 31, 2007

Iskkk...

Hari tu try edit template. Ingat nak buang menatang iklan kat atas tu. Tapi bila delete coding tuh, dengan background skali hilang T___T Apsal haaa? Tensen sket sebab cam cacat jer dok tempek kat atas tu haaa. [Haha... baru sekarang rasa benda tu mencacatkan padahal benda tu dah berkurun lamanya xDDD]

Sama la kesnya cam iklan kat fwenster tu. Asyik dok tayang iklan pasal gigi jer. Siap dengan gambar dua gigi yang kuning semacam. Arghhh!! Spoil layout kuuuu!! Dahler tema Final Fantasy VII Advent Children. Gambar Vincent yang machos tuh. Tapi spoil giler dengan adanya gigi-gigi tak diundang tuh!!

Last-last terfikir. Mesti si Google Adsense tu bantai ikut apa yang saya tulis dlm profile. Huhuhu... nak tak nak, terpaksa edit profile. Dan ta-daaa!! Gigi kuning? Tiada lagi!! xDDD

Tapi memandangkan promo FFVII Crisis Core makin rancak, nanti nak tukar layout Vincent kepada layout Genesis. Biar Pah jeles. Mwahahaha!! Genesis tuh Gackt, kalau korang tak tau lagi. Seiyuu Gackt, rupa pun Gackt. Pendek kata, Genesis adalah Gackt yang di-CGI-kan untuk dimasukkan ke dalam game FFVII Crisis Core. Pendek kata lagi, game tuh adalah prequel kepada FFVII, FFVII Advent Children dan FFVII Dirge of Cerberus. Tu lum lagi amek kira FFVII Before Crisis sumer tuh xD

Memandangkan saya main FFVII Dirge of Cerberus baru separuh jalan, saya tak dapat la lagi unlock ending yang mana Gackt akan muncul sebagai Genesis yang terbebas daripada seal dia dalam earth's core lalu mendukung Weiss yang masa tuh tertewas ngan Omega ke Chaos. Tak hingat xD

Hmm... saya bukan fanatik Gackt. Hahaha... tapi mungkin terpengaruh sket ngan Pah yang sker dia. Saya cuma sker lagu Gackt jer xD Tapi jangan harapla nak cari album dia kat Malaysia. Hampes!! Even kedai muzik yang KONONnya menjual cd lagu-lagu jepun, takde pulak jual cd dia padahal diala penyanyi tersohor kat sana. Hmph. Sama ada diaorang jual ikut permintaan tempatan KONONnya ataupun diaorang main jual cd jer tanpa mengikuti perkembangan industri muzik dari negara cd-cd yang diaorang jual tuh.

Kelakar gak baca info kat satu site peminat Gackt Malaysia. Diaorang cam nak buat tunjuk perasaan kat kedai-kedai muzik yang KONONnya jual cd-cd lagu jepun yang POPULAR KONONnya tapi langsung takde satu cd Gackt pun. Hahaha.. Tu baru fanatik namanya xD

Tapi nak ucap tahniah jugakla kat Tower Records One Utama. At least ada inisiatif untuk jual cd Gackt walaupun outdated haha xD Tapi masa pergi tanya tu, diaorang kata out of stock tapi at least pernah ada dalam database jualan diaorang xP

Selasa, Mei 29, 2007

Mari bercakap pasal iklan! xD

Sebab takde ps2 sepanjang kat Ganu nih, maka masa untuk tengok tv memang banyak haha.. Masa-masa camnilah dapat tengok iklan kat tv yang kengkadang kreatif, kengkadang lawak dan kengkadang cam hampes.

Iklan yang paling menarik dah tentunya iklan Nippon Paint terbaru tu. Yang ada budak kecik marah dinding kata, “Tak suka! Tak suka!”. Budak tu memang comel xD Tapi yang tambahkan kecomelan budak tu dengan iklannya sekali adalah si kuman yang turut berkata, “Tak suka! Tak suka!” xD Tapi pesal ekk kuman tu sampai berbalut badan cam eksiden jatuh gaung? Haha.. xD

Saya memang sker iklan Digi yang ada si kuning tu ^_^ Walaupun Pah kata dia nyampah giler tengok haha.. Tapi comel apa diaorang ikut terkedek-kedek kat belakang xD Dapat gak email pasal lagu tema diaorang cam lagu gereja. Entahlah. Dengar cam koir biasa jer. Tapi email tu kata cam nyanyian gospel. Entahlah. Malas nak piker haha..

Yang tak paham, iklan minuman segera Super Power tu. Iklan yang ada jin kaler hijo tu. Dah minum, gi lari-lari sampai masuk rumah O_o Kengkawan kata tu iklan cam luc-luc sket tapi saya tak nampak pun mana luc-luc nya masa tu haha.. Masa tang masuk rumah tu la kot. Ahaks. Pastu baru paham xD

Pastu iklan ala telenovela syampu tu. Siap ada sambungan xD Yang kedua punya cam lawak sket. Head banging depan cermin haha.. Muka maid dia pun priceless xD

Then ada iklan Ricola yang kekotak Ricola naik roller coaster tu. Cam menarik jer sebab iklan tu cuba sampaikan tak kira jerit camne pun, takkan sakit kerongkong selagi makan Ricola xD

Oh ada lagi iklan Digi yang 50-50 tu. “Berapa peluang untuk selamat?” ke camne tah dialognya. Lepas kawan dia jawab 50-50, terus terbang tak hingat. Kelakar! xD

Iklan cam sempoi giler dah tentunya iklan satu minuman kopi segera tu huhuhu.. Sekadar cam amek gambar pastu cantumkan jer jadi satu iklan. Ni kira cut cost habis nih! xD Tepat! Cepat! Nikmat! xD

Iklan Jackie Chan cam menarik. Sempena nak promosikan sukan kat Beijing tuh ^_^ Yao Ming pun ada sekali xD

Rabu, Mei 23, 2007

Hapdet di Ganu!! xD

Buat pertama kalinya saya menonton Gangstarz haha.. xD Memang menarik. Terutamanya trio Mendua tu. Suara memang power dengan harmoni. Rupa masing-masing pun boleh tahan. Tapi untuk persembahan 20 Mei ntu saya lebih tertarik dengan baju yang dipakai oeh dua anggota collbr8 tu xD [Ohh.. sorry kalo saya salah eja nama kumpulan. Maklumlaaa.. baru first time tengok xD]

Mana ekk nak cari baju camtu?! Menarik betul!! Hooded sweater yang bila dipakai hoodnya lalu dizip sampai habis, akan membentuk tengkorak. Kreatif giler rekaan baju tuuu!! Rasa nak sambar satu. Tapi tak tau kat mana lagi jual huhuhu.. Kalau tau, cakap yekk xD

Skang saya ada kat Ganu dah ^_^ Duduk rumah kompeni so tak perlu bayar sewa sebulan hohoho xD Desktop pc tak cukup so saya diberi laptop O_o Ohhh.. nila first time merasa ada laptop sendiri haha.. walaupun cuma ble bergaya dengannya selama sebulan haha.. xD Takper, yang penting feel dia! Tapi berat gak sebab pape hal yang berlaku kat laptop nih, kita yang kena bertanggungjawab.

Untuk sebulan nih gak, saya jadik parasit jenis simbiotik xP Gi keje balik keje tumpang Diha xP Sori ekk Diha! Takper, nanti bila dah nak balik, saya hulurla ongkos sket. Mana ble naik free-free je kan? ^_~

Masa time time kat negeri orang nila saya boleh pulak kena selsema xD Memula sihat jer datang. Masuk tempat kerjaa, aircond 16 darjah haha.. tu pun rasa panas tuuu xD Esoknyer terus selsema!! Haha.. Ingat saya sorang jer. Rupanya lagi 2 pun kena ^_^ Cuma sorang jer yang immune O_o

Tak makan ubat tuuu! Sehari lepas tuh, hidung berair. Hingus kuar tak henti-henti hahah xD Tensen giler. Tisu lak terhad. Esoknya lagi, selsema dah baik secara automatik. TAPI.. huhu.. tapi besar tuuuu.. kena batuk la pulak!! Cam sakit tibi punya batuk. Adusss..

Pastu dapat tau kawan masa sekolah asrama dulu ada bertanding dalam pengacara pesona nona [Ash]. Uwaaaahhh..!! Tapi ter-miss lak dia punya assignment [minggu lepas] so tak dapat tengok tapi Arah kata semua kata dia okeh ^_^

Dia memang lawa. Arah kata Ash skang part time model. Uwaahhhh.. O_O Hari tu tengok peserta nona lain [yang bertudung] buat assignment pasal perubatan ilmu hitam. Sempat tengok sorang makcik tu menurun tak hingat. Goyang-goyang paler cam head banging lak O_o Sampai tercabut tudung O______O Pastu diberitahu, masa tu badan dia dimasukki cam saka rimau ke hapetah tak ingat xD Masa tu tengok dengan mak. Mak kata hapela.. sampai cabut tudung pulak – ni memang dah syirik habis nih! Entahlaaa xDDD

Skang citer Melayu mesti tengok --> Kaber Hero Kaber Zero. Memang sker tengok lakonan Zul Yahya pun ^_^ Tambah pulak ada sorang pelakon perempuan tu yang pegang watak Melati si reporter tu. Comel ahh!! xD Gaya dia, suara dia... comel!! xD Juju kata rasanya perempuan tu penah masuk Dewi Remaja. Entahlaaa xDD

Pastu tersangkut lak tengok Manja Lara. Cam tak best tapi tertarik pulak tengok pasangan-pasangan dalam citer tu. Unik la walaupun klise sket hahaha.. Pape hal pun, Shiela Rusly memang sesuai pegang watak perempuan kejam tu xD

Ohhh.. buat saya teringat satu drama hampes kat TV bebaru nih. Pelakon dia Ako sebagai Taufik, Umie sebagai Ida dan Azean Irdawaty sebagai mak Taufik yang kejam gileeeeeeerrr..!! Ida nih ngandung tapi mak mentua dia benci giler ngan dia sebab kekonon tak setaraf and rampas perhatian Taufik dari dia. Dia bagi makan si Ida nih makanan pepanas ngan menyucuk cam nenas semua tu untuk gugurkan kandungan si Ida.

Bila fail yang tuh, kasi pulak racun tikus ngan serbuk kaca diperap bersama ayam O____O Taufik tu hampes arr. Dah si Ida bagitau mak diaorang nak cuba bunuh anak diaorang yang belum pun lahir tapi dia tak caya lak. HUH. Padan muka akhirnya si Ida meninggal sebab diracun-tikus-kan. Huh. Meraung nyesal giler arr si Taufik. HUH!! Kalau wujudla laki cam tu, rasa cam nak racun-tikus-kan dia jer xDDD

Jumaat, Mei 18, 2007

Flashback

Optimus Prime die-hard Arsenal?! Gambar sumbangan Ryu-kun. Entah dari mana dia cilok haha...

Jika diimbas kembali, macamana agaknya saya terpengaruh dengan elemen kejepunan ni ekk? Omoshiroi naa~.. *urut dagu*

Saya masih ingat lagi masa kat Birmingham dulu. Selain kartun Thundercats, saya juga tersangkut dengan citer Battle of the Planets atau dalam Jepunnya, Gachaman, kalau tak silap. Menarik tul konsep peperangan angkasa bertemakan kostum burung haha xD Tapi tu dulula. Bila tengok balik, rasa citer tu cam bosan gila pulak ahahaha..

Then masa dedolu tengok Oshin la, Moero Attack la.. ejaan tak sure so kalau salah, mintak maaf yer.. Dan.. Otroman!! Kamen Rider dan Gaban, jangan cakap la! xD Ada pulak Mask Man la, Flash Man la huhuhu.. Pastu bila dah besar sket, layan J-Dorama kat TV3 dedolu. Tak sempat layan citer yang ada lagu Once in a Blue Moon tu. Takmo tengok pun sebenarnya xD Tak berapa layan kisah jiwang sangat.

Tapi GTO tengokla. Diikuti Beach Boys kejap-kejap. Takashi Sorimachi nyer pasal, layan jela xD Pastu ada Ice World lakonan Yutaka Takenouchi, memacam lagi la! Paling last citer jepun yang ada masa tu, Power Office Girls. Pastu TV tempatan dihujani lambakan citer Korea – yang saya tak berapa gemar ekekeke..

Tapi tak gemar pun, sempat lak tengok Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, Please Teach Me English, Gundam [Volcano High] ngan Full House haha.. Tapi masa tu minat dah beralih arah ke manganime lak. Yang terawal semestinya Doraemon dan Dragon Ball ^_^ Skang dah advance. BLEACH!! xD

Iklan jap. Puteh!! Mintak maap yer tapi saya baru tengok MISA sampai eppy 3 jer!! Ahahaha.. tak berapa gemar pelakon-pelakon dia and jalan cerita xD Tapi saya akan sambung tengok tapi slow slow la.. xD

Ok, berbalik pada isu kita tadi, J-dorama still layan lagi. Especially ceciter kelakar. Paling sker kalau si YamaP [Yamashita Tomohisa] berlakon. Skang pelakon dah generasi baru. Ohguri Shun la.. Kamenashi Kazuya la.. Horikita Maki la.. Fujiwara Tatsuya la.. Ken’iichi Matsuyama la.. ramai lagi huhuhu..

Iklan lagi. MY BOSS MY HERO citer lawak terbaik setakat ni xD Mungkin ada yang sker versi Korea nyer tapi saya tetap sker kan versi Jepun. Pelakon utama datang dari Agensi Johnny’s – Tomoya Nagase [Tokio], Tanaka Koki [Kat-Tun] dan Tegushi Yuya [NewS]. Best tak hingat!!

Anyways, dulu saya sker tengok Transformers gak. Tak sabar nak tengok yang live action nyer. Harap-harap cambest~!! xD

Last but not least, Gaiaonline dah kena blok kat opis. Dianggap sebagai site untuk chat haha... amendelah xD Bukan chatla huhuhu... forum jer. Bahasa Inggeris lak tuh. International tuuuu!! Haiz... Terpaksa carik hiburan lain untuk mengisi masa lapang waktu rehat xP Takper. Bleach kan adaaaa... xD Masa tu tengah surf network internal opis. Termasuk satu pc nih yang ada donlot Bleach O_o Huwaaaa... beraninyerlah~!! xD Biasa donlot-donlot nih tak dibenarkan kat opis. Tapi takperlah. Alang-alang dia ada simpan beberapa eppy Bounto [yang saya tak tengok lagi hahaha... anime version lembab sket xD Manga jer advance xP] so saya cilok tengok jerlah ^_________^

Selasa, Mei 15, 2007

tapir vs cipan

Dulu saya selalu konpius. Apa beza tapir dengan cipan ekk? Bila pergi Zoo Negara bebaru nih, baru ternganga sambil berkata "ek en-na~!!". Rupanya sama jer. Hampes. Tapir panggilan nama menatang tu dalam english. Cipan lak namanya dalam BM. Iskkk...

Kat bawah ada si Mr. Tapir. Siap sengih tuuuu... hahah!! xD

tido...Tapir tangkap lentok...

info pasal tapirInfo ihsan daripada Zoo Negara

Jumaat, Mei 11, 2007

HEROES [lagi! xD]

Ni entry kedua pasal HEROES. Daripada dulu download kat net untuk tengok, sekarang boleh tengok kat tv pulak. HEROES makin glamer kat Malaysia ^_~ Skang rasanya semua dah kenal sape tu Peter Petrelli la, Hiro Nakamura la, Mohinder Suresh la ... xD

Yang latest saya tengok, Hiro ngan Ando terlajak 5 tahun ke depan. New York tetap musnah. Dan punca kenapa Hiro jadi machos semacam adalah kerana Ando. Jeng je jeng... Peter dah dapat aweks baru O_o Yang ni tak terjangka sebab tak pasti camnela diaorang boleh berkenalan O_O Tapi dia dah pandai kawal kuasa dia arr...

Sylar lak makin mengganas tak hingat. Tambah-tambah lagi dia dah pandai mengambil rupa orang lain...

"Save the cheerleader, save the world."

Bunyi cam hampes tapi maksud sebenar dia amat mendalam. Kuasa Claire yang boleh regenerate amat diperlukan Sylar. Kalau dia dapat kuasa Claire, maka dia akan jadi invincible. Tak boleh mati. Boleh membunuh tanpa takut dibunuh. Sebab tulah - save the cheerleader, save the world. Semuanya bermula dari Claire.

Dengan terselamatnya Claire, Sylar tak dapat kuasa regenerate tuh. Dia boleh dibunuh. Siapa yang akan bunuh dia? Hehehe... si hero berpedang Kensei ^__^

Khamis, Mei 10, 2007

No ni saku hana no you ni ~ Gackt

Masa untuk menyanyi~!! Single Gackt sempena graduation bebudak sekolah kat Jepun hari tu. Memang artis jepun sker wat camtu. Nape Malaysia tak ekk? Haha... Anywayz, selamat melalak!

Sumber lirik :Saishi-gackt

No ni saku hana no you ni

daremo inai GURAUNDO no namae kizanda sakura no shita
itsuka kimi to mou ichido
koko ni kuru koto wo yakusoku shiyou
CHAIMU no hibiku koutei no
katasumi ni saku hana no you ni
yasashiku waratte kureta kimi dake ni tsutaetai
tada "arigatou" to...
bokutachi wa itsu no hi ni ka
mata kono basho de deau sono hi made
no ni saita hana no you ni
kesshite makezu ni tsuyoku sakitai

kayoi nareta kono michi mo
kyoushitsu kara mieru keshiki mo
"itsumademo wasurenai yo"
to namida ukabeta, kimi no egao mo
itsumo minareta yuugure ga sakura namiki wo somete yuku
bokutachi wa sorezore no omoide wo
mune ni daite aruki hajimeru
itsuka mita yume no basho e tadori tsuku made
akiramenaide
mada na mo nai hana dakeredo
kesshite makezu ni tsuyoku sakitai

itsu no hi ka aruite kita michi wo
furikaeru toki ga kuru made
no ni saita hana no you ni
kesshite makezu ni tsuyoku sakitai
bokutachi wa itsu no hi ni ka
mata kono basho de deau sono hi made
no ni saita hana no you ni
kesshite makezu ni tsuyoku sakitai
kesshite makezu ni tsuyoku sakitai
sakitai...


Like the flowers that bloom in the field

No one has engraved their name on the ground beneath the cherry tree
So let's make a promise to
come here together again someday and do that
Like the flowers that bloom in the corner of the schoolyard,
where the echoing of the school bell can be heard
I want to express to you, who gently smiled for me,
a simple "Thank you"
One of these days, we'll meet here again,
so until that day...
I want you to grow stronger and never-give-up,
like the flowers that bloom in the field

The road we got used to walking down,
and the scenery we saw from our classroom
With a smile upon your face and tears in your eyes you said,
"I'll remember them forever"
We got used to always seeing, the setting sun coloring the rows of cherry blossom trees
And as we begin to walk towards the future,
we'll hold each and every one of these memories in our hearts
Until you reach the place of the dreams you've envisioned
Don't ever give up
You are flowers that have yet to be named,
but I want you to grow stronger and never give up no matter what

Someday, when the time comes
to look back down the path you've walked
I want you to have grown stronger and have not given up,
like the flowers that bloom in the field
One of these days,
we'll meet here again, so until that day...
I want you to grow strong and never give up,
like the flowers that bloom in the field
I want you to grow strong and never give up,
I want you to flourish... (1)

NOTES/THOUGHTS:

(1) Sakitai... I wondered how I should translate this, literally, it means "I want (you) to bloom" but really he's saying something to the effect of, "I want you to to grow and flourish"
I also used "grow strong(er)" instead of "Strongly bloom" because he wants them to become stronger as they grow up

PV Gackt

Selasa, Mei 08, 2007

Oculus magicaaaa!! - cewah perasan harry potter lak hahah!!

Hmm... Gaiaonline tambah satu feature baru ... O_o

Kali pasal avatar and sig exporter pulak. Tapi isu cam massive hacking semua tuh diaorang tak setel kan lagi. Termasuk la connection dengan game server yang kengkadang ok kengkadang tak haha... xD Takperla. Diaorang tambah features baru pun dah cukup machos dah xP



Ni gambar Koro-chan yang terkini. Look at da eyes, bebeh~!! xD Mata tu dinamakan Oculus Magica - salah satu Monthly Collectible untuk bulan April. Sanggup tu sign up paypal untuk dapatkan mata tuh ^_^|| At least berguna jugak kad kredit hee hee... Tu pun amek dalam RM9 jelah. Biasala USD2.50 mahal nak mampus dalam matawang kita xP

Belakang cam efek swirling celestial mist tuh namanya Celestial Wrap. Monthly Collectible untuk bulan-bulan lepas. Yang tu beli kat marketplace guna Gaian gold. Mahal nak mampus walaupun tak guna duit realiti! xD Masa tu kebetulan baru lepas jual MC bulan April dalam 10k pastu ternampak Celestial Wrap kat marketplace dalam harga 9k, terus sambar haha xD

Okayla ekk... nak sambung layan Gaia~ xDDD

Isnin, Mei 07, 2007

Err... horoskop versi Indonesia? O_o

Email kiriman Danny yang berbunyi...

Sekali buka email ini, gak bisa berpaling deh. Dibawah ini adalah gambaran yang benar dari tanda2 zodiak, dicirikan dari sebuah buku yang ditulis 35 tahun yang lalu oleh astrologist ramalan.

VIRGO - Yang Menunggu
Dominan dalam hubungan. Seseorang sedang mencintai mereka. Selalu menginginkan kata terakhir. Perhatian, cerdas, nyaring, setia, mudah diajak bicara. Contoh orang yang Anda inginkan, mudah disenangkan.

SCORPIO - Si Pecandu
Sangat memikat, rajin, senang bercanda, mempunyai selera humor yang baik, giat, senang meramalkan masa depan, pencium yang baik. Selalu mendapatkan apa yang mereka inginkan. Menarik, santai, senang berada dalam hubungan jangka panjang, cerewet, romantis, perhatian.

LIBRA - Si Pincang
Menyenangkan tiap orang yang mereka temui. Cinta mereka adalah kebaikan. Konyol, iseng dan manis. Mempunyai daya tarik yang unik. Orang yang paling perhatian yang pernah Anda temui, tetapi bukan orang yang baik yang Anda ingin untuk menghentikan tangis.

ARIES - Si Pembohong
Ramah, menimbulkan rasa sayang, spontan, rapih. Lucu, pencium yang baik, sangat2 memikat, mencintai hubungan, pencandu, nyaring.

AQUARIUS - Bukankah Di Air??
Dapat dipercaya, menarik, pencium yang hebat, baik, suka dalam hubungan jangka panjang, sangat giat, tak terduga. Melebihi perkiraan Anda. Bukan tukang onar, tapi dapat merobohkan Anda.

GEMINI - Tak Dapat Ditolak
Menyenangkan. Cintanya adalah kebaikan. Pendengar yang baik. Sangat baik di bidangnya. Pencinta bukan pembuat onar, tapi dia masih bisa merobohkan Anda. Dapat dipercaya. Selalu riang. Nyaring. Cerewet. Ramah. Sangat pemaaf. Mencintai utuh. Mempunyai senyum manis. Dermawan. Tangguh. Tak dapat ditolak.

LEO - Si Singa
Pembicara yang hebat. Menarik dan bergairah. Penyandar. Tau bagaimana bersenang2. Baik dalah semua hal. Pencium yang hebat. Tak terduga. Ramah. Sederhana. Pecandu. Nyaring. Suka dalam hubungan jangka panjang. Cerewet. Rapih. Jarang ditemui. Baik bila ditemukan.

CANCER - Si Cantik
Pencium yang mengagumkan. Berselera tinggi, cintanya adalah kebaikan. Sangat romantis, seseorang yang perhatiannya tidak pernah ada temukan. Kreatif. Acak2an dan bangga akan hal itu. Ajaib. Spontan, hebat bercerita. Bukan tukang onar tapi akan merobohkan Anda bila macam2. Seseorang yang dapat Anda andalkan.

PISCES - Pasangan Hidup
Perhatian dan baik hati, cerdas, pusat perhatian, berselera tinggi. Gampang ditemukan, sulit untuk disimpan. Senang berkeliling, penakut tapi tak terlihat. Punya selera humor yang baik. Pemikir. Selalu mendapatkan apa yang dia inginkan. Suka bercanda, sangat populer, konyol, manis.

CARPRICORN - Kekasih Yang Berhasrat
Menyenangkan, lancang, pintar, seksi, suka meramalkan masa depan, susah ditolak. Suka dalam hubungan jangka panjang. Pembicara yang hebat. Selalu mendapatkan apa yang dia mau. Berkepala dingin. Suka kepada bintang Gemini dalam berolahraga. Suka bercanda. Cerdas.

TAURUS - Si Petualang
Agresif, suka dalam hubungan panjang, suka berkelahi untuk apa yang mereka inginkan. Ramah, suka menolong orang saat dibutuhkan, pencium yang baik, berkepribadian baik, keras kepala, orang yang perhatian, baik, rapi. Orang yang paling menarik di bumi.

SAGITARIUS - Tidak Pemilih
Spontan, berselera tinggi, jarang ditemukan, hebat bila menemukan. Suka berada dalam hubungan panjang. Banyak cinta untuk diberikan, rapi, sangat menawan, sangat romantis, menyenangkan bagi tiap orang yang mereka temui, cinta mereka adalah kebaikan, konyol, manis. Punya selera yang unik. Orang yang perhatian yang pernah Anda temui.

Khamis, Mei 03, 2007

wuvvles is in the air... x3~

Dikirimkan oleh Ryu-kun melalui email ^__^

Assalamualaikum..
Buat Renungan seketika ni..
Well have a nice day n jaga diri..


Mari kita baca kisah;
Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
----------------------------------------------

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
----------------------------------------------

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-----------------------------------------------

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
--------------------------------------------

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
--------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
--------------------------------------------

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan

Semoga KASIH SAYANG anda akan terus bersemi dalam sanubari!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...